Thursday, November 13, 2008

SERONOKNYA !


SERAMAI 19 pelajar Tahun Enam yang mendapat 5A dalam UPSR menerima habuan wang tunai RM100 daripada pihak sekolah dan PIBG SK Sultan Ismail IV Kota Bharu, semalam

Tak jejas prestasi UPSR

Oleh Khairul Anuar Abdul Samadkrull@bharian.com.my


Selepas enam tahun Matematik, Sains diajar dalam bahasa Inggeris halang calon

KOTA BHARU: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 yang diumumkan semalam membuktikan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2003, tidak menjejaskan prestasi murid.Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, berkata daripada 511,875 sampel calon, 159,234 pelajar atau 31.1 peratus menjawab soalan Sains dalam bahasa Inggeris, berbanding 1,324 pelajar (2007) dan 1,035 pelajar (2006), manakala 108,842 pelajar (21.3 peratus) menggunakan campuran bahasa ibunda, Melayu dan Inggeris.Seramai 238,153 pelajar atau 46.6 peratus pula menjawab soalan Matematik dalam bahasa Inggeris dan 39,570 pelajar atau 7.7 peratus menggunakan bahasa ibunda, Melayu dan Inggeris.“Walaupun jumlah murid yang memperoleh 5A dalam UPSR kali ini menurun, mereka yang memperoleh 4A meningkat manakala calon gagal berkurangan. Secara keseluruhannya, keputusan UPSR tahun ini OK.“Tidak ada keputusan melonjak tinggi atau menurun secara serius, sekali gus menunjukkan selepas enam tahun pelaksanaan PPSMI, ia tidak menjejaskan prestasi murid," katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan (SK) Paloh, Pintu Geng di sini, semalam.Seramai 518,616 calon menduduki UPSR tahun ini dan mereka adalah kumpulan pertama yang terbabit dalam PPSMI sejak Tahun Satu.Hishammuddin berkata, sebelum ini sekolah yang gagal biasanya di pedalaman atau luar bandar serta daif, tetapi tahun ini sekolah di kawasan berkenaan turut mencatat kejayaan.“Ini menunjukkan agenda merapatkan jurang digital tercapai, sekali gus menjayakan matlamat saya untuk ‘meratakan padang permainan’ tadi,” katanya.Beliau bagaimanapun berkata, sama ada PPSMI akan terus dilaksanakan bukan semata-mata bergantung kepada keputusan peperiksaan itu kerana ia memerlukan perbincangan dan kajian menyeluruh."Kementerian sedang meneliti keputusan UPSR dan akan dibentangkan ke mesyuarat meja bulat sebelum sebarang kata putus dibuat. Kita mengambil pendekatan yang realistik dengan mendengar pandangan semua pihak, antaranya ahli akademik serta ahli politik termasuk pembangkang."Saya tidak mahu bersandarkan kepada emosi atau rasional yang tidak berpijak di bumi nyata dalam membuat keputusan mengenai PPSMI kerana yang akan menjadi mangsa adalah anak kita nanti," katanya.

UPSR: Larger number of pupils answering in English


By KAREN CHAPMAN


PUTRAJAYA: Between 31% to 46% of pupils who sat for the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) this year answered the questions set for the Science and Mathematics paper entirely in English.
Education director-general Datuk Alimuddin Mohd Dom said a total of 159,234 pupils answered the Science paper completely in English. For Mathematics it was 238,153.
This is a significant increase compared to last year’s figure of 1,324 for Science and 1,075 for Mathematics.
“The 518,616 pupils who sat for the UPSR this year are the first group to have started studying the two subjects in English since the policy was introduced in 2003,” he told a press conference Thursday after giving an analysis of the UPSR 2008 results at the ministry.
He said pupils had the option of answering the two subjects entirely in English, in Bahasa Malaysia, Chinese/Tamil (mother tongue) or a combination of all three.
Alimuddin said that this year’s UPSR results would be discussed by stakeholders at round table meetings before a final decision to continue teaching Science and Mathematics in English or to revert to Bahasa Malaysia would be made.
Ministry officers would also compile all the data related to the issue including newspaper articles and memoranda received to Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, he added.
“The minister will then bring the matter to the Cabinet for a decision,” he said.
The policy of teaching Science and Mathematics in English was implemented in phases, starting with Year One, Form One and Lower Six in 2003.
Hishammuddin had said that whatever was decided, the ministry would not implement the new policy in January next year as it was too soon.
He said any decision would not affect those already in the system and that it would start with a new group of Year One pupils.
Meanwhile, Alimuddin said the ministry had compared this year’s UPSR results with the last five years’ to compare pupils’ performance.
“The pupils’ UPSR results were better this year compared to the average measured over the last five years,” he said.
He said 9.2% (46,641) scored all As this year compared with an average of 7.8% over the last five years.
The number of pupils who achieved grades A, B and C in all subjects was 62.7% this year compared to the 60.5% average over five years.
Alimuddin said the ministry would not be releasing information on the top pupils and also the states’ results to the public.
“The information will be released to the state education department, district education office and school but we don’t want parents or pupils to feel pressured,’’ he said.


Khamis November 13, 2008


Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak gagal


KOTA BAHARU: Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan sejak 2003 tidak gagal dan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini, membuktikannya, kata Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Katanya, beliau bangga dengan keputusan itu kerana jumlah calon yang lulus dalam semua subjek adalah tinggi walaupun jumlah calon yang mendapat 5A berkurangan sedikit.
"Ini bukti PPSMI ini tidak gagal tetapi saya tidak katakan dasar ini sudah lengkap atau tepat dan ia boleh diperbaiki," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Gang di sini, hari ini.
Hishammuddin berkata demikian mengulas desakan termasuk daripada tokoh akademik yang mahukan subjek Sains dan Matematik kembali diajar dalam Bahasa Malaysia bagi mengelakkan bahasa itu terpinggir.
Pada pengumuman keputusan UPSR hari ini, seramai 46,641 atau 9.2 peratus daripada 518,616 calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimudin Mohd Dom ketika mengumumkannya berkata keputusan itu adalah lebih baik berbanding purata 7.8 peratus yang mencapai keputusan yang sama untuk tempoh lima tahun sebelumnya.
Mengulas perkara itu, Hishammuddin berkata pada UPSR lalu, 57 peratus calon telah menjawab soalan menggunakan Bahasa Inggeris dan ia membuktikan calon juga selesa untuk menggunakan bahasa tersebut dan ia merupakan satu kebanggaan kementerian.
"Jauh sekali untuk kita meminggirkan Bahasa Malaysia ini tetapi pada masa yang sama apa yang Kementerian lakukan adalah mahukan pelajar turut mempraktikkan Bahasa Inggeris demi masa depan mereka," katanya.
Hishammuddin berkata rumusan terhadap keputusan UPSR itu akan dibawa ke persidangan meja bulat yang akan diadakan nanti dan dibentangkan kepada anggota persidangan itu sebelum dibawa ke Kabinet.
"Dasar ini boleh ditukar tetapi saya mahukan semua pihak bersepakat dan tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak selepas ini. Apa pun juga saya minta semua pihak tidak beremosi dalam menyuarakan pendapat," katanya.
Beliau berkata tujuan utama kementeriannya juga adalah merapatkan jurang perbezaan antara tahap pembelajaran pelajar sekolah rendah di bandar dan luar bandar kerana kementerian telah menyediakan yang terbaik agar pelajar di luar bandar mampu berada pada tahap sepatutnya.
Sementara itu, beliau berkata Kementerian Pelajaran juga sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir di beberapa negeri yang lazimnya menghadapi bencana itu.
Katanya kementerian itu akan turut sama membantu pihak berkuasa dalam menyediakan tempat perpindahan serta memberikan khidmat kaunseling kepada pelajar terbabit.
"Kita sudah lancar unit khas di sekolah yang dijadikan pusat pemindahan dan unit ini akan membantu dalam bentuk lain seperti khidmat kaunseling kepada pelajar terbabit dengan banjir," katanya.
Beliau juga berkata kementerian akan memastikan manamana bangunan yang dikategorikan sebagai tidak selamat untuk digunakan akan dibaiki segera bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini kepada pelajar. BERNAMA

Sumber: Berita Harian & The Staronline /mStaronline 14/11/08

No comments: