Monday, February 23, 2009

BUDAK SETINGGAN MENANG OSCAR


PELAKON kanak-kanak filem Slumdog Millionaire, Azharuddin Mohammed Ismail (kiri) dan Rubina Ali bersama pengarah terbaik filem itu, Danny Boyle pada majlis penyampaian Anugerah Academy di Hollywood, semalam.Filem bajet rendah, Slumdog Millionaire yang menampilkan aktor serta aktres bukan pilihan membuktikan bahawa dua faktor itu bukan penentu bagi meraih lapan anugerah berprestij di Hollywood.


Slumdog Millionaire raih 8 Oscar

LOS ANGELES 23 Feb. - Filem bajet rendah, Slumdog Millionaire yang menampilkan aktor serta aktres bukan pilihan membuktikan bahawa dua faktor itu bukan penentu bagi kejayaan meraih anugerah paling berprestij di Hollywood; Anugerah Academy.Ia terbukti apabila filem itu menyapu bersih lapan kategori Oscar, termasuk Anugerah Filem Terbaik, Anugerah Adaptasi Lakon Layar, Sinematografi, Pengadun Bunyi, Skor Asli, Suntingan Filem dan Pengarah Terbaik melalui Danny Boyle.Filem yang dihasilkan oleh pengarah Britain, Boyle, yang penggambarannya dibuat di Mumbai ini menggambarkan kehidupan sebenar masyarakat India yang tidak boleh lari daripada kemiskinan.
Dengan naratif yang ringkas, Slumdog Millionaire yang diadaptasi daripada novel Q & A karya penulis India yang juga seorang diplomat, Vikas Swarup berjaya mengetepikan filem romantik lakonan Brad Pitt, The Curious Case of Benjamin Button yang sebelum itu mendahului senarai pencalonan Anugerah Academy dengan 13 pencalonan.
Slumdog Millionaire menceritakan kisah seorang kanak-kanak lelaki, Jamal Malik yang menyertai pertandingan Who Want's To Be A Millionaire? di India.Walaupun tidak tahu membaca dan menulis, Jamal akhirnya menjangkaui pemikiran ramai apabila berjaya memenangi pertandingan itu, sekali gus menjadikan dia seorang jutawan muda.Bagaimanapun, kejayaan Jamal itu dipersoalkan, menyebabkan dia terpaksa berdepan dengan siasatan undang-undang.
Setelah ditayangkan di Festival Filem Telluride dan Festival Filem Antarabangsa Toronto, Slumdog Millionaire menemui penonton di Amerika Utara pada 12 November 2008, dibawakan oleh syarikat Fox Searchlight Pictures dan Warner Bros.
Filem itu mendapat pujian ramai dan terus ditayangkan di beberapa negara termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat (AS) dan Mumbai pada Januari lalu.
Dibarisi pelakon Bollywood seperti Dev Patel, Madhur Mittal, Freida Pinto, Irrfan Khan dan Anil Kapoor, Slumdog Millionaire, sebelum ini pernah memenangi empat anugerah utama di Golden Globe, sekali gus melayakkannya menyertai senarai Anugerah Academy.

Filem itu turut meraih tujuh anugerah di British Academy of Film and Television Arts (BAFTA). - Agensi


Sumber:Utusan online 24/2/09

No comments: