Thursday, November 13, 2008

PENGHIBUR SERBA BOLEH MALAYSIA

Assalamualaikum semua…Sihatke? Paknil pun alhamdulillah sihat waalfiat. 6 November yang lalu usia Paknil berganjak lagi ke 46 tahun…Dikesempatan ini Paknil nak ucapakan Terima Kasih sangat kat korang semua yang tak putus2 mengucapkan ucapan selamat hari lahir kat Paknil. Memang terharu sangat. Belum lagi masuk tarikh 6 November pun ada yang dah mula mengucapkan “SELAMAT HARI JADI” buat Paknil.

Pada malam yang sama juga Paknil telah menerima Hadiah Galakan Keterampilan Berbahasa Televisyen 2007 bagi program MACAM-MACAM AZNIL di Majlis Anugerah Citra Wangsa Malaysia 2007 anjuran Dewan Bahasa & Pustaka.

Alhamdulillah pada hari Jumaat yang lalu rancangan MACAM-MACAM AZNIL sekali lagi dinobatkan untuk kali ketiga bagi kategori RANCANGAN BUAL BICARA TERBAIK di Anugerah Skrin 2008. Wow ini satu pencapaian yang amat memberangsangkan buat program ini. Yang best sekali tahun ni paknil berkesempatan untuk naik ke pentas menerima anugerah tersebut. Ye la masa program ni menang pada tahun yang lepas2 Paknil tak dapat hadir ke acara tersebut.
Majlis yang berlangsung dengan cukup meriah di Dewan Merdeka,Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Tema majlis tersebut DIAMOND Memang berkilauan semua tetamu yang hadir. Paknil pun tak melepaskan peluang nak pakai baju yang berkilau jugak hahahh. Sekali lagi Paknil telah menggunakan kreativiti melekatkan batu2 berkilau kat baju yang paknil pakai malam tu. Hasilnya yang anda semua tengok malam tu.Ada yang nak tempah ker? hahaahah.
Kedua-dua kejayaan ini merupakan hadiah hari lahir Paknil yang paling bermakna. Syukur di atas kejayaan kedua-dua anugerah tersebut. Kenangan ini memang tak dapat Paknil lupakan. Insyallah kejayaan ini memberi semangat untuk Paknil terus berkarya dengan lebih kreatif lagi selagi anda semua menyokong kerja2 yang paknil lakukan.


Aznil Berhajat Tunai Haji Tahun Ini


KL, 19 SEPT 2008: Semalam, Murai Batu melepak dengan seorang kawan lama. Macam-macam cerita yang Murai Batu dengar tentang artis kita. Ia bukanlah cerita yang tidak elok tapi sejuk telinga ini mendengarnya. Ia tentang artis kita yang sekarang sudah banyak yang terbuka hati untuk melaksanakan umrah dan haji di Tanah Suci, Makkah. Teringat Murai Batu dengan kata-kata seorang ustaz; walaupun pekerjaan sebagai anak seni ini selalu dipandang hina oleh sesetengah masyarakat, orang seni jugalah antara golongan paling mudah mendapat taufik dan hidayah daripada Allah SWT. Ini kerana Tuhan itu Maha Adil.Walaupun ada sesetengahnya belum sempat mengerjakan umrah dan haji, ramai juga artis sudah berhijrah dari segi imej serta penampilan. Antara artis yang sudah berhijrah adalah Noorkumalasari, Azmil Mustapha, Sheqal, Amy Search, Sabree Fadzil, Wardina Saffiyah, Hattan serta yang terbaru, Nora.Bercakap tentang ibadah haji, dengar cerita, pengacara kesayangan adik-adik, Aznil Hj Nawawi, akan mengerjakan haji pada hujung tahun ini. Murai Batu tidak pasti Aznil akan pergi dengan siapa tetapi dia khabarnya sudah membuat persiapan apa yang patut.Alhamdulillah, akhirnya Aznil terbuka hati untuk mengerjakan haji selepas menunaikan umrah beberapa bulan lalu. Melihat rezekinya yang melimpah ruah, sememangnya Aznil mampu menunaikan haji, cuma kata orang, menunggu seru.MURAI BATU: Suka ambil berkat dari mereka yang pulang dari Tanah Suci.


Sumber: Murai.com.my/ 19-Sep-2008 Oleh: Murai Batu

No comments: