Friday, April 24, 2009

RESTUI LAH MASJID MEREKA






Sumber foto: Mstaronline



Wednesday, April 22, 2009

JODOH KEDUA...

Sumber Foto : Kosmo


Sumber : Cari Forum

Sumber foto : Website carian Yahoo / Google



Sumber Foto : Akhbar Pancaindera Mingguan Malaysia


Sumber foto : Mstaronline



Sumber foto : Website carian Yahoo / Google

Sumber: Cari forum



Sumber : Cari Forum


* BERTUAHNYA ERRA, ARNI DAN RITA.....HEHEHE.......WALAUPUN JANDA TETAPI TETAP DAPAT PENGANTI ANAK TERUNA.....MOGA KEKAL SELAMANYA





Thursday, April 16, 2009

ERRA FAZIRA 'JUNIOR'

SEMUA ORANG TAK SABAR - SABAR NAK TENGOK WAJAH ENGKU ALEESYA YANG SEBENARNYA

SEKADAR GAMBAR HIASAN






Aleesya persis Erra Fazira


Ditulis oleh Rosli Manah Khamis, 16 April 2009 19:41



Sekarang antara perkara yang ditunggu-tunggu oleh peminat ialah mahu menatap wajah puteri sulung Erra Fazira dan Engku Emran, Engku Aleesya yang lahir pada 30 Mac 2009.



Bagaimanakah raut wajahnya? Mirip siapakah Aleesya? Mirip ibu atau mirip bapanya? Aleesya lahir secara normal di Damansara Specialist Hospital dengan berat 4.04kg.



"Saya sudah tengok anak Erra baru-baru ini. Saya lihat bibir dan mata Aleesya saling tak tumpah macam Erra," kata seorang deejay Suria FM.



Sebenarnya topik wajah anak Erra antara yang hangat sekarang. Malah e-mel yang berjudul Anak Erra Fazira 4.04 Kg dikirim dari seorang kepada seorang yang lain. Sebenarnya kiriman itu ialah gurauan yang memuatkan gambar karton baby montel. Siap bunyi budak ketawa lagi.

Ada juga gambar lama Erra sedang memangku seorang bayi yang diedarkan. Kononnya itulah anak Erra.


Kalau nak lihat anak Erra yang sebenar dan sahih tunggulah Aleesya berusia 40 hari, selepas Erra habis pantang dan majlis mencukur jambul yang akan diadakan nanti. Itu janji Erran dan Emran. Maknanya pada 9 Mei 2009 lah. Tunggu...




Sumber : Manggaonline


http://www.manggaonline.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1629:aleesya-persis-erra-fazira&catid=34:berita-selebriti&Itemid=53




Erra Fazira & Engku Aleesya

Yesterday at 9:58pm

Siang tadi dalam pukul 2.30 petang saye, angah & zaini ke rumah Erra... saje nak ziarah dia & tengok baby Aleesya... kitorg (EFE - geng Erra Fazira Entertainment) memang plan nak pegi lambat-lambat sikit, so that boleh bersembang & melepak dengan tenang bersama erra & baby... :)sampai je, zaini dah sampai dulu. kat rumah erra pun takde sape, just mak mertua dia & her maid... erra pun dok lepak je atas sofa baring2... dia nampak dah sihat & dah kuat... baby pun sama. mak aiiii... semangat betul si kecik tu! dah mcm umur sebulan, 2... besar badannya... dukung pun sedap je (tapi saye tak dukungla, angah yg dukung...) :)sempatla kitorg bersembang-sembang pasal experience dia bersalin normal dgn baby yg besar sambil-sambil makan buah epal & pear... macam-macam dia cerita, saye rasa semua kot dari masa dia start sakit (contraction), sampaila sekarang tengah berpantang... antara yg saye ingat dia cakap, "sakit contraction tu tak sakit sgt, maybe kite tak sempat rasa betul-betul sakit sebab dah kena cucuk epidural... tapi, sekarang ni lepas bersalin, mak aiii... punyela sakit! sakit bekas jahitan, sakit itu, sakit ini... semua sakit datang dalam satu masa..." huish! terus rasa saspen je nak ada baby... hehehehehe...lepas tu mulut dia bising suruh angah makan macam-macam. FYI, my sister tu dah pregnant nak masuk 6 bulan, tapi perut kecik je... berat mcm org tak pregnant, 48 kg... mana tak kena bising dgn mak aiii (itu gelaran kitorg utk erra... stands for MAK AYAM... hehehehe... big boss kan?)lepas makan dijamu dgn bihun goreng, saye mintak diri sebab pukul 4 ada training di ofis... ntah bila lagila nak jumpa dia... harap-harap lepas ni ada lagi show dgn erra... rindu time-time lepas masa busy ke hulu-hilir buat show dengan dia. diam-diam dah dekat 10 tahun kitorg (EFE) bersama...




Congratulations Kak Erra & boss, dan selamat tiba ke dunia baru wahai Aleesya... saye ada gambar baby, tapi amanah org, saye takkan publish gambar tu kat sini. sorry ye semua! :)




Sumber : Facebook Zaff Suria FM



Sunday, April 12, 2009

JANGAN ADA YANG KATA NI ENGKU ALEESYA SUDAH.HEHEHE

Sumber foto : Terima Kasih Facebook Betty Benafe

LEPAS NI BANYAK LA POSING - POSING MOM ERRA DAN ENGKU ALEESYA MACAM NI LEPAS PANTANG YE....TAK SABARNYA


Friday, April 10, 2009

KABINET BARU MALAYSIA 2009

Senarai Penuh Kabinet Baru 2009

PERDANA MENTERI:Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan-timbalan Menteri:1. Datuk Liew Vui Keong2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim3. Datuk S.K. Devamany4. Ahmad Maslan5. T.Murugiah
MENTERI KEWANGAN:Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Timbalan:1. Datuk Chor Chee Heung2. Datuk Dr Awang Adek Hussin
MENTERI PELAJARAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:1. Datuk Dr Wee Ka Siong2. Dr Mohd Puad Zarkashi
MENTERI PENGANGKUTAN:Datuk Ong Tee KeatTimbalan:1. Datuk Abdul Rahim Bakri2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:Tan Sri Bernard
Dompok
Timbalan:1. Datuk Hamzah Zainudin
MENTERI DALAM NEGERI:Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:1. Datuk Wira Abu Seman Yusop2. Jelaing anak Mersat
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:1. Datuk Joseph Salang Gandum2. Senator Heng Seai Kie
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:Noriah Kasnon
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:1. Datuk Hassan Malek2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
MENTERI PENGAJIAN TINGGI:Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:1. Datuk Dr Hou Kok Chung2. Datuk Saifuddin Abdullah
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:Datuk Mustapa
Mohamed
Timbalan:1. Datuk Mukhriz Mahathir2. Datuk Jacob Dungau Sagan
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:Fadillah Yusof
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:Tan Sri Joseph Kurup
MENTERI PELANCONGAN:Datuk Ng Yen Yen
Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:Datuk Noh Omar
Timbalan:1. Datuk Johari Baharum2. Datuk Rohani Abdul Karim
MENTERI PERTAHANAN:Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
MENTERI KERJA RAYA:Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:Datuk Yong Khoon Seng
MENTERI KESIHATAN:Datuk Liow Tiong Lai Timbalan:Datuk Rosnah Rashid Shirlin
MENTERI BELIA DAN SUKAN:Datuk Ahmad Shabery Cheek Timbalan:1. Datuk Razali Ibrahim2. Wee Jeck Seng
MENTERI SUMBER MANUSIA:Datuk Dr S.Subramaniam Timbalan:Datuk Maznah Mazlan
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:Datuk Ismail Sabri Yaakob Timbalan:Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:Datuk Kong Cho Ha Timbalan:Datuk Lajim Ukin
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:Datuk Seri Sharizat Jalil Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun
MENTERI LUAR:Datuk Anifah Aman Timbalan:1. A.Kohilan Pillay 2. Datuk Lee Chee Leong
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Timbalan:Datuk M.Saravanan
Sumber : http://beautifulnara.com/senarai-barisan-anggota-kabinet-baru-datuk-seri-najib-razak-2009/

Thursday, April 9, 2009

GARA - GARA ENGKU ALEESYA !!!

Erra dan Engku Emran ketika membeli persiapan bayi bulan lalu.

Wajah ceria saat meraikan Ulangtahun pertama perkahwinan 25 Oktober 2008

Panas

“Kami tidak ikut budaya barat…” Engku Emran



Pastinya ramai peminat di luar sana yang tidak sabar ingin menatap wajah comel cahaya mata sulung ratu layar perak Erra Fazira dan suaminya Engku Emran. Namun tidak dinafikan juga ada yang terkilan kerana tidak dapat menatap wajah bayi glamor itu. Akur dengan kehendak pasangan popular ini media massa yang hadir begitu ralat dengan keputusan mereka. Walaupun terpaksa bergegas ke Hospital Pakar Damansara (HPD) tempat Erra bersalin, kami hanya dibenarkan menemubual Emran setakat di lobi HPD sahaja. Emran memohon maaf dan menyatakan bagi merakamkan gambar si comelnya kami semua perlu menunggu pada majlis cukur jambul yang bakal diadakan selepas isterinya itu habis berpantang 44 hari.“Bagi mengambil gambar bayi kami ada sedikit kesulitan pada masa ini. InsyaAllah pada majlis cukur jambul yang akan diadakan selepas Erra habis berpantang kami akan menjemput semua wartawan dan pada masa itu kami akan tunjukkan bayi kami pada semua orang. Pada waktu itu barulah anda boleh merakamkan gambar si comel saya,” jelas Emran sambil tersenyum. Ditanya adakah Emran dan Erra terikut-ikut budaya barat sepertimana Jennifer Lopez dan beberapa selebriti barat lain yang mahukan pendedahan eksklusif sesebuah majalah bagi merakamkan wajah bayi mereka, Emran terus menjawab, “Kami tidak ikut budaya Hollywood. Mustahil jika diterapkan perkara sebegini di sini. Ini adalah keputusan kami bersama.”





Sumber : Media Hiburan Terkini Karangkraf






TAK sangka Kak Pora, banyak betul maklum balas yang Kak Pora terima selepas menulis mengenai kisah pelakon dan penyanyi Erra Fazira Wan Chek selepas selamat melahirkan bayi perempuan pada pagi 30 Mac lalu. Ramai yang turut sama merasa hampa tidak kurang juga menghormati hak peribadi Erra dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang enggan membenarkan wajah anak mereka dirakamkan pihak media. Sebagai manusia biasa yang mahukan kedamaian dan masa untuk bersendirian dengan orang baru, kita kenalah hormati tetapi Erra dan Emran pun kena hormati juga hak peminat untuk sama-sama berkongsi gembira sebab Erra adalah selebriti popular. Dalam pada seronok membaca e-mel pembaca, Kak Pora terkejut badak apabila tup-tup terpacul gambar seorang ibu yang cukup anggun dan berseri-seri sedang mendukung bayi yang sungguh comel dan montel. Menurut penghantar gambar emel yang tidak dikenali berkenaan, itu adalah gambar Erra Fazira bersama puteri kesayangannya, Engku Aleesya.


Berdasarkan pengamatan Kak Pora sendiri, memang si ibu yang dimaksudkan adalah primadona filem Melayu yang dimaksudkan cuma bayi yang di dalam dakapannya Erra itu tidaklah pula dapat Kak Pora pastikan kesahihannya. Almaklum... tidak ada satu umat pun dikalangan wakil media massa yang dibenarkan merakam wajah buah hati kesayangan Erra dan Engku Emran itu ketika mereka melawat Erra di Pusat Pakar Damansara tempoh hari.


Tambah lagi, Kak Pora sendiri pun sebelum ini sekadar mendengar cerita dari teman baik siapa lagi kalau bukan Normah Becok. Takut juga tersalah fakta, silap-silap kena saman pula. Sebelum apa-apa ampun dan maaf dipinta dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Berbalik kepada cerita si kecil, bayi ini memang sahih comel sangat rupa parasnya, susuk tubuhnya juga ‘semangat’ dan montel. Entahlah mungkin ya, mungkin tidak. Kalau betul, beruntunglah Erra-Emran dikurniakan bayi yang bukan saja sihat tubuh badan tetapi juga comel paras rupanya. Serba salah pula jadinya, bila gambar tak dibenarkan dirakam lain pula implikasinya dan bila sudah dirakam, tak ada pula yang dapat mengesahkannya kecuali penghantar, ibu ayah serta insan-insan yang dekat di hati dan yang sewaktu dengannya. Apapun, doa Kak Pora dan rakan-rakan, semoga Erra bersabar dalam mengembalikan kesihatan sewaktu menjalani waktu berpantang di samping menyiapkan diri dengan realiti sebenar dalam menghadapi susah senang bergelar seorang ibu.


* KESIMPULANNYA : TU BUKAN ENGKU ALEESYA




Sumber : Bintang Popular 12 /4/09



Eksklusifnya gambar anak Erra!



PERTAMA sekali, Kak Pora nak ucapkan tahniah kepada pasangan popular, Erra Fazira dan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin kerana cahaya mata sulung yang dinanti-nantikan mereka selama ini akhirnya selamat dilahirkan pada 30 Mac lalu, kira-kira jam 11.40 pagi. Kak Pora tumpang seronok dan gembira. Maklumlah, anak-anak Kak Pora pun sudah besar panjang. Teringin juga menimang anak baru tetapi sampai sekarang, 'drebar teksi pun tak masuk minang'. He he... teringat dialog dalam filem Melayu klasik, Masam Masam Manis lakonan Minah Hashim. Hai! Lama lagi Kak Pora menjanda nampaknya... Minggu lalu, Kak Pora ada ulas mengenai detik penantian Erra yang akan bersalin dan tekaan Kak Pora bahawa Erra akan bersalin pada Isnin atau Selasa lalu ternyata tepat. Nama anak mereka ialah Engku Aleesya. Amboi, cepat benar mereka pilih nama untuk anak mereka. Baru saja bersalin dah umumkan nama anak pada pihak media. Eloklah juga tu, ada perancangan awal. Tentu nama tu Erra yang pilih.

Namun, dalam keseronokan pasangan itu menimang cahaya mata, terdengar pula cerita yang tidak berapa sedap nak dengar bertiup di kalangan wartawan hiburan yang hadir membuat liputan sambil menziarahi Erra dan anaknya di Hospital Pakar Damansara.

Mengikut beberapa kawan Kak Pora, ramai rakan media yang kecewa dan hampa kerana mereka tidak dibenarkan merakam wajah Aleesya atas alasan Erra kononnya mahu berlaku adil kepada semua pihak media. Walaupun begitu pasangan itu masih membenarkan beberapa wakil media melawat Aleesya yang ketika itu sedang nyenyak tidur. Menurut cerita kawan baik Kak Pora, 'bising' juga wartawan dan jurugambar pada hari itu. Mana tidaknya! Alasan Erra hendak berlaku adil macam tidak berapa praktikal sebab hampir semua media termasuk TV, radio, akhbar dan majalah utama hadir untuk menyambut kehadiran bayi comel seberat 4.04 kilogram itu. Sepatutnya Erra bagi alasan lain. Adalah adil kepada wartawan dan jurugambar yang bersusah payah datang untuk merakam foto kenangan itu, maklumlah yang lahir pada hari itu ialah Ratu Filem Melayu. Jadi, bagi mereka yang datang ke hospital itu, mereka kecewa kerana tindakan itu sebenarnya adalah tidak adil kepada mereka yang bersusah payah datang meredah kesesakan lalu lintas, kemudian bayar tol dan parking tetapi Erra dan Emran tak izinkan. Sedangkan pihak media yang tak datang dan tak ingin buat liputan pada hari itu masih ada peluang untuk dapatkan gambar anak Erra nanti, iaitu pada majlis cukur jambul selepas 44 hari bersalin. Tak sangka Kak Pora, eksklusifnya gambar anak Erra. Sukar nak rakam gambar bayi itu. Mungkin bayi comel itu memang cantik macam mak dia, patutlah Erra larang wartawan ambil gambarnya. Agaknya berapa ramailah wartawan hari itu yang kena marah oleh bos masing-masing sebab pulang tangan kosong. Kasihan juga. Terdengar juga cerita yang mendakwa Erra enggan gambarnya dirakam kerana tidak mahu dilihat dalam keadaan kurang cantik. Maklum sajalah, wajah dan keadaan fizikal wanita selepas bersalin 'kembang' di sana sini. Orang biasa macam kita mungkin tiada masalah untuk mengabadikan gambar begini namun bila sudah terkenal, rasanya tidak semua yang berani. Tapi Kak Pora masih ingat wajah gembira Nora, Raja Azura, Amyza Adnan, Abby Abadi, Datuk Sheila Majid dan ramai lagi artis popular mengizinkan gambar mereka dan bayi yang baru dilahirkan dirakam media. Mereka tak kisah pun. Tiada apa-apa masalah pun, mungkin sebab mereka tidak secantik Erra.


Lagi perit telinga bila ada yang bercakap pasangan Erra - Emran lagaknya macam tidak mahu kalah dengan Angelina Jolie - Brad Pitt, begitu juga Tom Cruise - Katie Holmes di Hollywood. Sebenarnya, Kak Pora pun tidak terkejut jika ada media kita sanggup membeli gambar Engku Aleesya! Apapun, Kak Pora kasihan juga dengan situasi dihadapi Erra-Emran. Maklumlah, bukan mudah hendak memuaskan hati semua orang. Dalam hal ini, semua pihak perlu menerimanya dengan hati terbuka dan menghormati keputusan Erra-Emran. Mungkin itu adalah yang terbaik bukan saja untuk mereka sekeluarga tetapi untuk semua pihak. Bukankah Erra sudah berjanji, pada majlis cukur jambul Aleesya nanti yang akan diadakan sebaik saja Erra selesai berpantang, semua jurufoto dibenarkan merakamkan gambarnya. Sabar sajalah...






Sumber : Bintang Popular 5/4/09



Wednesday, April 8, 2009

TAK SABAR NAK TENGOK ENGKU ALEESYA:-)

Erra – Emran perkenal anak selepas pantang


Oleh WANDA IDRIS



SEBAK yang membahagiakan. Itu perasaan pertama Erra Fazira tatkala pertama kali puteri sulungnya dihulurkan kepadanya sebaik selamat dilahirkan. Diletakkan di dadanya oleh jururawat bertugas membuatkan dirinya yang masih lemah jadi sayu, gembira dan bangga. Masakan tidak, bayi yang dikandung selama ini kini berada di depan mata.
Bersyukur dengan kurniaan Ilahi terhadap penyatuan cintanya bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin, primadona filem Melayu itu kini sudahpun bergelar ibu.
Ya! Dan dia begitu teruja dengan gelaran terbarunya itu. Gelaran yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata, tidak seperti kala tangannya menggenggam anugerah.
“Saya seorang ibu...” Itulah katanya untuk menggambarkan kegembiraan yang sedang dirasai biar badan masih lelah kerana baru empat jam melahirkan puteri yang dinamakan Engku Aleesya Engku Emran itu.
Biarpun Erra pada awalnya tidak mahu menerima kehadiran tetamu kecuali keluarga dan teman rapat akhirnya tetap membenarkan sekumpulan wartawan menemuinya dengan satu janji - tidak akan merakamkan wajah anaknya.
Pun begitu, Erra yang baru bangun dari tidur ketika ditemui tidak pula menolak untuk ‘memperkenalkan’ permata hatinya kepada kami selepas mendapat persetujuan Engku Emran.
Benar seperti kata suaminya yang juga Ketua Pegawai Operasi Suria fm, mulut anaknya itu sama mongel seperti bibir ibunya yang ketika disorongkan oleh Engku Emran sedang nyenyak tidur selepas menyusu.
Engku Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kilogram dengan panjang 51.5 sentimeter pada kira-kira pukul 11.40 pagi, Isnin lalu di Hospital Pakar Damansara, Kuala Lumpur.
Kelahiran buah hati pengarang jantung Erra-Emran pada tarikh 30 Mac itu lewat lima hari dari jangkaan dan doktor terpaksa menggunakan kaedah induce untuk mempercepatkan proses kelahiran.
Biar pada awalnya mengelak untuk menggunakan kaedah sedemikian namun artis popular itu terpaksa akur bagi mengelakkan sebarang komplikasi terhadap kandungan.
Riang sekali wajah Erra bercerita detik-detik kelahiran anaknya itu sambil sesekali menyuapkan roti ke dalam mulutnya.
“Penat tapi ini pengalaman paling hebat dalam hidup saya,” kata Erra yang sudah mula merasai sakit hendak bersalin sejak Sabtu lalu namun hanya ke hospital pada keesokan harinya. Pada tengah malam Ahad, doktor memberinya ubat untuk mempercepatkan kelahiran namun rahimnya masih tidak terbuka.
Doktor menjangkakan tengah hari Isnin dia akan bersalin selepas memasuki bilik bersalin sejak pukul 5 pagi namun ia lebih cepat dari jangkaan dan Erra bersyukur kerana proses melahirkan Engku Aleesya mudah dan cepat.
“Kira-kira sepuluh minit sahaja proses untuk melahirkan Aleesya,” ujarnya yang memilih beberapa nama untuk bayi perempuan dan akhirnya memilih Engku Aleesya kerana sebutannya lebih lembut selain maksudnya yang indah iaitu ‘yang dilindungi’.
Bakal menjalani tempoh berpantang di kediamannya, Erra yang memilih proses berpantang secara tradisional juga akan dijaga bergilir-gilir oleh ibunya, Azizah Zaik, ibu mertuanya, Toh Puan Salmah Abu Bakar serta nenek Erra, Rahimah Sakul.

Janji Erra

Teguh dengan pendirian tidak mahu mendedahkan kepada umum wajah Engku Aleesya ketika ini, Erra berjanji mahu ‘memperkenalkan’ Engku Aleesya pada majlis cukur jambul yang bakal diadakan selepas berpantang 44 hari.

Bagi pasangan suami isteri popular ini, itu saat paling sesuai memandangkan anaknya itu juga sudah semakin membesar dan Erra juga sudah bersedia.
Bakal menganjurkan dua sesi majlis cukur jambul - untuk keluarga terdekat dan untuk media - Erra dan Engku Emran juga menolak andaian bahawa mereka memberikan hak eksklusif kepada penerbitan terpilih.

“Bukan begitu dan kalau ada pun saya tidak akan bersetuju,” tegas Engku Emran.
“Saya pun tak sabar nak tunjukkan kepada satu Malaya, pada semua yang berdoa untuk saya tapi saya minta maaf banyak-banyak,” tambah Erra pula.
Bercerita mengenai kegiatan seninya, Erra yang akan kembali aktif selepas Jun ini memberitahu sudah ada beberapa tawaran yang menunggu selain meneruskan pembikinan album terbarunya.
Ini termasuklah meneruskan penggambaran musim kedua drama Mertua vs Menantu selain tawaran mengacara sebuah program pengembaraan.
Biarpun bakal sibuk dengan urusan kerja seninya namun Erra menegaskan tidak akan membawa bayinya ikut serta dalam kegiatannya.

“Saya tidak akan bawa anak ke lokasi penggambaran. Kalau saya bekerja, saya akan hantar Aleesya ke rumah ibu saya dan mak mertua saya secara bergilir-gilir,” jelas Erra.
Memberitahu tidak menggalakkan anaknya itu bergiat dalam bidang seni namun pasangan suami isteri popular ini tidak pula menghalang sekiranya sudah itu minat anaknya.



Nazar seorang bapa

Engku Emran pula memberitahu dia akan membotakkan rambut sebagai membayar nazar ke atas kelahiran anak pertamanya itu.

Dia yang begitu gembira dengan kelahiran Engku Aleesya juga memberitahu, menyaksikan proses kelahiran anaknya itu bukan sahaja sesuatu yang menginsafkan malah menyebabkan perasaan kasih dan sayangnya bertambah kuat kepada Erra.

Apalagi menyaksikan kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh isteri kesayangannya itu memandangkan selama bersama, Erra tidak pernah menunjukkan rasa sakit.
“Saat-saat melahirkan adalah sesuatu yang ajaib. Memang takut tapi saya tetap nak tengok. Saya dapat melihat Erra pun takut.

“Tapi berbanding saya, Erra banyak membuat persiapan mental dengan membaca dan menonton video. Saya pula takut jika Erra tidak berdaya menanggung sakit hendak bersalin.
“Saya tidak tahu penerimaan dia terhadap sakit itu kerana dia memang tak pernah menunjukkan rasa sakit selama saya mengenalinya.

“Tapi dia kuat dan saya mahu bersama memberi sokongan. Ya, memang ada rasa takut dan sedih untuk dia dan itulah yang menginsafkan dan rasa sayang sangat kepadanya,” ujar Engku Emran.

Memberitahu Erra sendiri mahu melahirkan secara normal sebab mahu berbengkung, berurut dan sebagainya, Engku Emran sendiri mengambil cuti selama seminggu untuk meraikan ‘orang baru’ dalam hidup mereka
Sumber : Mingguan Malaysia ARKIB : 05/04/2009

KEBETULAN JE TU.....

Sumber foto : Murai.com.my
PERHATIAN : FOTO BAYI DI BAWAH BUKAN ENGKU ALEESYA YE..SEKADAR GAMBAR HIASAN.HARAP MAKLUM
JiKA hARi iNi DirikU teRlalU gEMbirA dGn dUNiaWi...sEDarkANlaH aKU dGn aMAraN ALLaH. JiKA aKu beRSediH .... puJUkLaH aKu dGn TarBiAH PeNcipTA.JiKA aNTaRa KitA aDa teMboK peMisAH .... LeRAikaN ia dGn ukHWah. Dan ......JiKA peRNaH haTimU teRluKa LaNTarAN siKApku LuaHKanLaH aGar aKU bERuBaH.NaMuN sATu PinTAku, bERjanjiLaH ..... uKHwaH kiTa UnTuk SeLAmANya .......

Jika seseorang menyakiti kita,tulislah tentang kesakitannya di atas pasir,supaya tiupan angin kemaafan bisa memadamkan keperitannya…tetapi, jika seseorang berbuat baik kepada kita,ukirlah tentang kemanisannya di dalam hati,supaya tiada apa yang bisa menghapuskannya…


“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu,bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanjimenegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antarakami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkautunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dantempat kami memohon pertolongan “~ Amin Ya Rabbal Alamin ~



3-Apr-2009 Oleh: Roslen Fadzil



Perihal Nama Anak Erra Fazira



KL, 3 APRIL 2009: Wah... tentu Erra Fazira dan suaminya, Engku Emran sekarang tidak lena tidur melayan keletah buah hati pengarang jantung mereka, Engku Aleesya.Miss Propa tumpang seronok apabila dapat tahu Erra selamat melahirkan Aleesya, baru-baru ini. Lebih seronok lagi apabila bayi itu dilahirkan dalam keadaan sihat dan wajahnya mirip ibunya yang juga seorang primadona filem Melayu. Agak-agaknya bilalah Erra akan sedia buat sesi fotografi bersama Aleesya untuk tatapan pengunjung setia portal murai.com.my? Yang Murai Batu tahu, baby Erra & Emran itu memang comel sangat. Hai, tengoklah siapa ayah dan ibunya - pasangan kacak dan cantik gitu?Menariknya, ada pula peminat yang perasan nama anak Erra hampir-hampir sama dengan nama anak Awie & Arni Nazira. Nama anak Awie & Arni ialah Puteri Aleeya sementara Erra & Emran pula Engku Aleesya. Yang tak ada cuma huruf 's' saja. Bagi Miss Propa, ini mungkin satu kebetulan.



[Klik di sini untuk menonton video Miss Propa]



30-Mar-2009 Oleh: Ellyna Ali



Erra Selamat Bersalin Bayi Perempuan!



Teks oleh Thani Hasbullah & Ellyna Ali KUALA LUMPUR, 30 MAC 2009: Pelakon dan penyanyi jelita Erra Fazira selamat melahirkan bayi perempuan yang dinamakan Engku Aleesya Engku Emran di Pusat Perubatan Pakar Damansara, Petaling Jaya, pada jam 11.40 pagi tadi, Isnin. Bayi comel yang seberat 4.04 kilogram itu dilahirkan secara normal tanpa sebarang masalah. Difahamkan, baik Erra mahu pun Aleesya, kedua-dua mereka kini berada dalam keadaan yang sihat. Berita menggembirakan ini dimaklumkan kepada murai.com.my oleh Engku Emran sendiri, tengah hari tadi. Erra sebelum ini telah dimasukkan ke wad di hospital berkenaan pada Sabtu lalu iaitu pada tarikh jangkaan awal dia akan bersalin. Buat masa ini saya memohon maaf kerana belum dapat menunjukkan gambar bayi kami kerana Erra masih perlu berehat. Yalah, masih baru sangat. Insya-Allah kami akan memanggil jurugambar pada majlis cukur jambul iaitu selepas Erra habis berpantang nanti."Tapi apa yang dapat saya kongsi dan ceritakan di sini adalah wajah Aleesya lebih mirip Erra terutama pada bahagian bibir. Rambutnya lebat, kulitnya putih kemerah-merahan dan beratnya 4.04 kilogram. Alhamdulillah, Aleesya dan Erra dalam keadaan sihat walaupun Erra masih lagi keletihan."Tentang nama Aleesya, ia bermaksud dilindungi. Kami berdua sudah pilih nama itu selepas dapat tahu Erra mengandung bayi perempuan," kata Emran dengan wajah ceria dan lega. Menceritakan detik-detik cemas di wad selama 20 minit, Emran akui turut bersama di sisi Erra ketika 4 orang petugas iaitu 3 jururawat dan seorang doktor sedang bertungkus lumus untuk membantu kelahiran Aleesya.Bagaimanapun kata Emran, perasan cemas itu akhirnya bertukar menjadi detik yang amat menggembirakan apabila mendengar suara anaknya menangis dan Erra juga selamat."Erra dihantar ke hospital kelmarin selepas mengadu sakit-sakit. Dia mula terasa sarat sangat, kira-kira jam 3 pagi tadi dan doktor terus memberi suntikan bagi memudahkan proses kelahiran itu. "Pada 7.30 pagi tadi doktor bertemu saya dan menasihati kami agar bersedia kerana proses kelahiran akan berlaku pada bila-bila masa hari ini. Awalnya doktor menjangkakan pada jam 1.30 petang tetapi ia berlaku jam 11.40 pagi tadi," kata Emran lagi. Yang pasti, kehadiran Engku Aleesya pastinya menceriakan hidup pasangan bahagia itu yang telah lama merindui suara bayi sejak mereka mendirikan rumah tangga. Apa yang menarik, sebelum ini produser MIG Productions, David Teo pernah berhasrat untuk mengambil anak Erra berlakon bersama ibunya itu dalam musim kedua siri Menantu vs Mertua yang ke udara di Astro Prima. Namun kata Erra, semua itu bergantung kepada persetujuan suaminya dulu. Adakah Engku Aleesya akan mewarisi kecantikan ibunya nanti? Kita doakan yang terbaik buat Erra dan Emran. Tahniah dari semua warga murai.com.my!




Sumber : Portal Murai.com.my


Friday, April 3, 2009

TAHNIAH: PERDANA MENTERI KE 6 MALAYSIA

YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bersalam dengan Najib selepas Seri Paduka mengurniakan Suratcara Pelantikan sebagai Perdana Menteri di Istana Negara, pagi semalam.


Tiga tindakan pertama Najib


Oleh Norfatimah Ahmadtim@bharian.com.my



1- Bebaskan 13 tahanan ISA 2- Kaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri 3- Tarik balik larangan Harakah, Suara Keadilan



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yang mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri semalam, memulakan pentadbirannya dengan membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta membuat kajian semula terhadap akta itu.Dalam perutusan sulungnya sebagai Perdana Menteri yang disiarkan menerusi TV1 malam tadi, Najib turut mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan, berkuat kuasa serta-merta.Beliau berkata, pembebasan tahanan ISA dan penarikan larangan penerbitan akhbar parti pembangkang yang digantung permitnya bulan lalu itu bagi mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap pihak berkuasa. Tiga belas tahanan ISA yang dibebaskan itu ialah tujuh anggota Darul Islam Sabah iaitu Pakana Selama, A Artas A Burhanuddin, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Mohd Arasad Patangari, Idris Lanama dan Binsali Omar.Turut dibebaskan dua pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), iaitu R Kenghadharan dan V Ganabatirau. Seorang lagi ialah anggota Jemaah Islamiah (JI), Wan Amin Wan Hamat.Tiga lagi yang dibebaskan ialah warga asing yang ditahan atas kesalahan memalsukan dokumen keselamatan, Sundaraj Vijay dari India dan dua rakyat Myanmar, Amir Hussain serta San Khaing.Dalam perutusannya, Perdana Menteri menegaskan, pentadbirannya akan membawa pembaharuan bagi menempa satu zaman baru demi menjelmakan kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat.“Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tiada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional.“Kita juga akan merapatkan hubungan rakyat dan kerajaan bagi mengelak masyarakat dikelirukan atau diperdaya oleh permainan muslihat politik,” katanya.Sambil mengajak seluruh rakyat untuk bersama melaksanakan transformasi besar berteraskan semangat ‘Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ Najib berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat bagi membela nasib rakyat.“Dalam situasi penuh mencabar ini, saya komited untuk memastikan kepemimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia.“Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia,” katanya.Perdana Menteri mahu mengambil manfaat dari kejayaan kini dan iktibar dengan pengajaran masa lalu berhasrat meneruskan agenda besar kerajaan membasmi kemiskinan, menstruktur semula masyarakat, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti, serta meniupkan semangat generasi baru untuk berkhidmat kepada negara.Najib berkata, dalam waktu terdekat ini, beliau akan bertukar pendapat dengan pelbagai lapisan pemimpin masyarakat dari seluruh negara dalam menentukan keutamaan kerajaan.Katanya, beliau akan mengambil inspirasi daripada dorongan Allahyarham bapanya untuk melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya serta mengajak seluruh rakyat Malaysia memulakan satu langkah perjalanan hebat untuk negara.





Sumber : Berita Harian 4/4/09


ENGKU ALEESYA BINTI ENGKU EMRAN : BABY OF THE YEARS 2009


Mesti comel Engku Aleesya ni




Sekadar gambar hiasan




Bukan anak Erra ni


Anak orang lain



P/S : PERHATIAN INI BUKAN ANAK ERRA YE..SEKADAR GAMBAR SAJE:-)



Permata hati Erra




Oleh Farihad Shalla Mahmudfarihad@bharian.com.my




Kehadiran Engku Aleesya lengkapkan sinar bahagia bersama Engku EmranJIKA pasangan sensasi Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt, Tom Cruise dan isterinya, Katie Holmes boleh berbangga dengan cahaya mata masing-masing seperti Shiloh dan Suri, apa kurangnya dengan pasangan suami isteri terkenal Malaysia, Erra Fazira dan Engku Emran Engku Zainal Abidin yang kini sedang enak mengulit bahagia dengan kelahiran cahaya mata pertama, Engku Aleesya.Populariti yang dimiliki kedua ibu bapanya serta menjadi zuriat pertama kepada pasangan ini membuatkan kehadiran Engku Aleesya amat ditunggu-tunggu. Tentu saja ramai yang ingin melihat apakah Engku Aleesya secomel ibu dan bapanya, yang sebelum ini disifatkan ramai seperti pinang di belah dua.Pun begitu, seperti juga Shiloh dan Suri yang sebelum ini dikawal ketat sehinggakan media gagal atau tidak dibenarkan merakamkan gambar mereka untuk tatapan ramai, begitulah juga yang dilakukan Erra dan Emran. Cuma tujuan dan alasan mereka berbuat demikian sedikit berbeza.Bagi pasangan kontroversi dari Barat itu, tujuan mereka 'menyorokkan' wajah bayi mereka adalah semata-mata untuk untuk mengaut keuntungan dengan menjual hak penyiaran eksklusif, tetapi bagi Erra dan suami, mereka sejujurnya mahu berlaku adil kepada semua media yang selama ini begitu menantikan kehadiran cahaya mata sulung mereka."Erra dan suami ingin meminta maaf kepada semua peminat yang selama ini mendoakan kesejahteraan Erra. Bukan Erra tak mahu siarkan wajah Aleesya tetapi Erra sebenarnya mahu berlaku adil kepada semua pihak."Biarlah Aleesya besar sikit dan Erra janji, pada majlis cukur jambul Aleesya nanti yang akan diadakan sebaik saja Erra selesai berpantang, Erra akan benarkan semua jurugambar merakamkan gambarnya," janji Erra ketika ditemui di sebuah hospital di Damansara, tempat di mana dia melahirkan bayi comel seberat 4.04 kilogram itu. Tegas Erra, keputusannya itu turut mendapat persetujuan daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Namun begitu, Erra tetap membenarkan sekumpulan media yang hadir untuk melihat anaknya yang sedang nyenyak tidur itu. Benar seperti yang dikatakan Emran, Aleesya mempunyai mulut mirip ibunya.Ditanya apakah sebelum ini mereka ada mendapat tawaran daripada mana-mana majalah yang ingin menyiarkan wajah anak mereka secara eksklusif, sambil ketawa, Emran menggelengkan kepala."Tak adalah, kalau adapun saya tak akan berikan," ujar Emran sambil memberitahu dia juga tidak akan membenarkan Engku Aleesya berlakon memandangkan sebelum ini memang ada ura-ura untuk membawa bayi comel itu ke layar kaca.Bukan mahu cuba merencanakan masa depan anaknya tetapi bagi Erra, kalau boleh biarlah anaknya itu nanti memilih kerjaya yang lari dari bidang seni."Kalau boleh biarlah bidang seni itu nanti menjadi pilihan terakhir buatnya. Tetapi andai dia memang mahu menjadi anak seni, saya tidak akan menghalang. Saya akan bekalkan dia dengan panduan berguna."Tetapi kalau ikut ayahnya, dia mahu anaknya menjadi pemain golf terkenal macam Tiger Wood. Malah dalam menunggu saya nak bersalin sempat juga dia melihat internet untuk mengetahui perkembangan sukan itu," kata pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem pecah panggung Sembilu ini.Lebih melucukan, bagaikan berpakat, Emran yang ditemubual lebih awal turut melahirkan hasratnya untuk melihat anak sulungnya itu menjadi pemain golf terkenal.Sebagai bapa yang terdedah dengan arus kemodenan, Emran berkata dia menggunakan pendekatan yang agak terbuka dalam mendidik anaknya nanti."Setiap insan ada hak mereka sendiri dan sebagai bapa saya nanti harus menghormati haknya sebagai seorang anak.saya biarkan dia yang buat pilihan sendiri dalam apa juga keputusan namun pada masa yang sama, kita berikan pandangan kita," tutur Emran.Menceritakan detik-detik kelahiran Engku Aleesya, Emran berkata isterinya itu sudah mula mengadu sakit sejak hari Sabtu lalu."Namun sakitnya semakin menjadi-jadi malam kelmarin (Ahad).Justeru, dalam pukul 11 malam saya bawa dia ke hospital. Selepas melakukan beberapa proses seperti induce bagi mempercepatkan kelahiran, akhirnya pada jam 11.40, Aleesya selamat dilahirkan."Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sangat-sangat kerana isteri saya dan anak, semuanya sihat. Sepanjang Erra berada di dewan bersalin, saya menemaninya. Malah, sempat juga saya rakamkan detik-detik kelahiran Aleesya. “Selama ini saya tak pernah lihat Erra merasa sakit seperti itu. Satu pengalaman baru buat saya," kata Emran yang juga Ketua Pegawai operasi Suria FM dalam nada teruja. Ditanya apakah hasrat untuk menambah ahli keluarga baru akan tetap diteruskan selepas melalui pengalaman itu, secara berseloroh Emra menjelaskan, faktor usia membuatkan mereka tidak mahu menangguhkan usaha itu.





Sebak menguasai diri




TANYALAH kepada mana-mana ibu di seluruh dunia, saat melahirkan bayi pertama menerbitkan satu pengalaman yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Dan itulah juga yang dialami Erra sebaik saja melahirkan Aleesya."Sebaik saja Aleesya lahir, doktor yang menyambut kelahiran Aleesya itu terus meletakkan dia di pangkuan saya. Masa itu keadaannya masih lagi basah dan berselaput macam plastik. Mula-mula memang rasa pelik tapi lama kelamaan, rasa sebak menguasai diri."Mana tidaknya, insan yang amat dinanti-nanti, yang Erra bawa dalam kandungan selama sembilan bulan akhirnya muncul di depan mata. Ia adalah satu pengalaman yang hebat buat Erra," katanya yang begitu rancak berbual walaupun badannya masih dalam keadaan lemah.Mengenai pilihan nama Engku Aleesya, Erra berkata nama itu adalah pilihannya sendiri yang bermaksud dilindungi."Kami memang sediakan tiga hingga empat nama dan nama ini dipilih berdasarkan maksudnya serta sebutannya yang lembut. Manakala nama yang lain bunyinya agak keras dan rugged sikit. Tengoklah, mungkin yang lain itu akan digunakan untuk anak-anak yang lain,' cerita Erra yang tetap kelihatan jelita walaupun tanpa secalit mekap.Biarpun akan menjalani tempoh berpantang secara tradisonal, namun Erra juga akan mencuba cara moden terutama dalam bab mengembalikan tubuh dalam bentuk asal.






Sumber : Berita Harian 1/4/09