Tuesday, February 17, 2009

BERTUAH BAKAL ANAK ERRA !

Agak - agak ikut muka siapa la anak Erra Fazira ni ye ??? muka mama @ papa yang cute tu:-)


Sumber foto - Mighibur portal
ARKIB : 26/01/2009



Anak Erra ‘dilamar’ David Teo?


Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED


BIARPUN belum lagi melahirkan cahaya mata, anak yang dikandung aktres jelita Erra Fazira khabarnya sudah dilamar penerbit filem terkenal, David Teo untuk beraksi dalam drama bersiri Mertua vs Menantu musim kedua.Musim pertamanya yang ditayangkan di saluran Prima (saluran 105, Astro) pada setiap Rabu, pukul 10 malam bermula 22 Oktober lalu mencatat rating tertinggi apabila menerima sebanyak 880,000 jumlah penonton. Berikutan rekod yang membanggakan itu, MIG Production Sdn. Bhd. yang diterajui David diberi kepercayaan untuk menerbitkan musim keduanya dengan tambahan 26 lagi episod.Kemunculan bakal cahaya mata Erra di kaca televisyen menerusi Mertua vs Menantu 2 dijangka mampu meningkatkan lagi rating jumlah penonton drama bersiri berkenaan.Masakan tidak, pastinya ramai penonton yang tidak sabar untuk menatap wajah anak sulung Erra, hasil perkahwinannya dengan Ketua Pegawai Eksekutif Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin.Sementelah, kandungan Erra kini sudah pun memasuki ke bulan ketujuh dan bekas ratu cantik negara itu dijangka melahirkan anak sekitar Mac ini.“Saya sudah pun memaklumkan perkara itu kepada Erra. Jika setuju, pengambaran akan bermula sebaik Erra bersalin,’’ kata David ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Jangan Pandang Belakang di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.Mertua vs Menantu diarahkan oleh Mohamed Feroz Abd. Kader Sahib dan dibintangi oleh Erra Fazira, Aqasha, Rozie Othman, Raja Farah serta ramai lagi.Menurut David, untuk musim kedua, ia akan memaparkan babak Erra sedang mengandung dan penjagaan anaknya selepas bersalin. “Dengan membawa anaknya bersama dalam Mertua vs Menantu 2, ia secara tidak langsung akan memudahkan Erra untuk menjaga anak sulungnya itu di lokasi pengambaran,’’ jelasnya.Sementara itu, selain Mertua vs Menantu, David berkongsi kegembiraan apabila drama bersiri Intan Asmara yang ditayangkan di TV3 terbitan MIG mencatat jumlah 2.8 juta penonton.




Sumber : Utusan Online


No comments: