Wednesday, March 4, 2009

DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN


NIZAM(kanan) yakin dengan komitmen Astro untuk mempertingkatkan program tempatan.



David Teo pernah gagal kali pertama buat produksi untuk program TV


Bukan kejayaan mudah




Oleh Zul Husni Abdul Hamidzhusni@bharian.com.my



AKTIF menerbitkan drama yang meraih jumlah tontonan cemerlang setiap kali bersiaran, namun tiada siapa menyangka penerbit gigih, David Teo pernah menempuh kegagalan ketika hendak memulakan produksi untuk siaran televisyen.“Saya salahkan diri sendiri dan seluruh warga produksi apabila drama pertama gagal. Silap saya kerana memilih orang yang salah untuk menggalas tanggungjawab dalam produksi itu,” imbas David mengenai penerbitan drama sulung, D:10 Forensik sedikit masa lalu.Belajar daripada kesilapan itu, David semakin teliti dalam penerbitan drama. Dia menjadi lebih berhati-hati kerana tidak mahu prestasinya sebagai penerbit tercemar.Disebabkan itu, apabila drama bersiri, Mertua vs Menantu terbitannya mencecah jumlah tontonan tertinggi untuk, David tidak melihat pencapaian itu sebagai tuah.Barangkali ada beranggapan nasibnya baik kerana mendapat khidmat pelakon wanita popular, Erra Fazira selain Aqasha, Raja Farah dan Rozie Othman yang sinonim dengan penerbitan drama tetapi dia mempunyai pandangan sebaliknya.“Sudah lapan tahun saya menerbitkan filem membuatkan saya cuba beralih ke penerbitan drama TV pula. Malangnya tidak mendapat peluang kerana ramai tidak yakin dengan kemampuan kami. “Saya berterima kasih kepada Astro kerana memberi peluang besar menerusi drama bersiri, Jangan Pandang Belakang. Siri itu tidak mengecewakan dengan jumlah tontonan antara 350,000 hingga 400,000 setiap kali bersiaran.“Apabila mendapat peluang, saya cuba buktikan saya mampu memberikan yang terbaik. Syukur kerana Mertua Vs Menantu memberi persepsi baru kepada MIG dengan jumlah penonton tertinggi untuk drama tayangan saluran Astro,” katanya.Dengan jumlah penonton selesa sekitar 800,000, David yakin siri itu akan mencecah sejuta dan mencatat jumlah penonton lebih tinggi apabila musim keduanya disiarkan pertengahan tahun ini.David berkata, kejayaan itu tidak datang bergolek. Sebaliknya, pengalaman lapan tahun dalam penerbitan filem dimanfaatkannya ketika memulakan produksi drama bersiri popular itu.“Seperti juga filem, saya turut melakukan kajian kehendak penonton untuk penerbitan drama bersiri ini. Saya cuba mencari formula yang dimahukan penonton.“Kalau ia tidak mencapai sasaran penonton yang dimahukan, saya memilih untuk tidak menerbitkan sesuatu drama itu walaupun menyukainya. Penonton membayar untuk menonton drama yang disiarkan Astro, jadi saya perlu memberikan produk yang mereka mahukan. Ia sama seperti pembikinan filem dan saya bangga kerana formula itu berjaya,” katanya.Tidak lepas tangan kerana selesai penghasilan disusuli dengan siri promosi agresif hasil persefahaman dengan Astro, David menyifatkan Mertua vs Menantu adalah antara drama paling sempurna pernah dibuatnya.Genre yang dipilih kata David, sesuai ditonton semua kelompok masyarakat dan ia juga menepati cita rasa penggemar masa kini.“Saya cuba keluar daripada kepompong drama biasa yang disiarkan di televisyen. Realiti yang dipaparkan dalam Mertua vs Menantu ada berlaku dalam kehidupan kita. Mungkin itu yang membuat drama ini lebih mudah diterima penonton,” katanya.Tambah David lagi, pencapaian Mertua vs Menantu agak di luar jangkaan kerana ketika mula ditayangkan pada 22 Oktober lalu, jumlah penontonnya hanya sekitar 400,000.“Banyak faktor lain membantu antaranya ia adalah drama bersiri pertama lakonan Erra membuatkan ramai yang ingin menyaksikan bagaimana dia beraksi apabila di layar kaca. Astro bertuah kerana mendapatkan Erra sebagai Bintang Eksklusif Megadrama membuatkan penonton ternanti-nanti drama ini. “Saya juga berbangga kerana semua pelakon yang dibariskan membawakan watak mereka dengan berkesan. Aqasha juga meraih perhatian luar biasa hingga berjaya memboloskan diri dalam Top 5 untuk Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008.“Watak ibu mentua sombong yang dibawakan Rozie Othman menjadi, begitu juga dengan Raja Farah membuatkan drama ini cukup sempurna apabila ditayangkan di televisyen,” katanya.David berkata, untuk musim kedua yang akan memulakan penggambarannya Mei nanti, pihaknya sedang berusaha mendapatkan persetujuan suami Erra, Engku Emran Engku Zainal Abidin untuk membawa bersama bayi mereka dalam siri terbaru itu.“Kami sedang berusaha untuk meyakinkan mereka, namun setakat ini belum ada apa-apa keputusan dibuat. Kami pun tidak mahu mendesak kerana ketika ini apa yang penting Erra selamat melahirkan cahaya mata sulungnya itu,” katanya.David juga meletakkan sasaran untuk melonjakkan musim terbaru Mertua vs Menantu mencecah jumlah tontonan 1.5 juta, malah mahu menjadikan drama popular itu ditonton paling ramai di semua stesen televisyen.Komitmen Astro untuk produksi tempatanPENGURUS Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, komitmen Astro dalam menyajikan produksi hebat dan bermutu untuk penonton setia drama tempatan tidak berubah meskipun ketika ini negara berdepan kegawatan ekonomi.Astro katanya, akan terus melabur untuk produksi tempatan malah mereka juga mengambil langkah berani dengan menambah jumlah jam untuk siaran drama.Katanya, Astro mempertingkatkan jumlah jam penyiaran drama membabitkan empat saluran Melayu kepada 500 jam berbanding 250 jam sebelum ini untuk membuka ruang kepada produksi tempatan menghasilkan karya bermutu.Merumuskan kejayaan Mertua vs Menantu, Nizam berkata, mereka sentiasa memastikan hanya yang terbaik diberikan kepada penonton yang mempunyai pelbagai pilihan drama ketika ini.Penyusunan drama berdasarkan yang menemui peminat setiap Isnin hingga Khamis juga memudahkan penonton untuk mengikuti cerita kegemaran mereka.“Ketetapan ini juga membuatkan khalayak lebih memahami peranan saluran ini dan secara tidak langsung membantu kami untuk menyelaras program berdasarkan kehendak penonton.“Berdasarkan maklum balas yang diterima, kami yakin drama akan terus berkembang malah menjadi sajian tontonan seisi keluarga menerusi produk yang dipilih,” katanya.





Sumber: Berita Harian 4/3/09

No comments: