Thursday, August 28, 2008
LIPUTAN MEDIA UTAMA
Erra hamil tiga bulan
KUALA LUMPUR: Impian pelakon popular, Fazira Wan Chek atau Erra Fazira, 34, untuk bakal bergelar ibu akhirnya menjadi kenyataan apabila dia disahkan mengandung tiga bulan.Erra yang mula popular menerusi filem Sembilu mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 33, pada Oktober lalu.Engku Emran ketika dihubungi mengesahkan berita itu sambil mengharapkan agar peminat dapat mendoakan kesihatan dan keselamatan isterinya.“Erra disahkan mengandung bulan lalu dan kini kandungannya sudah pun berusia tiga bulan. Kami sangat gembira dengan berita ini dan berharap supaya peminat dapat mendoakan kesihatan isteri saya,” katanya yang tidak kisah mengenai jantina anak.“Erra kini sedang sibuk di lokasi drama, jadi saya banyak menasihatkan dia supaya berhati-hati menjaga kandungan dan jangan mengangkat barang berat. “Sebagai suami tentulah saya gembira kerana ini pengalaman pertama saya bakal bergelar bapa,” katanya yang tidak kisah mengenai jantina anak.Erra dan Emran yang mula berkenalan rapat sejak Jun tahun lalu mengikat tali pertunangan pada 7 September tahun yang sama. Mereka kemudian memilih 25 Oktober untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri. Majlis pernikahan diadakan di Restoran Puteri, Sungai Penchala yang dihadiri kira-kira 400 tetamu. – Nasional Berita Harian 29/8/08
Suami terlalu gembira, Erra Fazira hamil tiga bulan
Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Rutin harian suami artis popular Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Suria FM, kini berbeza daripada hari-hari sebelum ini.Kini, setiap pagi sebelum melangkah keluar rumah untuk ke pejabat, dia akan memastikan mengucup kandungan isterinya yang hamil tiga bulan."Saya terlalu gembira dengan berita kehamilan Erra. Kandungan yang berusia hampir tiga bulan ini seperti melengkapkan hasrat kami berdua. Kerana itu, seboleh-bolehnya saya tidak mahu berjauhan daripada isteri saya," kata Engku Emran dalam nada ceria kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.Engku Emran dan Erra berkahwin pada 25 Oktober tahun lalu.Kerana terlalu gembira juga, Engku Emran sering mengingatkan isterinya agar berhati-hati dalam melakukan kerja seharian."Saya perlu menghubungi dia dari semasa ke semasa untuk mengingatkan dia agar jangan lupa makan dan mengambil makanan tambahan untuk memberikan tenaga padanya," kata Engku Emran.Apa yang membuatkan Engku Emran risau ialah ketika ini isterinya terikat dengan penggambaran sebuah drama di sekitar ibu negara."Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar kandungan sulung isteri saya terpelihara dengan baik kerana kami berdua sudah lama teringin untuk menimang cahaya mata sulung," kata Engku Emran lagi.Dua bulan lalu, Erra dilaporkan mengalami keguguran ketika kandungannya berusia dua minggu.Engku Emran turut memberitahu, perubahan yang berlaku pada Erra kini ialah selera makannya bertambah naik."Kini, pantang ada masa lapang, saya akan pastikan berada di sisi Erra kerana saya mahu memberikan sokongan moral padanya," kata Engku Emran lagi.Menurut Engku Emran juga, pada awalnya dia mahu mengumumkan berita gembira ini kepada wartawan minggu depan."Tetapi, nampaknya wartawan dapat menghidu berita ini lebih awal," ujarnya lagi.Erra bagaimanapun tidak dapat dihubungi kerana difahamkan dia masih lagi menjalani penggambaran sebuah drama di sebuah lokasi di ibu negara -Berita Negeri Utusan Online
Erra sudah hamil, usia kandungan 3 bulan
Oleh TENGKU KHALIDAH BIDIN ent_editor@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Jika tiada aral melintang, hasrat artis popular Erra Fazira untuk bergelar ibu akan menjadi realiti sekitar Mac tahun depan.Artis popular yang juga bekas Ratu Cantik Malaysia itu kini mengandung dengan usia kehamilan hampir 3 bulan.Berita gembira ini disahkan sendiri oleh suami artis berkenaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam."Kami buat pemeriksaan minggu lepas dan syukur kerana akhirnya impian kami untuk memiliki cahaya mata bakal menjadi kenyataan,'' jelas Engku Emran.Semenjak berkahwin pada 25 Oktober 2007, Erra dan Engku Emran sering bercakap soal harapan mereka untuk memiliki cahaya mata secepat mungkin.Ini memandangkan faktor usia yang sudah agak bertambah di mana Erra mencecah 34 tahun dan Emran, 33 tahun.Ditanya mengenai jantina anak dalam kandungan, menurut Emran masih terlalu awal untuk membuat telahan.Malah sebagai suami, kata Emran, dia tidak berhasrat untuk mengetahui jantina anak berkenaan sebelum ia dilahirkan."Biarlah ada 'surprise'," jelas Engku Emran yang juga Ketua Pegawai Operasi radio Suria FM.Dengan situasi terkininya, Erra yang kini sibuk dengan penggambaran drama terbitan Astro bagaimanapun diingatkan oleh suaminya supaya tidak terlalu tertekan di lokasi."Saya izinkan Erra aktif dalam aktiviti seninya selagi ia tidak menjejaskan kandungannya,'' kata Emran - Negara Kosmo 29/8/08
Erra Fazira hamil dua bulan
28-08-2008 07:48:12 PM Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi jelita Erra Fazira yang mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin Oktober tahun lalu kini hamil dua bulan.Berita gembira ini disahkan kepada mStar Online yang menghubungi Emran, 33, yang juga Ketua Pegawai Operasi Suria FM.Erra, 34, telah mengalami keguguran sekitar Mac lalu.Erra dan Emran dijangka bakal menimang cahaya mata Mac depan. "Ya, memang betul Erra mengandung. Dah dua bulan. Apabila saya mengetahui berita Erra mengandung dua bulan lalu, kami ingat tak nak hebahkan kepada umum dan kecoh-kecoh. Biar keluarga sahaja yang tahu. Takut heboh awal-awal, nanti tak jadi pula."Tetapi, dua minggu lepas doktor dah sahkan yang kandungannya sihat dan dia bagi ubat untuk jaga kandungan Erra."Nampaknya, kali ini saya terpaksa beritahu juga sebab wartawan dah tahu dan tak nak sembunyikan hal ini," kata Emran dalam nada ceria.Apabila ditanya tentang karier Erra sekarang, Emran berkata, isterinya masih aktif berlakon kerana telah mengikat kontrak dengan Astro selama setahun sejak April lalu."Dia masih aktif lagi dalam aktiviti seni. Lagipun, dia sudah tandatangan kontrak dengan Astro. Sekarang dia sedang jalani pengambaran sebuah telefilem untuk Astro dengan membawa watak seorang mekanik."Saya risau dan takut juga kerana watak sebegitu agak agresif tetapi saya dah berpesan kepadanya supaya lebih berhati-hati. Saya kena ingatkan dia banyak kali sebab dia selalu terlupa."Jadi, diharapkan peminat Erra dapat mendoakan kandungannya selamat dan sihat selalu sehingga dilahirkan pada tahun depan. Insya Allah...," ujar Emran yang tidak kisah jantina bayi yang bakal dilahirkan nanti dan begitu juga dengan Erra.Tambah Emran, kalau boleh dia tak nak tahu sehingga bayi itu selamat dilahirkan, "baru surprise!".Ditanya tentang persiapan menghadapi bulan Ramadan kali ini, Emran berkata, "Bulan puasa kami lebih bermakna pada tahun ini kerana berpuasa sebagai pasangan suami isteri dan bertiga bersama kandungan Erra."Erra pun dah sibuk-sibuk siapkan apa yang patut untuk Raya nanti termasuk memikirkan warna pakaian raya kami. Insya-Allah, pada Hari Raya nanti kami akan beraya di kampung saya di Pulau Pinang dan kampung Erra di Sungai Choh, Rawang, Selangor." - Mstaronline

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment