Sunday, January 11, 2009

HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN

TEMUI DAFI DAN ERRA FAZIRA -Sumber foto Friendster FWC

Lelong Amal Suria FM bermula 17 Januari 2009


Oleh Suzan Ahmad


TIRAI 2009 terus menyaksikan siri jelajah promosi stesen radio Suria FM kembali lagi. Kali ini, ia tampil dengan konsep lebih berbeza iaitu cenderung ke arah memenuhi tanggungjawab sosial dan paling penting, tetap dengan elemen menghiburkan. Pegawai Perhubungan Awam Kanan Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali dengan DJ Lin ketika dihubungi B*Pop menjelaskan, siri jelajah Suria FM kali ini bukan saja bertujuan mendekatkan pendengar dan peminat dengan artis pujaan mereka sambil berhibur tetapi juga beramal menerusi Lelong Amal yang akan dianjurkan di setiap destinasi. “Pada tahun ini, krew Suria FM bakal singgah ke sembilan lokasi di Semenanjung Malaysia termasuk Kuantan, Alor Star, Sungai Petani, Taiping dan Kuala Terengganu. Destinasi siri jelajah Lelong Amal Suria FM akan menyingkap tirainya pada Sabtu, 17 Januari, jam 8 hingga 10 malam di Mydin USJ, Subang Jaya, Selangor,” katanya.
Lokasi pertama siri jelajah Suria FM ini bakal dimeriahkan dengan kehadiran artis popular seperti Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Diana Danielle, Dafi, Imran Ajmain, Farah Ashikin dan ramai lagi.
Hasil lelongan akan diserahkan kepada wakil dua rumah kebajikan yang dipilih iaitu Rumah Nur Salam iaitu rumah perlindungan bagi kanak-kanak terbiar di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur dan Pusat Penjagaan Pernim, pusat yang menjadi tempat perlindungan kanak-kanak dihidapi HIV Aids. “Kami terharu dengan komitmen dan kerjasama diberikan artis yang bakal muncul di Mydin USJ, Sabtu akan datang memandangkan ada di antaranya yang punya komitmen lain masih sanggup datang semat-mata untuk menjayakan program Lelong Amal yang dianjurkan suria FM,” jelasnya. Selain sanggup mendermakan barangan peribadi bernilai seperti baju, beg tangan, kasut dan pelbagai lagi barangan peribadi, artis akan turut mendendangkan lagu popular. “Erra Fazira yang sedang sarat mengandung tujuh bulan pun sanggup hadir untuk memberikan sokongan selain mendermakan barangan peribadi untuk dilelongkan, begitu juga Dayang Nurfaizah yang sanggup hadir walaupun terpaksa bergegas ke persembahan lain selepas acara Lelong Amal demi untuk menghiburkan pengunjung,” kata Lin. Untuk itu, jangan ketinggalan menyemarakkan lagi siri jelajah dan Lelong Amal Suria FM pada Sabtu ini, 17 Januari ini bermula jam 8 malam bertempat di Mydin USJ.



Sumber : Bintang Popular Berita Minggu 11/01/09

2 comments:

nadia said...

x dpt pegi lew..rugi yer nak sgt tgk erra..sakura u pegi x..ari tu kat summit usj i gi semata nak tgk erra penat tunggu tp erra x dtg lew frust i ..

Sakura said...

xpe la..ada hal lain