Saturday, August 30, 2008
BERHATI - HATILAH....
Erra lasak, Emran risau
Oleh Rudy Imran Shamsudinimran@hmetro.com.my
TIADA perkara paling membimbangkan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 33, waktu ini selain keadaan kesihatan isterinya yang juga pelakon popular, Fazira Wan Chek, 34, atau Erra Fazira, dan kandungannya baru mencecah usia dua bulan.
Berita Erra mengandung yang disampaikan Emran kelmarin turut disambut dengan perasaan penuh gembira rakan media mahupun peminat setia.Ternyata berita baik ini mampu mengubat kesedihan pasangan popular itu selepas Erra diberitakan mengalami keguguran Mac lalu, ketika menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian.Erra dan Emran mengetahui berita gembira itu awal bulan lalu apabila disahkan doktor.
Erra membuat pemeriksaan apabila lewat datang bulan selepas bercuti bersama kakitangan Erra Fazira Entertainment di Pulau Tioman Johor.Emran menjelaskan, dia sangat bimbang dengan keadaan isterinya terutama apabila pelakon utama filem Sembilu itu kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 26 episod yang bakal ditayangkan di Astro."Apa membuatkan saya risau apabila dalam drama itu dia menjayakan watak sebagai mekanik, sudah tentu banyak kerja renyah terpaksa dilakukan. Saya sentiasa berdoa dan berharap Erra sentiasa berhati-hati dengan menjaga kandungannya," katanya.Pada waktu sama, jelas Emran, setiap pagi apabila bangun tidur dia sentiasa mengingatkan Erra mengenai kandungannya. Apatah lagi seperti yang diketahui umum penyanyi yang popular dengan lagu Yang Indah Hanya Sementara itu agak lasak."Saya bukannya apa, risau dengan keadaan isteri dan kandungan yang dibawa.
Erra cepat lupa. Jangan kata kerja di luar, apabila di rumah pun dia begitu juga. Apabila naik tangga kadang-kadang laju saja dia melangkah atau berlari."Apabila mengandung ini, saya selalu menegur supaya berhat-hati apabila bergerak. Sebagai suami, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan keadaan isteri dan kandungannya sihat serta selamat. "Sekarang ini saya turut sarankan dan memastikan Erra mengambil makanan tambahan yang baik untuk kandungan. Jangan terlalu sangat mengambil makanan kurang berkhasiat," katanya.
Saat paling menggembirakan pasangan ini apabila doktor memberitahu bayi dikandung Erra semakin sihat dan jantungnya sudah mula berdenyut.
"Erra memberitahu saya dia mahu tahu jantina anak menerusi imbasan dilakukan tetapi saya menolak. Kata saya, kalau dia tahu saya minta agar tidak memberitahu saya."Kalau nanti membeli barang untuk anak, saya minta biarlah mencari warna yang asas dan jangan sampai saya tahu apa jantina anak menerusi barang dibeli. "Saya dan Erra tidak pula mengharapkan untuk menimang cahaya mata lelaki atau perempuan. Apa juga rezeki dikurniakan Allah, kami terima dengan hati terbuka dan gembira. Cukup jika bayi dilahirkan nanti sihat," katanya.Emran turut meminta peminat mendoakan agar Erra dan kandungannya sihat sehingga ketika melahirkan nanti.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment