Friday, August 29, 2008

MENYAMBUT RAMADHAN DENGAN PENUH KEGEMBIRAAN

Hari ni memang sangat-sangat mengujakan. Paginya di pejabatku ada program ceramah sempena Ihya Ramadhan bersama Ustaz Ridhuan Tee Abdullah. Beliau menyampaikan ceramah yang sangat-sangat menarik dan sungguh berkesan. Isi kandungan beliau menyentuh konsep penghayatan dan konsep puasa. Beliau menyebut tentang pentingnya kita bangga dengan bahasa melayu dan amalan budaya melayu yang sangat cantik yang selari dengan Islam. Ini kerana Allah menciptakan bangsa dulu baru sampaikan agama Islam kepada bangsa.

Contohnya, orang melayu beribu tahun memeluk ajaran hindu tapi setelah 600 tahun memeluk Islam bangsa Melayu juga telah menjadi bangsa yang hebat. Wujudnya pelabagai bangsa adalah tanda kehebatan Allah s.w.t,

Beliau juga menyebut tentang amalan terbalik umat Islam di bulan Ramadhan. Kita hanya baik di bulan Ramadhan. Tapi di bulan-bula lain kita kembali jadi jahat. Di bulan puasa kita jihad tapi di bulan lain kita jahat.

Contoh amalan terbalik umat Islam:-
1) Di bulan ramadhan artis-artis tak buat konsert tapi di bulan lain konsert bukan main hebat lagi.
2) Solat raya ramai datang walaupun sunat tapi solat fardhu ramai yang tinggalkan.
3) Awal ramadhan ramai tarawih tapi hujung ranmadhan kurang sedangkan Lailatul Qadar di hujung ramadhan.
4) Buat umrah selalu tapi haji tak pergi.
5) Ramai yang pakai sopan dan tutup aurat di bulan ramadhan tapi di bulan lain buka aurat.
Isu perempuan seksi.

Perempuan yang suka buka aurat selalu beralasan yang penting hati baik. Lelaki yang salah sebab pergi tengok mereka pakai seksi. Bagi mereka, salah laki sebab kenapa pergi tengok dia orang? Ustaz Ridhuan kata, bukan isu kenapa laki tengok kamu?
Tapi isunya kenapa kamu buka aurat? Ustaz kata, laki kalau selak peha ada ke orang ghairah ? Geli lagi ada sebab kaki laki berbulu. (Aku gelak terbahak-bahak masa dia cakap benda peha laki tu) Tapi kalau perempuan selak kain nampak peha situasinya berbeza dengan laki.
Isu rokok

Ustaz kata babi lebih baik dari perokok. Rokok haram sebab perokok mencampakkan diri mereka ke lembah kebinasaan. Ustaz buka sebuah cerita tentang seekor babi yang datang ke kebun-kebun sayur dan jagung. Di kebun-kebun sayur babi makan semua sayur dan jagung. Tapi ada satu kebun ni si babi tak kacau.

Ustaz cakap babi tu tak ganggu kebun tersebut sebab tu kebun tembakau. Babi tu tahu tembakau membahayakan kesihatan dia. Babi tu pun tahu kesihatan ustaz tu cakap. Semua gelak terbahak. Tapi 80% orang laki di pejabatku hisap rokok terdiam saja.

Petangnya pula berbuka puasa di Masjid Muhsinin Taman Damai Desa kawasan Parlimen Seputeh. Aku mewakili jabatan sebagai tetamu khas. Program buka puasa dan ceramah ini ditaja oleh jabatan aku. Ceramah disampaikan oleh ustaz Jazran berkenaan dengan lailatul qadar dan ramadhan. Catitan yang sempat aku buat adalah seperti berikut:-
Siapa yang dapat ramadhan?

1) Orang Islam yang beriman
2) Orang Islam yang beriman dan beramal
3) Orang Islam yang beriman, beramal dan berhati mulia.
Ustaz kata ada ketiga-tiga ciri di atas barulah seorang muslim itu dapat Lailatul qadar.
Rumah yang malaikat tak masuk ketika lailatul qadar
1) Ada anjing
2) Ada arak
3) Ada babi
4) Ada orang berzina
5) Gambar manusia
6) Ada patung
Tanda-tanda lailatul qadar
1) Terang, damai dan tenteram
2) Tidak sejuk sangat dan tidak panas sangat
3) Esoknya keadaan pagi tidak terik

Lepas maghrib di masjid tersebut aku terus ke sebuah surau di kawasan jalan pudu kerana di situ ada ustaz mengajar sebelum tarawih. Kuliah di surau tu dibuat boleh dikatakan hampir setia hari selepas solat Isyak hingga 9.30 malam. Kemudia baru tarawih lapan rakaat dan witir 3 rakaat. Habis 10.30 malam. Kemudian ada tahlil arwah.
Waktu tu ustaz yang mengajar adalah mengenai penghayatan Al-Quran di bulan ramadhan beserta fadhilatnya. Tapi malangnya aku tertinggal pula buku nota tazkirahku. Jadinya banyaklah input menarik aku telah lupa.

Menyesal pula rasa. Ustaz yang mengajar orang Kedah dan suaranya menagjar lantang dan isi ceramah sangat menarik. Ustaz menekankan tentang aspek kemuliaan al-Quran, kepentingan kita melaksanakan segala isi kandungan Al-Quran dan besarnya pahala jika memahami dan mengamalkan perintah Allah di dalam Al-Quran.

p/s : Ini adalah pengalaman seseorang...terima kasih kerana sudi berkongsi

No comments: