Thursday, November 13, 2008

TAHNIAH SEMUA


LIMA beradik kembar (dari kiri) Alya Zulaika, Muhammad Azhar, Muhammad Azfar, Muhammad Azzam dan Alya Su'aidah meraikan kejayaan mereka dalam UPSR di Melaka semalam.


NEGARA

UPSR 2008 lebih baik - Ramai pelajar pilih jawab soalan dalam bahasa Inggeris


PUTRAJAYA - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini lebih baik berbanding lima tahun kebelakangan ini dengan jumlah yang mendapat semua A meningkat.Malah, satu perkembangan yang menarik ialah lebih ramai memilih untuk menjawab kertas soalan dalam bahasa Inggeris.Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, daripada 518,616 calon UPSR seramai 46,641 orang atau 9.2 peratus mendapat semua A dalam mata pelajaran yang mereka ambil, berbanding 7.8 peratus lima tahun sebelumnya."Peningkatan juga jelas berlaku pada bilangan calon yang menjawab sepenuhnya soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris meningkat dengan seramai 159,234 pelajar menjawab soalan Sains dalam bahasa Inggeris berbanding hanya 1,324 orang tahun sebelumnya," katanya semalam.Beliau berkata, bagi soalan Matematik, seramai 238,153 pelajar menjawab sepenuhnya di dalam bahasa Inggeris berbanding 1,075 pelajar pada tahun 2007.



NEGARA

Kembar lima jadi kebanggaan keluarga



MELAKA - Biarpun memiliki rupa paras berbeza, lima beradik kembar tidak seiras tetap berkongsi kepintaran yang sama.Ini terbukti apabila tiga daripada mereka, Alya Zulaikha, Muhammad Azfar dan Muhammad Azhar Nuradlan memperoleh 5A dalam UPSR 2008 yang diumumkan semalam.Dua lagi beradik kembar itu, Muhammad Azzam dan Alya Su'aidah pula mendapat 4A dan 1B.Walaupun kembar, mereka lebih cenderung belajar bersendirian daripada secara berkumpulan."Cuma apabila ada perkara tidak faham, kami rujuk antara satu sama lain," kata Alya Zulaikha ketika ditemui selepas menerima slip keputusan itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Datuk Palembang di sini semalam.Alya Zulaikha dan dua lagi adik kembarnya, Muhammad Azfar dan Muhammad Azhar adalah antara 56 murid sekolah itu yang memperoleh 5A.


Sumber: Kosmo 14/11/08

No comments: