Friday, January 23, 2009

DEMI MU PALESTIN



M. NASIR bersama kumpulan teater Bingkas Kebayan menyanyikan lagu Masirah sebelum mengakhiri Malam Puisi Demimu Palestin anjuran Kumpulan Utusan bersama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Luar di Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi.




BERITA UTAMA


2,000 penonton sayu



Oleh HERMAN HAMIDdan SAIFUL HAIZAN HASAMpengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 23 Jan. – Sedih, hiba dan sayu. Itulah gambaran yang jelas terpancar di wajah lebih 2,000 penonton termasuk tetamu kenamaan pada Malam Puisi Utusan Demimu Palestin di sini malam iniWalaupun Malaysia dipisahkan ribuan kilometer dengan Gaza namun dalam majlis di Laman Santai, Istana Budaya itu, mereka ternyata sangat hampir dengan penderitaan dan kesengsaraan dahsyat rakyat Palestin.Ini jelas dilihat apabila setiap kali sesebuah puisi disampaikan, para tetamu dilihat terpaku menghayati bait-bait yang menceritakan keperitan dan penderitaan rakyat Gaza menghadapi kekejaman Israel.Senario ini bertepatan dengan matlamat Kumpulan Utusan selaku penganjur Malam Puisi Utusan Demimu Palestin iaitu sebagai wadah menyatakan rasa simpati terhadap nasib rakyat Palestin selain manifestasi mengutuk tindakan kejam rejim Zionis.Penganjuran majlis itu mendapat kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Luar.Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang turut hadir, mendeklamasikan puisi bertajuk Untukmu Palestin, nukilan isterinya, Datin Seri Shuryani ShuaibSementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang tidak dapat hadir kerana urusan rasmi di luar negara, menyampaikan salam sambil menyatakan sokongan terhadap usaha Kumpulan Utusan itu.Tidak ketinggalan mendeklamasikan puisi ialah Jihad Abu Ghoush iaitu anak Duta Palestin, Abdelaziz Abu Ghoush yang hadir bersama isterinya, Iman Abu Ghoush.Pada majlis itu, 21 penyair mendeklamasikan puisi termasuk Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang menyampaikan dua buah puisi ciptaannya pada majlis tersebut.Samad dalam gayanya tersendiri menyampaikan puisi nukilannya sendiri bertajuk Anak-Anak Palestina dan Bendera Tengkorak.Majlis yang berlangsung hampir tiga jam itu turut dihadiri Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Dr. Muzahet Masruri; Setiausaha Bahagian Kementerian Luar, Datuk Mohamad Kamal Yan Yahaya dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali.Hadir sama Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Aziz Ishak, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamad Johari Shaarani dan Pengurus Negara Islamic Relief Malaysia (IRM), Zawahir Abdullah.Tetamu kehormat lain ialah bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin dan beberapa kerabat diraja.Penggiat-penggiat sastera tersohor tanah air yang turut menjayakan Malam Puisi Demimu Palestin ialah Dr. Lim Swee Tin, Zaen Kasturi, Shukri Abdullah, Puzi Hadi dan Rahimidin Zahari.Sementara itu, beberapa selebriti tanah air juga tidak ketinggalan mendeklamasikan puisi.Antaranya, Aznil Nawawi yang turut bertindak sebagai pengacara; Zubir Ali menerusi kumpulannya, Trio Harmoni, penerbit filem, Datuk Yusof Haslam bersama anaknya Shamsul, David Teo, kumpulan Meet Uncle Hussain, Engku Emran, Fouziah Ghous, kumpulan Kopratasa, Sohaimi Meor Hassan dan M. Nasir.Selain penganjuran Malam Puisi Demimu Palestin, Kumpulan Utusan turut menubuhkan tabung Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) dengan kerjasama IRM.Dalam pada itu, Mohamed Hashim dalam ucapannya berkata, penganjuran Malam Puisi Demimu Palestin ini merupakan satu usaha menyediakan platform kepada rakyat Malaysia untuk menghayati kesedihan dan kesusahan rakyat Palestin.“Apa yang penting ialah matlamat menyemai perasaan simpati kepada rakyat Palestin tercapai selain menunjukkan perasaan benci kita terhadap kekejaman yang dilakukan Israel.“Tabung Dakap pula ternyata mendapat sambutan apabila sehingga kini berjaya mengutip lebih RM500,000,” katanya.












Sumber:Utusan Malaysia 24/01/09


DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN


DALAM NEGERI ARKIB : 23/01/2009


Erra teman suami berpuisi


KUALA LUMPUR 22 Jan. - Artis wanita popular, Erra Fazira bakal menemani suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang juga Ketua Pegawai Operasi stesen radio Suria FM mendeklamasikan puisi pada Malam Puisi Demimu Palestin anjuran Kumpulan Utusan malam esok.Erra Fazira yang kini sarat hamil lapan bulan berkata, dia akan hadir ke acara berkenaan untuk memberikan sokongan kepada suaminya selain menyokong usaha murni yang dilakukan oleh Kumpulan Utusan."Ini merupakan usaha yang sangat baik daripada sebuah organisasi media untuk mencetuskan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia mengenai penderitaan rakyat Palestin," kata Erra Fazira.Sementara itu, puisi pilihan Engku Emran yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi untuk dibaca pada malam itu ialah Wasiat Untuk Generasiku.Puisi berkenaan katanya, akan mengupas mengenai harapan bakal seorang bapa terhadap anaknya yang akan lahir. Menurut Engku Emran, beliau terpanggil untuk mendeklamasikan puisi berkenaan sebagai menyatakan rasa simpatinya terhadap rakyat Palestin khususnya kanak-kanak yang menderita."Puisi yang akan saya sampaikan pada Malam Puisi Demimu Palestin mencerita perasaan kasih dan sayang serta harapan yang tinggi seorang bakal bapa kepada anak yang bakal dilahirkan."Saya berpendapat, puisi itu cukup relevan dalam konteks krisis kemanusiaan yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin akibat kekejaman dan kerakusan tentera Israel,'' ujar Engku Emran lagi. Selain Engku Emran, seniman terkenal M. Nasir yang juga akan muncul pada Malam Puisi Demimu Palestin malam esok sudah bersedia untuk mengadakan persembahan lagu puisi.Komposer tersohor itu memilih lagu Masirah ciptaan beliau sendiri pada tahun 2001 dan lirik tulisan S. Amin Shahab yang menceritakan penderitaan rakyat Palestin.Persembahan istimewa M. Nasir pada malam itu juga akan diiringi oleh sekumpulan kanak-kanak kecil yang menganggotai Kumpulan Bingkas Kebayan.Selain Erra Fazira, Engku Emran dan M. Nasir, nama-nama hebat personaliti hiburan yang lain seperti Aznil Nawawi, Meet Uncle Hussain, Fauziah Ghous, kumpulan Kopratasa, Trio Harmoni dan Suhaimi Meor Hassan juga sudah bersedia untuk menjayakan acara kemanusiaan itu.Tidak ketinggalan dua produser filem popular, Datuk Yusof Haslam dan David Teo serta Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Freddie Fernandez juga akan mendeklamasikan puisi.Malam Puisi Demimu Palestin yang diadakan di Laman Santai, Istana Budaya di sini pada pukul 8.30 malam esok juga bakal menghimpunkan penggiat-penggiat sastera tersohor tanah air.Antara yang akan menjayakan acara itu ialah Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, Dr. Lim Swee Tin, Zaen Kasturi, Shukri Abdullah, Puzi Hadi dan Rahimidin Zahari. Malam Puisi Demimu Palestin yang dianjurkan secara kerjasama dengan Kementerian Perpaduan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Luar turut menyaksikan komitmen Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) memberi sokongan terhadap aspek teknikal.






Sumber: Utusan Malaysia

Thursday, January 22, 2009

NAZAR ENGKU EMRAN

Keratan akhbar sisipan Hip Berita Harian
Hasil sulaman jahitan Erra untuk bayinya

ERRA dan suami membeli kelengkapan untuk menyambut kelahiran bayi mereka.

TERPANCAR rona bahagia pada raut wajah pasangan sama padan yang akan bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi.





Nazar potong rambut









"SAYA akan bernazar memotong rambut demi kelahiran anak yang dikandung isteri saya," demikian ungkap Engku Emran Engku Zainal Abidin mengenai niat dan perancangannya terhadap kelahiran bayi sulung hasil perkongsian hidupnya dengan bintang jelita, Erra Fazira yang dijadual bersalin bayi perempuan pada 25 Mac ini. Selain Erra, tahun ini menyaksikan ramai selebriti yang disahkan berbadan dua seperti Melissa Saila, Rosma, Sharifah Aleya, Dynas, Liza Hanim, Sasha Saidin dan Balkish Semundur Khan. Nora Danish paling awal membuka lembaran 2009 apabila selamat melahirkan bayi lelaki awal Januari lalu. Betapa terserlah sisi bahagianya hingga berat badannya kembali bertambah dan sama naik dengan perut isteri tercinta. Sebelum ini, Emran berjaya mengawal berat badannya selepas berkahwin dengan pelakon drama Mentua VS Menantu itu.Akuinya, semakin dekat tarikh jangkaan kelahiran anak mereka, maka makin kencang deruan adrenalinnya. Baik Erra, naluri kebapaan jelas terpancar di wajah Emran, maklumlah ini pengalaman sulungnya melalui situasi begini. Hampir setiap masa, jika tidak mempunyai komitmen kerja, pasti Emran akan menghabiskan masa dengan Erra yang kini usia kandungannya sudah hampir mencecah lapan bulan. “Paling mengharukan saya dah mula terasa getaran nak bergelar bapa ialah sewaktu saya memegang perut Erra. Seperti bakal bapa lain, saya percaya mereka juga berasakan perkara sama yang saya alami. Kalau orang tanya sama ada saya sudah bersedia untuk bergelar bapa, semuanya akan terjawab apabila lahirnya anak kami itu. Saya tak dapat bayangkan macam mana perasaan itu, namun yang jelas saya memang berdebar-debar. Cuma ada yang memberi nasihat supaya saya tidak terlalu menggelabah memikirkan soal ini. “Dalam hal persediaan, Erra yang paling berlebih-lebihan, biasalah wanita memang selalu begitu. Kami ada membeli barangan bayi untuk keperluan anak kami nanti. Apabila anak sudah ada depan mata, baru jelas lagi tanggungjawab dan persediaan saya terhadap anak kami nanti.“Kebelakangan ini pun selera makan saya kembali bertambah. Lucunya saya yang terlebih mengidam berbanding isteri. Sejak Erra hamil, saya suka sangat makan masin dan bayangkan saya boleh meratah garam begitu saja,” katanya sewaktu ditemui di Siri Jelajah Lelong Amal Suria FM di lokasi pertama mereka di Mydin USJ, Subang Jaya 17 Januari lalu. Sebelum majlis bermula, Emran dan Erra berkesempatan membelek-belek barangan bayi di pusat beli-belah itu. Dalam pada itu, Erra yang juga Wajah Eksklusif Astro ini sudah mula melupakan kerjaya seninya buat seketika sejak penghujung Disember tahun lalu demi memberi tumpuan penuh kepada bayi yang dikandungnya. Biarpun sarat dan tidak lagi menerima tawaran berlakon dan menyanyi, Erra masih meluangkan masa, turun padang ke acara anjuran stesen radio yang di bawah tanggungjawab suaminya. Umpama cuti panjang daripada kesibukan kerja, debaran Erra juga memuncak hari demi hari, menghitung detik bergelar ibu. Sewaktu ditemui Hip pada majlis itu, wajah Erra berseri-seri dan mungkin itu tanda bahawa kehidupan aktres yang pernah bergelar ratu ini sedang mendakap bahagia. Dan jangan tak tahu, fokus Erra bukan saja terhadap anak yang bakal lahir nanti, sebaliknya Erra memenuhi masa senggang dengan melakukan aktiviti berfaedah. Tanpa disengajakan pada hari itu, jahitan sulaman yang sedang diusahakan Erra kelihatan di dalam beg jenama mewah yang digalasnya. Dengan pantas, jurugambar Hasriyashah Sabudin sempat meminta Erra mengeluarkannya untuk diabadikan di dalam Hip. “Sejak bercuti ini, Erra penuhi masa dengan menghadiri pelbagai kelas belajar termasuklah kelas jahitan, memasak dan menulis skrip. Sudah dekat tarikh nak bersalin, Erra makin sibuk membuat persiapan. Sekarang ini pun kami sudah menghias bilik tidurnya dengan pelbagai dekorasi. Saya akui memang amat teruja apatah lagi ini bayi pertama yang bakal dilahirkan dan saya tahu biarpun dia (Emran) tak tunjuk sangat keterujaannya seperti saya, tapi dalam hatinya dia memang sangat gembira,” katanya.Menurut Erra, biarpun sudah melakukan proses pengimbasan mengenal pasti jantina anaknya, Erra tidak terlalu yakin dengan keputusan yang disahkan (dijangka jantina perempuan). Alhamdulillah, Erra juga tidak mengalami alahan teruk dan mengidam, cuma pada peringkat awal saja dia berasa loya. “Erra tak mengidam itu ini, Erra ‘bantai’ saja makan apa yang terasa nak dimakan. Alhamdulillah, Erra kental gamaknya dan bayi dalam perut ini pun tak banyak meragam. Erra juga banyak mendapat tips dan petua sewaktu mengandung dan Insya-Allah usia kandungan ini mencecah lapan bulan. Biarpun sudah dimaklumkan kemungkinan jantina anak kami, tidak semestinya ia tepat. Kami tidak kisah jantinanya, yang pentingnya bayi itu sihat walafiat dan cukup sifat,” katanya ramah.Mengintai kerjaya seninya, selepas melahirkan anak dan menguruskan badan, mengikut perancangan Erra akan kembali ke set penggambaran drama Mentua VS Menantu dan merakamkan album pertamanya di bawah label SRC. Kata Erra, setakat ini dia sudah selesai merakamkan 26 episod untuk drama itu di siaran Astro. Kata Erra lagi, mengikut kontrak albumnya bersama SRC, Erra berhutang lima album dan sehingga kini belum ada album lagi sempat dibikin. Mengenai ‘misteri kehilangan’ pengurusnya, Syed Abu Bakar, ia masih terus menjadi tanda tanya. Jelas Erra, dia sendiri sukar hendak memberi jawapan kepada persoalan ini. Mengakui agak sukar meneruskan kerjaya tanpa pengurus, Erra kini buat sementara waktu mendapatkan khidmat Vernon Kedit Jolly. “Buat masa sekarang Erra banyak meminta tolong Vernon menguruskan soal kerjaya seni biarpun belum ada kontrak hitam putih di antara kami. Erra ibarat ‘patah kaki’ tanpa pengurus. Kalau tiada perkembangan lanjut mengenai Syed, Erra kena fikirkan sesuatu demi masa depan kerjaya Erra ke depan nanti,” katanya yang memberitahu nama yang bakal diberi kepada anaknya nanti masih dalam peringkat perbincangan.






INFO


Erra-Emran



Erra berkenalan dengan Emran pada Jun tahun lalu. Pasangan itu kemudian memilih 7 September 2007 untuk mengikat tali pertunangan.



Pada 25 Oktober pula, pasangan itu disatukan di Restoran Puteri, Sungai Penchala. Erra tidak meminta wang hantaran, sebaliknya meminta senaskah al-Quran sebagai ganti.



Pernah mengandung awal 2008, bagaimanapun Erra mengalami keguguran ketika usia kandungannya dua minggu.










Sumber : Berita Harian 22/01/09

Wednesday, January 21, 2009

CAYALAH !! AKTRESS HEBAT & BERBAKAT MALAYSIA

GAMBAR kenangan Sofea, Vanidah dan peserta bengkel selepas menerima sijil di Finas. Erra masa ni ke Majlis Puisi Utusan rasanya kot


Erra belajar kelas skrip


Ditulis oleh Rosli Manah Rabu, 21 Januari 2009 17:58




Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menganjurkan kursus penulisan skrip baru-baru ini. Nampaknya kelas tersebut turut diminati oleh pelakon popular antaranya Erra Fazira, Sofia Jane dan Vanidah Imran.


Erra yang kini sedang sarat mengandung tak reti duduk diam. Daripada dia duduk di rumah menghabiskan masa lebih baik dipenuhi dengan aktiviti yang boleh memangkin kerjayanya sebagai pelakon.


Mungkin dalam kepala mereka ada banyak cerita yang boleh dijadikan skrip filem yang baik. Tunggulan Erra, Sofia atau Vanidah berlakon watak yang diilhamkan oleh mereka sendiri.
Selama ini mereka melakonkan watak yanag dicipta oleh penulis lain. Apabila ada kepandaian sendiri, mereka boleh menulis watak yang ingin dibawakan. Pasti lakonan mereka lebih berkesan kerana watak yang dibawakan itu ilham sendiri. Tunggulah nanti ya.


Tidak rugi sertai program ilmu

Oleh Zaidi Mohamadzaidim@bharian.com.my
Tiga aktres terkenal rela luang masa sertai Bengkel Penulisan Skrip anjuran Finas KEKUATAN skrip menjadi tonggak penting dalam menghidupkan sesebuah plot cerita. Skrip yang hebat perlu diimbangi dengan watak dan perwatakan yang ada termasuklah tenaga kerja di belakang tabir. Paling penting, keupayaan pengarah yang dipertanggungjawabkan mewarna dan memberi rasa sesebuah naskhah cerita.
Pengarah adalah orang penting dan saling melengkapi seterusnya memastikan skrip yang ada itu diolah dengan sewajarnya mengikut apa yang ingin disampaikan kepada penonton. Ini diakui Vanidah Imran, 34, yang ditemui Hip minggu lalu di majlis penutup dan penyampaian sijil Bengkel Penulisan Skrip Filem anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang diadakan dari 19 hingga 23 Januari lalu. Selain Vanidah, bengkel ini turut disertai dua lagi aktres terkenal tanah air, Erra Fazira dan Sofea Jane. Mereka adalah antara 10 peserta yang mengikuti bengkel ini yang dibuka kepada orang awam.
INFO: Objektif Bengkel Penulisan Skrip

Memperkenalkan asas-asas teknik penulisan skrip drama TV dan filem

Mengasah bakat untuk melahirkan lebih ramai penulis skrip

Menggalakkan penghasilan skrip drama TV atau filem yang berkualiti tinggi.

dan Berita Harian 2/2/09

Tuesday, January 20, 2009

APA NAK JADI SEKARANG???

Campak bayi marahkan isteri


Oleh Hadzlihady Hassan dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahimam@hmetro.com.my

AMPANG: Perselisihan faham dengan isteri menyebabkan seorang suami hilang pertimbangan hingga sanggup bertindak kejam membuang bayinya yang berusia enam bulan ke dalam tong sampah berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, awal pagi semalam.Insiden itu dilihat seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan berkenaan tanpa disedari pasangan terbabit.Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki terbabit mulanya dilihat bersama isteri menaiki Proton Wira hitam sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.Lelaki itu kemudian keluar dari kereta lalu mengambil bayi terbabit yang diletakkan di tempat duduk belakang sebelum membuangnya ke dalam tong sampah. Isterinya cuba mengambil kembali bayi terbabit, namun lelaki berkenaan menarik tangannya masuk ke dalam kereta sebelum memecut laju.Menurut sumber polis, lelaki berkenaan berang kerana mendakwa isterinya berlaku curang selain tidak mempercayai bayi terbabit anaknya sendiri.Menceritakan kejadian terbabit, pengawal keselamatan itu, Hairul Azwan Hamid, 29, berkata mulanya dia ternampak sebuah kereta berhenti berhampiran tong sampah di stesen LRT terbabit sebelum terdengar orang bergaduh. “Saya melihat seorang lelaki dalam keadaan marah keluar dari kereta dan pergi ke tempat duduk penumpang sebelum terdengar wanita itu menjerit.“Saya hanya memerhatikan perbuatan mereka kerana enggan masuk campur,” katanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Kampung Warisan.Dia mendapati lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali diikuti jeritan wanita itu yang semakin kuat.“Saya perhatikan kaki wanita itu berada di luar menyebabkan dia cedera akibat tindakan lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali,” katanya.Hairul segera mencatat nombor plat kereta terbabit kerana khuatir berlaku perkara buruk sambil terus memerhatikan mereka.Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan membuka pintu belakang kereta dan membawa satu ‘objek’ sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.“Selepas ‘objek’ itu dibuang, saya lihat wanita terbabit keluar dan cuba mengambilnya kembali, tetapi dia dihalang lelaki berkenaan dan ditarik masuk ke dalam kereta.“Apabila cuba sekali lagi mengambil ‘barang’ dalam tong sampah itu, dia ditarik semula sebelum lelaki itu memecut kereta,” katanya.Disebabkan perasaan ingin tahun, Hairul pergi ke tong sampah itu dan ketika menghampirinya, dia terdengar suara bayi menangis.Sejurus melihatnya, dia terkejut kerana mendapati objek terbabit seorang bayi comel sebelum mengangkatnya keluar dari tong sampah.“Saya menghubungi polis sebelum membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang,” katanya yang kecewa dengan perbuatan dilakukan lelaki itu.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil ketika dihubungi, berkata pasangan suami isteri terbabit sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 4.30 petang semalam.“Mereka yang berusia 30-an itu direman bagi membantu siasatan bermula hari ini. Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.



Sumber : Mymetro 20/01/09


Curiga SMS
Oleh Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

AMPANG JAYA: Kandungan SMS dalam telefon bimbit isteri yang menimbulkan kecurigaan menjadi punca seorang lelaki hilang pertimbangan sebelum membuang bayinya dalam tong sampah berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, awal pagi kelmarin.Menurut sumber, suami wanita terbabit dikatakan berang selepas membaca SMS berkenaan yang dipercayai dihantar seorang lelaki.Malah, lelaki terbabit yang tidak dapat menahan kemarahannya menikam paha isterinya selepas bayi itu dibuang.Dia kemudian meninggalkan isterinya di Hospital Ampang.“Selepas meninggalkan isterinya, lelaki itu menunggang motosikal kembali ke tempat dia membuang bayinya dalam tong sampah.“Namun, dia terkejut apabila diberitahu anaknya sudah diserahkan kepada polis,” katanya.Sumber berkata, lelaki itu yang juga anggota tentera kemudian menceritakan kejadian itu kepada pegawainya sebelum dinasihatkan menyerah diri kepada polis.“Selepas mendengar nasihat itu, lelaki terbabit akur dan dia bersama isteri menyerah diri,” katanya.Difahamkan, lelaki terbabit seorang yang agak pendiam, namun pekerja yang rajin serta bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hasan, ketika dihubungi, berkata lelaki berusia 34 tahun itu kini direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan.“Isterinya dibebaskan dengan jaminan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya ketika dihubungi, semalam.Semalam, muka depan Harian Metro melaporkan tindakan seorang lelaki yang membuang bayi perempuannya berusia enam bulan dalam tong sampah selepas berlaku pertengkaran antara dia dan isterinya.Bagaimanapun, bayi berkenaan diselamatkan seorang pengawal keselamatan yang kebetulan ternampak kejadian terbabit sebelum dia menghubungi polis.


Sumber :Mymetro 21/01/09

BERMULA ERA PEMERINTAHAN OBAMA !

BARACK Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44 di hadapan Ketua Hakim John Roberts di Washington semalam (awal pagi ini waktu Malaysia) dengan disaksikan oleh isterinya Michelle (tiga dari kiri) dan anak mereka Sasha dan Malia. _ AP

RIBUAN orang membanjiri kawasan National Mall bagi menyaksikan majlis angkat sumpah Presiden Barack Obama di Washington hari ini. _ AP

KENANGAN... Presiden George W. Bush bersama penggantinya, Presiden Barack Obama dengan isteri masing-masing Laura Bush (dua dari kiri) dan Michelle Obama ketika sambutan minuman ringan di White House - beberapa jam sebelum majlis angkat sumpah hari ini. _ AP



Mutakhir »

Rabu Januari 21, 2009


Obama angkat sumpah, harapkan hubungan baru dunia Islam


[DIKEMAS KINI, 1.45 PAGI] WASHINGTON: Barack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) baru - yang ke-44 dan yang pertama daripada kalangan masyarakat kulit hitam sambil berazam untuk menerokai hubungan baru dengan dunia Islam.
"Kita telah memilih harapan di sebalik kebimbangan, perpaduan yang bertujuan di sebalik konflik," kata beliau dalam ucapan sulungnya sejurus selepas mencipta sejarah sebagai Presiden yang baru bagi AS.

"Bermula hari ini kita perlu bangkit, membuang yang keruh dan kembali bekerja untuk membina semula Amerika," kata Presiden berusia 47 tahun, dari parti Demokrat, di hadapan rakyatnya yang masih bimbang dengan kesan kemelesetan ekonomi paling teruk sejak 1930-an.
Malah, ucapannya juga menyampaikan mesej yang jelas kepada dunia dan negara-negara Islam selepas diselubungi pelbagai persepsi negatif sejak 11 September 2001 di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush.
"Amerika merupakan rakan kepada setiap negara dan setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang inginkan masa depan yang aman dan bermaruah, dan di mana kami bersedia untuk menerajuinya sekali lagi.
"Kepada dunia Islam, kita harus menerokai perjalanan baru berdasarkan kepentingan bersama dan penghormatan bersama," kata beliau sambil menekankan, "ia tidak diberikan tetapi harus diperoleh."
Bagaimanapun Obama memberi amran bahawa Washington akan berhadapan dengan mana-mana pihak yang menggunakan "keganasan" dan memenggal mereka yang tidak berdosa tanpa sebarang kompromi.
"Kepada dunia Islam, kami inginkan satu arah tuju yang baru," kata Obama lagi.
Malah dalam ucapannya itu, Obama juga bertekad untuk menangani krisis ekonomi dan kesan peperangan di dua negara, yang secara langsung menjejaskan imej Washington di kaca mata dunia.
Obama yang dipilih sebagai Presiden AS pada 4 November lalu menyempurnakan upacara itu kira-kira 1.06 pagi (waktu Malaysia) di hadapan Ketua Hakim John Roberts.
Obama merupakan Presiden AS yang kelima paling muda dan beliau menggantikan Bush.
Sebelum giliran Obama angkat sumpah, bekas Senator Delaware Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden yang baru di hadapan Hakim John Paul Stevens.
Terdahulu kedua-dua Obama dan Bush tiba di bangunan Capitol - lokasi angkat sumpah dari White House menggunakan kenderaan rasmi yang sama.

DI PUTRAJAYA, Malaysia mahu Obama melaksanakan dasar luar yang baru dengan tidak mengutamakan pendekatan unilateral dalam mengambil sesuatu tindakan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkata, AS perlu mengambil pendekatan berbincang dengan pihak lain sebelum mengambil sesuatu tindakan.
"Amerika Syarikat tidak boleh bertindak sendirian atau dengan hanya sekumpulan kecil pihak yang menyebelahinya sahaja," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis Penyerahan Dokumen Perjanjian bagi Penstrukturan Semula Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Sembilan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Najib berkata, AS perlu memperkukuhkan hubungannya dengan badanbadan multilateral seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Pendekatan Amerika Syarikat mestilah mempunyai adunan antara hard power (kuasa ketenteraan) dan soft power (pengaruh ekonomi dan moral)," katanya ketika diminta mengulas mengenai harapan Malaysia terhadap Obama yang mengangkat sumpah sebagai Presiden yang baru.
Najib berharap Obama akan menggunakan lebih banyak pendekatan "soft power" daripada "hard power" berbanding dengan George W.Bush yang lebih banyak menggunakan pendekatan "hard power" dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau konflik.


BERITA TERDAHULU

[DIKEMAS KINI, 12.45 TENGAH MALAM]

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru, Barack Obama dan Presiden George W. Bush, yang beliau akan menggantinya, kini berada di bangunan Capitol sempena upacara angkat sumpah.
Obama yang dipilih sebagai Presiden AS pada 4 November lalu akan mengangkat sumpah dalam tempoh kurang sejam dari sekarang.
Menjelang pukul 1 pagi ini (waktu Malaysia) beliau akan mencatatkan sejarah sebagai Presiden pertama daripada kalangan masyarakat kulit hitam.
Obama dan Bush hadir bersama dari White House di mana Bush sebelum itu telah menganjurkan sesi minuman bagi pasangan suami isteri Presiden dan Naib Presiden yang baru.
Terdahulu Obama dan keluarganya menghadiri upacara khas di gereja St. John's Episcopalbersebelahan dengan White House.
Obama akan menyempurnakan upacara angkat sumpah ketika dunia mengharapkan presiden yang ke-44 AS itu akan melakukan sesuatu untuk mengubah dasar luarnya dan persepsi masyarakat dunia terhadap Washington.
Harapan itu memuncak ketika konflik Gaza ekoran serangan Israel menghampiri minggu keempat.
Malah perubahan bukan sahaja diharapkan oleh masyarakat dunia ekoran pelbagai dasar berat sebelah AS, rakyatnya juga mahu Obama membebaskan negaranya daripada kemelesetan ekonomi paling buruk sejak 1930-an, kesan peperangan di Afghanistan dan Iraq dan perubahan dasar White House yang diterajui Bush sepanjang lapan tahun lalu.
Beliau dijadual menyampaikan ucapan sulungnya sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden yang baru dari bangunan Capitol - yang diharap akan menjadi peluang terbaik awalnya untuk memenuhi harapan banyak pihak.
Lebih 12,500 anggota tentera dan polis metropolitan dihimpunkan untuk menjaga keselamatan di Washington.
Obama akan mengangkat sumpah menggunakan kitab injil yang pernah digunakan oleh bekas Presiden Abraham Lincoln yang mengakhiri sistem perhambaan di AS.
Majlis angkat sumpah Obama dan Naib Presiden Joe Biden yang disiarkan secara langsung dijangka menarik kira-kira dua juta orang yang sanggup berhimpun di bawah cuaca teramat sejuk.
Obama, pemimpin Demokrat berusia 47, yang telah menewaskan John McCain pada 4 November telah menjanjikan pendekatan pentadbiran bersifat pragmatik berbanding ideologikal.
Selepas majlis angkat sumpah, Obama akan diiringi dari bangunan Capitol melalui Pennsylvania Avenue untuk ke White House - premis pentadbirannya untuk tempoh empat tahun akan datang.
Sumber : Mstaronline 21/01/09

FOTO MENARIK DAN TERTARIK !!


Barisan pelakon - pelakon hebat dan pengarah filem SIFU & TONGGA




Ini dia orang yang bertanggungawab membesarkan Fathiah, ibu dan ayah ‘Upin & Ipin’

Sayalah Upin & Ipin

Ceria

jangan lupa menonton filem Upin & Ipin mulai 12 Februari 2009


Pada 13 Januari lalu, Budiey sempat meluangkan masa untuk menghadiri pra tonton Geng: Pengembaraan Bermula Upin & Ipin Movie yang diadakan di Cathay Cineleisure, Damansara. Pertama kali bertemu dengan seorang kanak-kanak yang petah berkata-kata dan mesra bernama Nur Fathiah yang menggunakan suaranya untuk watak Upin & Ipin. Budiey kira filem ini begitu di luar jangkaan. Suka dengan grafik 3Dnya, Budiey juga suka dengan jalan ceritanya yang penuh dengan dunia pengembaraan dan khayalan. Filem yang pastinya akan membuat kanak-kanak menjerit kesukaan+ketakutan dalam pawagam.






p/s : Nak tengok wajah comel dan suara cute sebenar klik











Sumber foto : Sensasi Selebriti / Sinar Harian 23/01/09






Monday, January 19, 2009

BERKONGSI REZEKI : TAHNIAH SURIA FM





Sumber foto: Facebook Suria FM
Misi lelong amal Suria FM berjaya

Engku Emran tidak sangka kutipannya melebihi jumlah yang disasarkan
SEBANYAK RM2,281 berjaya dikumpul pada siri jelajah pertama Lelong Amal Suria FM di Mydin USJ, Subang Jaya Sabtu lalu. Majlis yang bermula seawal jam lapan malam itu berlangsung dengan jayanya diperkuatkan dengan kerjasama pengurusan pasar raya itu sendiri, Secret Garden dan pusat karaoke, Just K. Wang itu akan disalurkan ke Rumah Nur Salam, di Jalan Chow Kit dan usaha murni Suria FM ini wajar dipuji bagi memenuhi entiti tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat. Selain rumah kebajikan itu, Pusat Perlindungan Pernim yang membela nasib anak-anak penghidap Aids juga terpilih antara penerima sumbangan amal siri jelajah lelongan amal ini. Acara amal ini diadakan dalam usaha merapatkan hubungan pendengar stesen radio itu dengan penyampai radionya, sekali gus memperluaskan lagi kewujudan jenama radio itu sejak hampir tiga tahun beroperasi. Dengan tagline baru, Muzik Terbaik Tanpa Henti diguna pakai sejak Disember tahun lalu, Suria FM dilihat masih tegar mengukuhkan namanya biarpun wujud persaingan di antara stesen radio popular lain. Idea melaksanakan acara mulia ini diusulkan sendiri oleh Ketua Pegawai Operasi Suria FM Engku Emran Engku Zainal Abidin. Katanya, acara lelongan ini adalah suntikan baru yang diberikan kepada siri jelajah memperkenalkan Suria FM di mata masyarakat demi mensasarkan sejuta pendengar pada tahun ini. Lokasi seterusnya bagi acara ini akan diadakan di Kuala Terengganu penghujung Februari depan. “Kami gembira dengan sambutan yang diterima untuk lokasi pertama siri jelajah di Pasaraya Mydin ini. Terima kasih kepada penderma yang bermurah hati membeli barangan yang dilelong. Tidak lupa juga kepada pendengar stesen Suria FM kerana sudi memeriahkan acara ini. “Begitu juga kepada penaja dan artis. Saya sendiri menjangkakan hanya akan berjaya mengutip sekitar RM1,000 saja dan tidak sangka kami berjaya mengutip lebih RM2,000,” katanya bangga.Usul acara ini dirancang sebelum berlaku kemelut peperangan di Palestin lagi, malah Suria FM melawan arus dengan tidak mengikut jejak pihak lain yang menderma ke saluran Tabung Gaza yang diwujudkan bagi membantu mangsa kekejaman Israel.Sebaliknya, Suria FM mempunyai matlamat membantu masyarakat kurang bernasib baik di negara ini yang ramai lagi tidak terbela. Artis seronok melelong barangan peribadiTERDAHULU, majlis amal pada malam itu diacarakan penyampai radio Suria FM, Zizi, Tuah, Zaffrina, Myra, Bob Ringgo, Akhtar dan Naim. Diiringi persembahan nyanyian daripada penyanyi yang undangan dan lelongan milik peribadi mereka, acara ini berjaya menghimpunkan lebih 1,000 orang. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin dan isterinya, Datin Siti Hawa Mohd. Selain acara nyanyian, artis yang terbabit beramal melelong barangan peribadi dengan harga permulaan bidaan RM50.Lelongan barangan peribadi Erra Fazira berupa baju jenama Guess, tas tangan Nine West, buku perkahwinannya dan cenderahati dibida menjadi yang tertinggi apabila dibeli sendiri oleh Ameer Ali dengan harga RM500 sebagai hadiah kepada isterinya. Malah, lelongan kedua barangan milik Erra juga terjual pada harga RM350. Apa yang harus dipuji, biarpun sarat mengandung, Erra masih tegar memberikan sokongan kepada acara ini. Sejurus selepas acara ini selesai, dia dan suaminya bergegas ke majlis pelancaran butik dan kafe milik kawan baiknya, Umie Aida iaitu Belicious Boutique & Cafe di Damansara Perdana.Sebelum itu, Dayang Nurfaizah memulakan persembahan dengan menyanyikan single terbarunya berjudul Luka dan serentak dengan itu Dayang mula melelong kasut but bersaiz 6 yang dibuat khas untuknya dan jam tangan jenama Swatch. Nikki pula menyanyikan lagu Selamat Tinggal dipetik daripada album terbarunya berjudul Hawa. Dia kemudian melelong tas tangan berwarna merah dan rantai lehernya. Kata Nikki, dia memang gemar mengumpul barang daripada rona warna merah yang dibeli satu set dengan kasut tumit tinggi yang dipakainya pada hari itu. Liyana Jasmay sudi memberikan dua tas tangan jenama Guess dan Krizia untuk dilelong. Nubhan menghangatkan pentas siri jelajah ini dengan menyanyikan lagu Terima Kasih Cinta dendangan asal. Selepas itu dia melelong kasutnya yang kemudian dibeli oleh Ameer Ali. Penyanyi dari Singapura, Imran Ajmain tidak ketinggalan melelong kain songket yang dibelinya untuk melaram di hari raya. Ia dibeli Imran dengan duit cek pertama yang diperoleh selepas bergelar artis. Menurut Imran, dia seorang pengumpul kain songket dan setakat ini sudah ada 12 koleksi yang dimilikinya. Pada acara amal itu, Imran mendendangkan single terbarunya berjudul Selamat Ulang Tahun, Sayang.Dafi mengakhiri majlis dengan menyanyikan lagu terbarunya sebelum menghadiahkan albumnya kepada pembida tertinggi ketika melelong kemeja T dan seluar jeans miliknya.

Sumber :Berita Harian 21/01/09 Hak Cipta Terpelihara 2007 - Berita Harian Sdn. Bhd.

ERRA @ MINGGUAN WANITA TERKINI





Isu Terkini !

Erra mengandung Emran yang mengidam

Sekian lama Erra menyimpan impian mempunyai cahaya mata, akhirnya doanya dimakbulkan Allah. Bagi Erra dan Emran, tiada anugerah yang lebih berharga melainkan memiliki zuriat. Sejak disahkan hamil, hidup Erra dan Emran semakin bermakna. Hari-hari mendatang dirasakan begitu membahagiakan terutama buat Erra. Artis yang pernah mendapat jolokan ratu fi lem Melayu ini mengakui pengalaman mengandung antara kenangan paling indah dalam hidupnya. Dia tidak sabar menanti saat kelahiran anak sulung yang bakal menyerikan rumah tangganya bersama Emran.


“Selama ini, Erra hanya dengar pengalaman dan cerita dari orang kini Erra alami sendiri. Alhamdulillah, Erra tidak alami sebarang alahan yang teruk sepanjang mengandung. Cuma pada peringkat awal kandungan saja, Erra loya. Masa tu memang Erra pastikan asam sentiasa ada untuk hilangkan rasa loya.“Keluarga mentua menasihati Erra agar banyak membaca ayat Al-Quran sepanjang hamil. Erra amalkan tiga surah iaitu Luqman, Mariam dan Yusof. Selain itu, Erra juga menjaga tingkah laku dan tutur kata agar bayi yang dikandung tidak menerima kesan buruk.“Erra juga berpesan kepada Emran menjaga sikap. Perkara yang paling Erra tekankan ialah tidak menegur benda yang pelik dan tidak sesekali mengumpat atau mengata orang,” katanya.
Ditatang bagai minyak yang penuh?Pelakon fi lem ‘Pasrah’ ini tidak mengidam makanan tertentu sepanjang hamil. Sebaliknya, Erra mengakui seleranya sering bertukar. Ada kalanya, dia menjamah makanan Jepun, di hari lain pula Erra makan makanan India.“Semua makanan pun Erra selera makan. Erra tidak tertumpu kepada makanan tertentu saja. Lain pula dengan Emran, sejak Erra hamil dia suka sangat makan makanan masin. Bayangkan Emran boleh ratah garam begitu saja,” ceritanya. Ada pihak yang mengatakan Erra ditatang bagai minyak yang penuh oleh suami dan keluarganya selepas disahkan hamil. Erra menafi kan perkara ini, katanya dia tidak suka dirinya terlalu dimanjakan.“Layanan suami dan keluarga kepada Erra biasa saja, tiada yang berubah. Erra pun tak mahu manjakan diri sangat, selagi terdaya Erra lakukan semua kerja sendiri. Cuma Emran dan keluarga kedua belah pihak tidak benarkan Erra lakukan kerja berat demi keselamatan Erra dan kandungan, ” jelas Erra.Teruja beli barang bayi.Bercerita tentang kandungannya, Erra bersyukur doctor mengesahkan perkembangan bayinya positif dan tidak menghadapi masalah. Dia telah membuat imbasan untuk mengetahui jantina bayi.“Buat masa ini, saya tidak pasti lagi mengenai jantina bayi kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku. Saya tidak mahu berharap sangat imbasan yang dilakukan 100 peratus betul. Saya dan Emran tidak kisah mengenai jantina bayi, bagi kami yang penting bayi sihat dan cukup sifat.Sepenuhnya dalam MW minggu ini.

Sunday, January 18, 2009

MENGHIBURKAN !!








Pengembaraan bermula


Filem animasi Upin & Ipin terbitan tempatan tetap menghiburkan dengan babak dramatik, lucu dan santai.Filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula... terbitan Les’ Copaque Production Sdn Bhd diakui kualiti penerbitannya hampir menyamai filem animasi luar negara, malah dilihat lebih berjaya dalam pelbagai aspek.Biarpun penggunaan teknologi animasi yang digunakan tidak secanggih dengan peralatan yang digunakan oleh penerbit animasi luar negara, namun kemampuan Les’Copaque menghasilkan Geng: Pengembaraan Bermula tetapi sesuatu yang membanggakan. Malahan ia boleh dijadikan sebagai penanda aras bagi filem bercorak animasi tempatan pada masa akan datang. Pengarahnya, Mohd Nizam Abdul Razak berkata, dia dan rakan-rakan dalam pasukan produksinya mengambil masa selama dua tahun untuk menyiapkan filem ini dengan bantuan 40 animator tempatan yang sebahagiannya terdiri daripada graduan universiti tempatan saja.“Ini sebenarnya suatu jangka masa yang sangat cepat dapat kami laksanakan dalam menghasilkan filem ini. Jika di barat mereka menggunakan lebih kurang 130 hingga 150 animator yang mengambil masa selama tiga hingga lima tahun untuk menyiapkannya.“Namun dengan ketekunan semua yang terbabit dalam penghasilan ini, kami dapat menyiapkan filem ini lebih awal daripada jangkaan,” katanya yang ditemui sebaik saja pratonton filem itu baru-baru ini. Menerusi kos sebanyak RM4 juta, penonton usahlah membandingkan filem Geng: Pengembaraan Bermula ini dengan filem animasi dari Barat yang selalunya membabitkan kos daripada RM15 juta hingga RM40 juta bagi sebuah filem. Sebaliknya, penonton tempatan patut memberi sokongan dan berbangga kerana ia adalah filem yang dihasilkan oleh anak muda tempatan dengan sumber kewangan yang terbatas. Apa yang penting, semangat karyawan muda tempatan perlu diberikan sokongan padu supaya terus menghasilkan karya lebih bagus dan pada masa dapat menarik minat lebih ramai pelabur untuk membiayai kos penerbitan filem animasi buatan tempatan. Kekuatan cerita dalam Geng: Pengembaraan Bermula adalah kerana adunan elemen seram, thriller atau suspen, dramatik serta lucu dengan semuanya itu dapat dirasai menerusi kesan kesan bunyi dan suara yang mantapSementara itu, Pengarah Urusan Les’Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi berkata, sebagai langkah permulaan, menghasilkan penerbitan animasi ia sudah cukup memadai.“Bagi mengelakkan penggunaan kos yang tinggi, pelbagai aspek cuba kami elakkan. Antaranya kami tidak menggunakan suara artis atau personaliti popular untuk melakonkan semua watak di dalam filem ini. “Kebanyakannya adalah kenalan terdekat yang tidak berpengalaman namun masih mampu memberikan kualiti yang diharapkan.“Selain itu, kami juga tidak menggunakan peralatan teknologi animasi yang biasa digunakan oleh negara-negara luar. Semua peralatan seperti komputer hanya dibeli di Plaza Low Yatt dan mengubah sendiri mengikut sistem kami.“Kita juga banyak mendapat bantuan dan sokongan daripada Multimedia Development Corporatian (MDeC), Mimos Bhd dan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar,” katanya yang berhasrat untuk memasarkan filem ini ke Indonesia, Korea Selatan dan India. Temui penonton 12 FebruariFILEM Geng: Pengembaraan Bermula... yang akan menemui seluruh pawagam tanah air bermula 12 Februari ini turut mensasar kutipan sebanyak RM5 juta dalam masa dua minggu bagi tempoh percubaan Wajib Tayang.Filem yang mengambil durasi selama 90 minit ini mengisahkan pengembaraan Badrol, Lim, Rajoo, Ros, Upin dan Ipin yang tersesat di dalam hutan.Badrul dan Lim yang baru saja sampai ke kampung Durian Runtuh untuk berjumpa datuknya berhajat untuk melihat suasana kampung disamping meninjau dusun durian datuknya.Badrul dan Lim ditemani Rajoo untuk ke dusun, Upin dan Ipin yang mengetahui hajat mereka untuk ke dusun turut sama mengikutinya. Ros yang pada mulanya ingin mencari adiknya Upin dan Ipin turut sama dalam perjalanan mereka ke dusun.Pengembaraan mereka bermula apabila Rajoo, Upin dan Ipin ternampak seekor binatang yang pelik sedang membawa durian. Mereka mengekori sehingga tersesat ke dalam hutan. Badrul, Lim dan Ros mula mencari dan turut sama tersesat di dalam hutan.Kesemuanya terpaksa menghadapi pelbagai cabaran di dalam hutan apabila bertembung dengan pelbagai makhluk yang ingin mengecam mereka. Apakah dan siapakah makhluk itu yang sebenar? Saksikanlah filem animasi yang menarik dalam jalan penceritaannya, muzik, perwatakan dan kesan khas bermula 12 Februari depan di seluruh pawagam tanah air.
Sumber :Berita Harian 19/01/09

10 MINUTE WITH ERRA FAZIRA


Erra Fazira and Engku Emran Engku Zainal Abidin have come up with a list of names for their soon-to-be-born daughter

NST Online » Local News 2009/01/17


10 MINUTES WITH ERRA FAZIRA: Erra all set for the biggest role of her life

Q: When is your "princess" due?A: She is due in two months. I am very excited and can't wait to welcome her into this world.Q: Have you decided on her name? A: Emran (husband Engku Emran Engku Zainal Abidin) and I have a list of names. I have selected a few but I can't reveal them yet.

Q: I noticed that you are now chirpier than before. A: I know. Do you know that I've been doing a lot of housewife stuff like baking cupcakes and doing cross stitch?Q: How long will you take a break from your career?A: Until I get my figure back. Maybe in June or July. One of the projects is my new album with SRC. I've already recorded two songs and the rest will be done after my break.Q: Why don't you take a longer break like what Julia Roberts did when she gave birth to her twins?A: I would if I get paid millions for a movie like her. Q: What has happened to your company, Erra Fazira Entertainment? Are you still producing TV programmes?A: It is still in operation but because the boss is taking a break, so is the company

MAKAN CARA ISLAM DAN SEIMBANG


Thursday, January 15, 2009

Islamic Food Facts


Islamic Food FactsFriends Do Read All This And Forward it to as many friends you can to..take careMilk:The Prophet(SAW) said that milk wipes away heat from the heart just as the finger wipes away sweat from the brow. It strengthens the back,increases the brain, augments intelligence,renews vision and drives away forgetfulness.Honey:Considered to be the best remedy for diarrhoea when mixed in hot water. It is the food of foods, drink of drinks and drug of drugs. It is used for creating appetite,strengthening the stomach, eliminating phelgm, as a meat preservative,hair conditioner, eye salve and mouthwash. It is extremely beneficial in the morning in warm water and is also a sunnah.Olive oil: excellenent treatment for skin and hair, delays old age, treats inflammation of the stomach Mushroom:The Prophet(SAW) said that mushroom is a good cure for the eyes, it also serves as a form of birthcontrol and arrests paralysis. Grapes: The Prophet was very fond of grapes, it purifies the blood, provides vigour and health, strengthens the kidneys and clears the bowels.Dates: The Prophet(SAW) said that a house without dates has no food, also to be eaten at the time of childbirth. Figs: It is a fruit from paradise and a cure for piles.Barley: Good for fever in a soup form Melon: Melon contains 1000 blessings and 1000 mercies, The prophet SAW said "None of your women who are pregnant and eat of water melon will fail to produce off spring who are good in counternanace and good in character. Pomegranate: The Prophet(SAW) said it cleanse you of Satan and evil aspirations for 40 days. Water: the Prophet(SAW) said the best drink in this world and the next is Water, when you are thirsty drink it by sips and not gulps, gulping produces sickness of theliver. So praise be to our beloved Nabi(SAW) who produced us with marvellous knowledge which dazzles the wisest minds. May this information be beneficial to all of us Insha-Allah


Posted by Admin at 9:02 AM
Labels:






The Food Pyramid


Released in 1992, the food pyramid is a nutrition guide suggesting how much of each food category one should eat each day for a healthy diet.
In general terms the food guide pyramid recommends the following intake of different food groups each day


6-11 servings of grain a day such as rice, bread, cereals, and pasta;
3-5 servings a day of vegetables, especially green, leafy vegetables;
2-4 servings of fruits a day;
2-3 servings of meat, fish, eggs, nuts, or beans a day;
2-3 servings of dairy products including cheese and yogurt every other day;
occasional use of fats, oils, and sweets.


The pyramid allowed individuals to consume the foods within a certain range of servings, but in the original version released in 1992 gave no hint on how to interpret that choice.
MyPyramid


Later on, The United States Department of Agriculture released a new version of the 1992 food pyramid called MyPyramid which gives a hint about what a serving should contain:
Grains, recommending that at least half of grains consumed be as whole grains;
Vegetables, emphasizing dark green vegetables, orange vegetables, and dry beans and peas;
Fruits, emphasizing variety and deemphasizing fruit juices;
Oils, recommending fish, nut and vegetables sources;
Milk, a category that includes other dairy products;
Meat and beans, emphasizing low-fat and lean meats such as fish as well as more beans, peas, nuts, and seeds.


That doesn’t help me too much, so I searched deeper for how much is a serving. I found out that some nutritionists have established the serving sizes for a 2000 calories/day diet.


Grains
1 bread slice
1/2 roll
5 - 6 small biscuits or 3 - 4 large biscuits
1/2 cup of cereals, rise or cooked pasta
1 medium baked potato
80 g fried potatoes
100 g smashed potato


Fruits
1 fruit (apple, banana or a medium orange)
1/2 grapefruit
1 slice melon
3/4 cup of fruits juice
1/2 cup of small fruits (raspberry, blackberry, blueberry etc.)
1/2 cup of sliced fruits, cooked or form a can
1/4 cup of figs


Dry vegetables, nuts and seeds
1/2 cooked beans
6 peanuts
2 table spoons of peanut butter
1/3 cup of nuts/seeds


Greens
1/2 cup of cooked greens
1/2 cup of sliced greens
1 cup of greens (spinach, green salad)
3/4 cup of greens juice


Dairy, eggs
1 cup of milk
1 cup of soy milk
1 glass (250 ml) of yogurt
30 - 50 chees
1 egg

Oil and fats
1 tea spoon of oil
1 tea spoon of margarine
1 tea spoon of salad dressing
1 table spoon of mayonnaise



Sumber :DietMotion,Healthy diets - follow my goal.

INIKAH KEMENANGAN ?????










Sumber foto http://untuk-sesama-insan.blogspot.com/

MUSNAH Hanya tinggal sisa runtuhan dapat dilihat oleh penduduk Palestin di Gaza, semalam, apabila ada antara mereka memberanikan diri untuk pulang ke rumah masing-masing berikutan rejim Zionis dan Hamas setuju untuk gencatan senjata sementara. – AP




Israel menang?


Rejim Zionis mengisytiharkan kemenangan dalam misi serangan ke atas Gaza.
lKabinet Israel turut mengumumkan gencatan senjata sementara.
lHamas bersetuju gencatan senjata tetapi memberi tempoh seminggu untuk tentera Yahudi berundur sepenuhnya dari Gaza.
lPada masa sama, jet-jet pejuang Israel masih melancarkan serangan, seterusnya menimbulkan kebimbangan pertempuran berlaku semula.



Sumber :Utusan Malaysia 19/1/09

ERRA DI PELANCARAN BUTIK BELICIOUS


Mommy to be, Erra hadir ke pelancaran Butik Belicious milik Umie dan adik dia Betty.

ERRA DISENANGI PEMINAT,RAKAN ARTIS & MEDIA


Ucapan Tahniah Untuk Erra & Emran Dari Rakan Artis

by gua.com.my 1 Nov 2007
Oct 26, 2007

Ramai rakan artis sampaikan ucapan tahniah kepada Emran dan Erra.

Hans Isaac No comment. I can’t comment on other people’s life.

Sasha BashirAll the best to the both of you. Erra, you looked radiant and deserve to be happy. Emran, you have a real diamond on your hands. I hope you make each other happy.

Adibah NoorMay they finally find true love. Berkekalan ke akhir hayat.

Aida Rahim & Joe RadzwillAlhamdullilah. Congratulations. Selamat melayari alam perkahwinan. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Have a wonderful life together.

AtiliaSelamat Pengantin Baru kepada Erra dan Emran. I kenal Emran sejak sekolah lagi and he is a good man. I hope they will be happy together. Mereka memang padan sangat.

Aishah SinclairCongratulations! The best of luck!

Zizan NinCongratulations! Selamat pengantin baru dan kekal hingga ke akhir hayat.

Sharifah ShahoraSaya ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Erra dan Emran. Semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke anak cucu.

Rozita Che WanSelamat Pengantin Baru kepada Erra dan Emran. Semoga mereka berbahagia selalu. Nasihat saya kepada Erra, sebagai seorang isteri, Erra perlu sentiasa bersabar dalam mengharungi cabaran berumah-tangga.

Raja FarahTahniah buat Erra dan Emran. Semoga perkahwinan Erra pada kali ini kekal hingga ke akhir hayat. Jika berlaku perselisihan faham dalam mengharungi cabaran berumah-tangga, harap kalian berdua boleh berbincang secara baik untuk menyelesaikannya. Ini kerana ia merupakan asam garam dalam perkahwinan.



BERSELERANYA MAKAN -Sumber foto Facebook Suria FM
BERGAMBAR BERSAMA - Sumber foto Facebook SuriaFM


ERRA & EMRAN @ BINTANG POPULAR


Tak sabar tunggu 'orang baru'



Oleh Hardi Effendi Yaacob


Erra bakal timang cahaya mata perempuan, dijadualkan bersalin 25 Mac 09

KETIKA kali terakhir bertemu penyanyi dan pelakon jelita, Erra Fazira, April tahun lalu, beliau menyatakan keinginannya mempunyai anak sendiri bagi menceriakan lagi rumah tangganya bersama suami tercinta, Engku Emran Engku Zainal Abidin. Beliau turut menyuarakan kebimbangannya sekiranya hasrat itu tidak tercapai, lebih-lebih lagi dengan usianya kini semakin menghampiri pertengahan 30-an, sekali gus menjadikan tempoh yang ada cukup singkat untuknya mengandung. Bagaimanapun, rezeki menyebelahinya apabila tidak lama selepas pertemuan ini dibuat, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek disahkan hamil, dengan usia kandungannya kini mencecah tujuh bulan dan dijadualkan bersalin pada 25 Mac ini.
“Saya dan Emran seboleh-bolehnya tidak mahu menunggu lama untuk menimang cahaya mata kerana percaya kehadiran anak boleh menyerikan lagi rumah tangga, mengeratkan hubungan kami suami isteri. Sebenarnya, saya sendiri pun masih macam tidak percaya akan bersalin tidak lama lagi. Itu yang rasa teruja sangat menantikan detik kelahiran anak sulung kami ini. Saya berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraan saya dan bayi dalam kandungan ini,” katanya kepada B*Pop, Rabu lalu.

Ditanya mengenai pengalaman hamil anak sulung, Erra berkata, tidak seperti kebanyakan wanita lain yang mengandung, beliau tidak mengalami alahan teruk, malah tahap kesihatannya dan kandungan juga baik. “Bayangkan, saya masih aktif melakukan kerja harian walaupun dalam keadaan sarat hingga ditegur suami. Dia mungkin bimbangkan kesihatan saya dan kandungan, lebih-lebih lagi saya pernah keguguran sebelum ini. Sebenarnya, pengalaman mengandung ini cukup menarik bagi saya. Sejak disahkan mengandung dulu, saya seolah-olah dibawa ke satu alam baru, sememangnya sukar digambarkan dengan kata-kata. Baru saya tahu betapa seronoknya bakal menjadi seorang ibu,” katanya. Bakal melahirkan anak sulungnya di sebuah pusat perubatan terkemuka di ibu negara, Miss Malaysia/Universe 1992 dan pernah bergelar ratu filem Melayu menganggap detik itu sebagai kemuncak kehidupannya sebagai seorang wanita sempurna. “Alhamdulillah, saya bahagia dengan kehidupan sekarang... punya suami penyayang dan bertanggungjawab, selain kerjaya yang cemerlang. Ini dilengkapkan lagi dengan kehadiran anak tidak lama lagi. Kehidupan saya cukup sempurna,” katanya mengakui kemungkinan besar beliau akan melahirkan bayi perempuan berdasarkan keputusan prosedur imbasan yang dilakukannya sebelum ini. “Bayi dalam kandungan cukup aktif, selalu sangat dia menendang. Tidak sabar rasanya menunggu dia keluar. Sebenarnya, saya dan suami tidak kisah pun anak lelaki atau perempuan. Yang penting, dia selamat dilahirkan, sempurna fizikalnya dan sihat. Belum banyak persediaan dibuat untuk menyambut kelahirannya, malah barang-barang pun belum dibeli. Masih terlalu awal untuk semua itu. Cuma, saya dan suami sudah menyiapkan bilik khas untuk dijadikan biliknya,” katanya dalam nada ceria. Sementara itu, Emran yang juga Ketua Pegawai Operasi Suria FM, mengakui dalam keseronokannya menanti detik kelahiran anak sulung mereka, beliau turut diselubungi perasaan berdebar kerana kali pertama akan bergelar ayah.

“Siapa yang tidak seronok menjadi seorang ayah. Inilah saat kemuncak dalam sesebuah perkahwinan iaitu membina keluarga. Sekarang pun saya sudah kurang melepak di luar. Selesai saja kerja di pejabat, saya akan bergegas pulang ke rumah untuk menemani Erra,” katanya. Beliau turut memaklumkan sudah menyenarai pendek beberapa nama yang difikirkan sesuai untuk cahaya mata sulungnya itu. “Jika diizinkan, kami mahu seramai mungkin... meriah sikit suasana di rumah nanti. Namun, sebagai manusia biasa, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan,” katanya.

Sumber : Bintang Popular 18/1/09