Tuesday, February 10, 2009

SUSAH SENANG BERSAMA

KEJUTAN sambut hari lahir Erra Fazira dan sambutan kelahiran bayi bersama yang diadakan baru-baru ini bersama suami tercinta

Dengarnya... Tabik sikap profesional Erra Fazira

Oleh Normah Becok


MISTERI 'kehilangan' pengurus Erra Fazira, Syed Abu Bakar nampaknya semakin hangat diperkatakan. Macam-macam versi kisah yang Cik Normah dengar mengenai Syed. Tetapi yang Cik Normah nak sentuh kali ini bukan mengenai Syed, tapi mengenai sikap Erra sendiri yang wajar Cik Normah puji. Dalam kekalutan pihak media mempersoalkan ke mana Syed menghilangkan diri walaupun sebenarnya Syed tak ke mana pun, masih ada di Malaysia, Erra masih tegar berahsia dan menjaga nama baik Syed. Inilah yang Cik Normah suka kerana dalam apa juga keadaan, baik atau buruk, kita tetap cuba untuk tidak membuka pekung sesiapa pun.Kawan Cik Normah yang pernah bertanyakan Erra mengenai perihal Syed, tapi dibalas dengan jawapan yang profesional tanpa menghiris hati mana-mana pihak. Tak dinafikan dulu Syed antara insan yang menaikkan nama Erra dan terus berada pada landasan yang sebenar. Hubungan mereka memang rapat dan macam adik-beradik. Kalau sebut Erra, nama Syed pasti diingati. Cik Normah yakin jasa Syed terhadap Erra memang banyak. Tapi apabila mendengar cerita yang timbul membuatkan Cik Normah terkasima seketika. Khabarnya Erra terpaksa membuat langkah berani untuk mendapatkan pengurusan baru termasuk menggunakan khidmat Vernon Kedit Jolly buat sementara waktu. Cik Normah yakin Erra sendiri pasti sedih mengenangkan masalah dan nasib yang terpaksa ditanggung Syed kini. Sayangkan, mereka sama-sama meniti kehidupan dunia seni bersama-sama tapi pengakhirannya lain sekali dan di luar bidang kuasa mereka.Beginilah, kawan sesama senang mungkin ibarat memetik jari. Tapi kawan sama-sama susah belum tentu boleh dicari. Seburuk mana pun kawan atau orang yang kita sayangi, sewajarnya kita menyembunyikannya sedaya mungkin. Perkara ini dibuktikan Erra yang sedang sarat mengandung dan dijangka melahirkan anak sulungnya pada 25 Mac ini. Kasihan Erra, Cik Normah harap, hal yang dialami Syed tidak akan menjejaskan fikiran dan kandungannya.

Sumber : Berita Harian 11/2/09

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Hip/20090211060821/Article/

No comments: