Tuesday, January 20, 2009

APA NAK JADI SEKARANG???

Campak bayi marahkan isteri


Oleh Hadzlihady Hassan dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahimam@hmetro.com.my

AMPANG: Perselisihan faham dengan isteri menyebabkan seorang suami hilang pertimbangan hingga sanggup bertindak kejam membuang bayinya yang berusia enam bulan ke dalam tong sampah berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, awal pagi semalam.Insiden itu dilihat seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan berkenaan tanpa disedari pasangan terbabit.Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki terbabit mulanya dilihat bersama isteri menaiki Proton Wira hitam sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.Lelaki itu kemudian keluar dari kereta lalu mengambil bayi terbabit yang diletakkan di tempat duduk belakang sebelum membuangnya ke dalam tong sampah. Isterinya cuba mengambil kembali bayi terbabit, namun lelaki berkenaan menarik tangannya masuk ke dalam kereta sebelum memecut laju.Menurut sumber polis, lelaki berkenaan berang kerana mendakwa isterinya berlaku curang selain tidak mempercayai bayi terbabit anaknya sendiri.Menceritakan kejadian terbabit, pengawal keselamatan itu, Hairul Azwan Hamid, 29, berkata mulanya dia ternampak sebuah kereta berhenti berhampiran tong sampah di stesen LRT terbabit sebelum terdengar orang bergaduh. “Saya melihat seorang lelaki dalam keadaan marah keluar dari kereta dan pergi ke tempat duduk penumpang sebelum terdengar wanita itu menjerit.“Saya hanya memerhatikan perbuatan mereka kerana enggan masuk campur,” katanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Kampung Warisan.Dia mendapati lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali diikuti jeritan wanita itu yang semakin kuat.“Saya perhatikan kaki wanita itu berada di luar menyebabkan dia cedera akibat tindakan lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali,” katanya.Hairul segera mencatat nombor plat kereta terbabit kerana khuatir berlaku perkara buruk sambil terus memerhatikan mereka.Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan membuka pintu belakang kereta dan membawa satu ‘objek’ sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.“Selepas ‘objek’ itu dibuang, saya lihat wanita terbabit keluar dan cuba mengambilnya kembali, tetapi dia dihalang lelaki berkenaan dan ditarik masuk ke dalam kereta.“Apabila cuba sekali lagi mengambil ‘barang’ dalam tong sampah itu, dia ditarik semula sebelum lelaki itu memecut kereta,” katanya.Disebabkan perasaan ingin tahun, Hairul pergi ke tong sampah itu dan ketika menghampirinya, dia terdengar suara bayi menangis.Sejurus melihatnya, dia terkejut kerana mendapati objek terbabit seorang bayi comel sebelum mengangkatnya keluar dari tong sampah.“Saya menghubungi polis sebelum membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang,” katanya yang kecewa dengan perbuatan dilakukan lelaki itu.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil ketika dihubungi, berkata pasangan suami isteri terbabit sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 4.30 petang semalam.“Mereka yang berusia 30-an itu direman bagi membantu siasatan bermula hari ini. Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.



Sumber : Mymetro 20/01/09


Curiga SMS
Oleh Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

AMPANG JAYA: Kandungan SMS dalam telefon bimbit isteri yang menimbulkan kecurigaan menjadi punca seorang lelaki hilang pertimbangan sebelum membuang bayinya dalam tong sampah berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, awal pagi kelmarin.Menurut sumber, suami wanita terbabit dikatakan berang selepas membaca SMS berkenaan yang dipercayai dihantar seorang lelaki.Malah, lelaki terbabit yang tidak dapat menahan kemarahannya menikam paha isterinya selepas bayi itu dibuang.Dia kemudian meninggalkan isterinya di Hospital Ampang.“Selepas meninggalkan isterinya, lelaki itu menunggang motosikal kembali ke tempat dia membuang bayinya dalam tong sampah.“Namun, dia terkejut apabila diberitahu anaknya sudah diserahkan kepada polis,” katanya.Sumber berkata, lelaki itu yang juga anggota tentera kemudian menceritakan kejadian itu kepada pegawainya sebelum dinasihatkan menyerah diri kepada polis.“Selepas mendengar nasihat itu, lelaki terbabit akur dan dia bersama isteri menyerah diri,” katanya.Difahamkan, lelaki terbabit seorang yang agak pendiam, namun pekerja yang rajin serta bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hasan, ketika dihubungi, berkata lelaki berusia 34 tahun itu kini direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan.“Isterinya dibebaskan dengan jaminan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya ketika dihubungi, semalam.Semalam, muka depan Harian Metro melaporkan tindakan seorang lelaki yang membuang bayi perempuannya berusia enam bulan dalam tong sampah selepas berlaku pertengkaran antara dia dan isterinya.Bagaimanapun, bayi berkenaan diselamatkan seorang pengawal keselamatan yang kebetulan ternampak kejadian terbabit sebelum dia menghubungi polis.


Sumber :Mymetro 21/01/09

No comments: