Saturday, June 19, 2010
Wednesday, June 9, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
“Ketika aku menyedari kelemahanku, usahaku tidak dapat diteruskan secara menyeluruh, aku pun bersandar kepada Allah selayaknya orang yang bungkam dan tidak ada pilihan. Maka, Tuhan – yang pasti menolong orang yang bungkam dan tidak punya pilihan itu – pun menolongku - Al-Ghazali”
" BIAR APA SEKALIPUN DUGAAN HIDUP, AKAR & ASAS IAITU IMAN PASTIKAN KUKUH DAN TEGUH"
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SUMBER - SUMBER
LIRIK PILIHAN
WANITA
"Kau digelar sebagai penyeri dunia,Hadirmu melengkap hubungan manusia,Bukan sahaja dirindui yang biasa,Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa..Akalmu senipis bilahan rambut,Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,Jua hatimu bak kaca yang rapuh,Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh..Tercipta engkau dari rusuk lelaki,Bukan dari kaki untuk dialasi,Bukan dari kepala untuk dijunjung,Tapi dekat dibahu untuk dilindung,Dekat jua di hati untuk dikasihi,Engkaulah wanita hiasan duniawi..Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok,Jika datangnya dari kayu yang bengkok,Begitulah peribadi yang dibentuk..Didiklah wanita dengan keimanan,Bukannya harta ataupun pujian,Kelak tidak derita berharap pada yang binasa..Engkaulah wanita istimewa..Sedarilah insan istimewa,Bahawa kelembutan bukan kelemahan,Bukan jua penghinaan dari Tuhan,Bahkan sebagai hiasan kecantikan..."
Sesungguhnya hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air. Apabila Nabi saw ditanya apa penggilapnya, Baginda saw bersabda banyak kan ingat kepada maut dan baca al Quran'' - hadis riwayat Baihaqi
Di samping kejar yang dunia kejar juga akhirat yang lebih kekal...fikirkan - fikirkan wahai hamba - hamba Allah..seimbangkan yang sementara dan yang kekal..
Ramai orang yang sombong dengan pangkat, kekayaan, glamour, kelebihan, harta dan sebagainya.Ingatlah, Barangsiapa yang membuat amalan dengan sombong, Allah akan membuka keaiban dan kekurangan dari amalan tersebut (maksud Hadith Muslim)Hari ini, kita dipuji oleh orang lain, kita disanjung oleh orang lain, kita di puja oleh orang lain bukan kerana kehebatan kita, Kita dipuji oleh orang lain kerana Allah menutup keaiban kita. Jika Allah membuka keaiban kita, tidak ada lagi kemuliaan di sisi manusia.oleh itu, jangan sombong dengan apa yang kita ada. Tawadhuklah, kerana orang yang tawadhuk kerana Allah akan diangkat darjatnya di mata manusia (maksud hadith at-Tarmizi)
Sedar atau tidak ramai di antara kita tidak mempunyai ketenangan hati. Ini kerana mereka mencari ketenangan tidak pada sumbernya. Di anggapnya harta memberi ketenangan, maka diburunya harta, akhirnya harta itu jugalah yang merungsingkannya. Diburunya pangkat, disangka pangkat memberi ketenangan padanya, rupanya, dengan pangkat, lagi tidak tenang, lantaran takut pangkatnya hilang.Inilah manusia. Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa Allahlah pemilik ketenangan dan Dia hanya memberikannya pada hati orang yang beriman. Mari kita renung, kesilapan mencari tenang dan bagaimanakah ubatnya.1. Ramai orang mencari ketenangan dengan sifat mazmumah seperti hasad dengki, suka melihat keaiban orang lain, tidak redha. tidak bersyukur dan sebagainya, tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada sifat mazmumah itu ketenangan. Ubat bagi hati seperti ini ialah dengan menanam dan menyuburkan sifat mahmudah2. Ramai orang mencari ketenangan dengan melakukan maksiat seperti bergaul lelaki perempuan, mendengar muzik dan sebagainya. tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada maksiat itu mendatangkan ketenangan. Ubat bagi sikap seperti ini ialah dengan menggantikan setiap maksiat dengan ketaatan3. Ramai orang mencari ketenangan dengan memperbanyakkan harta yang tidak tahu apakah sumbernya, hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada harta yang haram itu mencukupkan. Ubat bagi hati tamakkan harta sehingga terlibat dengan yang haram ialah dengan mencari dan berusaha kepada harta yang halal4. Ramai orang merasa puas jika bersikap bongkak dengan manusia. Jika dia berpangkat, boleh tengking orang, boleh arah orang dengan kasar dan dia seolah-olah rasa puas sedangkan Allah tidak akan menjadikan pada kesombongan itu kemuliaan. Ubat bagi penyakit ini ialah melatih hati supaya sentiasa tawadhuk.5. Ramai orang lalai melayan perasaan sedihnya sedangkan Allah tidak menjadikan pada putus asa itu jalan keluar. Ubat bagi penyaki ini ialah kesabaran6. Ramai orang yang cuba mencari kepuasan dengan dunia, dicubanya berbagai aktiviti supaya hatinya puas sedangkan Allah tidak menjadikan pada cinta dunia itu kepuasan, ubat bagi hati yang demikian ialah memperkukuhkan hati mencintai Allah. Dua cinta tidak akan duduk di dalam satu hati. Jika seorang telah mencintai dunia, maka cinta Allah payah ingin dirasakan.7. Ramai orang yang merasa puas jika dia marah-marah sedangkan Allah tidak menjadikan pada marah itu hikmah. Ubat bagi hati dan lidah yang marah ialah menanamkan cinta akhirat. Dengan demikian, rasa tidak puas hati pada dunia akan kurang.Demikianlah beberapa keadaan hati dan ubatnya, semoga memberi manfaat kepada kita semua, amin...
Sumber:http://www.ustazamin.com/
My Japanese name is Narumi Ebisawa.
Take The Original Japanese Name Generator by Shu today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.