Monday, February 2, 2009

LAGU AKHIR DRAMA MERTUA VS MENANTU

Erra Fazira
Dengarnya...: Single pertama Erra mula diputarkan
CAKAP mengenai ABPBH 2008 Untuk Gaza, dalam sarat mengandung, esok Erra Fazira dan suaminya Engku Emran akan turun padang pada sebelah petang untuk sama-sama melelong barang bagi menyalurkan ke Tabung NSTP Untuk Gaza. Tengok betapa kuat komitmen Erra, dia sanggup datang memeriahkan majlis juga. Cik Normah tengok Erra bukan main berseri-seri dengan kandungannya kini yang sudah mencecah lapan bulan. Insya-Allah hujung Mac nanti Erra dijangka melahirkan bayi sulungnya. Cik Normah dapat tahu syarikat rakaman naungan Erra kini iaitu Suria Records sudah mula memutarkan lagu pop berjudul Ku Terima. Lagu itu hasil ciptaan komposer Sharon Paul dan liriknya nukilan Fitri. Baguslah macam itu, setidak-tidaknya peminat Erra masih dapat melepaskan rindu terhadap lagu nyanyiannya. Kalau tak silap Cik Normah, proses penghasilan album Erra akan bermula sekitar Jun ini, selepas Erra selesai berpantang. Klip video lagu ini juga siap dirakam dan menunggu masa untuk disiarkan di kaca TV.

Sumber : 30 /1/09 Berita Harian

No comments: