Thursday, November 20, 2008

HARI TERAKHIR


BERTEMU DAN BERPISAH


"Bertemua dan berpisahAdat manusia biasaHilang di mata tapi di hati tidak lupaBerdoalah kita gar aman dan sentosaSemoga dapat kita berjumpa di lain masaSemoga dapat kita berjumpa di lain masa"


Sampaikan salam buat semuaSalam terakhir salam teristimewaKepada kau yang tersayangPada teman yang ku kenangPemergian ku ini tak dirancangUsah bertanya mengapa akuMengucap salam terakhir kepada muKerna waktu berputaran Bimbang tak berkesempatanMelahirkan kerinduan terhadapmu Demi sebuah kenyataanYang amat menyakitkanAku yang tidak berdayaHanya berserah padaNya.Salam akhir Salam yang teristimewaKepadaNya ku memohon keampunanMelaluiNya ku beri kemaafanKepadamu Andainya aku punya waktuMasih ku ingin mengulangi semulaSaat indah bersama muSayang tak berkesempatanAbadikan saja salam ku di ingatanSalam ku yang terakhir



SELAMAT TINGGAL SEMUA

WOW ! HEBAT TU




Khamis November 20, 2008


Chef Wan dari tukang masak ke sidang akauntan



KUALA LUMPUR: Minggu depan Chef Wan, tukang masak terkenal Malaysia, akan memperlihatkan satu lagi bakatnya kepada umum!
Beliau merupakan antara penyampai ceramah pada Persidangan Akauntan Kebangsaan (NAC) 2008 yang bakal berlangsung pada 25 dan 26 November ini di sini.
Chef Wan atau Redzuawan Ismail merupakan seorang akauntan.
Selain mengupas isu utama yang menyelubungi krisis kewangan global sekarang ini, program NAC 2008 juga mendedahkan tentang perkembangan hidup individu termasuk berkenaan Chef Wan yang akan menyampaikan ucapan bertajuk "Daripada Jurubank kepada Tukang Masak Bertaraf Dunia."
Chris Randolph, seorang penulis dan jurulatih jualan Sales Edge International juga akan mengetuai satu sesi mengenai "Mari Tingkatkan Jenama Persendirian Anda! Bagaimana akauntan perlu memasarkan diri secara profesional kepada pelanggan dan ketua, dan juga berurusan dengan rakan setugas."
NAC 2008, acara terbesar untuk ahli profesional kewangan, perniagaan dan pemimpin, akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah akan menyampaikan ucaptama dan merasmikan persidangan itu yang akan menyaksikan kirakira 2,000 ahli profesional perniagaan dan pemimpin berhimpun.
Dianjurkan oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA), NAC 2008 diadakan ketika menurunnya keyakinan pasaran dan berlakunya ketidaktentuan ekonomI.


Sumber: Mstaronline

BAHAYA - BAHAYA !!!!!


Virus serang 500,000 komputer


LONDON: Pengguna internet di seluruh dunia diingatkan berwaspada berikutan ancaman serangan kemuncak virus secara besar-besaran pada Isnin depan yang turut disifatkan hari paling buruk bagi serangan virus seumpamanya.Akhbar The Guardian melaporkan semalam, amaran oleh pakar keselamatan komputer itu dibuat berdasarkan analisis maklumat mengenai virus dan cecacing internet merangkumi lebih 500,000 komputer di seluruh dunia.Selain amaran peningkatan ancaman dan serangan virus pada November dan Disember, pakar keselamatan komputer juga mengingatkan ancaman lain.Ini disebabkan pengiklan dan penyangak sudah cuba menggunakan populariti bakal Presiden Amerika, Barack Obama sebagai muslihat memperdaya pengguna memuat turun virus.Berikutan itu, pakar keselamatan daripada syarikat PC Tools menyifatkan tarikh 24 November sebagai berkemungkinan menjadi hari kemuncak serangan dan kemuncak kegiatan virus bagi 2008.Data 2007 menunjukkan kemuncak serangan virus, cecacing dan ancaman lain berlaku tiga hari sebelum cuti umum ‘Thanksgiving’ Amerika Syarikat, yang meramalkan keadaan sama mungkin berulang tahun ini.Syarikat itu mendakwa peningkatan kegiatan virus itu juga berkemungkinan disebabkan meledaknya kegiatan beli-belah menerusi internet menjelang Krismas. Agensi


Sumber: Berita Harian 20/11/08

Wednesday, November 19, 2008

ANAK -ANAK WARISAN BANGSA





SEMINAR ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SECARA HOLISTIK



Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak (NCDRC) dengan kerjasama Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Seminar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak secara Holistik dengan tema "Setiap Anak Permata Negara".Tarikh13 & 14 November 2008Masa8.30 pagi - 5.00 petangTempatHotel Crown Princess, Kuala Lumpur







SABAR SEPARUH DARIPADA IMAN



HIDUP INI MACAM LUKISAN..KITA YANG MEWARNAINYA
Suka baca Blog Bro Saniboey...tulisannya walaupun 'pedas' dan 'kasar' tetapi ada fakta yang boleh di fikir - fikirkan..contohnya macam artikel tentang 'SABAR'..klik di bawah ok

FOTO MENARIK DAN TERTARIK !!

I LIKE TO MOVE IT

Seronok cuti panjang bermula: Pelajar Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur bersorak gembira ketika keluar dari pekarangan sekolah tengah hari semalam, hari terakhir sesi persekolahan tahun ini. Namun, selepas tujuh minggu bercuti, pelajar akan memulakan pembelajaran pada 4 Januari 2009 bagi sekolah di Kelantan dan Terengganu, manakala sekolah di negeri lain pula bermula sehari selepas itu.

MD KHAIRUDDIN membantu ibu bapanya memotong kek perkahwinan mereka selepas majlis akad nikah di Pasir Puteh

NORASYIKIN (kanan) dan adik-adiknya merindui kepulangan ayah yang sudah empat tahun tidak menghubungi mereka




Sumber: Galeri Berita Harian Online / Sensasi selebriti (poster filem)

SAAT - SAAT TERAKHIR.TAK DAPAT TENGOK DAH...


Foto : Gua.com.my



Nampaknya...tak dapat dah tengok drama kesukaan ini.Minggu terakhir sebelum Latihan Industri..huhuhu!! Takpela...berjuang untuk negara .....Nasib le disiarannya di Astro.Takpe...sebulan je!!! nanti dah habis tugasan...layan tengok semula...hehehehe




MENGISI MASA LAPANG DENGAN MEMBACA !!!








Sumber:http://drmaza.com/

Siapa Alien dan UFO



Menyingkap Rahsia Serta Bukti-Bukti Kewujudannya

Mahkluk asing atau 'alien' sebenarnya adalah bala tentera jin yang diketuai Dajal (Anti-Christ) yang bermata satu dan pesawat-pesawat terbang yang tidak dapat dikenal pasti atau dipanggil UFO itu adalah pesawat pengangkutan yang digunakan oleh mereka sejak sekian lama dipercayai sejak zaman pemerintahan firaun Mesir purba lagi. Mereka ini bukanlah datang dari planet lain di angkasa sebaliknya tinggal di bumi yang sama tempat kita tinggal. Oleh kerana mereka ini dari golongan jin, maka kewujudan mereka tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia biasa melainkan mengikut keadaan atau syarat-syarat tertentu. Pengalamannya mendiami dunia ini beribu-ribu tahun menjadikan Dajal makhluk yang genius. Dia mampu memanipulasikan alam semulajadi untuk menghasilkan pelbagai bentuk tenaga dan teknologi. Kelengkapan bala tenteranya terlalu canggih sehingga tidak ada mana-mana tentera di dunia ini yang mampu menyaingi kecanggihan teknologinya. Amerika sendiri meniru teknologi Dajal dalam memajukan kelengkapan persenjataannya. Antaranya, teknologi gentian optik, pancaran laser, pengklonan, kelengkapan teropong malam, penggunaan seramik dalam penerbangan, teknologi Stealth, alat pancaran partikel dan penerbangan kawalan graviti. Dengan sebab itu, Amerika telah memeterai perjanjian rahsia dengan kerajaan Dajal untuk menafikan segala bentuk dan bukti kewujudannya di dunia ini sehingga suatu masa yang sesuai yang akan diberitakan kelak. Kadangkala berlaku juga perlanggaran perjanjian oleh pihak Amerika kerana menembak jatuh pesawat-pesawat UFO tatkala mereka memasuki ruang udara negara. Setiap kali tersebarnya berita kemunculan UFO, pihak keselamatan akan cuba sedaya-upaya melakukan "cover-up" dengan pelbagai teori logik menafikan kewujudannya seperti mengaitkannya dengan kilat, guruh, belon udara, ujian pesawat tentera dan lain-lain. Begitulah juga jawapan bosan dan malas yang diberi oleh pihak berkuasa di negara kita yang gagal dan tidak ada pengetahuan sedikitpun tentang teknologi UFO ini. Tidak cukup dengan itu, gerakan rahsia Amerika mewujudkan MEN IN BLACK (M.I.B), suatu badan polis rahsia yang dilengkapi dengan unifom, kenderaan, senjata dan kelengkapan serba hitam tanpa ada apa-apa logo atau lambang yang boleh dikenali. Antara tugas mereka menghapuskan bukti dan memberi tekanan dan ketakutan ke atas saksi-saksi yang menyaksikan fenomena misteri supaya tidak menyebarkan berita itu di kalangan umum. Mereka begitu terlatih dan kadang-kala misi mereka begitu kejam kerana sanggup membunuh jika mendapat arahan sedemikian.


Tinggalnya makhluk pelik ini di kawasan dunia terpencil yang jauh dari manusia, antaranya di pulau-pulau yang tidak berpenghuni, di bawah tanah dan lautan. Daerah yang menjadi tumpuan bagi makhluk ini adalah di tengah-tengah kawasan pertemuan arus sejuk dan arus panas tidak kira di darat atau lautan. Antara daerah yang disyaki menjadi tumpuan utamanya adalah di Segitiga Bermuda yang terkenal dengan fenomena-fenomena misteri yang tidak terjawab sehingga kini melainkan teori-teori bosan para saintis dan ahli fizik yang buntu dan bingung dalam mencari jawapan selain teori "fenomena alam semulajadi" mereka. Itulah salah satu bukti bahawa segala kejadian kapal dan pesawat hilang adalah kerja Dajal. Selain dari itu, mereka juga tinggal di Kepulauan French Polynesia (dekat Australia) dan banyak lagi daerah kepulauan termasuk berdekatan Taiwan (juga dipanggil "Segitiga Berhantu" oleh penduduk setempat) yang tidak kurang dengan fenomena misterinya. Kawasan darat pula dikenal pasti terdapat di lokasi tertentu di Banjaran Himalaya. Hasil kecanggihan teknologinya, satelit termoden manusia tidak mampu mengambil gambar kedudukan kepulauan yang mereka diami.
Mereka ini diagung-agungkan oleh bangsa Yahudi yang menganggap Dajal adalah "tuhan" mereka. Lambang segi enam pada bendera Israel tidak lain melambangkan dua piramid menegak dan tertangkup dan merupakan simbol bagi Dajal. Begitu juga gambar piramid dan mata satu pada wang satu dolar Amerika.

Dajal begitu teliti dalam perancangannya untuk muncul di mata dunia. Dia tidak akan muncul buat masa ini kerana tahu akan mendatangkan panik penduduk dunia. Dengan itu, dia mempunyai agen-agen suruhannya termasuk dari golongan manusia untuk meninggalkan permasalahan UFO, Alien, crop-circle, penculikan, implan dan lain-lain dalam keadaan penuh tanda-tanya, buntu dan tiada jawapan yang pasti. Contohnya, terbitnya berbagai filem dari Hollywood dan majalah yang menyentuh permasalahan mengenainya tanpa ada kepastian. Kalau tak percaya, tontonlah filem X-File sehingga tamat, pernahkah anda mendapat suatu conclusion yang pasti tentang kisahnya? Selalunya, filem ia berakhir dengan jawapan yang tak pasti. Ia ditinggalkan dalam kepala anda sendiri, sama ada hendak mempercayainya atau tidak - terpulang. Ia adalah propaganda dan seolah-olah "introduction" atau bab pengenalan sebelum datang bab yang sebenarnya. Ini salah satu kaedah untuk muncul secara beransur-ansur tanpa mendatangkan kengerian dan kejutan yang besar. Pokok pangkalnya, Dajal pasti akan muncul suatu hari nanti. Tujuannya cuma satu - untuk menguasai dunia ini! Menguasai dan mentadbir sistem dunia secara total, mengikut kehendaknya. Sebenarnya, sebahagian besar sistem yang diperkenalkan Dajal sudahpun diterapkan ke atas penduduk dunia ini tanpa kita sedari. Antaranya, sistem perbankan, insuran, perubatan, ekonomi, pengeluaran produk pengguna tanpa had dan lain-lain. Pernahkah anda terfikir bahawa makanan yang anda makan atau imunisasi yang disuntik ke atas bayi, mengandungi agen-agen yang mengubah cara kita berfikir, membuat keputusan mengikut kehendak mereka? Itulah sebenarnya yang terkandung dalam "The New World Order" yang merupakan perjanjian pihak Amerika yang dikuasai Yahudi dengan kerajaan Dajal.



p/s; jangan lupa baca buku 'Dajal Akan muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda' oleh Muhammad Isa Dawood.


MEMBACA MENAMBAH PENGETAHUAN...JANGAN TAK TAHU ERRA FAZIRA PUN SUKA BACA BUKU RUPANYA...KLIK VIDEO KENALI DIRINYA KALAU NAK TENGOK OK.






NGERINYA! !!!!


Aksi macam pertunjukan
Oleh Saipul Adli Mohamad dan Ibrahim Isaam@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Gambar kejadian ngeri membabitkan seorang lelaki warga Malaysia, Nordin Montong, 32, dibaham tiga harimau Bengal putih di Zoo Singapura mula tersebar luas di Internet.Gambar berkenaan turut disiarkan di akhbar republik berkenaan, The New Paper yang menyebut ia disumbangkan beberapa pengunjung yang merakam kejadian itu menggunakan perakam video dan telefon bimbit.Jumaat lalu, akhbar The New Paper dengan tajuk ‘4 Minutes of Terror’ melaporkan pengalaman sekumpulan tujuh remaja yang meluangkan masa bersama di zoo berkenaan.Seorang saksi yang merakamkan kejadian itu, Nizam Zainal, 16, dilaporkan berkata pada mulanya mereka menyangka kejadian itu antara pertunjukan zoo kepada pengunjung.Ketika itu, Nizam dan enam rakannya berehat selepas menjalani peperiksaan O-Level, tiba-tiba terkejut apabila terdengar percikan kuat dalam kolam di kawasan kandang haiwan terbabit.“Saya melihat seorang lelaki berjalan perlahan-lahan dalam kolam itu sambil membawa sebatang penyapu dan satu baldi di tangannya.“Lelaki itu kelihatan tenang dan menjerit ke arah harimau terbabit, seolah-olah ingin mendapatkan perhatian menyebabkan saya berfikir, dia kakitangan zoo yang mahir dengan pertunjukan harimau,” katanya.Ketika itu, Nizam berkata, seekor daripada tiga harimau itu terus meluru ke arah kolam itu dipercayai tertarik dengan bunyi percikan air.Nordin yang bekerja sebagai pencuci zoo dikatakan berjalan tenang ke arah harimau terbabit.Mangsa kemudian berdiri di penghujung batu bertentang mata dengan haiwan terbabit.Nizam menyangka harimau terbabit sudah biasa dengan kehadiran pencuci itu.Bagaimanapun, haiwan itu itu tiba-tiba ‘menampar’ Nordin dengan kuat hingga mangsa jatuh melutut menyebabkan kira-kira 20 pengunjung ketakutan dan mula menjerit untuk mengalih perhatian.Harimau itu membaham tengkuk arwah seakan-akan menjinjing mangsa ke kiri dan kanan sebelum harimau kedua datang.Kedua-dua harimau itu mula mencium Nordin dan berjalan mengelilinginya.Ketika itu, kelihatan jelas wajah ketakutan mangsa apabila dia menjerit meminta pertolongan.Rakan Nizam pula, Fadzil Ramlee, 16, menjerit menyuruh mangsa terjun dalam kolam, tetapi Nordin menutup kepala menggunakan baldi dan menjerit Allahuakbar.Katanya, ada pengunjung membaling payung, tetapi tidak mengenai haiwan itu.Dua harimau itu seolah-olah terganggu dengan jeritan orang ramai dan tepukan tangan mereka, namun tidak meninggalkan mangsa sebelum seekor harimau itu menerkam mangsa dan mengheretnya ke bahagian dalam kandang berkenaan.Disebabkan jeritan kuat pengunjung, dua harimau itu melepaskan Nordin sebelum mangsa dilihat berdiri, malangnya tiba-tiba dia diterkam semula dua harimau itu.Saksi lain, Aziz Ansari, 16, berkata mangsa mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri, termasuk menendang harimau berkenaan.Katanya, dalam klip video yang dirakamnya menggunakan telefon bimbit, dia dapat melihat Nordin cuba terjun dalam kolam apabila pengunjung menjerit memintanya berbuat demikian.Bagaimanapun, mangsa gagal kerana dua harimau itu menghalangnya walaupun dia menggunakan baldi yang dibawanya itu sebagai perlindungan
Sumber:Mymetro 19/11/08

HARI TERAKHIR EXAM + SAKIT PERUT LAGI




Monday, November 17, 2008

APABILA RATU CANTIK BERTUDUNG....ADUH! JELITANYA:-)


CANTIKNYA ERRA & AHSU PAKAI TUDUNGKAN??


Salam....Terlebih dahulu nak bagi tahu, saya bukanlah individu parti pembangkang ye.Hari ni tetiba je nak tengok sikit pandangan mereka tentang isu semasa sekarang dan tetapi ingin saya tegaskan saya sekadar suka melayari website atau Blog yang ada di internet itu UNTUK BERFIKIR SEJENAK dan tiada niat lain ok.Sebagai individu yang belajar tentang 'MANUSIA' saya harus melihat dari semua sudut pandangan manusia tanpa mengira parti politik dan sebagainya.Nak dijadikan cerita, baru - baru ni tergerak la hati nak layari website Harakah Dally.Net, tetiba ada satu artikel yang menarik minat saya untuk terus membacanya apabila nama artis terkenal Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Erra Fazira turut ada dalamnya...Nampaknya dua nama popular ini tetap menarik perhatian semua tidak kira siapakan:-)


Erra Fazira, Siti Nurhaliza bila lagi nak bertudung?


Ayob Fri Oct 26, 07 4:18:35 pm


Sejuk mata memandang melihat gambar penyanyi Erra Fazira bertudung litup dihari pernikahannya dengan Engku Emran yang berlangsung malam tadi.Pernikahan penyanyi dan pelakon popular itu selain membina satu ikatan suci sekaligus menutup segala gossip dan cakap-cakap terhadapnya selama ini.Seperkara yang menarik perhatian apabila melihat gambar-gambar pernikahan Erra yang disiarkan akhbar, pakaian Erra di hari pernikahan. Bukan untuk mengungkit kisah lalu Erra tetapi sekadar renungan bersama.Jika dalam perkahwinan pertamanya Erra hanya menutupi rambutnya dengan selendang di hari pernikahan walaupun pernikahannya diadakan di sebuah masjid, nampaknya pernikahannya kali ini Erra nampak lebih sopan dan memenuhi ciri-ciri seorang muslimah dengan bertudung litup walaupun pernikahannya diadakan di sebuah restoran.Saya percaya di kalangan peminat ataupuan sesiapa sahaja yang melihat gambar-gambar ayu Erra ini mengharapkan Erra terus kekal bertudung. Walaupun Erra tidak pernah membuat 'perjanjian' akan memakai tudung sebaik sahaja berkahwin sebagaimana penyanyi tersohor Siti Nurhaliza, di harap tidak salah rasanya Erra menunaikan tuntutan agama ini.Dan mungkin peminat Erra akan terus tersenyum sekiranya di majlis persandingannya nanti yang berlangsung 3 November depan, Erra akan tampil ayu bertudung walaupun dengan fesyen pengantinnya.Jika Siti Nurhaliza di hari pernikahannya bertudung litup, ramai memuji Siti dan mengimpikan Siti akan mengotakan janjinya. Namun sayang seribu kali sayang, sehingga hari ini, penyanyi yang mula menerjah ke dunia pementasan teater ini masih lagi berdansa dengan pelbagai gaya fesyen rambutnya. Aduhai Cik Siti... Mungkin tidak salah jika ada yang bertanggapan Siti bertudung litup dihari pernikahannya sekadar untuk menghormati kemuliaan masjid.Seolah-olah menjadi trend, selepas Siti Nurhaliza bertudung di hari pernikahannya, maka artis lain serta kalangan peminatnya juga tidak lupa menempah sehelai tudung yang comel untuk dipakai di hari pernikahan. Adakah ini juga salah satu daripada ideologi Islam Hadhari ciptaan Perdana Menteri kita? Dan diharap dalam situasi Erra ini, Erra bukan mengikut trend Siti Nurhaliza,Teringat saya pelakon Wilma Mohamad yang sebelum perkahwinannya cukup terkenal dengan gaya manja dan seksi.pelakon filem Pasrah ini membuat peminatnya terkejut apabila di majlis resepsinya beliau bertudung litup.Dan Wilma bukan sekadar suka-suka atau berfesyen untuk hari perkahwinannya, namun meneruskan niat murninya itu sehingga hari ini.Dalam hal ini mungkin masyarakat kita lebih takut kepada tempat-tempat dan bulan tertentu dalam Islam tetapi tidak takut kepada Allah.Jika ada wanita yang bertudung sewaktu hari pernikahannya mungkin untuk memuliakan masjid dan ada yang bertudung di bulan Ramadan hanya untuk menghormati bulan yang suci, alangkah baiknya jika kekal anggun menutup aurat.Untuk Erra dan pasangannya diucapkan tahniah dan semoga berkekalan sehingga ke anak cucu.Sungguhpun ini merupakan perkahwinan kedua Erra, Erra juga berhak mengecapi kebahagiaan seperti orang lain. Usah dikenang lagi perkara yang sudah berlalu. Bukalah lembaran baru dengan penuh ketabahan.Diharap Erra betul-betul ikhlas dengan sedikit perubahan yang dilakukannya. Bukan sahaja bertudung litup di hari pernikahan, meminta al- Quran sebagai hantaran, bahkan difahamkan juga tetamu yang hadir di majlis tersebut dihadiahkan dengan sebuah kitab yang mengandungi ayat tafsir al-Quran dan doa-doa harian. - mr_


SELAMATKAH DUNIA SEKARANG????


Tanda-tanda Dunia Kita Mula Terbalik


By admin On November 16, 2008 @ 6:00 am In Akidah


Ada beberapa perkara menarik berlaku dalam minggu ini. Kejadian itu semua bolehlah disenaraikan dalam tanda-tanda ‘dunia sudah terbalik’. Antaranya demonstrasi bantahan terhadap fatwa pengharaman pengkid.Saya kurang pasti adakah dalam dunia ini mana-mana agama yang mengizinkan penganutnya yang perempuan menyerupai lelaki atau sebaliknya sehingga ‘fatwa’ tersebut dianggap menjejaskan hak mana-mana agama? Apatah lagi jika hukum tersebut hanya ditujukan kepada umat Islam semata. Atau mungkin mereka merasakan bahawa hukum itu menjejaskan hak asasi manusia.Saya pun hairan apakah termasuk dalam hak manusia untuk menukar jantina? Ya, pada kaca mata aliran liberal tanpa sempadan keagamaan atau keinsanan, mungkin itu satu hak. Atau ia dianggap hak asasi bagi manusia yang menggunakan nama Tuhan menghalalkan apa yang bercanggah dengan ciptaan Tuhan.Tetapi pada nilaian fitrah insani yang sejahtera perkara itu adalah satu pencemaran hak. Sama seperti jika ada kelompok yang menuntut hak untuk bertelanjang di jalanan atas alasan kebebasan. Hak yang seperti itu hanya mencemarkan hak orang lain yang akan terganggu dengan tindakan mereka dan merampas keselesaan ramai. Lebih daripada itu, ia terkeluar dari nilai insani yang normal.Maka pemerintah di mana-mana negara pun jika membenarkan satu hak dalam masalah seperti ini, akan mencemarkan hak pihak yang lain. Sudah pasti neraca dalam masalah ini adalah nilaian agama dan fitrah insani yang lurus. Jika dibenarkan wanita menjadi lelaki atau lelaki menjadi wanita, maka hak kaum lelaki atau wanita yang normal akan tercemar. Akan berlaku kekeliruan gender yang meluas dalam masyarakat. Lalu lelaki atau wanita normal sukar mencari pasangan yang sebenar. Akan berlaku kecurangan yang luar biasa apabila ada kelompok manusia yang mencari pasangan sesama jantina.Jika hal itu meluas, maka perkembangan masyarakat manusia juga akan tercemar disebabkan tidak mungkin ‘hubungan seks’ sesama jenis boleh melahirkan zuriat. Maka atas nama hak, apakah nanti kita mesti mengwujudkan tandas ‘pengkid’ atau ‘tandas saudarai’. Atau apakah pengkid boleh masuk ke tandas lelaki, atau ’saudarai’ boleh ke tandas perempuan? Dunia akan terbalik nanti dan banyak kekalutan akan berlaku.Maka, tidak hairanlah jika Islam mengharamkan hal ini seperti hadis Ibn ‘Abbas yang saya sebutkan pada minggu lepas Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki (Riwayat al-Bukhari).Cumanya, seperti yang saya nyatakan bahawa isu lelaki menyerupai perempuan tidak memerlukan sidang fatwa khas untuk mengeluarkan hukum mengenainya. Hukum yang seperti ini diketahui oleh sesiapa sahaja yang mempunyai walaupun sedikit asas pengetahuan agama Islam. Seperti yang saya nyatakan, yang agak peliknya, dalam fatwa yang dikeluarkan itu ditegaskan tentang haramnya wanita menyerupai lelaki, sedangkan fenomena yang bertebaran kelihatan di sana-sini adalah lelaki yang menyerupai perempuan. Sama ada pada gaya bahasa, gaya berjalan, atau lebih-lebih lagi ‘nafsu bercinta’.Wanita tiruan ini kelihatan dan kedengaran bukan sahaja di jalanan, tetapi juga di media massa; radio, televisyen dan akhbar. Mereka kelihatan mendapat lesen yang besar tanpa dipertikaikan oleh sesiapa. Tiba-tiba muncul fatwa yang menegaskan tentang ‘haram pengkid’ dan tidak pula menonjolkan tentang haram lelaki cuba menjadi wanita. Perkara-perkara yang seperti inilah yang menjadikan manusia bersalah sangka lalu menganggap sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh ‘insan-insan berjawatan’ itu mengambil kira soal kedudukan dan ‘keselesaan kerusi’ masing-masing.Ini semacam fatwa yang mengharamkan kanak-kanak bermain mercun kerana dikatakan membazir, tetapi dalam masa yang sama tidak pula mengharamkan mercun yang ratusan ribu ringgit yang dimainkan dalam berbagai-bagai keramaian atau tidak pula mengeluarkan fatwa mengharamkan pembaziran yang berlaku dalam pengurusan wang rakyat. Ini pun menunjukkan dunia kita memang nak terbalik..Dalam celahan cerita wanita yang ingin menjadi lelaki, timbul pula kes kezaliman terhadap wanita di Kedah. Bagaimana seorang wanita mendakwa dirinya yang dizalimi oleh kecuaian Pejabat Agama. Dalam tempoh lapan tahun pihak Jabatan Agama tidak memberikan kepadanya surat cerai, tiba-tiba apabila beliau berkahwin dengan lelaki lain datang perintah mahkamah yang menyatakan perkahwinannya dengan suami yang kedua itu tidak sah dan dianggap ‘bersuami dua’.Ketika beliau berulang-alik ke Pejabat Agama meminta surat pengesahan cerai, mereka gagal memberikan kepadanya. Malangnya, apabila beliau berkahwin dengan suami yang kedua dan mempunyai dua anak, datang pula surat mahkamah syariah yang membatalkan perkahwinan dan menyuruhnya kembali kepada suami yang pertama. Hari ini beliau hidup penuh tekanan dan penderitaan jiwa.Jika benar dakwaan beliau, alangkah kejamnya pengurusan yang diberi nama agama ini. Dahulu saya pernah mencadangkan agar kita mengurus perkara-perkara halal dengan baik dan mudah serta membendung perkara- perkara haram agak menjadi rumit susah untuk mendapatkannya. Malangnya, hal ini tidak berlaku. Sehingga ada negeri yang memenjarakan sesiapa yang berkahwin di luar negerinya.Begitulah urusan perkahwinan disulitkan dengan berbagai-bagai ‘karenah pengurusan’ yang pelbagai. Sebahagiannya dijadikan bisnes dengan yuran yang menguntungkan. Lihat sahaja apakah sukatan dalam sesetengah kursus perkahwinan. Sementara kes talak tertangguh begitu banyak yang memakan masa bertahun-tahun. Ia menghalang wanita untuk berkahwin semula sedang tuntutan jiwa dan nafsu wujud apatah lagi bagi wanita muda. Mahkamah dengan mudah menangguhkan kes hanya kerana suami tidak datang walaupun sudah berkali-kali. Wanita-wanita yang dianiayai lelaki sebegini didera perasaan dan nafsu kelaminnya. Ini adalah kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan terhadap wanita.Malang sekali, kes-kes yang seperti ini tidak diselesaikan dengan kuasa hakim. Hakim sepatutnya boleh diberi kuasa fasakh yang lebih jelas dan tegas kepada suami zalim dan tidak bertanggungjawab. Keengganan hadir ke mahkamah tanpa alasan yang diterima boleh dianggap sebagai sebab untuk perkahwinan dibatalkan.Dukacita, pihak pengurusan agama ini jika ditegur ada yang melenting. Padahal bukan sedikit kaum wanita yang menunggu bertahun-tahun untuk kesnya diselesaikan. Ini semua boleh menjadi faktor terdorongnya gejala maksiat akibat runtunan nafsu yang tidak dapat diluruskan secara yang kononnya dianggap ‘berdasarkan undang-undang syarak’. Di manakah keindahan syariat hendak dilihat jika dikendalikan seperti ini? Benarlah kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) yang selalu saya ulangi:“Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia- sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).Sebab itu saya pernah mencadangkan agar pihak berkuasa agama menumpukan kepada penyelesaian kes-kes yang seperti ini daripada menumpukan ‘operasi mengintip’ maksiat di dalam bilik-bilik hotel yang belum tentu ada. Selesaikanlah kes yang jelas wujud dari disibukkan diri dengan perkara yang tidak pasti. Namun dunia agaknya sudah terbalik..Bercakap soal keadilan, ada yang bersungut dengan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis baru-baru ini yang memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibu bapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut; “Anak yang lahir kurang daripada enam bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”. Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.Maksud fatwa ini adalah seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang daripada tempoh enam bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya. Sebabnya, di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di’bin’kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam erti kata lain anak tersebut dianggap ‘anak luar nikah’.Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut sepanjang hayatnya.Pihak ibu bapa pula, amat sukar untuk menerangkan hakikat sebenar kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka ‘aib yang telah cuba ditutup. Di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibu bapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga. Atas keadaan tersebut maka, isu ini saya bincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis.Kita sedar, adanya perbezaan pendapat di kalangan sarjana fekah dalam hal ini. Namun, setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai-bagai, maka keputusan tersebut dibuat. Antara dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi saw:“Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Hadis ini disebutkan oleh Nabi saw apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya.Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi SAW, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d.Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda: “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut)”. Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah saw memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina.Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi saw yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti pelbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya. Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas.Kata Dr Yusuf al-Qaradawi:“Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net).Namun, keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan. Dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.Antara kebaikan fatwa ini; ia menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat. Juga menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurangan tempoh perkahwinan serta membantu ibu bapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.Ada yang kata; fatwa ini menggalakkan orang berzina. Saya kata tidak sama sekali; ia memberi orang bertaubat dan menyelamatkan maruah anak yang tidak berdosa. Yang menggalakkan maksiat adalah adegan-adegan panas dalam media, juga pengurusan yang menyusahkan kahwin dan talak. Fikiran anda jangan terbalik!



Sumber: Article printed from Minda Mufti: http://drmaza.com/home

ANAK DR FAZLEY


Payish pelengkap cinta Fazley
KEHADIRAN cahaya mata bernama Ahmad Fariedz Shah Ahmad Fazley pada pagi 29 Oktober lalu di sebuah hospital swasta menambahkan ceria bagi pasangan Fazley dan Azrene Soraya Abdul Aziz. Kehadiran bayi comel seberat 2.97 kilogram pada penghujung Syawal itu bagaikan hadiah paling bermakna bagi Fazley dan Azrene yang meraikan ulang tahun perkahwinan hari ini. Kemunculannya sudah lama dinantikan dan berkat Syawal yang sudah berlalu, Ahmad Fariedz yang mendapat jolokan panggilan Payish di kalangan keluarganya ini menjadi penyeri yang cukup bermakna. Lalu, tidak hairanlah si bapa, Fazley cukup teruja saat menghubungi Hip semalam. Istimewa juga untuk pembaca setia Hip, Fazley sudi berkongsi kegembiraan terindah ini dengan mengirimkan gambarnya bersama isteri dan anak tercinta. Menurut penyanyi yang juga ahli perniagaan dan pakar motivasi kacak ini, pada awalnya mengikut jangkaan doktor, Payish dijangka dilahirkan pada pertengahan November ini. Bagaimanapun, selepas melakukan proses pengimbasan, doktor mengesahkan ada tanda bayi ini dilahirkan lebih awal. “Sepanjang sembilan bulan lalu, kami sekeluarga sudah berdebar-debar dan tertunggu kehadiran cahaya mata sulung saya ini. Kelahirannya juga sebagai hadiah teristimewa buat kami sekeluarga. Debaran saya lebih memuncak saat menunggu di luar teater dewan pembedahan apatah lagi ditemani seluruh ahli keluarga sebelah saya dan isteri. “Adik saya Faizal yang belajar di Australiah juga bertuah kerana percutian singkatnya memberi rahmat kerana dapat sama-sama melihat kelahiran anak buahnya. Lucunya, setiap kali melihat bayi yang keluar dan disebut nama di dalam dewan pembedahan, kami akan memanjangkan leher kerana tidak sabar melihat anak saya sendiri. “Sebagai bapa, saya tidak lupa untuk mengalunkan azan dan membaca surah wajib ke telinganya. Orang yang pertama membetulkan keadaan Payish ialah ibu saya sendiri. Ibu saya juga sempat memberi rasa buah kurma dan air zam zam ke mulutnya. Pengalaman pertama yang tak dapat saya lupakan ialah membasuh dan menanam uri bayi sambil ditunjuk ajar bapa saya sendiri,” ungkap Fazley yang turut mendapat layanan baik daripada staf tempat anaknya dilahirkan. Saat berkumpul di rumah, tanpa disedari Fazley rumahnya ketika ini dipenuhi empat generasi keluarganya, bermula daripada nenek, ibu, Fazley dan anaknya. Kata Fazley, Azrene diuruskan bidan keluarganya daripada Johor dan Insya-Allah mengikut perancangan satu majlis cukur jambul akan diadakan tidak lama lagi. Istimewa umpama hadiah yang ditujukan khas kepada Payish, Fazley akan merakamkan semula sebuah lagu nyanyian Cascade berjudul Rhythm Of The Falling Rain yang ditukar kepada versi bahasa Malaysia menjadi Melodi Titisan Hujan. Ilham menyanyikan semula lagu itu tercetus ketika Fazley menunggu kelahiran Payish. “Alhamdulillah, keadaan isteri saya juga sihat seadanya. Hari kedua selepas bersalin, dia sudah boleh berjalan seperti biasa. Ibu saya banyak berkongsi petua menjaga bayi dan badan kepada dia. Malah sejak enam bulan sebelum kelahiran Payish, segala serba serbi persiapan sudah dibuat supaya tidak kelam kabut di kemudian hari. “Apabila sudah anak ini, saya mula rasa tidak sabar untuk balik ke rumah setiap kali keluar pejabat. Kalau dulu saya mendengar kisah si bapa kena berjaga malam dan kini ia dirasai saya sendiri yang kena bangun tidak menentu masa. Menjaga anak ini ibarat satu pengalaman yang baru buat saya. “Majlis cukur jambul itu akan dilakukan selepas tali pusat Payish tertanggal dan saya tidak akan lupa mengajak rakan media untuk hadir. Lagu Melodi Titisan Hujan itu saya akan abadikan sebagai sebuah hadiah istimewa buat Payish,” katanya yang memberitahu Payish juga mempunyai lesung pipit seperti Azrene dan Faizal. Dalam kesibukan menguruskan cahaya mata, Fazley juga sedang rancak menanti kelahiran ‘bayi’ seterusnya iaitu album keempatnya yang tidak lagi menggunakan judul H.U.J.A.N sebaliknya lagu Superheromu dipilih sebagai galang ganti. Satu sesi pradengar akan diadakan dijangka pada penghujung bulan ini. Album terbitan Fipro (Fazley International Production) ini akan diedarkan syarikat Maestro selewat-lewatnya sekitar Disember ini. Menurut Fazley, sudah sembilan lagu siap dirakam dan beberapa aspek sedang dikemaskini termasuklah membuat penggambaran semula untuk kulit muka depan album ini.

Sumber foto : Cari forum/ artikel arkib Berita Harian

Sunday, November 16, 2008

TAHNIAH WARDINA & KELUARGA DAPAT BAYI ANAK KETIGA

Dulu - dulu

Saat diijabkabul

Kini Wardiana manis bertudung


Contoh ibu yang perihatin kepada anak - anak

Bersama suami dan anak kedua


Bersama anak sulung dan kedua

Bayi ketiga ' lelaki' yang di tunggu - tunggu




SS baru saja mendapat khabar gembira mengenai kelahiran anak mereka di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang pada 11 November lalu. Tahniah SS ucapkan buat Wardina dan suami kerana pengacara jelita kacukan Aceh-Australia ini diberikan bayi lelaki yang dinantikan mereka sekeluarga.


Rakan SS dimaklumkan sendiri berita ini oleh Wardina menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Dimaklumkan, bayi lelaki seberat 3.75 kilogram yang dilahirkan secara normal itu juga berada dalam keadaan sihat dan sempurna.



Sumber : Harian Metro /Cari forum/myartis.com





SELAMAT PENGANTIN BARU RUSDI & SHARON

Pasangan sama cantik sama padan ini memilih tema 'Garden Wedding'.Rusdi dan Sharon kini sah bergelar suami isteri. -foto The Star oleh AZLINA ABDULLAH

Rusdi kelihatan tenang ketika upacara akad nikah sambil diperhatikan bapanya (kiri).
Mempelai bergambar bersama keluarga. Dari kiri, ibu Sharon, Lucia Paul, ibu Rusdi, Norliah Ghani, anak lelaki Rusdi, Efiezal Ridza dan bapa Rusdi, Ramli Ismail.

Isnin November 17, 2008

Rusdi ajar Sharon hidup berlandaskan al-Quran

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

PERKAHWINAN pelakon Rusdi Ramli, 38 dan komposer Sharon Paul Abdullah, 31 pada malam tadi serba sederhana bukan sahaja dari segi majlis nikahnya.
Malah Rusdi juga hanya memberikan mas kahwin sebanyak RM800 dan hantaran berupa sirih junjung, cincin dan al-Quran kepada Sharon.
Tepat pukul 9.20 malam, dengan sekali lafaz, Rusdi sah bergelar suami Sharon dengan dinikahkan oleh pendaftar kanan nikah, cerai dan rujuk dari Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Muhd. Sujak Hj. Muhd. Dasuki sambil disaksikan bapa Rusdi, Ramli Ismail, 67 di The Gallery Creative Elements, Seksyen 2, Shah Alam.
Menurut Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20 ini, ada alasan mengapa dia memberikan al-Quran sebagai ganti wang hantaran kerana dia sebolehnya mahukan hidupnya dan Sharon pada masa akan datang lebih berlandaskan al-Quran.
"Kalau saya beri harta, dia akan pandang harta. Tetapi bukan bermakna saya tak bagi apa-apa nanti. Benda-benda lain tu bila-bila masa saya boleh beri dan memang saya akan bagi kemudian.
"Sebagai permulaan dia bergelar isteri saya, lebih baik saya beri al-Quran lagipun ia lebih mengikut sunnah," jelas Rusdi yang akhirnya menamatkan zaman solonya selepas 15 tahun menduda.
Rusdi mengakui Sharon yang merupakan seorang mualaf itu tidak memahami tentang adat Melayu namun tidak bermakna dia hendak memperlekehkan bakal isterinya itu.
"Berbalas-balas hantaran itu hanya adat Melayu sahaja dan saya lebih selesa jika kita melakukan majlis pernikahan ini mengikut cara Islam sahaja iaitu melakukan akad nikah dan memberi mas kahwin.
"Saya rasa memberi al-Quran lebih besar harganya berbanding yang lain. Hari ini hanya hari kami berdua dan tiada perkara lain yang lebih manis dalam hidup kami selain melangsungkan pernikahan dengan tenang dan sederhana," tambah Rusdi lagi.
Kata Rusdi, pemberian al-Quran itu merupakan niat yang lahir dari hati mereka berdua dan semuanya turut dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak.
Dalam pada itu, Sharon turut menyatakan perkara yang sama di mana dia tidak kisah dengan pemberian Rusdi asalkan ia memenuhi syarat pernikahan mereka.
Senyuman Rusdi pikat hati Sharon

Seperti yang sedia maklum, cinta Rusdi dan Sharon berputik selepas mereka dipertemukan dalam majlis pratonton filem 1957: Hati Malaya pada tahun lalu.
Jelas Sharon, senyuman Rusdi membuatkan dia terpikat dengan anak aktres Norliah Ghani, 58
ini.
"Semasa majlis pratonton filem itu, saya tak perasan pun tentang senyuman Rusdi. Tetapi saya mula mengagumi bakatnya dalam bidang lakonan.
"Sebelum ini memang saya jarang menonton filem Melayu tetapi selepas menonton lakonannya, saya 'impress' dengan dia.
"Lama-kelamaan sejak saya menghadiri majlis tersebut, saya selalu teringatkan senyumannya," cerita komposer lagu Hati nyanyian Datuk Siti Nurhaliza ini dengan jujur.
Tambah Sharon, sejak dari hari itu, mereka selalu bertukar-tukar cerita tentang karier masing-masing.
"Dia bercerita tentang kerjaya lakonannya manakala saya pula berkongsi tentang karier mencipta lagu. Rusdi ada berkata yang dia pernah bercita-cita nak jadi komposer semasa kecil dulu.
"Kami berminat untuk mengetahui kerjaya antara satu sama lain," kata wanita berketurunan Serani ini.
Ujar Sharon yang mempunyai darah Portugis ini, kini sudah dua tahun dia memeluk agama Islam.
Jadi, tidak terlintas di fikiran Sharon untuk memeluk Islam kerana sebab lain.
"Bagaimanapun, saya tidak mahu menghuraikan lebih lanjut tentang agama. Yang penting, saya dan Rusdi mempercayai Allah dan mengamalkan ajaran Islam," jelas Sharon yang turut tidak kisah tentang status duda yang dipegang oleh Rusdi.
Sharon memandang perkahwinan ini sebagai jodoh mereka lantaran keperibadian dan hati Rusdi menguatkan dirinya untuk memilih lelaki itu sebagai suaminya.
Garden Wedding' kabulkan impian Sharon, Rusdi

Setiap orang pasti mempunyai tema perkahwinan idamannya begitu juga dengan Sharon yang memilih tema 'Garden Wedding' dalam majlis mereka ini.
Bukan dia sahaja yang seronok, malah tema tersebut turut melaksanakan impian perkahwinan Rusdi yang berkahwin buat kali kedua.
Dalam majlis tersebut, Sharon mengenakan baju kurung moden putih rekaan Calvin Thoo dan berselendang putih sementara Rusdi pula mengenakan baju Melayu rekaan Semenda Rasa warna yang sama.
Selepas sah bergelar isteri Rusdi, dengan itu Sharon berkata bermulalah 'chapter' baru dalam hidupnya
"Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Saya sudah mempunyai pasangan yang boleh berkongsi susah senang saya dalam menjalani hidup ini dan menyokong kerjaya saya," beritahu pensyarah Kolej Antarabangsa Muzik (ICOM) ini.
Mengenai perancangan mereka selepas ini, Rusdi berkata dia dan Sharon akan mengamalkan kehidupan biasa seperti orang lain tanpa 'extra ordinary'.
Mengenai bulan madu, pasangan yang menginginkan dua cahaya mata ini belum memilih destinasinya.

Sebagai persediaan awal, mereka berdua telah menubuhkan syarikat Film Werks Sdn. Bhd. di Taman Tun Dr. Ismail yang menjalankan bisnes berkaitan filem dan muzik.
Menurut Sharon, syarikat yang ditubuhkan pada Mei lalu itu akan mula beroperasi pada tahun depan di mana mereka akan mencari bakat-bakat dalam bidang nyanyian dan lakonan.
Majlis perkahwinan Rusdi dan Sharon itu dihadiri oleh 300 orang tetamu termasuk ibu Rusdi, ibu Sharon, Lucia Paul, 56, anak lelaki Rusdi, Efiezal Ridza, 18, ahli keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan selebriti tempatan.
Antara selebriti tersebut adalah Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Aziz Sattar, Farhan AF4, Hans Isaac, Afdlin Shauki, Shuhaimi Baba, Kavita Kaur, Maya Karin, Nash Lefthanded, Ramli MS dan Adibah Noor.
Sumber foto : Cari Forum / mstaronline




A TO Z TIPS MEMILIH PAKAIAN


Setiap wanita pasti pernah mengalami situasi ini. Setiap kali melihat supermodel memperagakan fesyen terkini, hati terdetik, “mengapa aku tidak dikurniakan bentuk badan menawan sepertinya?” Sebenarnya setiap wanita dilahirkan sempurna, bergantung kepada cara anda melihat diri sendiri. Selain itu, anda juga harus bijak memilih pakaian yang sesuai dengan potongan badan. Setiap helai pakaian yang disarung ke tubuh badan memberikan impak yang berlainan. Oleh itu, pemilihan pakaian yang tepat membantu menyerlahkan penampilan supaya tubuh badan terlihat sempurna pada pandangan mata. Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan agar pakaian yang dikenakan terlihat serasi dengan bentuk badan. Panduan berikut mungkin berguna untuk penampilan anda.


Pemilihan warna pakaian Perkara asas yang perlu anda tahu dalam pemilihan pakaian ialah memilih warna yang sesuai dengan kulit. Sekiranya anda berkulit cerah pasti mudah memilih warna pakaian yang sesuai, tetapi bagaimana jika anda memiliki kulit berwarna gelap? Semak tip berikut supaya anda tidak salah memilih warna.
Jika anda berkulit cerah (putih) jangan sesekali mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink.
Jika anda berkulit kuning langsat warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru merupakan pilihan yang terbaik.
Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat lebih menarik.
Jika anda berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan tepat untuk pakaian anda.


Jangan Lupa : Menyesuaikan warna pakaian dengan waktu dan tempat. Warna gelap untuk acara formal sedangkan warna cerah untuk acara informal. Sesuaikan warna dengan karakter. Kalau anda ingin menyerlahkan sifat feminin, pakailah pakaian yang terdiri daripada warna-warna pastel. Sebaliknya, jika ingin ingin menarik perhatian orang ramai, pilih pakaian yang berwarna terang.


Jangan sesekali : Nekad menggunakan pakaian yang berwarna terlalu kontra dengan kulit. Contohnya, anda berkulit hitam dan mengenakan pakaian yang berwarna merah jambu terang. Penampilan anda akan terlihat berat sebelah dan kelihatan hodoh! Selain itu, anda juga tidak boleh mengenakan aksesori dari rambut hingga kaki yang warnanya tidak senada dengan warna baju yang dikenakan.


Pemilihan seluar panjang Bagi yang mempunyai tubuh badan berisi cubalah mengenakan seluar panjang yang boleh memberi ilusi tubuh yang lebih tinggi dengan mengenakan seluar panjang berpotongan ‘wide-leg’ dan mempunyai ‘details’ seperti bergaris vertikal. Sebaliknya, hindari seluar yang berpotongan ketat. Untuk menyembunyikan pinggul yang berisi pula pilihlah seluar panjang bepotongan full-cut (melebar mulai dari pangkal paha hingga ke hujung seluar) dan hindari seluar panjang berpotongan ‘baggy’ atau yang tirus di bahagian hujung. Sekiranya anda mempunyai sepasang kaki yang pendek, pilihlah seluar panjang berpotongan lurus atau ‘wide-leg’. Jangan tergoda dengan seluar berpotongan singkat kerana ia membuatkan kaki anda terlihat semakin pendek. Seluar panjang yang bercawat pendek adalah pilihan tepat bagi mereka yang memiliki badan yang pendek. Bagi yang mempunyai badan yang panjang, pilihlah seluar panjang yang mempunyai potongan pinggang yang tinggi.Bagi anda yang memiliki punggung berisi, jangan ragu-ragu memilih seluar panjang berpotongan penuh. Selain itu, anda juga boleh menyembunyikan bentuk punggung dengan memakai seluar yang berpoket di belakang. Akhir sekali, bagi yang tergolong dalam kumpulan individu yang tidak berpinggang (boy’s figure), pilihlah seluar panjang berpotongan lurus dengan poket di bahagian sisi. Jangan sesekali memakai seluar panjang ketat atau mengecil di bagian hujung. Tip berpakaian untuk tubuh berisi Memiliki tubuh pendek dan mungil, kadangkala menimbulkan masalah ketika ingin memilih pakaian yang sesuai. Namun ini tidak bererti masalah itu tidak boleh diatasi. Ada beberapa trik yang boleh dimanfaatkan untuk membuatkan tubuh badan terlihat lebih tinggi dan langsing:-


Kenakan baju atau blaus yang kemasannya menarik mata untuk turun secara vertikal. Kolar berpotongan ‘V’ merupakan pilihan yang baik.
Masukkan baju atau blaus ke dalam seluar panjang supaya kaki anda kelihatan lebih panjang dan tentu saja anda akan tampak lebih tinggi.
Pilih pakaian yang betul-betul sesuai dengan tubuh badan. Pakaian yang terlalu longgar seperti jaket yang besar akan membuatkan anda kelihatan lebih besar daripada saiz badan yang sebenar.


Kenakan pakaian dengan motif atau corak yang bergaris vertikal.
Jangan takut mengenakan skirt pendek. Sebaliknya hindari skirt yang labuhnya melepasi lutut atau sehingga betis. Pemakaian sebegini akan membuatkan tubuh badan seperti terpotong dan akibatnya anda tampil lebih pendek.
Jangan lupa mengenakan kasut bertumit tinggi.
7 Tip berpakaian yang mesti anda tahu:
Pakaian yang menggunakan warna gelap akan menimbulkan kesan ramping pada tubuh badan.
Baju tanpa lengan, berleher tinggi (turtleneck), sangat sempurna untuk meminimalkan dada yang besar.


Tidak ada kata ‘maaf’ untuk garis seluar dalam yang kelihatan. Carilah trik agar garis seluar dalam anda tidak kelihatan. Salah satu caranya, gunakan seluar dalam berpotongan ‘G-string’.
Satu lagi adalah tali coli. Ia tidak seharusnya diperlihatkan. Sediakan coli tanpa tali, yang dapat digunakan ketika anda mengenakan baju atau gaun tanpa lengan atau bertali halus.
Sebaiknya gantilah kasut lama anda, kasut yang sudah terlalu lama mempunyai warna yang pudar dan ini akan merosak penampilan.


Kasut dengan tumit yang sangat rendah sukar untuk dipadankan dengan gaun atau kemeja. Bagaimanapun, ia baik untuk kesihatan kaki.
Anda beruntung jika memiliki leher yang jinjang. Ini kerana bentuk leher seperti ini sesuai untuk baju yang berkolar tinggi. Jika leher anda sedikit lebih pendek, pakailah rantai atau kalung yang akan memberi kesan lebih cantik



Sumber : by Rahayu Gua.com.my

JAGA MANDI WAJIB !!!


Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM. Mandi wajib yg betul Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua² keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir. Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. "Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur . Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala." Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala." Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana² bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala". Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan. Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu² yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu² dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu² di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam. Mengenai sebab² seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) . Mandi wajib boleh dilakukan di mana² dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok²nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh. Panduan Tambahan 1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a. 2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a. 3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN 4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur. 5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis.. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. 6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...... 1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur. 6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur. 9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 12.Salam Memelihara kita di dalam kubur. 13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.. Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!" Wassalam. "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...



Sumber: Maklumat daripada email yang diperolehi dari JAKIM

JAGA KESIHATAN DIRI


Rosmah Mansor bersama orang ramai dari pelbagai peringkat usia dan kaum berasa terhibur melakukan senaman pada Program Kemasyarakatan Kempen Kesihatan Komuniti di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, semalam.


DALAM NEGERI

Jangan pandang remeh amalan bersenam - Rosmah

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Seluruh rakyat Malaysia diminta tidak memandang remeh amalan bersenam kerana peratusan mereka yang berpenyakit dalam masyarakat kini amat membimbangkan.Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, penyakit yang berpunca daripada masalah kolestrol tinggi dan kandungan gula dalam darah seperti sakit jantung semakin meningkat bukan sahaja di kalangan orang dewasa malah melibatkan kanak-kanak dan remaja.Bermula hari ini ujarnya, orang ramai perlu menitik beratkan amalan bersenam dalam keluarga dan tidak sesekali menjadikan kesibukan tugas seharian sebagai alasan."Kita harus ingat, bersenam tidak memerlukan masa yang lama. Cukup sekadar 20 hingga 30 minit sehari. Namun ia harus berterusan," katanya.Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Kempen Kesihatan Komuniti 'Meningkatkan Kesihatan Minda, Rohani dan Jasmani' anjuran Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) dan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) di sini hari ini.Rosmah berkata, mengikut kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, sebanyak 88.4 peratus daripada 32,936 responden merupakan rakyat Malaysia yang tidak pernah melakukan senaman.Sebanyak 30.9 peratus lagi jelas beliau, melakukan aktiviti senaman tetapi tidak mengikut waktu sepatutnya, hanya 11.6 peratus dalam kalangan responden tersebut yang berdisiplin iaitu melakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu iaitu lebih daripada 15 minit.Sehubungan itu beliau menegaskan, amalan-amalan negatif seperti melepak, merokok dan merempit terutama di kalangan remaja perlu dielakkan."Lebih baik sekiranya masyarakat duduk secara berkelompok dan melakukan aktiviti senaman seperti senamrobik, menjadi ahli gimnasium dan kegiatan-kegiatan larian beramai-ramai," katanya.Rosmah berkata, corak penyakit dan tahap kesihatan negara telah berubah iaitu penyakit tidak lagi berjangkit mengikut faktor keluarga tetapi kini ia lebih tersebar kerana persekitaran.Sebagai contoh katanya, masyarakat Orang Asli yang sebelum ini terkenal dengan hidup dalam suasana yang aman dan sihat, namun kini tidak lagi apabila penyakit berkaitan gaya hidup mula menular di kalangan mereka."Penyakit-penyakit itu seperti diabetis, obesiti, hipertensi dan kehilangan upaya (cepat letih),'' tambah beliau.Menurut Rosmah, ia berikutan kelemahan masyarakat mengamalkan gaya dan pemakanan yang sihat.


Sumber: Utusan Malaysia 17/11/08

HARI KEEMPAT EXAM + SAKIT PERUT + BALIK KAMPUNG


ADOI !! SAKITNYA PERUT!!!

Salam....hari ni baru dapat tulis kat Blog ni...sebab masa hari keempat exam ( Jumaat lepas) tak sempat nak online sebab exam petang pukul 3..Nak cite pasal exam petang tu....Memang mati - mati semua kengkawan ingat ada soalan esei..rupanya objektif je 1 jam....

Tapi hari tu perut buat hal pulak....gara - gara makan sambal nasi lemak le ada sape tah mai rumah jual...Adik - adik junior suruh belanja diorang....so saya pun suruh je order nasi lemak & kuih karipap tu....makan punya makan...ha...petang tu time exam rasa macam nak ke toilet je....memang tak selesa nak menjawab...

Petang tu dah le hujan selebat - lebatnya pulak...Malam tu nasib baik kakak on the way nak balik kampung..tumpang la kejap....

Thursday, November 13, 2008

TAHNIAH DR FAZLEY!!


Melodi untuk Payish

HANYA sembilan hari menjelang majlis ulang tahun perkahwinan mereka, Dr Fazley Yaakob dan isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz dikurniakan hadiah paling istimewa. Malah, hadiah yang merupakan kelahiran putera sulung mereka, Ahmad Fariedz Shah pada 29 Oktober lalu bukan sahaja menggembirakan pasangan ini, tetapi juga keluarga kedua-dua belah pihak. Bagi keluarga sebelah Fazley, Ahmad Fariedz yang diberi jolokan Payish merupakan cucu pertama yang ‘membuka’ salasilah generasi keempat keluarga mereka yang tinggal bersama dalam satu rumah. “Maksud bagi nama yang dipilih bersama keluarga ini ialah ketua penunggang kuda atau firasat. Pada saya, nama itu sesuai buat Payish memandangkan ia melambangkan kepimpinan selaku anak sulung,” kata Fazley ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini. Tambah artis versatil yang juga ahli perniagaan dan pakar motivasi ini, kehadiran bayi turut membawa bersama pelbagai ilmu baru buatnya dan isteri. “Buat pertama kali dalam hidup, saya belajar bagaimana untuk menanam uri dengan tunjuk ajar bapa. Saya juga mencuci sendiri uri tersebut sebelum menanamnya di depan rumah. Apa yang paling saya syukur ialah ibu dan nenda saya banyak membantu kami yang mulanya kekok untuk mengendalikan bayi. Azrene sendiri banyak menerima dan mengamalkan petua daripada ibu saya,” ceritanya yang cukup gembira kerana Payish dikatakan menyerupai dirinya sewaktu kecil terutama jika dilihat pada jari jemarinya yang runcing. Katanya lagi penuh bahagia, dia kini tidak betah untuk berlama-lama meninggalkan rumah kerana hati sentiasa diruntun untuk menjenguk si kecil. Keterujaan itu bukan sekadar dirasakannya seorang, tetapi juga anggota keluarganya yang lain sehinggakan biliknya dan isteri kini bagaikan ruang tamu yang sentiasa dikunjungi. Ibu Fazley, Datin Umi Kalsum Abdol Latib turut berkongsi cerita lucu bagaimana Fazley yang terlalu seronok menimang cahaya mata enggan tidur bagi memastikan Payish berada dalam keadaan selesa apatah lagi isterinya menghadapi kesukaran untuk menyusukan anak mereka setelah menjalani pembedahan. “Setiap kali Azrene menyusukan bayi, saya dan Fazley akan berada di sampingnya untuk membantu. Rupa-rupanya dia langsung tidak tidur semalaman pada hari pertama anaknya lahir kerana terlalu risau. Hinggakan, dia pulang ke rumah dengan mata sembap dan satu ketika sewaktu saya dan dia sedang memerhatikan Azrene menyusukan Payish, dia tiba-tiba terduduk lalu tertidur di kaki katil kerana terlalu letih,” kata ibunya sambil menjeling Fazley yang tersipu-sipu. Bagaimanapun, perkara itu tentunya akan kekal menjadi kenangan terindah buat Fazley yang kini sudah pun betah melakukan rutin seorang bapa seperti bangun pada waktu malam untuk memeriksa dan menukar lampin dan memakaikan bedung buat anak. Malah ujarnya, dia kini sudah mahir hingga mampu menukar lampin anaknya itu dalam keadaan gelap! Lagu buat insan istimewaApalagi yang lebih istimewa buat seorang penyanyi selain mengabadikan lagu buat insan teristimewa dalam hidupnya? Itulah juga yang bakal dilakukan oleh Fazley menerusi album keempatnya yang bakal dikeluarkan selewat-lewatnya penghujung bulan ini. Album ini mempertaruhkan single berjudul Superheromu di samping sebuah lagu ciptaan penulis lirik yang disegani Fazley, Kak Chah (Habsah Hassan) berjudul Rindu Tak Tertanggung. Jika lagu ciptaan Kak Chah ditujukannya khas buat ibu dan isteri, untuk si kecil Payish pula Fazley titipkan lagu nyanyian Cascade, Rhythm Of The Falling Rain yang ditukarkan kepada versi Bahasa Melayu dengan tajuk Melodi Titisan Hujan selain Indah Kernamu yang ditulisnya sendiri khas buat isteri tercinta. “Melihat pengalaman Azrene mengandung banyak menginsafkan saya. Ia sekali gus membuatkan saya cukup menghargai ibu yang mengandungkan saya ketika keadaan keluarga kami susah dari segi kewangan dan hidup,” luah Fazley. Barangkali dek kerana itulah juga, ibunya sendiri memuji Fazley yang disifatkan sangat banyak membantu isterinya dalam keadaan sekarang. Bukan memuji anak sendiri, namun sesiapa sahaja yang menyaksikan gelagat Fazley mengendalikan anak isterinya pasti mengesahkan kenyataan ini. Akui ibunya lagi, bapa Fazley sendiri, Datuk Yaakop Mohammad dahulunya tidak berani memegang anak-anak sebelum berusia tiga bulan kerana risau dan kekok namun Fazley tega melakukan perkara ini kerana mahu berkongsi segala kepayahan bersama isteri. “Apabila isteri saya melahirkan anak menerusi pembedahan, bukan bayi sahaja yang perlu dijaga tetapi isteri juga. Pada waktu malam, ibaratnya tangan kiri saya ini memegang Azrene manakala tangan kanan pula memegang anak kami,” kata lelaki penyayang ini. Beg tangan dari kulit ikan talapiaJika berbual dengan Fazley, pasti ada sahaja projek terbaru yang diusahakannya. Malah jadualnya boleh dikatakan sentiasa penuh dengan pelbagai urusan kerja. Ketika bertemu baru-baru ini pun, Fazley sempat menguar-uarkan projek terbarunya iaitu perniagaan beg tangan dari Indonesia dan skirt labuh serta selendang yang ditempah khas dari Sarawak. Apa yang menarik, beg tangan yang dijualnya diperbuat daripada kulit ikan talapia dan tahan lasak jika terkena air. “Syarikat kami berjaya mendapatkan hak untuk menjual beg tangan ini di Malaysia. Setiap satu beg ini merupakan hasil buatan tangan dan boleh dibeli di laman web www.fazleycollection.com. Selain beg tangan, skirt dan selendang, kami juga bercadang untuk menjual baju-baju bayi secara online menggunakan label Fazley Baby dan gajet-gajet terbaru yang susah untuk diperoleh di negara ini menerusi Fazley Gadjet. Akan datang, saya dan Azrene juga merancang untuk menubuhkan Fazley International Dance Academy memandangkan Azrene mempunyai pengalaman lebih 10 tahun sebagai penari kebudayaan,” ujar Fazley.




Sumber: Sinar Harian 14/11/08