Tuesday, March 31, 2009

WAJAH - WAJAH CERIA SEORANG AYAH & IBU BARU

Mstaronline


The Star online

Mstaronline / The Star online

Sumber foto - Mstaronline

ANTARA reaksi wajah seorang Emran yang baru sahaja bergelar bapa.- Kosmo


Sumber foto - Kosmo


Sumber foto - Sinar Harian


APABILA primadona melahirkan anak sulung. Pihak media terpaksa bersabar selama 44 hari sebelum dapat merakamkan foto Engku Aleesya.- Kosmo

SELEPAS menempuh pelbagai dugaan, kelahiran Engku Aleesha bakal melindungi dan memastikan kerukunan rumah tangga Erra dan Emran berkekalan selagi hayat dikandung badan.- Kosmo










TAHNIAH ERRA FAZIRA & ENGKU EMRAN DI ATAS KELAHIRAN ENGKU ALEESYA 30 MAC 2009

ERRA FAZIRA ketika sarat mengandung.- Sumber foto Kosmo

Sumber foto - Gua.com.my

Sumber foto : Gua.com.my

Sumber foto : Gua.com.my


Erra dapat anak perempuan

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi terkenal, Fazira Wan Chek atau Erra Fazira, 35 selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Pakar Damansara, di sini, pada jam 11.40 pagi semalam.Bayi seberat 4.04 kilogram itu dinamakan Engku Aleesya Engku Emran, hasil pilihan Erra sendiri yang bermaksud dilindungi.Sambil melahirkan perasaan teruja selepas bergelar ibu, Erra berkata, proses melahirkan bayi sulungnya itu adalah pengalaman yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila.“Melahirkan Aleesya memberi satu pengalaman hebat kepada Erra. Sebak dan tiada kata-kata yang dapat diluahkan sebaik saja melihat Aleesya berada di pangkuan.“Bayi yang kita kandung selama sembilan bulan dan ditunggu-tunggu kelahirannya, akhirnya berada di depan mata,”kata Erra ketika ditemui di wad perdana, hospital berkenaan.Erra meminta maaf kepada peminatnya kerana tidak dapat menunjukkan wajah bayi yang baru dilahirkannya itu kepada media.“Bukan tidak mahu beri tetapi Erra berjanji untuk berlaku adil kepada semua media. Lagipun, biarlah Aleesya besar sikit. Erra janji, pada majlis cukup jambul Aleesya nanti iaitu sebaik saja Erra habis berpantang, Erra akan tunjuk wajahnya kepada semua,” kata Erra.Sementara itu, suami Erra, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 34 melahirkan rasa syukur kerana anak dan isterinya selamat.“Saya turut menemani Erra sepanjang dia berada di dewan bersalin dan berpeluang membuat rakaman video detik kelahiran Aleesya. Belum pernah saya lihat Erra sakit sebegitu rupa. Alhamdulillah, tidak lama dia menahan sakit, akhirnya Aleesya selamat dilahirkan,” kata Emran yang juga Ketua Pegawai Operasi Suria FM.Erra dan Emran bernikah pada 25 Oktober 2007 lalu di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Taman Tun Dr Ismail.



Sumber : Berita Harian 31/3/09



Erra sudah jadi ibu

ALHAMDULILLAH Suria FM sudah mempunyai seorang pendengar baru. Engku Aleesya namanya dilahirkan pada 11.40 pagi semalam. Erra dan Aleesya ok’ – begitulah mesej yang diterima daripada Engku Emran Engku Zainal Abidin sejurus selepas penyanyi, model dan pelakon jelita, Erra Fazira selamat melahirkan anak sulung mereka, semalam. Aleesya dilahirkan secara normal dengan berat 4.04 kg di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya. Dalam satu sidang media yang diadakan Engku Emran kemudiannya, Ketua Pegawai Operasi Suria FM ini melahirkan kegembiraannya dan Erra bergelar ibu bapa yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Pun begitu, dia memohon maaf kerana tidak dapat mengizinkan wajah si comel diambil buat masa sekarang bagi menjaga privasi bayi lain yang turut ditempatkan di dalam bilik inkubator bersama anaknya. “Masa upacara cukur jambul nanti kami akan tunjukkan wajah bayi kepada semua,” demikian janji Emran. Dari segi lain, dia sebenarnya enggan beraksi seperti selebriti Barat yang mengambil kesempatan di atas kelahiran anak bagi meraih publisiti dan keuntungan dari foto eksklusif wajah bayi mereka. Memperjelaskan lagi niat hatinya, Emran berterus terang yang dia kurang senang jika anaknya dijadikan bahan cerita di media massa. Justeru dia tidak bercadang untuk mengizinkan Aleesya mengikut jejak ibunya untuk menjadi model apatah lagi dalam usia yang kecil. Sebenarnya, ketika bercerita perihal anaknya pun Emran masih belum percaya sepenuhnya yang dia kini sudah menimang cahaya mata yang sekian lama dinantikan. Biarpun mengakui sudah biasa menjaga tiga anak buah sebelum ini, dia masih berdebar-debar untuk memeluk anak sendiri. “Rasa hendak menangis tapi dalam masa yang sama macam tak percaya sudah jadi bapa. Mungkin malam ni saya akan lebih terasa (yang saya sudah ada anak),” ucap Emran yang bergegas ke kedai gunting rambut sejurus selepas sidang media untuk menunaikan nazar.



INFO


1) Erra dan Emran bernikah pada 25 Oktober 2007. 2) Sebulan sebelum melahirkan, Erra mengidam ‘New York Cheese Cake’. 3) Mengikut tarikh jangkaan, Erra seharusnya bersalin pada Rabu (25 Mac) lalu namun dia hanya merasakan kontraksi sekitar jam 11 malam kelmarin. 4) Erra dikejarkan ke hospital jam 5 pagi, manakala air ketuban pecah jam 10.30 pagi. 5) Doktor yang menyambut kelahiran Aleesya ialah Dr Gunasegaran Pt Rajan. 6) Panggilan Aleesya untuk Emran kelak ialah ayah manakala untuk Erra; ibu. 7) Menurut Emran, bibir Aleesya persis ibunya.



Sumber : Sinar Harian 31/3/09


NEGARA


Erra selamat lahirkan Engku Aleesya

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira selamat melahirkan bayi perempuan seberat 4.04 kilogram di Hospital Pakar Perubatan Damansara, semalam.
Lewat lima hari daripada jangkaan, Erra atau nama penuhnya, Erra Fazira Wan Chik, 35, ditemani suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin saat dia melahirkan anaknya pada pukul 11.40 pagi.
Diberi nama Engku Aleesya Engku Emran yang bermaksud dilindungi, kelahiran bayi comel itu turut disambut oleh ibu Erra, Azizah Zaik dan ibu mentuanya, Toh Puan Hajah Salmah Abu Bakar.


HIBURAN

I'm a mother - Erra Fazira

ERRA melalui detik-detik mencemaskan sebelum berjaya bergelar seorang ibu.
PADA tarikh 30 Mac 2009, pukul 11.40 pagi bertempat di Hospital Pakar Perubatan Damansara, lahir seorang bayi perempuan seberat 4.04 kilogram. Banyak hati yang berbunga bahagia untuk menatap bayi dengan ketinggian 51.5 sentimeter itu.

Alasannya cukup relevan. Ini kerana bayi istimewa itu merupakan puteri sulung kepada primadona filem Melayu, Erra Fazira Wan Chik dan suami tercinta, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Sememangnya ramai yang menunggu sekian lama bilakah primadona jelita itu bergelar ibu buat pertama kalinya.

Apatah lagi di kalangan media. Apabila khabar bahawa Erra,35, telah melahirkan zuriat pertamanya yang kemudian diberikan nama yang cukup indah - Engku Aleesya, lima hari lewat daripada tarikh yang dijangka doktor, para wartawan mula berkumpul di hospital berkenaan.
Gerombolan wartawan yang tiba di sana pada pukul 1 petang seolah tidak sabar menatap wajah Engku Aleesya, namun Emran yang ditemui bagaimanapun memohon dengan baik agar dirinya ditemu bual sekitar pukul 3 petang kerana mahu menguruskan hal dua permata hatinya itu.
Selepas ditemu bual, Emran tidak menolak memberi keizinan kepada beberapa teman wartawan untuk menziarahi Erra dan Aleesya.

Namun, Erra dan Emran bagaimanapun tidak mengizinkan wajah puteri mereka dirakamkan. "Kami sudah berjanji dengan keluarga. Jadi saya perlu berpegang kepada janji. Insya-Allah, wajah Aleesya akan dapat disaksikan pada majlis cukur jambul nanti," luah Erra meminta agar semua pihak memahami dan memberi sedikit privasi kepada anggota keluarga barunya itu

Tambah pasangan ini, mereka mahu bersifat adil kepada semua media, dan janji untuk 'menayangkan' anak mereka pada majlis cukur jambul selepas 44 hari nanti akan tetap dikotakan.
Meminta maaf kepada semua pihak, Erra sendiri sebenarnya sudah tidak sabar untuk menunjukkan gambar anaknya kepada orang ramai terutama peminatnya.
Erra yang kemudian berkongsi kegembiraannya menyambut kedatangan media dengan nada ghairah menjerit kecil berkata, "I'm a mother (saya seorang ibu)". Cerianya tidak ditahan-tahan.
Malah dalam setiap bicaranya, mata Erra bercahaya. Lambang kebahagiaan tidak terperi.
"Ini satu pengalaman yang seronok dan baik. Lepas bersalin, saya ada rasa pening dan hendak muntah. Tapi itu semua berbaloi. Disebabkan sudah melebihi lima hari, saya tidak mahu mengambil risiko.
"Saya takut bayi terlalu besar dan juga takut tali pusat akan melilit kepalanya. Macam-macam saya fikir, maka saya dinasihatkan melalui prosedur induce (ubat untuk mempercepatkan pembukaan rahim)," ujar Erra.
Memilih nama Engku Aleesya, Erra menyukai maksud Aleesya dan bunyi sebutannya amat lembut. "Saya suka maksud Aleesya. Maksudnya ialah yang dilindungi. Semua ahli keluarga bersetuju dengan nama ini. Kami ada tiga nama lain tetapi nama yang lain pula agak keras nadanya. Kami sukakan nama yang ringkas sahaja," tambah Erra.
Emran yang terlebih dahulu ditemu bual turut berkongsi pengalaman menjadi bapa dengan media. Dia memberitahu, sepanjang proses bersalin, dia berada di sisi Erra dan sempat merakamkan detik-detik paling manis dalam hidupnya dengan kamera video.
"Sebenarnya hari Sabtu lagi Erra sudah sakit. Bila jumpa doktor dan menjalani ujian skrin, doktor mengatakan Erra belum bersedia untuk melahirkan anak lagi. Kemudian, semalam (29 Mac) Erra semakin sakit dan masuk hospital pada pukul 11 malam. Pada pukul 3 pagi, Erra dinasihatkan untuk mengambil suntikan epidural dan dua jam kemudian Erra dimasukkan ke dalam wad.
ANTARA reaksi wajah seorang Emran yang baru sahaja bergelar bapa.
Tambah pasangan ini, mereka mahu bersifat adil kepada semua media, dan janji untuk 'menayangkan' anak mereka pada majlis cukur jambul selepas 44 hari nanti akan tetap dikotakan.
Meminta maaf kepada semua pihak, Erra sendiri sebenarnya sudah tidak sabar untuk menunjukkan gambar anaknya kepada orang ramai terutama peminatnya.
Erra yang kemudian berkongsi kegembiraannya menyambut kedatangan media dengan nada ghairah menjerit kecil berkata, "I'm a mother (saya seorang ibu)". Cerianya tidak ditahan-tahan.
Malah dalam setiap bicaranya, mata Erra bercahaya. Lambang kebahagiaan tidak terperi.
"Ini satu pengalaman yang seronok dan baik. Lepas bersalin, saya ada rasa pening dan hendak muntah. Tapi itu semua berbaloi. Disebabkan sudah melebihi lima hari, saya tidak mahu mengambil risiko.
"Saya takut bayi terlalu besar dan juga takut tali pusat akan melilit kepalanya. Macam-macam saya fikir, maka saya dinasihatkan melalui prosedur induce (ubat untuk mempercepatkan pembukaan rahim)," ujar Erra.
Memilih nama Engku Aleesya, Erra menyukai maksud Aleesya dan bunyi sebutannya amat lembut. "Saya suka maksud Aleesya. Maksudnya ialah yang dilindungi. Semua ahli keluarga bersetuju dengan nama ini. Kami ada tiga nama lain tetapi nama yang lain pula agak keras nadanya. Kami sukakan nama yang ringkas sahaja," tambah Erra.
Emran yang terlebih dahulu ditemu bual turut berkongsi pengalaman menjadi bapa dengan media. Dia memberitahu, sepanjang proses bersalin, dia berada di sisi Erra dan sempat merakamkan detik-detik paling manis dalam hidupnya dengan kamera video.
"Sebenarnya hari Sabtu lagi Erra sudah sakit. Bila jumpa doktor dan menjalani ujian skrin, doktor mengatakan Erra belum bersedia untuk melahirkan anak lagi. Kemudian, semalam (29 Mac) Erra semakin sakit dan masuk hospital pada pukul 11 malam. Pada pukul 3 pagi, Erra dinasihatkan untuk mengambil suntikan epidural dan dua jam kemudian Erra dimasukkan ke dalam wad.

"Pintu rahim Erra semakin membesar pada pukul 7.30 pagi dan pada pukul 10 pagi, Erra sudah bersedia untuk bersalin. Tidak sampai 20 minit doktor berada dalam bilik bersalin, Erra selamat melahirkan Aleesya pada pukul 11.40 pagi," jelas Emran mengenai anaknya yang dilahirkan secara normal itu.


Sebak melihat Aleesya

Tidak mengalami sebarang komplikasi, Erra memberitahu dirinya berasa sebak saat anaknya diletakkan atas badannya. Malah pada mulanya dia tidak tahu bagaimana untuk mendukung anaknya yang masih diselaputi bendalir.
Suaminya pula berasa cemas ketika berada di bilik bersalin kerana tidak pernah melihat Erra dalam keadaan yang begitu sakit. "Memang saya berasa cemas dan hiba tetapi saya masih mahu melihat saat anak saya dilahirkan. Rasanya seperti mimpi lagi.
"Ini satu keajaiban yang sangat sukar untuk dijelaskan dalam perkataan. Semasa menyaksikan Erra bersalin juga saya berasa insaf dan semakin menyayangi Erra," kata Emran yang akan bercuti selama seminggu untuk menemani Erra dan Aleesya.

Menyifatkan mulut anaknya seperti mulut Erra yang muncung dan kulitnya berwarna putih dengan sedikit merah jambu, Emran masih belum boleh melihat wajah anaknya itu iras wajahnya atau Erra. Wartawan yang berpeluang melihat anaknya, akui bayi itu memiliki mulut seperti Erra dan memiliki sepasang mata yang bundar.
Emran yang sudah bersedia dari segi fizikal dan mental sebenarnya mahu tiga atau empat orang anak. Maka memandangkan usia Erra, Emran mahu Erra lahirkan anak lagi dalam masa terdekat. "Kalau boleh jangan rehat lama sangat. Usia Erra pun bukan muda lagi," terang Emran.

Bakal mengamalkan pantang tradisional di rumah dengan ditemani ibu dan ibu mertua serta nenek Erra, Rahimah Sakul, Erra dan Emran mempunyai pendirian sama untuk tidak mendedahkan anak mereka kepada dunia seni. Jika boleh, pasangan itu mahu anak mereka terlibat dalam bidang lain.

"Ayah dia minat golf. Kalau boleh dia nak anaknya jadi pemain golf profesional. Kami sebenarnya tidak galakkan dia menjadi artis. Namun, jika itu minat dia, kami tidak halang," kata Erra.
Sambung Emran, "Rasanya ibu dia boleh nasihatkan dia baik buruk dunia seni. Kami tahu tidak senang untuk menjadi artis. Saya hanya mahu membawa dia bermain golf."

Erra mahukan anaknya memanggil dirinya, mom dan Emran pula mahu dirinya dipanggil ayah. Bersifat terbuka dalam cara mendidik anak, Emran mahu menghormati anaknya. "Walaupun dia merupakan anak saya, saya akan hormati dia. Anak saya akan mempunyai pendirian dan hak sendiri sebagai seorang manusia."

Terlalu awal untuk bercerita mengenai hal publisiti anaknya, jika berkebolehan, Emran mahu anaknya membesar seperti orang biasa. Erra juga belum lagi bersedia untuk membawa anaknya ke lokasi penggambaran atau tempat kerja.

"Bulan Jun nanti saya akan mula bekerja dengan produksi Mertua VS Menantu. Selepas itu juga saya akan mula merakamkan album baru. Maka, masa itu anak saya masih kecil. Jadi tidak sesuai untuk bawa dia ke lokasi," beritahu Erra mengenai anaknya yang akan dijaga ibu serta ibu mentuanya.

Wednesday, March 11, 2009

COVER MAJALAH EDISI MAC 2009






Sumber foto: Majalah Perempuan keluaran Mac 2009


* KUALITI FOTO KURANG MEMUASKAN.HARAP MAKLUM


Tuesday, March 10, 2009

ERRA DISENANGI PEMINAT,RAKAN ARTIS & MEDIA















Sumber foto : Blog Nana Era FM


Kredit kepada blogger ni yang begitu suka bergambar dengan Erra Fazira:-)







MENGHITUNG HARI BERGELAR IBU & AYAH















BALIK DARI BERBULAN MADU DI PARIS





DISATUKAN SEBAGAI SUAMI ISTERI 25 OKT 2007



DIIKAT DENGAN TALI PERTUNANGAN 7 SEPT 2007


UMUM KISAH CINTA & TARIKH PERTUNANGAN


TEMAN TAPI MESRA : Sumber foto Suria FM


KENAL HATI BUDI : Sumber foto Media Hiburan








Kredit : semua media cetak & elektronik / blogger yang menyiarkan foto - foto Erra & Emran







Monday, March 9, 2009

ANGKARA SIAPA NI????


Hempas bayi


Oleh Rudy Syareme Sheriffudinam@hmetro.com.my





GEORGETOWN: Berang kerana tak tahan mendengar tangisan, seorang lelaki tergamak menghempaskan bayi perempuannya yang baru berusia empat bulan ke atas tilam, Ahad lalu.Tindakan bapa panas baran itu di rumah sewa mereka di Kampung Masjid, Sungai Ara di sini, membawa padah apabila bayi tidak berdosa itu, Nurul Ain Amirah, yang beberapa jam menderita akibat perbuatan kejamnya meninggal dunia.Polis menahan lelaki itu selepas dia dan isteri membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, kelmarin.Wartawan yang mendapat maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke tempat kejadian semalam, tetapi keluarga mangsa sudah pulang ke Pendang, Kedah, untuk mengebumikan jenazah mangsa.Namun, seorang jiran kepada keluarga itu, Rafiah Mahmood, 39, yang menjadi orang pertama mengesyaki kejadian memilukan itu dapat ditemubual.Menurutnya, dia terdengar jeritan kuat diikuti suara ibu mangsa beristighfar dalam keadaan mencemaskan selepas solat Subuh, kelmarin.Dia menyidai kain di luar rumah sebelum ibu bayi itu meluru keluar dari rumah dan memberitahu Nurul Ain diserang sawan tarik.“Saya terus ke rumah mereka dan melihat Nurul Ain masih bernyawa, tetapi keadaannya cukup lemah dengan kedua-dua mata separuh tertutup dan tangannya kejang.“Saya memegang tangan dan menggosok-gosoknya, namun tidak ada perubahan. Ketika itu, saya terlihat kesan lebam di kedua-dua pipi dan seluruh badannya. Apabila ditanya, si bapa mengaku dia mencubit dengan alasan geram kerana bayinya menangis setiap hari,” katanya.Rafiah berkata, pasangan terbabit membawa Nurul Ain menerima rawatan secara tradisional.Ketika pulang semula tengah hari, si ibu memberitahu jiran berkenaan, Nurul Ain tidak minum susu sejak pagi dan kelihatan seperti sedang tidur, tetapi dia takut mengejutkannya.“Beberapa jam selepas itu, bayi berkenaan masih belum bangun menyebabkan ibunya memanggil saya sekali lagi kira-kira 4 petang (kelmarin).“Saya segera memegang Nurul Ain tapi badannya sudah sejuk. Apabila tak sedap hati melihat keadaannya, saya menyuruh suami isteri itu menghantar anak mereka ke hospital,” katanya.Katanya, pasangan itu pulang jam 7 malam dan dia dimaklumkan ibu Nurul Ain, bayinya sudah meninggal dunia.Pasangan itu juga memaklumkan, mereka perlu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya di Balik Pulau untuk membuat laporan.Bagaimanapun, kata Rafiah, ibu mangsa pulang ke rumah seorang diri bersama jenazah Nurul Ain kira-kira jam 4 pagi semalam.Sejurus kemudian, jenazah bayi itu dibawa ibunya pulang ke kampung halamannya di Pendang.Mengenai pekerjaan suami wanita itu, dia berkata, lelaki itu seorang buruh kasar manakala isterinya kerja kilang.“Kejadian itu menggemparkan penduduk setempat. Kami bagaimanapun tidak boleh membuat sebarang tuduhan dan biarlah pihak berkuasa menyiasat.“Sebagai jiran dan rakan, saya berharap wanita itu tabah menghadapi dugaan,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Md Zain, berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 4 petang kelmarin apabila ibu bapa mangsa membawanya ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menjalani rawatan.Menurutnya, sebaik tiba di HPP, doktor yang merawat mendapati bayi berkenaan sudah meninggal dunia.Beliau berkata, hasil bedah siasat menemui kesan penderaan berikutan banyak kesan lebam, termasuk di pipi, telinga dan kepala.Katanya, siasatan mendapati ibu mangsa mendakwa suaminya membaling bayi mereka ke atas tilam akibat tidak tahan dengan tangisannya sejak Sabtu lalu.“Polis menahan reman bapa bayi berkenaan berusia 35 tahun itu selama enam hari. Hasil pemeriksaan turut mendapati dia positif mengambil dadah jenis heroin. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya.





Sumber :Mymetro 10/3/09



GALERI GAMBAR SAMBUTAN MAULIDUL RASUL

SEMANGAT... Peserta-peserta perarakan membawa sepanduk tema sambutan "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah" dan pelbagai sepanduk lain berarak sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ketika meyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2009 di Dataran Merdeka hari ini.

KONTIJEN Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa sepanduk ketika menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini.

SULTAN Perak Sultan Azlan Shah (kiri) meletakkan Al-Quran di atas rehal sebagai simbolik perasmian sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri di Bangunan Darul Ridzuan hari ini. Turut kelihatan Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir (kanan). Sambutan yang bertemakan 'Wahdah Pemangkin Khaira Ummah' dihadiri seramai 1,500 hadirin.

SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai perarakan sambutan Maulidul Rasul peringkat negeri berarak sambil membawa poster di Jalan Datuk Bandar Tunggal hari ini.

Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir (tengah) dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan (dua, kiri) mengetuai perarakan sambutan Maulidul Rasul peringkat negeri di Jalan Yam Tuan hari ini. Kira-kira 9,000 peserta yang terdiri daripada 62 kontinjen dari jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta serta orang ramai menyertai perarakan mengelilingi bandar itu sambil membawa sepanduk dan berselawat.

TAHNIAH... (Dari, kiri) Tokoh Kelurga Mithali, Azizan Mohamed Desa, Tokoh Pegawai Masjid, Abdul Mokti Ayob, Tokoh Guru Sekolah Agama Rakyat Ahmad Shahimi Pandak Hassan dan Tokoh Guru Agama Dakwah Ali AC Din bergambar bersama anugerah yang diterima masing-masing pada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri di Bangunan Darul Ridzuan hari ini.



SULTAN Perak Sultan Azlan Shah (kiri) menyampaikan anugerah Tokoh Guru Sekolah Agama Rakyat kepada Ahmad Shahimi Pandak Hassan (kanan) pada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri di Bangunan Darul Ridzuan hari ini.


TURUT menghiburkan tetamu pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2009 di Dataran Merdeka hari ini ialah penyanyi Waheeda dan Akhil Hayy.



SEBANYAK 1430 buah motosikal menyertai Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2009 di Dataran Merdeka hari ini.



WALAUPUN hujan turun peserta ini tidak berganjak untuk meraikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini.


ALTERNATIF... Sebahagian peserta terpaksa menjadikan sepanduk untuk berteduh dari hujan ketika meraikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini.


KEMAS... Kontinjen daripada Agensi Nuklear Malaysia membawa sepanduk " Muhammad Pemimpin Terbilang Modenisasi Ummah Duniawi Ukhrawi"berarak melintasi Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka di sini sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ketika meyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2009 hari ini.


SEBAHAGIAN daripada peserta perarakan mengaminkan doa ketika menyertai perarakan meraikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2009 di Dataran Merdeka hari ini.



TAHNIAH... Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009, Prof Dr Sidek Baba (dua, kanan) seorang Profesor Pendidikan di Institut Pendidikan Univesiti Islam Antarabangsa (UIA) bergambar bersama penerima Anugerah Maulidur Rasul selepas majlis penganugerahan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini. Antara penerima anugerah ialah (dari kiri) pelajar tahfiz Muhammad Ahmad Zahid, 12, Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia Mohd Yunus Pathi Mohd, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman dan Pengarah Urusan Syarikat Nusantara Sdn Bhd, Mortadha Lau Abdullah. Turut menerima anugerah kanak-kanak istimewa yang kurang upaya dari bahagian pinggang ke bawah Adik Muhammad Haziq Samrat (duduk). Penerima Anugerah Perdana membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta plak manakala kelima-lima penerima Anugerah Maulidur Rasul menerima wang tunai yang kesemuanya berjumlah RM22,000 dan plak.



Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan kepada adik Muhammad Haziq Samrat sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2009 di Dataran Merdeka di sini, hari ini. Turut hadir Menteri DiJabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri). Adik Muhammad Haziq,14, merupakan kanak-kanak istimewa yang kurang upaya dari dari bahagian pinggang hingga ke bawah.


BERANGKAT TIBA... Yang Di-pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika berangkat tiba pada majlis perasmian Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini. Seri Paduka Baginda diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badaw(kanan).




Sumber foto: Mstaronline 10 /3/09