Friday, August 29, 2008
DI MANA HAK WANITA MERDEKA!!!
Keselamatan wanita, kesejahteraan masyarakat
26-08-2008 05:02:55 PM - Mstaronline- pendapat
SEJAK kebelakangan ini, kes-kes menyayat hati yang menimpa kaum wanita berlaku dan kian meningkat saban hari sedikit sebanyak telah memberi gambaran negatif tentang pembangunan. Ini kerana, sikap segelintir masyarakat yang terlalu ghairah mengejar pembangunan menyebabkan keselamatan masyarakat terutamanya wanita tidak terjamin malah lebih terancam.
Walaupun ada Akta-Akta yang melindungi wanita dari keganasan, ia masih tidak mencukupi bagi menjadikan wanita merasa sejahtera dari norma kehidupan seharian masyarakat sekarang seperti insiden keganasan rumahtangga, rogol, rogol-bunuh, jenayah ragut dan gangguan seksual (sexual harassment).
Hal ini disokong oleh kajian dan analisis yang dibuat menunjukkan peningkatan jumlah purata wanita dirogol di Malaysia setiap hari ialah hampir enam orang pada kebelakangan ini berbanding empat orang setiap hari pada tahun tahun 2003 (menurut setiausaha Parlimen Kementerian wanita, keluarga dan masyarakat).
Akan tetapi hanya kira-kira 25% kes rogol sahaja dilaporkan. Ini bermakna jumlah sebenar bilangan kes rogol adalah lebih tinggi. Oleh itu, Masyarakat dan pihak yang bertanggungjawab perlulah mengenalpasti punca masalah sehingga ke akar umbi serta mengambil tindakan penyelesaian yang holistik dengan segera bagi menyelesaikan masalah ini.
Pelbagai faktor dan punca yang menyumbang kepada masalah yang serius ini. Misalnya kesan daripada kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ramai, kurangnya penerapan dan pelaksanaan nilai-nilai murni agama dalam diri individu masyarakat dan institusi keluarga. Institusi keluarga seperti yang sedia maklum memainkan peranan sangat penting bagi melahirkan generasi bermoral dan bertamadun. Pembangunan teknologi hari ini perlulah seiring dengan pembangunan modal insan yang dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat.
Walaubagaimana pun, saya amat berbangga dan bersyukur kerana masih ada lagi masyarakat kita hari ini yang sedar dan prihatin akan keselamatan masyarakat khususnya wanita. Antaranya saya sangat memuji tindakan pihak HEWI (Hal Ehwal Wanita dan Mahasiswi) Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya yang menjalankan kerjasama dengan pihak Keselamatan Universiti Malaya dalam mengadakan Kempen Keselamatan Mahasiswi peringkat kampus. Begitu juga dengan siri-siri usaha oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, badan-badan bukan kerajaan (NGO), dan juga badan-badan khusus dalam membela golongan wanita.
Namun sebagai pelajar perempuan, saya tetap merasa sedih, bimbang dan kadang-kadang ketakutan juga melanda apabila ancaman terhadap wanita berlaku di sekeliling. Juga merasakan kebimbangan yang mencengkam apabila ibu-ibu juga merasa takut untuk bekerja kerana anak-anak di rumah sudah tidak selamat lagi. Jika ini berterusan bagaimana niat murni seorang wanita yang begitu ingin membantu keluarga dan menyumbang kepada kemajuan negara terlaksana? Keadaan serba takut dan mencemaskan berada di mana-mana saja. Sungguh tidak selesa.
Semua persoalan yang berlegar-legar ini kembali ke dalam diri. Di mana nilai murni seorang insan bernama manusia? Jawapannya, nilai murni seorang insan berada dalam diri dan akan terpancar jika kita kembali kepada ajaran agama Allah S.W.T. Kedudukan wanita dalam Islam sangat istimewa. Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyak. Taraf kemuliaan dan layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam melalui amalan dan larangan tertentu seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas dan sebagainya.. Amalan dan larangan ini mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kaum wanita itu sendiri. Namun, sayangnya, masih ramai wanita tidak memahami hakikatnya yang mana mereka tertipu oleh nafsu sediri dan merasa terkongkong.
Dalam firman Allah SWT yang bermaksud " Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu" (al-Ahzab: 59). Ayat ini sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita dan memberitahu bahawa seluruh wanita bertanggungjawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing. Perjuangan membela nasib wanita pula mestilah didokong oleh semua kaum wanita yang merentasi sempadan bahasa, perkauman dan juga politik kepartian.
Marilah sama-sama kita renungkan, sesungguhnya segala suruhan dan larangan Tuhan ke atas wanita secara langsung untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat. Ini jelas bahawa, Allah SWT sangat kasih dan memuliakan kaum hawa iaitu wanita. Sebagaimana di dalam hadis-hadis Rasulullah menyebut " Syurga di bawah telapak kaki ibu". "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia dan tidak akan menghina akan perempuan melainkan orang yang hina"( Hadis riwayat Ibnu Asakir). "
Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak"
Sebagai seorang wanita saya begitu berharap ada tindakan-tindakan yang dapat membendung dan mencegah kesedihan wanita sepanjang hayatnya. Wanita sekarang perlu meneruskan kehidupan dengan jaminan keselamatan dalam kehidupan sehariannya tidak diganggu. Keselamatan bukan setakat dicegah dengan undang-undang malah kerjasama dan prihatin masyarakat juga adalah perlu dalam menangani masalah ini.
Janganlah masyarakat hanya gempar apabila sudah berlaku suatu tragedi yang menyayat hati. Adalah lebih baik mencegah dan mengelak daripada menanggung penderitaan akibat apa yang sudah berlaku. Ertinya, janganlah hanya meletak tanggungjawab menjaga keselamatan wanita di atas bahu wanita semata-mata. Semua pihak haruslah bekerjasama, demi masa depan yang lebih sejahtera.
"LOVE YOURSELF"

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment