Saturday, August 30, 2008

KHABAR BUAT TEMAN.......APA ERTI KEBEBASAN ?

Perjalanan ini Terasa sangat menyedihkan Sayang engkau tak duduk Di samping ku kawan Banyak Cerita Yang mestinya kau saksikan Di tanah kering bebatuan Oh... Oh... Oh... Tubuhku terguncang Di hempas batu jalanan Hati tergetar menatap Kering rerumputan Perjalanan ini pun Seperti jadi saksi Gembala kecil menangis sedih Oh... Oh... Oh... Kawan coba dengar apa jawabnya Ketika dia kutanya mengapa Bapak Ibunya telah lama mati Ditelan bencana tanah ini Sesampainya di laut Kukabarkan semuanya Kepada karang kepada ombak Kepada matahari Tetapi semua diam Tetapi semua bisu Tinggal aku sendiri Terpaku menatap langit Barangkali di sana ada jawabnya Mengapa di tanah ku terjadi bencana Mungkin Tuhan mulai bosan Melihat tingkah kita Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa Atau alam mulai enggan Bersahabat dengan kita Coba kita bertanya pada Rumput yang bergoyang

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE 51 'PERPADUAN TERAS KEJAYAAN'

30 trivia Merdeka untuk renungan
29-08-2008 06:02:46 PM 1) Siapakah yang menamakan 'MALAYSIA' untuk sebuah negara baru merdeka?2) Siapakah yang memberi tarikh 31 Ogos sebagai Hari Merdeka?3) Siapakah yang mempopularkan perkataan 'Merdeka'?4) Siapakah lagi pejuang kemerdekaan selain pemimpin Perikatan?5) Berapakah usia Tunku Abdul Rahman sewaktu melaungkan 'Merdeka'?6) Bilakah dan di manakah Tunku Abdul Rahman melaungkan 'Merdeka' sebaik pulang dari London?7) Siapakah yang menyertai rombongan 'Merdeka' ke London dengan Tunku?8) Pukul berapakah Tunku melaungkan 'Merdeka' di stadium Merdeka?9) Bilakah lagu 'Negaraku' dipilih untuk menyambut merdeka?10) Apakah lagu asal 'Negaraku'?11) Kenapa bendera Malaysia menyerupai bendera Amerika Syarikat?12) Berapakah jalur dalam bendera Malaysia yang asal?13) Berapakah jumlah penduduk Malaysia sewaktu merdeka di laungkan?14) Apakah warna baju Tunku Abdul Rahman sewaktu melaungkan merdeka?15) Siapakah Perdana Menteri yang paling tinggi pencapaian akademik?16) Siapakah Perdana Menteri yang paling rendah pencapaian akademik?17) Siapakah Perdana Menteri yang paling rendah?18) Siapakah Perdana Menteri yang paling tinggi?19) Siapakah Perdana Menteri paling banyak tidur?20) Siapakah Perdana Menteri paling sedikit tidur?21) Siapakah Perdana Menteri paling muda?22) Siapakah Perdana Menteri paling tua?23) Berapakah jumlah Timbalan Perdana Menteri semenjak merdeka dan namakan mereka?24) Siapakah Timbalan Perdana Menteri paling popular dalam sejarah?25) Siapakah Perdana Menteri paling lama berkuasa?26) Siapakah Perdana Menteri paling pendek berkuasa?27) Tunku Abdul Rahman adalah Bapa Kemerdekaan, apakah gelaran untuk Perdana Menteri berikutnya?28) Perdana Menteri manakah yang mempunyai paling ramai anak?29) Apakah nama-nama kediaman rasmi Perdana Menteri semenjak merdeka?30) SIAPAKAH DI ANTARA 5 PERDANA MENTERI YANG MEMPUNYAI PERATUSAN DARAH MELAYU PALING TINGGI?
FUDZAIL -Mstaronline pendapat

" 31 Ogos Tanggal 31Bulan lapan lima puluh tujuhMerdeka ! Merdeka !Tetaplah merdekaIa pasti menjadi sejarahTanggal 31Bulan lapan lima puluh tujuhHari yang muliaHari bahagiaSambut dengan jiwa yang merdekaMari kita seluruh warga negaraRamai-ramai menyambut hari merdekaMerdeka !Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuhHari mulia negaraku merdeka!!!! "
- Nyanyian Allahyarham Sudirman - Sumbangan Didda

PERTEMUAN: RAMADHAN LALU MENANTI HARI..RAMADHAN KINI BERSATU HATI

Bukan hanya kisah kerjayanya mendapat perhatian media, sebaliknya kisah peribadi ratu layar perak ini juga tidak pernah sepi menjadi bualan ramai. Malah ada yang memandai-mandai membuat andaian dan spekulasi sendiri yang sedikit sebanyak boleh menjejaskan nama Erra Fazira. Pun begitu perkahwinannya dengan Ketua Pegawai Eksekutif Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin baru-baru ini telah menamatkan segala kontroversi yang timbul.

Malah Erra juga tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan kisah cintanya dengan Emran bersama peminat melalui buku berjudul ‘Pertemuan’ yang merupakan terbitan eksklusif Karangkraf.Untuk pengetahuan anda, inilah satu-satunya buku keluaran khas tentang kisah percintaan, pertunangan dan pernikahan Erra Fazira bersama jejaka pilihannya.

Turut dimuatkan, gambar-gambar Erra dan Emran ketika zaman kanak-kanak hinggalah zaman dewasa. Tidak ketinggalan suasana sebelum dan ketika majlis pernikahan, termasuklah gambar barangan hantaran kedua-dua pihak mempelai.Dengan hanya RM12.90, anda boleh mengetahui rentetan kisah Erra dan Emran dari mula perkenalan hinggalah selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada 25 Oktober lalu. Malah turut diselitkan luahan sebenar Erra tentang kisah peribadinya yang selama ini hebat dicanangkan.

Sumber: Karangkraf : Keluaran Khas

GANDINGAN WANITA TERNAMA MALAYSIA

Bukan mudah untuk menggandingkan tiga selebriti popular yang mempunyai peminat tersendiri. Pun begitu, berkat kesabaran hasrat MW untuk menyatukan Puan Sri Ziela, Datin Norjuma dan Erra Fazira sebagai penghias depan Edisi Khas Aidilfitri ini, akhirnya menjadi kenyataan.
Bertempat di kediaman Puan Sri Ziela, fotografi berlangsung dalam suasana meriah tidak ubah seperti hari raya. Apa tidaknya, sedari awal lagi Puan Sri Ziela sudah menempah pelbagai juadah raya untuk kami nikmati.

Walaupun pertama kali berkumpul bersama, Ziela, Juma dan Erra cepat mesra dan serasi. Erra yang paling suka menyakat pada petang itu. Gelagat Erra yang seakan-akan merajuk kerana dia seorang sahaja tidak dipanggil 'datin' membuatkan semua yang berada di situ ketawa besar.
Banyak lagi yang ingin dikongsi bersama di dalam edisi ini. Turut dimuatkan, Yang Berbahagia Datin Paduka Marina binti Tun Dr. Mahathir berkongsi kisah raya beliau sekeluarga, kisah jutawan-jutawan muda dan selebriti popular seperti Linda Onn dan Chef Wan berhari raya, 100++ fesyen terbaru untuk lebaran, 130 resipi pilihan dan banyak lagi. Jangan ketinggalan dapatkan edisi ini di pasaran sekarang!

Edisi Khas Aidilfitri Mingguan Wanita Terbaru di pasaran - Sumber : Karangkraf

BERHATI - HATILAH....

Erra lasak, Emran risau
Oleh Rudy Imran Shamsudinimran@hmetro.com.my

TIADA perkara paling membimbangkan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 33, waktu ini selain keadaan kesihatan isterinya yang juga pelakon popular, Fazira Wan Chek, 34, atau Erra Fazira, dan kandungannya baru mencecah usia dua bulan.

Berita Erra mengandung yang disampaikan Emran kelmarin turut disambut dengan perasaan penuh gembira rakan media mahupun peminat setia.Ternyata berita baik ini mampu mengubat kesedihan pasangan popular itu selepas Erra diberitakan mengalami keguguran Mac lalu, ketika menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian.Erra dan Emran mengetahui berita gembira itu awal bulan lalu apabila disahkan doktor.

Erra membuat pemeriksaan apabila lewat datang bulan selepas bercuti bersama kakitangan Erra Fazira Entertainment di Pulau Tioman Johor.Emran menjelaskan, dia sangat bimbang dengan keadaan isterinya terutama apabila pelakon utama filem Sembilu itu kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 26 episod yang bakal ditayangkan di Astro."Apa membuatkan saya risau apabila dalam drama itu dia menjayakan watak sebagai mekanik, sudah tentu banyak kerja renyah terpaksa dilakukan. Saya sentiasa berdoa dan berharap Erra sentiasa berhati-hati dengan menjaga kandungannya," katanya.Pada waktu sama, jelas Emran, setiap pagi apabila bangun tidur dia sentiasa mengingatkan Erra mengenai kandungannya. Apatah lagi seperti yang diketahui umum penyanyi yang popular dengan lagu Yang Indah Hanya Sementara itu agak lasak."Saya bukannya apa, risau dengan keadaan isteri dan kandungan yang dibawa.

Erra cepat lupa. Jangan kata kerja di luar, apabila di rumah pun dia begitu juga. Apabila naik tangga kadang-kadang laju saja dia melangkah atau berlari."Apabila mengandung ini, saya selalu menegur supaya berhat-hati apabila bergerak. Sebagai suami, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan keadaan isteri dan kandungannya sihat serta selamat. "Sekarang ini saya turut sarankan dan memastikan Erra mengambil makanan tambahan yang baik untuk kandungan. Jangan terlalu sangat mengambil makanan kurang berkhasiat," katanya.

Saat paling menggembirakan pasangan ini apabila doktor memberitahu bayi dikandung Erra semakin sihat dan jantungnya sudah mula berdenyut.

"Erra memberitahu saya dia mahu tahu jantina anak menerusi imbasan dilakukan tetapi saya menolak. Kata saya, kalau dia tahu saya minta agar tidak memberitahu saya."Kalau nanti membeli barang untuk anak, saya minta biarlah mencari warna yang asas dan jangan sampai saya tahu apa jantina anak menerusi barang dibeli. "Saya dan Erra tidak pula mengharapkan untuk menimang cahaya mata lelaki atau perempuan. Apa juga rezeki dikurniakan Allah, kami terima dengan hati terbuka dan gembira. Cukup jika bayi dilahirkan nanti sihat," katanya.Emran turut meminta peminat mendoakan agar Erra dan kandungannya sihat sehingga ketika melahirkan nanti.

Friday, August 29, 2008

MENYAMBUT RAMADHAN DENGAN PENUH KEGEMBIRAAN

Hari ni memang sangat-sangat mengujakan. Paginya di pejabatku ada program ceramah sempena Ihya Ramadhan bersama Ustaz Ridhuan Tee Abdullah. Beliau menyampaikan ceramah yang sangat-sangat menarik dan sungguh berkesan. Isi kandungan beliau menyentuh konsep penghayatan dan konsep puasa. Beliau menyebut tentang pentingnya kita bangga dengan bahasa melayu dan amalan budaya melayu yang sangat cantik yang selari dengan Islam. Ini kerana Allah menciptakan bangsa dulu baru sampaikan agama Islam kepada bangsa.

Contohnya, orang melayu beribu tahun memeluk ajaran hindu tapi setelah 600 tahun memeluk Islam bangsa Melayu juga telah menjadi bangsa yang hebat. Wujudnya pelabagai bangsa adalah tanda kehebatan Allah s.w.t,

Beliau juga menyebut tentang amalan terbalik umat Islam di bulan Ramadhan. Kita hanya baik di bulan Ramadhan. Tapi di bulan-bula lain kita kembali jadi jahat. Di bulan puasa kita jihad tapi di bulan lain kita jahat.

Contoh amalan terbalik umat Islam:-
1) Di bulan ramadhan artis-artis tak buat konsert tapi di bulan lain konsert bukan main hebat lagi.
2) Solat raya ramai datang walaupun sunat tapi solat fardhu ramai yang tinggalkan.
3) Awal ramadhan ramai tarawih tapi hujung ranmadhan kurang sedangkan Lailatul Qadar di hujung ramadhan.
4) Buat umrah selalu tapi haji tak pergi.
5) Ramai yang pakai sopan dan tutup aurat di bulan ramadhan tapi di bulan lain buka aurat.
Isu perempuan seksi.

Perempuan yang suka buka aurat selalu beralasan yang penting hati baik. Lelaki yang salah sebab pergi tengok mereka pakai seksi. Bagi mereka, salah laki sebab kenapa pergi tengok dia orang? Ustaz Ridhuan kata, bukan isu kenapa laki tengok kamu?
Tapi isunya kenapa kamu buka aurat? Ustaz kata, laki kalau selak peha ada ke orang ghairah ? Geli lagi ada sebab kaki laki berbulu. (Aku gelak terbahak-bahak masa dia cakap benda peha laki tu) Tapi kalau perempuan selak kain nampak peha situasinya berbeza dengan laki.
Isu rokok

Ustaz kata babi lebih baik dari perokok. Rokok haram sebab perokok mencampakkan diri mereka ke lembah kebinasaan. Ustaz buka sebuah cerita tentang seekor babi yang datang ke kebun-kebun sayur dan jagung. Di kebun-kebun sayur babi makan semua sayur dan jagung. Tapi ada satu kebun ni si babi tak kacau.

Ustaz cakap babi tu tak ganggu kebun tersebut sebab tu kebun tembakau. Babi tu tahu tembakau membahayakan kesihatan dia. Babi tu pun tahu kesihatan ustaz tu cakap. Semua gelak terbahak. Tapi 80% orang laki di pejabatku hisap rokok terdiam saja.

Petangnya pula berbuka puasa di Masjid Muhsinin Taman Damai Desa kawasan Parlimen Seputeh. Aku mewakili jabatan sebagai tetamu khas. Program buka puasa dan ceramah ini ditaja oleh jabatan aku. Ceramah disampaikan oleh ustaz Jazran berkenaan dengan lailatul qadar dan ramadhan. Catitan yang sempat aku buat adalah seperti berikut:-
Siapa yang dapat ramadhan?

1) Orang Islam yang beriman
2) Orang Islam yang beriman dan beramal
3) Orang Islam yang beriman, beramal dan berhati mulia.
Ustaz kata ada ketiga-tiga ciri di atas barulah seorang muslim itu dapat Lailatul qadar.
Rumah yang malaikat tak masuk ketika lailatul qadar
1) Ada anjing
2) Ada arak
3) Ada babi
4) Ada orang berzina
5) Gambar manusia
6) Ada patung
Tanda-tanda lailatul qadar
1) Terang, damai dan tenteram
2) Tidak sejuk sangat dan tidak panas sangat
3) Esoknya keadaan pagi tidak terik

Lepas maghrib di masjid tersebut aku terus ke sebuah surau di kawasan jalan pudu kerana di situ ada ustaz mengajar sebelum tarawih. Kuliah di surau tu dibuat boleh dikatakan hampir setia hari selepas solat Isyak hingga 9.30 malam. Kemudia baru tarawih lapan rakaat dan witir 3 rakaat. Habis 10.30 malam. Kemudian ada tahlil arwah.
Waktu tu ustaz yang mengajar adalah mengenai penghayatan Al-Quran di bulan ramadhan beserta fadhilatnya. Tapi malangnya aku tertinggal pula buku nota tazkirahku. Jadinya banyaklah input menarik aku telah lupa.

Menyesal pula rasa. Ustaz yang mengajar orang Kedah dan suaranya menagjar lantang dan isi ceramah sangat menarik. Ustaz menekankan tentang aspek kemuliaan al-Quran, kepentingan kita melaksanakan segala isi kandungan Al-Quran dan besarnya pahala jika memahami dan mengamalkan perintah Allah di dalam Al-Quran.

p/s : Ini adalah pengalaman seseorang...terima kasih kerana sudi berkongsi

KASIH SAYANG & PERHATIAN LEBIH PENTING UNTUK ANAK - ANAK

Pada suatu hari, seorang ayah pulang lewat dari pejabatnya. Kelihatan anaknya yang berusia 6 tahun menunggu penuh setia di pintu rumah.Anak: Ayah berapa gaji ayah dalam satu jam?Ayah: Kenapa nak tahu? (jawab ayah dalam nada marah)Anak: Saya cuma mahu tahu, tolonglah ayah beritahu saya berapa gaji ayah dalam sejam?Ayah: Baiklah… gaji ayah sejam dua puluh ringgit. Puas hati?Anak: Oh, (ujar si anak sedih), boleh tak kalau saya pinjam sepuluh ringgit?Ayah: Kamu ini cuma tahu minta duit untuk beli permainan sahaja. Tahu tak kamu betapa susahnya ayah bekerja siang dan malam? Sudah, pergi naik atas tidur.Anak kecil itu berlalu dengan wajah duka. Setelah si ayah kembali tenang, dia terfikir mungkin anaknya amat memerlukan wang itu untuk membeli sesuatu yang berharga. Lalu ayah menuju ke bilik anaknya.Ayah: Kamu sudah tidur sayang?Anak: Belum ayah?Ayah: Maafkan ayah kerana berkasar tadi. Ayah penat betul hari ini dan tiba-tiba kamu meminta wang dari ayah. Ini sepuluh ringgit yang kamu minta. Tapi kamu hendak buat apa dengan wang itu?Anak: Terima kasih ayah. (segera anak kecil itu mengeluarkan gumpalan wang dari dalam tabungnya). Sebelum ini duit saya tidak cukup. Setelah dicampur dengan duit ayah ia sudah mencukupi. Saya mahu beli waktu ayah satu jam. Esok ayah pulang cepat ya. Saya mahu makan malam dengan ibu dan ayah.Si ayah memandang anaknya sayu. Selama ini dia dan isterinya terlalu kuat bekerja hingga mengabaikan perhatian dan kasih sayang anaknya.

Mungkin ada yang tersentuh membaca cerita pendek ini namun realitinya pasti ada ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja hingga melupakan masa untuk bersama anak-anak. Sememangnya mencari rezeki untuk diri dan keluarga itu satu ibadah. Maka itu, melaksanakannya perlulah ada keikhlasan, mencari rezeki yang halal dalam masa yang sama tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Ia termasuklah dari segi rohani dan jasmani. Ikuti beberapa pandangan orang ramai mengenai isu kali ini.

Paling kurang dua jam - Nadira Mahadi “Sebagai ibu bapa, dalam pada memberi penumpuan kepada kerja, mereka harus menyedari tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka. Anak-anak perlu diberi keutamaan agar tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari. Walau bagaimana sibuk dan letihnya tubuh badan setelah seharian bekerja, ibu bapa perlu memperuntukkan masa sekurang-kurangnya dua jam untuk bersama-sama anak. Masa berkualiti ini perlulah digunakan sebaiknya agar dapat memberi kesan yang positif. "Tidak salah jika di meja makan ketika menikmati makan malam digunakan untuk berbual mengenai aktiviti harian yang telah dilakukan dan menjadi pendengar yang baik. Selain itu, bantulah mereka menyiapkan kerja sekolah. Dengan cara ini anak-anak akan merasa ibu bapa mereka begitu menyayangi dan mengambil berat tentang diri mereka. Ibu bapa perlu bijak membezakan tanggungjawab sebagai orang tua dan pembimbing kepada anak-anak serta tanggungjawab terhadap karier. Keseimbangan antara rumah tangga dan kerjaya perlu agar tidak menjejaskan salah satu daripadanya.”

PS: Artikel penuh dalam Majalah Mingguan Wanita terkini di pasaran

CANTIKNYA COVER MAJALAH NONA EDISI SEPTEMBER

Erra & Emran - Ramadan & Lebaran Dinanti Penuh Debaran

Dalam dakapan senja yang berbalam, laungan azan meletuskan lega di jiwa tiap Muslim berpuasa. Alunan kalimah suci membisikkan irama syahdu, menggamit sepasang tangan agar merafakkan syukur pada Yang Satu. Di kesempatan Ramadan Al-Mubarak penuh berkat dan rahmat ini, alangkah riangnya ibadah dapat dikerjakan bersama pasangan di sisi, manisnya bertarawih dan bangun sahur sekali. Oh... barangkali juga sudah ramai yangterhitung-hitung suasana Syawal di rumah mertua, apakah seindah beraya di rumah sendiri?

Dari ruang jendela yang kelam, menara KLCC kian gelap disimbah sinaran mentari senja. Namun jejari Nurul Shukor tetap lincah menata wajah Erra, sambil diperhatikan Engku Emran di sampingnya. Baru mendirikan rumah tangga tanggal 25 Oktober tahun lalu, pasangan yang telah 10 bulan diijabkabulkan ini bakal mengukir pengalaman baru apabila menjalani ibadah puasa bersama-sama buat pertama kalinya sebagai suami isteri. Andai penghayatan Ramadan lalu buat bekas Ratu Malaysia 1992 ini dengan Ketua Pegawai Operasi Suria.fm berseorangan tanpa teman hidup di sisi, tahun 2008 pasti mengungkap lebih makna dalam mencari makrifat yang diredhai-Nya.

Patuh pada syariat Tuhan, kunjungan bulan mulia kali ini turut mengundang debaran buat pasangan Erra dan Emran. Mungkin bagi Erra, pengalaman hidup yang lalu sudah tidak ingin diingati, malah jelasnya dia tidak mahu keluarga barunya berkecil hati dengan kisah lama yang pahit untuk ditelan.

Kala ditanyakan rancangan beraya di mana tahun ini, pintas Emran menggeleng-geleng sambil tertawa kecil. “Masih terlalu awal lagi! Kami sendiri pun belum plan, entah rumah siapa dulu pun kami belum tahu. Tapi yang pastinya, Erra akan mengikut saya pulang sama ada ke kampung emak saya di Pulau Pinang atau ke kampung bapa di Terengganu.” Sambil tersenyum manja, sempat Erra menyampuk bahawa kediaman keluarganya di Sg. Choh juga lokasi wajib untuk menyambut lebaran bersama Emran.

Menurut Erra yang kini sedang sibuk menjalani rakaman album terbarunya, setiap pagi Syawal dia pasti akan bangun pagi untuk mengerjakan solat sunat Syawal. Ia seolah-olah satu kemenangan besar buat muslimin dan muslimat sesudah berjaya menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan. Bergandingan dengan aktor Adlin Aman Ramli, wajah jelitawan ini juga bakal menghiasi kaca televisyen menerusi sebuah telemovie raya di saluran Astro, berjudul Joe & Faridah.

Ditanya mengenai persiapan raya, Engku Emran menyerahkan seluruh kuasa memilih pakaian dan konsep kepada isteri untuk menentukannya. Memang kebiasaannya sesudah berumah tangga, golongan lelaki jarang ingin mengambil tahu tentang imej mereka kerana percaya segalanya dapat diuruskan isteri dengan baik. Perkara ini turut dipersetujui Erra kerana baginya lelaki tidak banyak menimbulkan masalah untuk memilih baju Melayu yang bersesuaian. Cukuplah sekadar pilihan warna yang berpadanan dengan pakaian isteri yang dikenakan.

Bersama pasangan sejoli ini seterusnya di dalam NONA edisi September 2008.

DI MANA HAK WANITA MERDEKA!!!

Keselamatan wanita, kesejahteraan masyarakat
26-08-2008 05:02:55 PM - Mstaronline- pendapat

SEJAK kebelakangan ini, kes-kes menyayat hati yang menimpa kaum wanita berlaku dan kian meningkat saban hari sedikit sebanyak telah memberi gambaran negatif tentang pembangunan. Ini kerana, sikap segelintir masyarakat yang terlalu ghairah mengejar pembangunan menyebabkan keselamatan masyarakat terutamanya wanita tidak terjamin malah lebih terancam.
Walaupun ada Akta-Akta yang melindungi wanita dari keganasan, ia masih tidak mencukupi bagi menjadikan wanita merasa sejahtera dari norma kehidupan seharian masyarakat sekarang seperti insiden keganasan rumahtangga, rogol, rogol-bunuh, jenayah ragut dan gangguan seksual (sexual harassment).
Hal ini disokong oleh kajian dan analisis yang dibuat menunjukkan peningkatan jumlah purata wanita dirogol di Malaysia setiap hari ialah hampir enam orang pada kebelakangan ini berbanding empat orang setiap hari pada tahun tahun 2003 (menurut setiausaha Parlimen Kementerian wanita, keluarga dan masyarakat).
Akan tetapi hanya kira-kira 25% kes rogol sahaja dilaporkan. Ini bermakna jumlah sebenar bilangan kes rogol adalah lebih tinggi. Oleh itu, Masyarakat dan pihak yang bertanggungjawab perlulah mengenalpasti punca masalah sehingga ke akar umbi serta mengambil tindakan penyelesaian yang holistik dengan segera bagi menyelesaikan masalah ini.
Pelbagai faktor dan punca yang menyumbang kepada masalah yang serius ini. Misalnya kesan daripada kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ramai, kurangnya penerapan dan pelaksanaan nilai-nilai murni agama dalam diri individu masyarakat dan institusi keluarga. Institusi keluarga seperti yang sedia maklum memainkan peranan sangat penting bagi melahirkan generasi bermoral dan bertamadun. Pembangunan teknologi hari ini perlulah seiring dengan pembangunan modal insan yang dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat.
Walaubagaimana pun, saya amat berbangga dan bersyukur kerana masih ada lagi masyarakat kita hari ini yang sedar dan prihatin akan keselamatan masyarakat khususnya wanita. Antaranya saya sangat memuji tindakan pihak HEWI (Hal Ehwal Wanita dan Mahasiswi) Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya yang menjalankan kerjasama dengan pihak Keselamatan Universiti Malaya dalam mengadakan Kempen Keselamatan Mahasiswi peringkat kampus. Begitu juga dengan siri-siri usaha oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, badan-badan bukan kerajaan (NGO), dan juga badan-badan khusus dalam membela golongan wanita.
Namun sebagai pelajar perempuan, saya tetap merasa sedih, bimbang dan kadang-kadang ketakutan juga melanda apabila ancaman terhadap wanita berlaku di sekeliling. Juga merasakan kebimbangan yang mencengkam apabila ibu-ibu juga merasa takut untuk bekerja kerana anak-anak di rumah sudah tidak selamat lagi. Jika ini berterusan bagaimana niat murni seorang wanita yang begitu ingin membantu keluarga dan menyumbang kepada kemajuan negara terlaksana? Keadaan serba takut dan mencemaskan berada di mana-mana saja. Sungguh tidak selesa.
Semua persoalan yang berlegar-legar ini kembali ke dalam diri. Di mana nilai murni seorang insan bernama manusia? Jawapannya, nilai murni seorang insan berada dalam diri dan akan terpancar jika kita kembali kepada ajaran agama Allah S.W.T. Kedudukan wanita dalam Islam sangat istimewa. Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyak. Taraf kemuliaan dan layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam melalui amalan dan larangan tertentu seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas dan sebagainya.. Amalan dan larangan ini mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kaum wanita itu sendiri. Namun, sayangnya, masih ramai wanita tidak memahami hakikatnya yang mana mereka tertipu oleh nafsu sediri dan merasa terkongkong.
Dalam firman Allah SWT yang bermaksud " Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu" (al-Ahzab: 59). Ayat ini sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita dan memberitahu bahawa seluruh wanita bertanggungjawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing. Perjuangan membela nasib wanita pula mestilah didokong oleh semua kaum wanita yang merentasi sempadan bahasa, perkauman dan juga politik kepartian.
Marilah sama-sama kita renungkan, sesungguhnya segala suruhan dan larangan Tuhan ke atas wanita secara langsung untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat. Ini jelas bahawa, Allah SWT sangat kasih dan memuliakan kaum hawa iaitu wanita. Sebagaimana di dalam hadis-hadis Rasulullah menyebut " Syurga di bawah telapak kaki ibu". "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia dan tidak akan menghina akan perempuan melainkan orang yang hina"( Hadis riwayat Ibnu Asakir). "
Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak"
Sebagai seorang wanita saya begitu berharap ada tindakan-tindakan yang dapat membendung dan mencegah kesedihan wanita sepanjang hayatnya. Wanita sekarang perlu meneruskan kehidupan dengan jaminan keselamatan dalam kehidupan sehariannya tidak diganggu. Keselamatan bukan setakat dicegah dengan undang-undang malah kerjasama dan prihatin masyarakat juga adalah perlu dalam menangani masalah ini.
Janganlah masyarakat hanya gempar apabila sudah berlaku suatu tragedi yang menyayat hati. Adalah lebih baik mencegah dan mengelak daripada menanggung penderitaan akibat apa yang sudah berlaku. Ertinya, janganlah hanya meletak tanggungjawab menjaga keselamatan wanita di atas bahu wanita semata-mata. Semua pihak haruslah bekerjasama, demi masa depan yang lebih sejahtera.

"LOVE YOURSELF"

'EMRRA' BRANGELINA MALAYSIA???

29-Aug-2008 Oleh: Murai Batu

Emrra (Emran & Erra) Bakal Dapat Baby!

KL, 29 OGOS 2008: Tiupan angin Pulau Tioman akhirnya membawa khabar gembira kepada pelakon dan panyanyi Erra Fazira dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, apabila disahkan mengandung 2 bulan. Murai Batu ingin mengucapkan tahniah kepada Erra dan suaminya itu kerana tanda-tanda menjadi sepasang ibu ayah akan terlaksana, insya-Allah. Maklumlah sebelum ini ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian, pada hujung Mac lalu, Erra pernah keguguran selepas dua minggu hamil.Kita orang difahamkan, berita kehamilan Erra itu dikesan ketika Erra pergi bercuti ke Pulau Tioman dengan kakitangan syarikatnya, Erra Fazira Entertainment, Julai lalu. Selepas balik dari Tioman, Erra terus membuat pemeriksaan doktor dan disahkan mengandung.

Patutlah dalam satu majlis baru-baru ini, seri wajah Erra makin menyerlah, rupanya dah berisi! Tahniahlah Murai Batu ucapkan kepada Erra dan Emran. Mana tahu tup-tup dapat pula anak kembar, haa.. barulah nanti jadi macam Brad Pitt dan Angelina Jolie!Kalau di Hollywood, Brad dan Angelina digelar sebagai 'Brangelina' Murai Batu juga nak cipta satu nama baru untuk mereka berdua iaitu 'Emrra'. Macam mana, OK tak?

Thursday, August 28, 2008

ADA LAGI.....

Orang ketiga’ yang dinanti

SEBELUM ini Sinar Harian pernah menyiarkan berita penyanyi dan pelakon tersohor, Fazira Wan Chek (Erra Fazira) mengalami keguguran ketika kandungannya baru berusia tiga minggu. Perkara ini didedahkan sendiri oleh suaminya yang merupakan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin. Menurut Emran, perkara itu berkemungkinan besar berlaku kerana mereka melakukan urutan refleksologi yang tidak sesuai dilakukan oleh wanita mengandung. Begitu pun, impian untuk memiliki cahaya mata yang didambakan oleh pasangan ini mungkin akan menjadi kenyataan pada penghujung bulan Mac tahun hadapan. Ini kerana Erra dikhabarkan sudah pun mengandung sembilan minggu. Menurut Emran yang dihubungi semalam, perkara ini disahkan oleh doktor setelah mereka berkunjung ke sebuah pusat perubatan untuk mengesahkan berita gembira ini. “Setelah melakukan ujian kehamilan sendiri, kami berjumpa doktor untuk membuat pengesahan. Apabila sah Erra hamil, doktor menasihatkan kami supaya menjaga kandungan ini dengan baik dan tidak boleh terlalu gembira kerana ia masih dalam peringkat awal. Jadi hanya keluarga terdekat sahaja yang mengetahuinya,” ujar Emran dengan nada ceria. Kini setelah kandungan semakin kuat, Emran menyatakan mereka merancang untuk mengadakan sebuah majlis doa selamat di samping kenduri sempena menyambut Ramadan di kediaman ibunya. Fikir mereka, hanya setelah itu berita kehamilan Erra dapat dihidu oleh pihak media. Namun perancangan itu tidak menjadi kenyataan apabila berita gembira ini ternyata diketahui lebih awal. Tidak mahu tahu jantina Menyentuh keadaan isterinya setelah berbadan dua, Emran menyatakan Erra masih belum mengalami ‘morning sickness’ atau alahan yang kadangkala dialami oleh wanita mengandung. Bagaimanapun ujarnya, perubahan yang ketara ialah isterinya itu semakin berselera makan. “Ini mungkin kerana usia kandungannya yang masih terlalu muda. Tapi pada usia beginilah kandungan perlu dijaga dengan baik. Kerana itu, saya sentiasa berpesan padanya supaya tidak lagi bersukan atau terlalu aktif. Serta merta saya juga ‘banned’ dia daripada naik motor. Beg dia pun saya yang angkatkan sekarang,” cerita Emran. Berkongsi lebih lanjut kegembiraannya, Emran turut menyatakan rancangannya untuk menahan diri daripada mengetahui jantina bakal anak sulungnya hinggalah ia lahir ke dunia. Namun pendirian ini nampaknya tidak dikongsi bersama isteri tersayang. Erra; menurut Emran tidak sabar-sabar lagi mahu mengetahui jantina anak mereka. “Oleh sebab itu saya meminta Erra merahsiakan jantina anak setelah dia mengetahuinya kelak. Mungkin ketika dia mahu melakukan imbasan untuk mengetahui jantina nanti, saya akan duduk di luar dahulu,” ujarnya sambil tertawa kecil. Menurut Emran lagi, bayi mereka dijangka akan lahir pada 25 Mac 2009. Apa yang menarik, keluarga di sebelahnya ramai yang lahir pada bulan berkenaan. Ini termasuklah ibunya sendiri, Toh Puan Salmah Abu Bakar yang lahir tanggal 24 Mac. “Eloklah kalau bayi kami nanti lahir pada bulan Mac. Tak seperti ibu bapanya yang lahir pada bulan Februari dan agak agresif, kebanyakan bayi bulan Mac saya lihat ‘baik-baik’ belaka. Semoga nanti dia akan menjadi sebaik ibu saya,” ujarnya yang kini seboleh mungkin tidak mahu meninggalkan isterinya itu seorang diri di rumah kecuali terpaksa kerana urusan kerja. Berat naik mendadak Erra yang dihubungi turut bernada ceria. Seperti Emran, dia tidak kisah jantina bakal anak sulungnya kelak asalkan bayi mereka sihat. Namun kongsinya dengan Sinar Harian, selera makan yang bertambah membuatkan berat badannya naik agak banyak. “Kata doktor, berat Erra yang naik empat kilo sejak mengandung agak mendadak memandangkan usia kandungan baru sembilan minggu. Mana tidaknya, pagi-pagi lagi Erra sudah rasa hendak makan. Nampaknya kenalah Erra jaga pemakanan sedikit selepas ini,” ujarnya. Tambah Erra, dia bersyukur kerana ibu Emran mempunyai pengetahuan dalam bidang kejururawatan (perbidanan). Justeru, ibu mentuanya itu memantau keadaan kesihatannya dan memberi pelbagai nasihat berguna kepadanya yang baru pertama kali bakal bergelar ibu. “Risau juga kerana kata doktor, alahan kadangkala hanya akan dialami setelah kandungan berusia lebih tiga bulan. Harap-harap tidaklah terlalu teruk (alahan) itu nanti. Tentang jadual kerja, Erra sudah pun membuat jadual yang sesuai sebaik sahaja mendapat tahu diri sudah hamil. Selagi mampu, Erra akan menyudahkan penggambaran drama yang membabitkan Erra,” ujarnya yang kini sedang menjayakan sebuah drama untuk siaran Astro. Kegembiraan Emran dan Erra sudah tentu sesuatu yang normal buat bakal ibu bapa seperti mereka. Jika diizinkan Yang Maha Kuasa untuk si kecil lahir ke dunia kelak, anak sulung mereka ini bakal menjadi cucu pertama dalam keluarga Erra dan cucu keempat buat keluarga Emran - Sinar Harian 29/8/08

Erra sah hamil 2 bulan
Rudy Imran Shamsuddinimran@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Selepas setahun mendirikan rumah tangga kali kedua, akhirnya pelakon popular Fazira Wan Chek, 33 atau Erra Fazira disahkan mengandung dua bulan.Berita gembira itu disahkan suami Erra, Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin. Ketika dihubungi, Emran menjelaskan dia mengetahui hal terbabit selepas mendapatkan pengesahan doktor awal Julai lalu.“Erra berasa dia mengandung selepas lewat datang bulan sewaktu bercuti bersama kakitangan Erra Fazira Entertainment di Pulau Tioman, Johor. “Sangsi dengan keadaan itu, dia melakukan sendiri ujian menggunakan alat ujian kehamilan di sana. Bagaimanapun, dia tidak memberitahu saya hingga pulang ke rumah.“Keesokannya saya membawa dia melakukan ujian. Syukur apabila doktor mengesah Erra mengandung. “Bagaimanapun, di peringkat awal doktor menasihatkan kami tidak menghebohkan perkara itu terlebih dulu, hingga dua minggu berikutnya Erra sekali lagi menjalani ujian. “Selepas melakukan ujian imbasan, doktor mengesahkan jantung bayi dalam kandungan mula berdenyut,” katanya.Sebelum ini, Erra pernah mengalami keguguran selepas doktor mengesahkan dia mengandung dua minggu sewaktu menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Mac lalu.Emran meminta peminat mendoakan keadaan kesihatan isterinya dan bayi yang dikandung sihat sehingga selamat melahirkan

PERSEPSI REMAJA TENTANG MASA DEPAN

Menurut Rohaty (1998), Habibah dan Noran Fauziah (1997); Muhd. Mansur danSiti Nordinar (1988), remaja merupakan zaman peralihan dalam pusingan hidupseseorang. Banyak perubahan yang berlaku pada zaman ini, sama ada dari segifizikal atau emosi. Keremajaan merupakan satu jangka masa yang mencabar dalamperkembangan seseorang. Rogers (1972), membahagikan masa remaja kepadatiga peringkat iaitu awal remaja (12 – 15 tahun), pertengahan remaja (15 – 18tahun) dan akhir remaja (18 – 22 tahun). Namun begitu, umur akhir remaja masihdipertikaikan lagi kerana terdapat perbezaan budaya dan negara yang membezakanperingkat akhir remaja.

Steinberg (1993) dan Steinberg dan Belsky (1991) mengemukakan teori
pergolakan dan tekanan mengatakan masa remaja adalah satu peringkat pertikaianemosi yang tidak dapat dielakkan. Beliau percaya perubahan hormon semasaakil baligh menyebabkan perubahan atau pergolakan yang berlaku secara tiba-tiba di kalangan remaja. Pergolakan ini adalah perubahan biologis yang tidakdapat dielakkan.

Piaget (dalam Woolfolk 1995) menjelaskan perkembangan kognitif waktu
remaja melibatkan satu peralihan daripada konkrit hinggalah kepada operasiformal. Zaman operasi formal bermula dari umur 11 hingga 15 tahun. Dalamzaman ini remaja, struktur kognitif kanak-kanak mencapai tahap paling kemuncak.Pada tahap ini remaja boleh menggunakan lojik bagi memahami dan menyelesaikanmasalah. Dusek (dalam Vernon 1995) menjelaskan bahawa pada tahap operasiformal ini, remaja boleh berfikir secara mendalam, membuat andaian dan berfikirtentang masa depan. Perkembangan kognitif pada remaja boleh membawa kepadapembentukan personaliti remaja. Erikson (1968) dan Adler dan Adler (1998)telah meletakkan remaja pada tahap kelima di antara lapan tahap yang dibentuknyadalam Teori Krisis Psikososial. Krisis yang dialami oleh remaja ketika ini ialahkrisis identiti. Erikson juga menyatakan keremajaan merupakan transisi ke arahmembina identiti kendiri.

Rohaty (1998), Burn (1979) dan Chiam dan Fatimah (1982) menjelaskan
terdapat ibu bapa yang memilih kerjaya untuk anak remaja mereka. Fenomena‘foreclosure’ iaitu tiada konflik berlaku dan remaja ini mengikut sahaja kehendakibu bapa. Ibu bapa menjadi pembentuk utama fenomena ‘foreclosure’ ini. Piagetdan Erikson berpendapat persekitaran menolong remaja mencapai potensinya.Piaget menjelaskan masyarakat berperanan membantu remaja membina identitiyang positif. Dalam masyarakat yang kurang maju, individu tidak akan dapatberkembang langsung selepas peringkat pengendalian konkrit. Erikson pulaberpendapat identiti bergantung kepada sokongan yang diterima oleh anak muda.
Erikson dalam White dan Speisman (1987) juga menyokong bahawa
masyarakat perlu membuka peluang kepada remaja untuk menentukan masa depanmereka. White dan Speisman mencadangkan perlu diadakan dialog danperbincangan di antara remaja dan individu dewasa mengenai aspirasi remaja.Individu dewasa perlu memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman dengan remaja.

Erikson dalam White dan Speisman (1987) berpendapat orientasi ke arah
alam dewasa membantu remaja membuat pilihan dalam hal-hal peribadi, pekerjaan,jantina dan sesuatu ideologi. Persepsi remaja tentang masa depan adalah berkaitandengan pilihan pekerjaan yang lebih luas, sesuai dengan keperluan dan minatmereka. Erikson berpendapat rancangan hidup adalah usaha remaja membuktikanbahawa mereka mempunyai identiti sendiri. Usaha remaja mencari identiti mungkinmenjadi amat sukar dengan terdapatnya berbagai-bagai pilihan nilai dalam diriremaja tentang masa hadapan mereka.

Seltzer dan Waterman (1996), menjelaskan wujud frameworklessness dalam
hidup remaja. Ialah keadaan sementara di mana terdapat kekurangan panduan,arahan dan batasan dalam kehidupan. Frameworklessness bermula denganperubahan fizikal diri renmaja yang drastik dan tidak pasti tentang masa depan.Pada awal remaja, mereka mula mencari identiti sendiri. Rujukan utama merekatentang tingkahlaku, identiti dan masa depan ialah kumpulan rakan senaya. Rakansebaya adalah tempat melafazkan fikiran dan emosi.
Seltzer dan Waterman (1996) seterusnya menyatakan dalam zaman remaja
wujud Peership iaitu persahabatan yang unik kepada remaja. Rakan sebayaberumur lebih kurang sama dengan remaja tersebut. Rakan sebaya bagi remajaterdiri daripada rakan persekolahan, rakan yang tinggal di kawasan perumahanyang sama, rakan-rakan dalam aktiviti riadah dan sukan yang sama.

Jurnal Pendidikan 26
Wujudkumpulan rujukan psikologikal remaja apabila remaja memerlukan pemisahandari kongkongan ibu bapa untuk menjadi dewasa. Mereka lebih bergantungkepada rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan sumber utama dalam menirugaya dan tingkahlaku dan aspirasi.
Seltzer dan Waterman (1996), menjelaskan remaja membuat perbandingan
tingkahlaku dengan remaja lain dalam membuat keputusan tentang masa kepadamereka. Wujud satu fenomena kebimbangan di kalangan remaja tentang kejelasanmasa hadapan mereka dan bagaimana mencapainya cita-cita dan aspirasi

EGO & SENSITIF WANITA & LELAKI

LELAKI antara golongan yang paling peka terhadap perubahan sikap seorang wanita mahupun kekurangan yang ada pada diri wanita terbabit, lebih-lebih lagi insan paling dicintainya.Sikapnya yang terlalu cerewet, sentiasa inginkan kebenaran daripada penafian, keputusan sentiasa berpihak kepadanya dan tidak pernah berasa mengalah malah lebih bersikap egoisme, antara karakter utama wanita yang seringkali membuatkan lelaki berasa putus asa untuk memahami kemahuan mereka.Namun, di sebalik ketidakpuasan hati itu, kamu seharusnya mengkaji dulu akan kebenaran yang ingin mereka sampaikan dalam meniti pasca percintaan. Intim berkongsi mitos wanita pada mata lelaki dan kenyataan di sebalik kesulitan yang dihadapi.n Wanita cerewet dalam pelbagai perkara. Contohnya, idea, pendapat, cara kerja, makanan, tempat tinggal mahupun pemilihan pasangan yang ideal.Kenyataannya:Menurut penelitian, setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini dapat dibuktikan apabila dia mula bicara. Pengunaan kedua-dua sisi otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara, membuatkan wanita mampu menangani masalah yang dihadapi. Berbanding lelaki, mereka acap kali mencari jalan yang singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.Tetapi, lelaki mempunyai kemampuan dalam penerimaan suatu informasi atau teguran dengan tabah dan profesional, sedangkan si wanita sering terbawa-bawa masalah yang dihadapinya itu ke dalam pemikiran. Diingatkan, jangan sesekali mengutuk atau mencaci akan kelemahan pasangan kamu kepada orang lain. Ia dapat diselesaikan dengan cara komunikasi dua hala, antara jalan terbaik untuk kamu mengatasi masalah yang dihadapi. n Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanitanya, memandangkan pasangannya itu tidak pernah berasa puas dengan segala pengorbanan yang mereka curahkan selama ini.Kenyataannya: Sesungguhnya kamu sebagai kaum hawa perlu berpuas hati dan berasa bangga dengan apa jua penghargaan yang telah pasangan berikan. Tetapi, sebagai wanita, dia merasakan bahawa pasangannya dapat melakukan yang terbaik lagi. Sekecil mana pun usaha yang si jejaka lakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya.n Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya. Kenyataannya: Sedar ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama. n Perempuan sentiasa mengawal pergerakan, kehendak dan cita rasa kaum lelaki, sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.Kenyataannya: Perempuan bukannya dilahirkan untuk mengawal setiap pergerakan kaum Adam. Mereka hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia, insan paling dicintai berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.Malah, mereka juga ingin menjadi insan pertama yang hadir di saat pasangannya menghadapi masalah, kesepian, dan kedukaan.n Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorang lelaki? Kenyataannya: Untuk menjadi seorang superwomen bukannya bererti wanita tidak memerlukan dirinya dihargai oleh seorang jejaka. Kepada wanita, katakan sahaja kepada pasangan, bahawa kamu tetap memerlukan kasih sayang, perlindungan, belaian dan kenikmatan cinta daripadanya. n Perempuan memiliki radar kepekaan atau six senseKenyataannya: Perempuan dilengkapi dengan kecekapan panca indera yang jauh lebih baik daripada kaum lelaki. Menurut penulis Sillyman from Mars, Pitywoman from Venus, Allan dan Barbara Pease, sebagai insan yang melahirkan dan menjaga rumah, mereka perlukan kemampuan dan kebijaksanaan dalam merasakan sesuatu perkara yang melibat dua hati dan perubahan sikap orang lain. Kaum lelaki pula, diingatkan jangan terlalu terburu-buru buruk sangka akan kebolehan yang mereka peroleh, malah perlu selidik dahulu sebelum melakukan dan melafazkan sesuatu perkara. - NOOR HASLIZA NUSISumber: askmen.com

KESELAMATAN ATAU KESELESAAN?

"Helmet kura-kura diharam"
KUALA LUMPUR: Topi keledar separuh atau lebih popular dengan panggilan helmet kura-kura yang sinonim dengan golongan Mat Rempit tetap menjadi pilihan kebanyakan pembonceng motosikal walaupun menyedari ia tidak dapat menjamin keselamatan bahagian kepala sekiranya terbabit dalam nahas jalan raya.Difahamkan, menjadi trend dan gaya terkini pembonceng motosikal terutama golongan muda memakai topi keledar berkenaan manakala orang dewasa pula menggunakannya kerana sifatnya yang ringan. Pelajar, yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, 23, berkata topi keledar berkenaan lebih ringan dan selesa dipakai ketika menunggang motosikal.“Mungkin disebabkan ciri-cirinya yang kecil dan ringan membuatkan saya lebih selesa,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.Menurutnya, helmet kura-kura yang dipakainya itu lebih murah jika dibandingkan topi keledar yang lain dan biarpun memakai topi keledar apa sekalipun ia tidak menjamin keselamatan. Seorang guru, Shauki Ariffin, 35, berkata dia gemar memakai topi keledar separuh kerana lebih ringan berbanding topi keledar yang lain.“Saya tahu ia tidak diluluskan Sirim Berhad (Sirim), tetapi kenapa pihak berkuasa benarkan topi itu dijual.“Saya yakin selagi topi keledar itu berada di pasaran ia tetap akan menjadi pilihan pengguna,” katanya.Shauki berkata, sekiranya topi itu tidak diluluskan kenapa kebenaran menjualnya diberikan kepada pihak kilang dan pengeluar.Tinjauan Harian Metro di beberapa premis yang menjual topi keledar separuh itu mendapati ia menjadi pilihan golongan muda terutamanya Mat Rempit dan hanya segelintir orang dewasa yang memilih menggunakan topi keledar itu.Malah, topi keledar berkenaan hanya dijual sekitar RM25 hingga RM28 menyebabkan ia menjadi pilihan golongan muda.Bagaimanapun, terdapat juga pelbagai jenis topi keledar separuh yang dijual dengan harga yang mahal mencecah ratusan ringgit berdasarkan jenis dan trend terkini.Sementara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat, berkata penjualan topi keledar kura-kura mungkin diharamkan kerana tidak menjamin keselamatan penunggang dan pembonceng motosikal.“Ramai penunggang masih tidak sedar mengenai wujudnya penguatkuasaan larangan memakai topi keledar berkenaan.“Penunggang perlu peka tentang larangan tersebut dan berhenti membeli serta menggunakan topi keledar berkenaan walaupun ia ada dijual di pasaran.“Kita sedang usahakan rundingan dan penyelarasan dengan agensi yang terlibat mengenai penjualannya,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Kempen Kemalangan Sifar antara Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Plus Expressway Berhad (Plus) di sini, baru-baru ini.Menurutnya, dari Januari hingga Julai tahun ini jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya meningkat tujuh peratus iaitu 3,814 kes berbanding 3,564 kes pada tempoh yang sama tahun lepas.
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad

WHY ARE 'MAMA' & 'DADA' A BABYS FIRST WORD ?

A baby's first words are often "mama" and "dada," much to the delight of parents. Now scientists think they know why.

Beyond the obvious - Mommy and Daddy are around a lot and babies are drawn to them - languages in many cultures have apparently made the task easy by creating words for mothers and fathers that feature patterns of repeating sounds, a new study suggests.
To arrive at this finding, brain scans were made of 22 newborns (age 2 days to 3 days) while they listened to recordings of made-up words. They heard words that end in repeating syllables, such as "mubaba" and "penana," as well as words without them, such as "mubage" and "penaku."
Brain activity increased in the babies' temporal and left frontal areas whenever the repetitious words were played. Words with non-adjacent repetitions ("bamuba" or "napena") elicited no distinctive responses from the brain.
This suggests "mommy" and "daddy" are well-chosen words to teach a baby, and it also indicates that the ability to more easily recognize these sorts of repetitive sounds is hard-wired in the human brain.
The research, led by University of British Columbia post-doctoral fellow Judit Gervain, was published online this week in the journal Proceedings of the National Academy of Sciences.
"It's probably no coincidence that many languages around the world have repetitious syllables in their 'child words,'" Gervain said, citing "papa" in Italian and "tata" (grandpa) in Hungarian as examples.
"The language center of most right-handed adults is located on the left side of the brain," Gervain said. "This is consistent with our finding with newborn babies and supports our belief humans are born with abilities that allow us to perceive and learn our mother tongue systematically and efficiently."
"The brain areas that are responsible for language in an adult do not 'learn' how to process language during development, but rather, they are specialized - at least in part - to process language from the start."

MUTIARA KATA

"Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti..."

Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....

" Hasad dengki menghilangkan keindahan,baik keindahan badan,keindahan jiwa ataupun keindahan akal dan wajah pun mampu dihilangkannya"

Never love a love that hurts...never hurt a love that loves

BERSATULAH SESAMA KITA

Bersatu
Menjadi harapan untukku menyaksikanUmat yang bertuah ini kembali bersatu hatiBuangkan yang keruh ambillah yang jernihTiada yang lebih berharga selain dari perpaduan
Lupakanlah segala persengketaanHubungkan kembali tali persaudaraan
Kerna orang beriman itu bersaudaraSaling bertolong bantu berkasih mesraAgar generasi kita di masa hadapanBangga dengan apa yang kita wariskan
Menjadi harapan untukku menyaksikanUmat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Bersatu kita teguh bercerai kita robohYang berat sama dipikulYang ringan dijinjing sama
Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakatAmalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat
Lupakanlah segala persengketaanHubungkan kembali tali persaudaraan ( 2X )
Kerna orang beriman itu bersaudaraSaling bertolong bantu berkasih mesraAgar generasi kita di masa hadapanBangga dengan apa yang kita wariskan

-Lagu nyanyian Kumpulan RAIHAN

LUPA

Kepada manusia yg sering lupa diri, saya sarankan anda mendengar lagi ini dan menghayati lirik lagu ‘Manusia Lupa – Akhbar’ ini amat menyentuh jiwa sekali.
Manusia pelupa
Manusia lupa asal-usulnyaDia tersangka, dialah segalanyaYang pelupa itulah namanyaDan yang terleka itulah manusia
Ramai manusia tidak kenal dirinyaDijadikannya makhluk sempurnaDiuji sementara dimuka duniaBertanggung ia pada perlakuannya
Manusia lupa, manusia alpaManusia bersahaja,manusia lekaManusia berlari mengejar mimpiApa yang dicarinya hanya illusi
Manusia runsing bila ia prasangkaSemua sekeliling menjadi musuhnyaManusia fikir mencipta sengketaMoga ia beruntung darinya
Bila berjaya terdetik rasa banggaDilubuk hatinya pula ia bicaraBermegah-megah dalam diam berkataLupa seketika pada penciptaNya
Ulang
Ramai manusia inginkan kebendaanBiar pun caranya, cara kekerasanAkhirnya dia tak tentu haluanBila ada saja yang hasad memandang
Zahirnya tenang, batin haru biruItu nasibnya manusia yang menipuBiarkan saja ku bersyukur selaluDan biarkan luncai terjun bersama labu
Ulang
Satu nafaz, satu lafazSatu kalimah, satu syahadahKita terleka, terkelu lidahTerkunci hati, diremote controlRasa gila kuasa, rakus tamak haloba
Hei orang kita telah menciptaTuhan mereka mesin berhalaHei orang kita memuja-mujaSi kotak sakti tidak bernyawa
Wahai penghuni penyewa alam semestaDuhai jiwa termenung terpukau silau sihir duniaApakah masih buta tuli di dalam hatiMestikah lagi menipu diri sendiriKiblat mu kini menjadi - 5 2 inciTakwa mu pula - terhias indah terkunci rapi dalam almari kaca
Ulang
Satu nafaz, satu lafazSatu kalimah, satu syahadah
Hapuskan haloba dan inginNafsu dan mahu, terlepas waktu, terabaikan muSehingga tidak ku rasa kering nafasmuHarap kau begitu dekat dengan jantungkuKau pujuk diriku ketika menyeru manakala aku selalu melupakan Mu
Satu nafas, satu lafazSatu kalimah, satu syahadahSatu lafaz awal pertama menyambut keagungan semesta dengan zikir ibadah

“Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendakiNya. Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [Al - Imran:6]”

NAMA - NAMA YANG BAIK - PART 2

Fadhil - Yang lebih
Fareed - Yang tunggal
Fauzi - kemenanganku
Fauzan - Kemenangan
Faisal - Hakim
Fadlan - Keutamaan Fadil - Yang utama Fahim - Yang faham Fajar - Cahaya putih Fakhri - Kemegahanku Farhan - Girang,gembira Farid - Yang istimewa, permata, tiada bandingan Faris - Yang Alim, ahli penunggang kuda Faruq - Pembeza antara benar dan salah Fatih - Pembuka, perintis Fauzi - Kejayaanku Fikri - Fikiranku Firdaus - Nama syurga Fitri - Semulajadi Fuad - Hati, jiwa Fadlullah - Kelebihan AllahFaid - Yang tetap, yang berhasilFaqih - Yang mengertiFalah - KejayaanFannani - SenimanFarhun - KegembiraanFathuddin - Pembukaan,kejayaan agamaFauzan - KejayaanFiras - KecerdikanFurqan - Bukti,kenyataanFudail - Kelebihan,kemuliaan Fathiyah - Kelapangan Faridah - Tunggal Luar Biasa Farah - Gembira Firuz - Yang Indah Fadilah - Yang Lebih Faizah - Yang Menang Fatin - Yang MenarikFadhilah - Kemuliaan, kelebihan Fairuz - Batu permata Faizah - johan, menang Farhanah - Riang gembira Farzana - Bijak, pandai Fatanah - Kebijaksanaan Fauziah - Cergas Fatmah - Nama Anak NabiFuziah - KemenanganFadhlah - MuliaFahimah - Yang bijakFaidah - Untung,labaFaqihah - Pandai,pintarFaihanah - Harum,wangiFakhirah - KemegahanFarihah - Riang,sukacitaFarizah - JelasFatinah - BijaksanaFatilah - Sumbu pelitaFatini - BijaksanaFatnun - BijakFauzah - Berjaya,berhasilFilzah - Belahan JiwaFirzanah - Pintar,bijakFityati - Orang mudaDaud - Nama nabi Dahlan - Nisbah Dahri - Zaman keemasanku Daim - Kekal abadi Danial - Nama Nabi Darwisy - Warak Dasuki - Keindahanku,Cahayaku Din - Agama, kepercayaan Daffa' - yang (banyak) mempertahankan diriDafi' - yang mempertahankan, mendorong, motivasiDaris - pelajarDamanhuri - NisbahDhiyauddin - Sinaran AgamaDhomrah - Nama SahabatDhabit - Yang kuat ingatanDaly - buah anggur yang tidak terlalu hitamDany - yang dekatDalil - penunjuk jalan, guide, panduan, sapaanDurrani - Pemataku Dalia - Petunjukku Dahlia - Nama bunga Dayana - Yang Kuat Diyanah - Beragama Dalilah - Petunjuk Dania - Hampir Dhamirah - Jiwa Durrah - Mutiara Dalilah - PetunjukDarirah - sigap dan lembutDariah - Yang mengetahuiDawama - BerkekalanDayini - Patuh,taatDuwaijah - Ikutan,teladanG. NAMA PENUH MAKNAGhazali - KesayangakuGhaffar - Sedia mengampuni,lembut hatiGhali - MahalGhalib - Yang menangGhani - Kaya,mewahGhassan - Kecantikan dan kelembutan remajaGhaisan - RupawanGhazi - PejuangGhufran - KeampunanGulwani - Keremajaan dan kecergasanGhulam - RemajaGhadat - Lembut, HalusGhaliyati - Yang mahalGhaziah - PejuangGhurrah - Putih berseriGhamirah - Yang mengembaraGhazalah - Matahari TerbitGhundurah - Bahagia,muda
Bahruddin Lautan AgamaBadruzzaman Purnama ZamanBurhanuddin Kenyataan agamaBasiir Cekap PintarBazil Yang PandaiBassam Suka tersenyumBadiuzzaman Keindahan semasaBadrulmunir Bulan bercahayaBasyirun Yang melihatBadruddin Bulan purnama agamaBakri KemudaankuBanin Yang bijak,gigihBaslan KeberanianBasyir Penyampai berita gembiraBasri PengelihatankuBasirun Yang melihatBilal Nama sahabat Nabi,titisan embunBukhari NisbahBurhan Alasan,buktiBurhanuddin Bukti AgamaBusran Khabar gembiraBadia'h IndahBadriyah Bercahaya bulanBasyirah Berita baikBasirah Mengetahui kebenaranBahiyah CemerlangBahjan Keindahan,kerianganBaiduri permataBaiyinah BuktiBakriyah Berani,perawanBalighah BijakBaqiyah Panjang UmurBasitah Yang lapangBazilah Yang pintarBazla Yang bijakBayati NisbahBisyarah Berita gembiraBilah Izzah Wangi dan muliaBilqis Permaisuri ShebaBurhanah Alasan yang baikBusra KesegaranH. NAMA PENUH MAKNAHatim Yang Lurus/BenarHasan Elok/BaikHassanuddin Keelokan AgamaHussein Yang CantikHamdan PujianHanif Bersih suciHadi Yang memimpinHafiy Yang memuliakanHafiz Penjaga,pelindungHafizuddin Pemelihara agamaHajim PelindungHakam pengadilHamad/Hamadi TerpujiHamid Yang memujiHamidi NisbahHaiman MenguasaiHamimi Teman karibkuHamizan/Hamiz Cerdik,Kuat,tampanHamzah KebijaksanaanHamzi KetegasankuHanafi KelurusankuHanif Yang lurusHanis Berani,warakHanun KesayanganHaidar Berani,singaHaikal Pokok yang besar dan suburHaiman Yang cinta,asyikHarraz Yang amat warakHaris Pengawal,pelindungHarun Nama NabiHasan Lawa,segakHassan Sangat baikHasbullah Jaminan AllahHasnawi KecantikanHasif Kemas,rapiHasnun Yang BaikHasyim Pemurah,yang suka menjamu orangHatim Pemutus,penentuHaziq Cerdik,pandaiHazim/Hazman Tegas,cermat,bijakHazmi KetegasankuHazwan PemberiankuHidayat PetunjukHidayatullah Petunjuk AllahHilal Bulan sabitHilmi Kesopananku,KesabarankuHisyam Murah hatiHisyamuddin Kemurahan agamaHubaib KekasihHumaidi kepujiankuHusain Elok,cantik,Benteng pertahananHuzaifah/Huzaimah Nama sahabat nabiHendun RinduHasyimah Yang bersopanHamidah TerpujiHasnah ElokHabibah KekasihHayati HidupkuHafsah TerlindungHalimah Sopan/LembutHafizah TerpeliharaHanan Bertimbang rasaHabriyah Pintar,lawaHadirah Pandai,bijakHafsah Nama Isteri NabiHaifa Ramping,genitHadfina Matlamat kitaHajidah Yang rajin sembahyang malamHaidah Adil,JujurHakimah Yang bijaksanaHalili Nisbah,halalHalimah lemah lembut,penyantunHalumah Pemaaf,penyabarHalwa Yang manis,menarikHamidah Yang terpujiHamdah PujianHamimah Kawan setiaHamizah Yang bijaksanaHamudah TerpujiHannani Kesayaganku,kecintaankuHaninah PenyayangHanisah Yang takwaHasnah Yang baik,lawaHasibah Keturunan baik-baikHawa Nama isteri Nabi AdamHasinah Yang lawaHasyimah Beradab,berakhlakHazimah Yang tegas,cekalHayati Jiwa,hidupHaziyah Yang dipuji,yang disayangiHibriyah Kecantikan,keindahanHidayati/hidayah Petunjuk AllahHimanah Memberi semangatHilmiyah Lembut,sopanHuda Petunjuk kepada kebenaranHumaira Putih campur merahHusna Yang lawaHuraiyah BidadariI. NAMA PENUH MAKNAIdris Nama NabiIshak Nama NabiIsmail Nama NabiIbrahim Nama NabiIdlan KeadilanIdrus SingaIhsan KebaikanIkhwan PersaudaraanIkhlas MemuliakanIkram MenghormatiIlyas Nama NabiIlyasa Nama NabiImran Budi BahasaInayat PertolonganInas KelembutanIqbal KejayaanIskandar Nama seorang RajaIsa Nama NabiIsrar PersendirianIzdiyad PertambahanIzzan KepatuhanIzzat KemuliaanIzzuddin Kemuliaan AgamaIzzul Islam Kemuliaan IslamIffah Suci,TerpeliharaIkimah MerpatiIlmuna KepercayaanInarah Menerangi bercahayaInasah Mesra,hangatInsyirah Kegembiraan,lapang hatiInfazah MelakukanIrdina Kehormatan kamiIrsalina Pengiriman kamiIwana TakhtaIyazi PerlindunganIzazi/Izzah Kemuliaan,kekuatankuIzah PengajaranIzzati Kemuliaanku,kekuatanku

NAMA - NAMA YANG BAIK - PART 1

Hanif = Jalan yang lurus

Sarah = Isteri nabi Ibrahim

Qistina = Keadilan

Sabrina = Kesabaran

Zaki = Cerdik

Amir = Pemimpin

Liyana = Yang Lemah Lembut

Raisya - Indah

Raudhah - Taman Syurga

Syaza - Wangi, Harum

Wardah - Bunga Mawar

Yasmeen - Bunga Melur

Zafreen - Bijak

Insyirah - Lapang Hati

Nur Diyana - Cahaya Agama

Aeesya - Bahagia

Ahmad - Terpuji

Akmal - Sempurna, sangat pandai

Alim - Yang mengetahui

Amin - Yang Amanah, Yang dipercayai

Amran -Yang memakmurkan

Anas - Kemesraan, cinta, kasih

Anis - Yang mesra, teman setia

Anwar - Yang bercahaya

Arman - Harapan, aspirasi

Azman - Cita-cita, tekad

Azhari - Yang berseri, Yang gemilang

Aban - Perbuatan yang sangat jelas, nama putra khalifah 'Utsman bin 'Affan

Abiy - Yang memiliki kepribadian yang kuat yang pantang tunduk terhadap tekanan

Abyan - Yang lebih jelas

Abu Bakar - Nama Sahabat

Adam - Nama Nabi

Adnan - Pendiam/Tunggal, Nama Datuk Nabi

Adib - Sastrawan

Ahmad - Yang banyak dipuji-puji, nama yang diberikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad dalam al-Qur'an

Arib - yang cerdik dan berakal

Arhab - yang lapang dada

Asad - singa (lambang keperkasaan)

Asmar - yang berkulilt coklat, abu-abu

As'ad - yang lebih bahagia

Asyqar - yang berambut pirang

Asyhab - warna putih yang bercampur hitam, sebutan lain bagi singa.

Ashil - yang asli

Anis - yang dapat menenangkan hati dari kerisauan/keterasingan

Akram - yang lebih mulia

Aman - Sentosa, rasa aman

Amir - Pemimpin, Putera, Ketua, Pemerintah

Arkan - pondasi, pokok

Awwab - yang amat taat kepada Tuhan, julukan bagi nabi Daud 'alaihissalam

Ayib - yang kembali

Ayyub - yang banyak kembali, nama nabi

Abdul Hannan - Hamba tuhan yang pengasih

Abdul Ghani - Hamba tuhan yang maha kaya

Abdul Hamid - Hamba tuhan yang maha terpuji

Abdul Majiid - Hamba tuhan yang maha terpuji

Abdul Latif - Hamba tuhan yang maha bertimbang rasa

Abdul Halim - Hamba tuhan yang maha berlemah lembut

Abdul Ghaffar - Hamba tuhan yang maha Pengampun

Abdul Aziz - Hamba tuhan yang Maha Gagah

Abdul Malik - Hamba tuhan yang maha memiliki

Abdur Rahim - Hamba tuhan yang maha mengasihani

Abdur Rahman Hamba tuhan yang maha pemurah

Abdullah Hamba tuhan Allah

Abdul Samad Hamba Allah yang menjadi tumpuan

Abdul Wafi - Hamba Allah yang setia

Abdul Wahab - Hamba Allah yang memberi

Abdul Wahid - Hamba Allah yang Esa

Abbas - Nama Sahabat Nabi,berani,singa

Abidin - Yang beribadat

Afiq - Yang mulia

Ahhwaz - Yang bersungguh-sungguh

Aiman - Yang bertuah

Alif - Kawan rapat

Aliuddin - Ketinggian agama

Amar - Yang ramai zuriat

Aminuddin - Pengamanah Agama

Amiruddin - Pembela Agama

Anas - Kemesraan,cinta,kasih

Aniq - Yang kacak lagi menawan hari

Arman - Harapan,aspirasi

Asri - Masaku, kemajuanku mengikut masa

Atif - Belas kasihan

Azam - keazaman

Azim - Besar

Azmi - Cita-citaku, Tekadku

Azmil - Kawan rapat

Azizan - Yang mulia,yang kuat,kekasih

Aziz - Yang mulia, yang kuat, kekasih

Azri - Kekuatanku, penyokongku

Azraei - Nisbah

Amalina - Harapan kami

A'isyah - Kehidupan

Afrina - Putih Kemerah-merahan

Afiqah - Sangat pemurah, sangat berpengatahuan

Aina - Mempunyai mata yang cantik

Amirah - Puteri

Atikah - Pemurah, berani, bersih

Atiqah - Yang mulia, yang dipilih

Adibah - Pendita

Aminah - Beramanah

Asiah - Keteguhan

Amnah - Aman sentosa

Anisah - Kacak/comel

Aiman - Keberkatan

Adlina - Keadilan kita

Afifah - Berbudi Bahasa

Aida - Keberuntungan

Aisyah - Hidup Bahagia

Amalina Lanjut usia

Ani - Masak ranum

Aniqah - Cantik,lemah gemalai

Arifah - Yang mengetahui

Aribah - Cerdik,terpelajar

Asiyah - Penawar hati

Atifah - Bersimpati,penyayang

Atuf - Penyayang

Azimah - Agung,mulia

Azizah - Dihormati

Azra - Dara

Azza - Rusa

Azmah - Azam,cekal

Balyan = Nama auliya

Bahran = Bercahaya

Baqir = Sangat pandai, terpelajar

Basim = Gembira, tersenyum

Basit = Pereka, pembuat

Bahjat = Kegemilangan

Badar = Bulan penuh

Bassam = Suka tersenyum

Badiuzzaman = Keindahan semasa

Bazil = Yang pandai

Badrulmunir = Bulan bercahaya

Badran = Bulan penuh (purnama)

Badri = Bulan purnamaku

Basyirun = Yang melihat

Badrun = Bulan purnama

Badruddin = Bulan purnama agama

Baghawi = Nisbah

Bahauddin = Sinaran agama

Bahadur = Berani, kuat

Bahij = Yang indah menawan

Bahjan = Cemerlang

Bahri = Kegemilanganku

Bahruddin = Sinaran agama

Bayiyuddin = Sinaran agama

Bahzi = Pembelaku

Bais = Tentera

Faiz - Yang menang

LIPUTAN MEDIA UTAMA

Erra hamil tiga bulan

KUALA LUMPUR: Impian pelakon popular, Fazira Wan Chek atau Erra Fazira, 34, untuk bakal bergelar ibu akhirnya menjadi kenyataan apabila dia disahkan mengandung tiga bulan.Erra yang mula popular menerusi filem Sembilu mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 33, pada Oktober lalu.Engku Emran ketika dihubungi mengesahkan berita itu sambil mengharapkan agar peminat dapat mendoakan kesihatan dan keselamatan isterinya.“Erra disahkan mengandung bulan lalu dan kini kandungannya sudah pun berusia tiga bulan. Kami sangat gembira dengan berita ini dan berharap supaya peminat dapat mendoakan kesihatan isteri saya,” katanya yang tidak kisah mengenai jantina anak.“Erra kini sedang sibuk di lokasi drama, jadi saya banyak menasihatkan dia supaya berhati-hati menjaga kandungan dan jangan mengangkat barang berat. “Sebagai suami tentulah saya gembira kerana ini pengalaman pertama saya bakal bergelar bapa,” katanya yang tidak kisah mengenai jantina anak.Erra dan Emran yang mula berkenalan rapat sejak Jun tahun lalu mengikat tali pertunangan pada 7 September tahun yang sama. Mereka kemudian memilih 25 Oktober untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri. Majlis pernikahan diadakan di Restoran Puteri, Sungai Penchala yang dihadiri kira-kira 400 tetamu. – Nasional Berita Harian 29/8/08


Suami terlalu gembira, Erra Fazira hamil tiga bulan

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Rutin harian suami artis popular Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Suria FM, kini berbeza daripada hari-hari sebelum ini.Kini, setiap pagi sebelum melangkah keluar rumah untuk ke pejabat, dia akan memastikan mengucup kandungan isterinya yang hamil tiga bulan."Saya terlalu gembira dengan berita kehamilan Erra. Kandungan yang berusia hampir tiga bulan ini seperti melengkapkan hasrat kami berdua. Kerana itu, seboleh-bolehnya saya tidak mahu berjauhan daripada isteri saya," kata Engku Emran dalam nada ceria kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.Engku Emran dan Erra berkahwin pada 25 Oktober tahun lalu.Kerana terlalu gembira juga, Engku Emran sering mengingatkan isterinya agar berhati-hati dalam melakukan kerja seharian."Saya perlu menghubungi dia dari semasa ke semasa untuk mengingatkan dia agar jangan lupa makan dan mengambil makanan tambahan untuk memberikan tenaga padanya," kata Engku Emran.Apa yang membuatkan Engku Emran risau ialah ketika ini isterinya terikat dengan penggambaran sebuah drama di sekitar ibu negara."Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar kandungan sulung isteri saya terpelihara dengan baik kerana kami berdua sudah lama teringin untuk menimang cahaya mata sulung," kata Engku Emran lagi.Dua bulan lalu, Erra dilaporkan mengalami keguguran ketika kandungannya berusia dua minggu.Engku Emran turut memberitahu, perubahan yang berlaku pada Erra kini ialah selera makannya bertambah naik."Kini, pantang ada masa lapang, saya akan pastikan berada di sisi Erra kerana saya mahu memberikan sokongan moral padanya," kata Engku Emran lagi.Menurut Engku Emran juga, pada awalnya dia mahu mengumumkan berita gembira ini kepada wartawan minggu depan."Tetapi, nampaknya wartawan dapat menghidu berita ini lebih awal," ujarnya lagi.Erra bagaimanapun tidak dapat dihubungi kerana difahamkan dia masih lagi menjalani penggambaran sebuah drama di sebuah lokasi di ibu negara -Berita Negeri Utusan Online

Erra sudah hamil, usia kandungan 3 bulan
Oleh TENGKU KHALIDAH BIDIN ent_editor@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Jika tiada aral melintang, hasrat artis popular Erra Fazira untuk bergelar ibu akan menjadi realiti sekitar Mac tahun depan.Artis popular yang juga bekas Ratu Cantik Malaysia itu kini mengandung dengan usia kehamilan hampir 3 bulan.Berita gembira ini disahkan sendiri oleh suami artis berkenaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam."Kami buat pemeriksaan minggu lepas dan syukur kerana akhirnya impian kami untuk memiliki cahaya mata bakal menjadi kenyataan,'' jelas Engku Emran.Semenjak berkahwin pada 25 Oktober 2007, Erra dan Engku Emran sering bercakap soal harapan mereka untuk memiliki cahaya mata secepat mungkin.Ini memandangkan faktor usia yang sudah agak bertambah di mana Erra mencecah 34 tahun dan Emran, 33 tahun.Ditanya mengenai jantina anak dalam kandungan, menurut Emran masih terlalu awal untuk membuat telahan.Malah sebagai suami, kata Emran, dia tidak berhasrat untuk mengetahui jantina anak berkenaan sebelum ia dilahirkan."Biarlah ada 'surprise'," jelas Engku Emran yang juga Ketua Pegawai Operasi radio Suria FM.Dengan situasi terkininya, Erra yang kini sibuk dengan penggambaran drama terbitan Astro bagaimanapun diingatkan oleh suaminya supaya tidak terlalu tertekan di lokasi."Saya izinkan Erra aktif dalam aktiviti seninya selagi ia tidak menjejaskan kandungannya,'' kata Emran - Negara Kosmo 29/8/08


Erra Fazira hamil dua bulan

28-08-2008 07:48:12 PM Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi jelita Erra Fazira yang mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin Oktober tahun lalu kini hamil dua bulan.Berita gembira ini disahkan kepada mStar Online yang menghubungi Emran, 33, yang juga Ketua Pegawai Operasi Suria FM.Erra, 34, telah mengalami keguguran sekitar Mac lalu.Erra dan Emran dijangka bakal menimang cahaya mata Mac depan. "Ya, memang betul Erra mengandung. Dah dua bulan. Apabila saya mengetahui berita Erra mengandung dua bulan lalu, kami ingat tak nak hebahkan kepada umum dan kecoh-kecoh. Biar keluarga sahaja yang tahu. Takut heboh awal-awal, nanti tak jadi pula."Tetapi, dua minggu lepas doktor dah sahkan yang kandungannya sihat dan dia bagi ubat untuk jaga kandungan Erra."Nampaknya, kali ini saya terpaksa beritahu juga sebab wartawan dah tahu dan tak nak sembunyikan hal ini," kata Emran dalam nada ceria.Apabila ditanya tentang karier Erra sekarang, Emran berkata, isterinya masih aktif berlakon kerana telah mengikat kontrak dengan Astro selama setahun sejak April lalu."Dia masih aktif lagi dalam aktiviti seni. Lagipun, dia sudah tandatangan kontrak dengan Astro. Sekarang dia sedang jalani pengambaran sebuah telefilem untuk Astro dengan membawa watak seorang mekanik."Saya risau dan takut juga kerana watak sebegitu agak agresif tetapi saya dah berpesan kepadanya supaya lebih berhati-hati. Saya kena ingatkan dia banyak kali sebab dia selalu terlupa."Jadi, diharapkan peminat Erra dapat mendoakan kandungannya selamat dan sihat selalu sehingga dilahirkan pada tahun depan. Insya Allah...," ujar Emran yang tidak kisah jantina bayi yang bakal dilahirkan nanti dan begitu juga dengan Erra.Tambah Emran, kalau boleh dia tak nak tahu sehingga bayi itu selamat dilahirkan, "baru surprise!".Ditanya tentang persiapan menghadapi bulan Ramadan kali ini, Emran berkata, "Bulan puasa kami lebih bermakna pada tahun ini kerana berpuasa sebagai pasangan suami isteri dan bertiga bersama kandungan Erra."Erra pun dah sibuk-sibuk siapkan apa yang patut untuk Raya nanti termasuk memikirkan warna pakaian raya kami. Insya-Allah, pada Hari Raya nanti kami akan beraya di kampung saya di Pulau Pinang dan kampung Erra di Sungai Choh, Rawang, Selangor." - Mstaronline

MANUSIA ATAU BINATANG SANGGUP LAKUKAN INI????

Tangisan di masjid
Oleh Rashidi Karim

KANGAR: Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dan berbalut dengan kain batik ditemui ditinggalkan dalam Masjid Sungai Baru, dekat sini, semalam.Bayi comel berketurunan Melayu itu dipercayai ditinggalkan individu tertentu sebelum dijumpai seorang guru Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Baru, dikenali Saida Basir, 37, kira-kira jam 10.30 pagi.Guru terbabit mendengar tangisan bayi itu sebelum mendapati seorang bayi berbalut kain batik ditinggalkan berseorangan di situ.Dia kemudian menghubungi Balai Polis Simpang Empat.Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Yusof Mohd Diah, yang mengesahkan kejadian itu, berkata bayi itu ditemui seorang guru yang secara kebetulan pergi ke tandas masjid terbabit.Katanya, polis sedang menyiasat penemuan bayi terbabit dan berdasarkan fizikalnya bayi itu dipercayai baru beberapa jam dilahirkan sebelum ditinggalkan di masjid berkenaan.“Kami tidak pasti sama ada bayi itu dilahirkan penduduk sekitar kawasan itu atau dibawa dari luar kerana siasatan terperinci masih dijalankan,” katanya.Beliau meminta kerjasama orang ramai membantu mengesan ibu bayi terbabit dengan melaporkan kepada balai polis berhampiran.Katanya, perbuatan membuang bayi itu yang pertama dilaporkan di Perlis sejak beberapa tahun lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.Mengikut seksyen terbabit, mereka yang membiar dan membuang bayi atau kanak-kanak berusia bawah 12 tahun boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Sementara itu, tinjauan Harian Metro mendapati bayi comel seberat tiga kilogram itu dalam keadaan sihat dan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, untuk pemeriksaan lanjut.Bayi perempuan itu kini dalam pemerhatian pihak wad kanak-kanak HTF dan selepas ini kemungkinan besar akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM) Perlis untuk tindakan lanjut.- Harian Metro 28/8/08

BANGGA DENGAN BUATAN MALAYSIA

Usaha berterusan promosi batik dan tenun Malaysia20-08-2008 04:38:06 PM

KOMPLEKS Kraf di Jalan Conlay di sini sekali lagi akan menjadi tumpuan peminat batik dan tenun apabila berlangsungnya Temasya Batik dan Tenun Malaysia mulai esok hingga 30 Ogos.
Bertemakan 'Batik & Tenun Mewarnai Dunia', temasya ini memberi perhatian kepada nilai komersil dan pendidikan minda kreatif dalam memastikan kesinambungan warisan negara ini terutama dalam kalangan generasi muda.
Temasya anjuran Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia bersama agensi di bawahnya, Kraftangan Malaysia, akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 8 malam.
Tujuan Temasya
Temasya Batik dan Tenun Malaysia diadakan bertujuan menggalakkan penggunaan batik dan tenun sebagai hiasan dalaman dan fesyen pakaian masyarakat berbilang kaum.
"Selain itu ia juga akan memperagakan siri terbaru produk kraf dan fesyen daripada batik dan tenun untuk pasaran Eropah," menurut kenyataan Kraftangan Malaysia.
Temasya itu juga mensasarkan pembabitan seramai 150 orang usahawan dengan pelbagai pengisian aktiviti.
Aktiviti-aktiviti itu ialah Pameran Fesyen Batik dan Tenun, Pameran Hiasan Dalaman Batik dan Tenun Tahun 2009, Jualan Kraf Batik dan Tenun, Demonstrasi Kraf, Interaktif Mari Belajar Batik dan Pertandingan Kraf.
Kompleks Kraf di Jalan Conlay di sini, bakal menjadi tumpuan peminat batik dan tenun apabila berlangsungnya Temasya Batik dan Tenun Malaysia mulai esok hingga 30 Ogos. -foto BERNAMA

Batik dan Tenun sebagai pilihan
Menerusi Pameran Fesyen Batik dan Tenun, penganjur berharap rakyat Malaysia dapat menilai batik dan tenun sebagai fesyen pakaian yang boleh menjadi kebanggaan.
Justeru, pameran berkenaan akan memberi tumpuan kepada pengolahan kraf tekstil batik dan tenun sebagai pakaian formal dan kasual sama ada olahan tradisional mahu pun moden, mengikut cita rasa dan trend fesyen pengguna pelbagai kaum di negara ini.
Menurut Kraftangan Malaysia, di bawah Pameran Hiasan Dalaman Batik dan Tenun Tahun 2009, hiasan dalaman daripada kraf tekstil batik dan tenun akan diketengahkan dengan rekaan dan warna menarik.

Produk-produk yang dipamer berkonsepkan untuk kegunaan kediaman, pejabat dan hotel.
"Fokus pameran kali ini tertumpu kepada pasaran Eropah tahun 2009 yang berminat dengan keunikan dan kreativiti seni kraf etnik," kata Kraftangan Malaysia.
Selain pameran fesyen batik dan tenun turut diadakan pameran hiasan dalaman batik dan tenun tahun 2009, jualan kraf batik dan tenun, demonstrasi kraf, interaktif - mari belajar batik dan pertandingan kraf.

Peluang untuk usahawan dan pengunjung
Seperti lazimnya, temasya kali ini juga memberi peluang keemasan untuk usahawan kraf berniaga terus dengan pengguna iaitu mengambil tempahan korporat serta peribadi bagi hiasan dalaman, hadiah dan cenderamata.
Di samping menjual fabrik, 150 usahawan yang mengambil bahagian dalam temasya ini juga boleh merebut peluang untuk meningkatkan jualan barangan mereka dalam pasaran tempatan.
Sudah pastinya trend warna, motif baru dan siri produk kelengkapan rumah dan hiasan dalaman, hadiah dan cenderamata serta hiasan pelamin daripada batik dan tenun akan menjadi faktor penentu kejayaan mereka.
Bagi pengunjung pula, acara demonstrasi kraf sudah tentu akan memberi peluang untuk mereka melihat dengan lebih dekat proses pembuatan kraf yang membabitkan ketekunan, kesabaran dan daya kreativiti pengusaha.
Demonstrasi kraf yang bakal berlangsung ialah batik lukis, songket limar, tenunan pua, tenun dastar di samping membuat acuan batik canting dan batik terap/blok.
Pengunjung juga boleh mencuba bakat serta kreativiti mereka dalam mewarna batik blok, mencanting batik dan mewarna batik canting dengan menyertai aktiviti interaktif Mari Belajar Batik.
Malam Gala Batik dan Tenun Malaysia
Antara acara meriah lain temasya ialah Malam Gala Batik dan Tenun Malaysia yang akan diadakan pada 23 Ogos pukul 8 malam.
Menurut Kraftangan Malaysia, majlis yang penuh warna-warni ini akan dirasmikan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.
Sebanyak 120 koleksi pakaian moden dan tradisional dengan pelbagai tema dan konsep rekaan menggunakan tekstil batik dan tenun Malaysia akan dipersembahkan di Malam Gala itu.
Kumpulan pereka yang menjayakan Malam Gala itu ialah dua pereka daripada Kraftangan Malaysia, enam pereka jemputan dan seorang pereka jemputan luar negara.BERNAMA

BERBUDI KEPADA TANAH..BESAR MANFAATNYA

Memperkasa industri pertanian selepas merdeka22-08-2008 12:31:58 PM

KUALA LUMPUR: Dasar perindustrian negara ke arah menjadikan Malaysia negara maju, sebenarnya bukan mahu menjadikan sektor pertanian ketinggalan hingga tidak menjadi tonggak pertumbuhan, tetapi ia dilihat begitu. Dan krisis makanan dunia serta kemelut bekalan beras yang melanda negara ini buat beberapa ketika baru-baru ini membuatkan kita semakin terdesak untuk memperkasa industri pertanian.Kerajaan begitu komited dan telus ke arah usaha ini, antaranya menjadikan Sarawak sebagai jelapang padi yang baru serta pelbagai insentif untuk menaikkan hasil tuaian padi. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pula bertindak proaktif dengan melancarkan kempen "Bumi Hijau" bagi menggalakkan rakyat bercucuk-tanam termasuk sayur, ulam-ulaman dan herba serta menternak ikan dan ayam bagi kegunaan sendiri.
Dua subsektor pertanian
Sektor pertanian terbahagi kepada dua subsektor iaitu tanaman industri seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada hitam dan tanaman makanan yang terdiri daripada padi, sayuran, buah-buahan, perikanan dan akuakulktur serta ternakan. Menurut Dr Amin Mahir, Ketua Laboratori Dasar Perniagaantani dan Pengurusan, Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), pertumbuhan subsektor tanaman makanan tidaklah sepantas tanaman industri.Selepas kemerdekaan, mulai tahun 60an hingga 70an, katanya, kerajaan melabur lebih daripada RM1 bilion untuk pembangunan perparitan dan saliran bagi penanaman padi.Bagaimanapun, kata beliau, pertumbuhan ekonomi negara yang pesat menyebabkan keutamaan diberi kepada tanaman industri yang mempunyai potensi untuk menjana pendapatan eksport.
Keperluan meningkat
Keperluan makanan sesebuah negara akan meningkat dengan pertambahan penduduk, tambahan pula Malaysia mengamalkan dasar ekonomi terbuka di mana berlaku pengaliran masuk orang asing sama ada pelancong atau pekerja di samping pendatang tanpa izin.Krisis bekalan beras yang berlaku sebelum ini, meskipun dapat ditampung dengan menambah import menjadikan negara semakin perlu meningkatkan tahap sara diri.Dalam hal ini, Dr Amin yang juga pensyarah kanan Jabatan Perniagaantani dan Sistem Maklumat, Fakulti Pertanian UPM merujuk kepada bil import makanan negara yang mencecah RM23 bilion (2007)."Ini adalah ketirisan yang agak besar dan usaha untuk meminimumkan ketirisan ini perlu disokong semua pihak," tegasnya.
Dasar yang konsisten
Usaha memperkasa semula sektor pertanian terutama subsektor makanan memerlukan dasar yang konsisten dan berterusan tanpa mengira kepimpinan di samping komitmen kerajaan yang tinggi dari segi sumber dan dana.Dalam menyuarakan pandangan itu, Dr Amin berkata sumber perlu diperuntukkan secukupnya agar projek yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana sebelum ini ada projek tidak dapat dijalankan kerana kekurangan sumber. "Keperluan sosial-politik-ekonomi dari aspek sumber terutama dana perlu diseimbangkan," katanya.Dalam hal ini, katanya, kerajaan negeri juga perlu memberi komitmen dengan menyediakan lebih tanah yang sesuai untuk pengeluaran makanan.
Peranan GLC
Syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC), harus turut memainkan peranan yang lebih besar."Sebagai contoh Felda mempunyai keluasan kelapa sawit yang terbesar iaitu 690 ribu hektar. Ladang ini boleh diintegrasikan dengan ternakan lembu daging atau kambing. Cuba kita bayangkan populasi ternakan jika terlaksananya ladang integrasi ini."Saya kira tahap sara diri daging lembu yang sekarang ini hanya 26 peratus bukan sahaja dapat dinaikkan tetapi kita mungkin dapat mengeksport pula daging tersebut dalam jangka masa panjang. Meskipun ladang integrasi ini telah dimulakan, ia harus diperluaskan," jelasnya. Pada masa yang sama, katanya, isu kenaikan kos makanan ternakan perlu diberi perhatian yang serius. Dr Amin turut mencadangkan GLC yang bukan berasaskan pertanian seperti Tenaga Nasional atau Petronas mempelbagaikan aktiviti dengan melabur dalam pengeluaran makanan. Katanya Penunjuk Pencapaian Utama (KPI) GLC berkenaan perlu disemak semula dengan mengambil kira sumbangan mereka terhadap dasar jaminan makanan negara. "Saya kira ini dapat membantu usaha kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara dan seterusnya menyumbang kepada dasar jaminan makanan di samping mengurangkan pergantungan kepada import, berkemungkinan kita mengeksport," katanya.
Tak perlu banding
Dr Amin berkata mana-mana pihak tidak perlu membandingkan pencapaian Malaysia dalam pembangunan pertanian dengan negara lain termasuk Thailand. Kata beliau, dalam pengeluaran minyak sawit, Malaysia telah lama jauh ke hadapan dan tidak dapat ditandingi negara lain. "Tetapi Thailand pula adalah pengeksport utama beras dunia. Inilah maksud saya, keutamaan dalam dasar yang berbeza. Jika Thailand berhasrat menjadi 'kitchen to the world', kita mempunyai aspirasi menjadi hab makanan halal. "Jadi saya kira kita tak perlu bersaing dengan mereka. Apa yang harus kita lakukan ialah memperkukuhkan lagi subsektor makanan dengan meningkatkan pengeluaran dan mampu memenuhi permintaan domestik dan sekali gus mengurangkan pergantungan kepada import," tegasnya. Bagaimanapun, Dr Amin berkata tidak ada salahnya jika Malaysia mengkaji faktor kejayaan sesuatu negara untuk mengambil apa yang boleh dicontohi. Dasar Pertanian Negara, katanya, menggariskan keutamaan komoditi makanan yang perlu diberi tumpuan, manakala Pelan Induk Perindustrian menunjukkan bagaimana pertalian industri harus berlaku antara pengeluaran makanan dan penambahan nilai. "Cuma apa yang saya nampak ialah terdapat masalah pelaksanaannya. Sebagai contoh pembabitan sektor swasta dalam perladangan tanaman makanan masih belum mencapai suatu tahap yang diharapkan," kata Dr Amin. Nilai semula
Krisis makanan dunia jelas membuka mata kita untuk menilai semula dasar dan pengeluaran makanan terutama beras. Dunia pernah mengalami krisis makanan pada tahun 1970an tetapi krisis makanan kini berbeza puncanya, kata Dr Amin.Sekarang, jelasnya, tanaman makanan bukan lagi berfungsi sebagai makanan manusia tetapi juga digunakan untuk makanan ternakan dan yang terbaru untuk menghasilkan bahan bakar bio. "Persaingan ini mengakibatkan penghasilan makanan manusia terhad dan melonjakkan harga barang makanan. Amerika Syarikat, pengeluar utama jagung dan gandum memberi insentif penanaman jagung untuk penghasilan ethanol (bahan bakar bio) mengakibatkan pengurangan kawasan untuk tanaman gandum."Kesannya, kenaikan harga gandum dan harga beras. Kenaikan harga minyak dan kejatuhan nilai dolar Amerika memburukkan lagi keadaan. Kita perlu berhati-hati dengan biodiesel kita kerana ia berkemungkinan menaikkan harga minyak masak," tambah Dr Amin.
Cabaran menanti
Ketika kerajaan mengorak langkah memperkasa sektor pertanian negara, Dr Amin berkata terdapat beberapa kekangan yang perlu diberi perhatian.Beliau menyebut persaingan sumber antara sektor pertanian dan sektor lain sebagai satu daripada kekangan itu."Tanah adalah sumber penting dalam pertanian. Begitu juga bagi sektor lain seperti perumahan dan pembuatan. Dalam persaingan ini, sektor pertanian yang tewas. Bukan sahaja pembukaan kawasan baru, kawasan pertanian sedia ada pun telah banyak ditukar kepada kawasan perumahan atau perkilangan. "Tanah juga hak kerajaan negeri. Jika pun terdapat kerjasama dengan kerajaan pusat, masalah seperti ketiadaan prasarana yang mencukupi di kawasan tanah yang diperuntukkan atau tanah yang diperuntukkan adalah tanah bermasalah seperti tanah masam, berbatu atau tanah yang boleh ditenggelami air laut apabila air laut pasang," jelasnya.Bidang pertanian juga kurang diminati terutama golongan muda tempatan dan ada yang menganggap pekerjaan tani menawarkan pendapatan rendah, kotor, kerja berat dan tradisional."Walaupun ramai di antara mereka anak petani, peneroka atau nelayan, melihatkan keadaan ibu bapa mereka, ditambah dengan tiada galakan ibu bapa, mereka ini lebih cenderung bekerja makan gaji," katanya.Pertanian juga sering dikaitkan dengan kemiskinan. Justeru, rakyat negara ini perlu mengubah minda selaras dengan yang diuaruarkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, 'Pertanian adalah perniagaan.'Dalam hal ini, Dr Amin turut menekankan bahawa pembangunan seimbang antara sektor pertanian dan sektor perindustrian menuntut peruntukan kewangan serta pelaksanaan dasar yang sama rata.Yang pasti semua ini memerlukan keazaman yang tinggi untuk memperkasa pembangunan pertanian dan menjadikan sektor pertanian pengeksport utama negara menjelang 2010! BERNAMA

LAGU PATRIOTIK KITA

Nyanyi Lagu Patriotik Di Rumah, Apa Salahnya? 23-08-2008 12:13:46 PM

KUALA LUMPUR: "Malaysia kita sudah berjaya, Aman, makmur bahagia, Malaysia abadi selamanya, Berjaya dan berjaya? "
Ini rangkap permulaan lagu ciptaan Saiful Bahri "Malaysia Berjaya", lagu patriotik yang dinyanyikan Jamaludin Alias dan kerap disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam tahun 1960-an dan awal 1970-an.
"Lagu ini masih segar dalam ingatan saya kerana ibu bapa saya biasa menyanyikannya semasa saya kecil," kata ahli akademik Fatimah Mansur.
Dengan sendirinya beliau suka bernyanyi-nyanyi kecil lagu seumpama ini terutama ketika hampirnya sambutan kemerdekaan negara atau meraikan sesuatu kejayaan yang dicapai anak Malaysia.
"Lagu patriotik Malaysia sebenarnya sesuai untuk pelbagai peristiwa dan acara seperti perjumpaan masyarakat, semasa kursus dan sukan," katanya.
Kerana Mu Malaysia
Antara lagu patriotik popular dalam kalangan semua generasi Malaysia ialah 'Kerana Mu Malaysia.
"Lagu ini merangsang semangat menghargai negara dan begitu memikat hati semua, tidak mengira usia dan kaum," kata bekas pensyarah Abu Hashim Haniffa.
Beliau mencadangkan semua stesen televisyen dan radio supaya lebih kerap menyiarkan lagu-lagi patriotik seperti ini dan tidak menyerahkan tanggungjawab itu semata-mata kepada RTM.
"RTM memang patut dipuji kerana tidak keberatan menyiarkan lagu-lagu patriotik.
"Lebih-lebih lagi sesetengah lagu patriotik itu mempunyai nilai komersil dari segi lirik dan muzik," katanya.
Kalau tak percaya beliau mengajak semua orang mendengar beberapa lagu seangkatan dengan "Kerana Mu Malaysia" dan lagu-lagu popular serta malar segar seperti `Warisan(Sudirman Arshad), `Setia' (Francesca Peter) dan `Sejahtera Malaysia (Roy).
Dimasukkan dalam kelas sivik
"Mungkin kita boleh masukkan perkara mengenali lagu-lagu patriotik ini dalam kelas sivik di sekolah rendah. Oleh yang demikian semangat patriotik mudah ditanam melalui lagu-lagu yang indah liriknya sejak mereka dalam usia muda lagi," kata Zaidah Zainal, kakitangan awam yang mempunyai tiga orang anak.
Lagu-lagu ini juga boleh menjadi lagu ketika mendodoi tidur bayi dan anak kecil.
"Kenapa tidak. Ibu saya pernah mendodoikan saya dengan lagu "Putera-Puteri" dan "Tanjung Puteri" untuk menidurkan saya," katanya.
Dalam suasana negara menyambut ulang tahun kemerdekaan, Abu Hashim mengambil kesempatan untuk mencadangkan supaya penghayatan lagu patriotik ini dimasukkan atau diperkembang pada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Begitu juga sekolah-sekolah supaya semangat kesetiaan, kekitaan dan kebanggaan kepada negara ditanam di peringkat kanak-kanak lagi, katanya merujuk kepada lirik penutup "Malaysia Berjaya", "Satu Bangsa Satu Negara, "Malaysia berjaya". BERNAMA

PENGETAHUAN AM RAKYAT MALAYSIA....MERDEKA !

Jalur Gemilang: Simbol kebanggaan kita28-08-2008 12:28:01 PM

KUALA LUMPUR: Ahad ini, 31 Ogos ini, rakyat Malaysia akan menyambut ulang-tahun ke51 kemerdekaan negara.
Bendera Malaysia, Jalur Gemilang, kelihatan dikibarkan di sepanjang jalan, bangunan-bangunan kerajaan dan awam, rumah serta kompleks dan premis komersil di bandaraya ini dan juga bandar-bandar lain di seluruh negara.
Ciri-ciri serta maksud lambang dan warna bendera Malaysia memang di ketahui umum tapi tidak ramai yang mengetahui asal-usul bendera kebanggaan kita ini.
PERTANDINGAN
Menurut Arkib Negara, bendera Persekutuan Tanah Melayu muncul dengan rasminya pada 26 Mei 1950 setelah dilahirkan melalui satu pertandingan khas untuk menciptanya.
Pertandingan itu menarik 373 penyertaan.
Dengan persetujuan Majlis Raja-Raja, satu jawatankuasa khas ditubuhkan pada Mei 1948 untuk mengelolakan pertandingan itu serta memilih reka bentuk untuk dijadikan bendera Persekutuan Tanah Melayu ini.
Daripada 373 penyertaan, hanya tiga reka bentuk dipilih dan dipersembahkan kepada Raja-Raja Melayu untuk diputuskan.
Pada 19 April 1950, atas nasihat Majlis Perundangan Persekutuan dan persetujuan Raja-Raja Persekutuan Tanah Melayu, bendera Malaysia yang ada sekarang ini dipilih sebagai bendera rasmi Persekutuan Tanah Melayu.

WARNA PUTIH
Pada asalnya, bulan sabit dan bintang berwarna putih, tetapi atas persetujuan Raja-Raja Melayu, warna putih itu ditukar kepada warna kuning bagi melambangkan warna Diraja.
Pada 26 Mei 1950, buat pertama kalinya bendera itu dikibarkan di Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur.
Antara yang hadir pada majlis pengibaran bendera Persekutuan Tanah Melayu ini ialah Sultan Selangor serta wakil-wakil Sultan iaitu Abdul Wahab Abdul Aziz (Menteri Besar Perak), Datuk Mahmud Mat (Menteri Besar Pahang), Datuk Onn Jaafar (Menteri Besar Johor), Nik Ahmad Kamil Mahmud (Menteri Besar Kelantan), Raja Ahmad Raja Endut (Menteri Besar Perlis), Tunku Ismail Tunku Yahya (Menteri Besar Kedah) dan Datuk Abdul Malek Yusuf (Menteri Besar Negeri Sembilan).
Pada 9.38 pagi hari itu Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan oleh Sir Henry Gurney iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya bagi pihak pembesar-pembesar negeri.
Bermula dari saat yang bersejarah itulah, Persekutuan Tanah Melayu mempunyai benderanya sendiri yang menjadi lambang kemegahan serta simbol sebuah negara yang mempunyai rakyat yang bersatupadu.

PENYELIDIKAN ARKIB NEGARA
Menurut penyelidikan yang dijalankan Arkib Negara, berdasarkan dokumen-dokumen Clerk of Councils , The Council Chamber, Kuala Lumpur serta koleksi fail Jabatan Kerja Raya, Johor, besar kemungkinan pencipta bendera Persekutuan Tanah Melayu itu ialah arkitek kerajaan negeri Johor, Mohamed Hamzah.
Bendera ini dinamakan Bendera Malaysia dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963.
Empat belas jalur merah dan putih menunjukkan empat belas buah negeri di Malaysia.
Di samping mempunyai empat belas jalur, bintangnya juga pecah empat belas.
Bagaimanapun tiada sebarang perubahan warna dan lambang.

JALUR GEMILANG
Pada tahun 1997, mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan untuk memberi nama khas Jalur Gemilang pada bendera kebangsaan, satu nama yang amat sesuai untuk diabadikan oleh rakyat Malaysia.
Perisytiharan nama bendera Malaysia, Jalur Gemilang diadakan pada 30 Ogos 1997, pukul 11.58 malam oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri (Tun) Dr Mahathir Mohamad, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. BERNAMA

PERMATA HATI

RENCANA UTAMA

Hasilkan 2,623 bayi

MASALAH kesuburan tidak boleh dijadikan alasan kepada pasangan suami isteri untuk tidak mencuba menimang cahaya mata.
Ini kerana pelbagai teknik terbaru wujud dan terbukti berjaya membantu pasangan yang mengidam-idamkan cahaya mata.
Kaedah teknologi bantuan konsepsi penghamilan adalah rawatan yang ditawarkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi membantu pasangan mendapatkan zuriat.
Sejak diperkenalkan pada tahun 1979 sehingga tahun lepas, 20,000 pasangan telah mendapatkan rawatan kesuburan itu melalui kaedah seperti permanian dalam rahim (IUI), pindahan gamet dalam fallopio (GIFT), persenyawaan in vitro (IVF) dan induksi ovulasi (ICSI).
Ketua Pengarah LPPKN, Aminah Abdul Rahman berkata, seramai 2,623 bayi telah dilahirkan melalui khidmat ini sejak ia diperkenalkan.
"LPPKN, selaku agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengambil inisiatif mewujudkan Klinik Subfertiliti bagi membantu pasangan yang berkahwin dan mengalami masalah ketidaksuburan," katanya.
Jika sebelum ini ada yang ragu-ragu dengan kemampuan perkhidmatan kesuburan di bawah LPKKN, angka itu membuktikan badan itu sedang bergerak seiring dengan pusat swasta.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masalah ketidaksuburan merupakan satu daripada elemen kesihatan reproduktif yang memerlukan rawatan.
LPPKN mengambil inisiatif mewujudkan klinik subfertiliti bagi membantu pasangan berkahwin yang mengalami masalah ketidaksuburan atau subfertiliti.
Kadar subfertiliti global adalah sekitar 15 peratus manakala kadarnya di Malaysia antara 10 dan 15 peratus.
Pemangku Pengarah Bahagian Reproduksi Manusia, Dr. Norliza Ahmad berkata, Klinik Subfertiliti LPPKN menawarkan kos rawatan yang berpatutan.
"Antara faktor penyumbang kepada masalah ketidak-suburan adalah 30 peratus kes masalah kesuburan isteri, 30 hingga 40 peratus masalah kesuburan suami manakala 30 peratus gabungan masalah suami dan isteri dan ada juga kes tiada punca penyebab, tetapi keadaan ini dikaitkan dengan kemungkinan wujudnya masalah tekanan," katanya.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah dalam teks ucapannya yang dibacakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen pada Majlis Jalinan Kasih 2008 anjuran LPPKN, baru-baru ini turut menasihati pasangan yang belum mendapat anak selepas setahun berkahwin supaya menjalani ujian kesuburan dan tidak menunggu sehingga umur meningkat.
Beliau berkata, pasangan tidak digalakkan menunggu lama kerana purata tahap kesuburan bagi wanita dan lelaki akan menurun apabila umur meningkat.
Katanya, hasil kajian penduduk dan keluarga Malaysia 2004 oleh LPPKN mendapati, umur purata perkahwinan pertama bagi lelaki ialah kira-kira 28 tahun dan wanita 25 tahun.
Bagi pasangan yang berjaya mendapat zuriat selain daripada berdoa dan memohon kepada Allah, kaedah rawatan dari LPPKN melalui kecanggihan sains dan teknologi banyak membantu bagi mengatasi masalah ketidaksuburan.
Rosli Othman, 36, dan isteri Siti Safura Abd Aziz, 36, ketika ditemui berkata, pengalaman sedekad berkahwin tanpa cahaya mata amat menyuramkan suasana rumah tangga dan sentiasa dibelenggu kesedihan.
ADI FAZLI AHMAD dan isterinya, Masidayu antara pasangan yang berterima kasih kepada perkhidmatan LPPKN.
Pasangan guru yang mendirikan rumah tangga pada 1995 itu hampir berputus asa untuk mendapatkan zuriat. Namakan sahaja pelbagai rawatan, semua telah dicuba namun masih tidak berkesan.
"Kami berkahwin ketika menuntut di tahun akhir universiti, selepas habis belajar, proses mencari kerja bermula dan tanpa disedari usia sudah meningkat dan sudah lima tahun kahwin tapi tidak ada anak.
"Kami juga pernah disarankan doktor di klinik swasta untuk mengambil anak angkat kerana diberitahu tiada harapan untuk mendapatkan anak. Tetapi selepas mengunjungi klinik LPPKN di Klang, kami diberitahu ada pelbagai kaedah untuk mendapatkan zuriat," kata Siti Safura.
Kini, setelah lima tahun menjalani rawatan di bawah Dr. Abd Ghafar Abd Razak menerusi kaedah ICSI, pasangan ini semakin ceria dengan kehadiran Luqmannur Zahin, 4, yang dilahirkan pada tahun 2005.
Beliau mengakui, jumlah keseluruhan wang yang telah dibelanjakan dari awal hingga berjaya mengandung sememangnya berbaloi dan berpatutan berbanding dengan swasta.
Terumi Shikata, 41, dan suami Alex Danker, 44, pula yang sudah sepuluh tahun berkahwin. Mereka mengambil masa empat tahun berusaha untuk mendapatkan zuriat.
Beliau yang bekerja di sebuah syarikat Jepun di Kuala Lumpur berkata, melalui kenalan mereka dirujuk kepada LPPKN untuk menjalani ujian dan mendapatkan rawatan.
"Kami menghabiskan hampir RM10,000 bagi mendapatkan rawatan di LPPKN menerusi kaedah Permanian Dalam Rahim (IUI), sejak tahun 1998. Kami bersyukur dikurniakan sepasang cahaya mata kembar, Mako Danker dan Marina Danker, 5 tahun," kata beliau. - Bernama /Kosmo