Monday, November 17, 2008

APABILA RATU CANTIK BERTUDUNG....ADUH! JELITANYA:-)


CANTIKNYA ERRA & AHSU PAKAI TUDUNGKAN??


Salam....Terlebih dahulu nak bagi tahu, saya bukanlah individu parti pembangkang ye.Hari ni tetiba je nak tengok sikit pandangan mereka tentang isu semasa sekarang dan tetapi ingin saya tegaskan saya sekadar suka melayari website atau Blog yang ada di internet itu UNTUK BERFIKIR SEJENAK dan tiada niat lain ok.Sebagai individu yang belajar tentang 'MANUSIA' saya harus melihat dari semua sudut pandangan manusia tanpa mengira parti politik dan sebagainya.Nak dijadikan cerita, baru - baru ni tergerak la hati nak layari website Harakah Dally.Net, tetiba ada satu artikel yang menarik minat saya untuk terus membacanya apabila nama artis terkenal Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Erra Fazira turut ada dalamnya...Nampaknya dua nama popular ini tetap menarik perhatian semua tidak kira siapakan:-)


Erra Fazira, Siti Nurhaliza bila lagi nak bertudung?


Ayob Fri Oct 26, 07 4:18:35 pm


Sejuk mata memandang melihat gambar penyanyi Erra Fazira bertudung litup dihari pernikahannya dengan Engku Emran yang berlangsung malam tadi.Pernikahan penyanyi dan pelakon popular itu selain membina satu ikatan suci sekaligus menutup segala gossip dan cakap-cakap terhadapnya selama ini.Seperkara yang menarik perhatian apabila melihat gambar-gambar pernikahan Erra yang disiarkan akhbar, pakaian Erra di hari pernikahan. Bukan untuk mengungkit kisah lalu Erra tetapi sekadar renungan bersama.Jika dalam perkahwinan pertamanya Erra hanya menutupi rambutnya dengan selendang di hari pernikahan walaupun pernikahannya diadakan di sebuah masjid, nampaknya pernikahannya kali ini Erra nampak lebih sopan dan memenuhi ciri-ciri seorang muslimah dengan bertudung litup walaupun pernikahannya diadakan di sebuah restoran.Saya percaya di kalangan peminat ataupuan sesiapa sahaja yang melihat gambar-gambar ayu Erra ini mengharapkan Erra terus kekal bertudung. Walaupun Erra tidak pernah membuat 'perjanjian' akan memakai tudung sebaik sahaja berkahwin sebagaimana penyanyi tersohor Siti Nurhaliza, di harap tidak salah rasanya Erra menunaikan tuntutan agama ini.Dan mungkin peminat Erra akan terus tersenyum sekiranya di majlis persandingannya nanti yang berlangsung 3 November depan, Erra akan tampil ayu bertudung walaupun dengan fesyen pengantinnya.Jika Siti Nurhaliza di hari pernikahannya bertudung litup, ramai memuji Siti dan mengimpikan Siti akan mengotakan janjinya. Namun sayang seribu kali sayang, sehingga hari ini, penyanyi yang mula menerjah ke dunia pementasan teater ini masih lagi berdansa dengan pelbagai gaya fesyen rambutnya. Aduhai Cik Siti... Mungkin tidak salah jika ada yang bertanggapan Siti bertudung litup dihari pernikahannya sekadar untuk menghormati kemuliaan masjid.Seolah-olah menjadi trend, selepas Siti Nurhaliza bertudung di hari pernikahannya, maka artis lain serta kalangan peminatnya juga tidak lupa menempah sehelai tudung yang comel untuk dipakai di hari pernikahan. Adakah ini juga salah satu daripada ideologi Islam Hadhari ciptaan Perdana Menteri kita? Dan diharap dalam situasi Erra ini, Erra bukan mengikut trend Siti Nurhaliza,Teringat saya pelakon Wilma Mohamad yang sebelum perkahwinannya cukup terkenal dengan gaya manja dan seksi.pelakon filem Pasrah ini membuat peminatnya terkejut apabila di majlis resepsinya beliau bertudung litup.Dan Wilma bukan sekadar suka-suka atau berfesyen untuk hari perkahwinannya, namun meneruskan niat murninya itu sehingga hari ini.Dalam hal ini mungkin masyarakat kita lebih takut kepada tempat-tempat dan bulan tertentu dalam Islam tetapi tidak takut kepada Allah.Jika ada wanita yang bertudung sewaktu hari pernikahannya mungkin untuk memuliakan masjid dan ada yang bertudung di bulan Ramadan hanya untuk menghormati bulan yang suci, alangkah baiknya jika kekal anggun menutup aurat.Untuk Erra dan pasangannya diucapkan tahniah dan semoga berkekalan sehingga ke anak cucu.Sungguhpun ini merupakan perkahwinan kedua Erra, Erra juga berhak mengecapi kebahagiaan seperti orang lain. Usah dikenang lagi perkara yang sudah berlalu. Bukalah lembaran baru dengan penuh ketabahan.Diharap Erra betul-betul ikhlas dengan sedikit perubahan yang dilakukannya. Bukan sahaja bertudung litup di hari pernikahan, meminta al- Quran sebagai hantaran, bahkan difahamkan juga tetamu yang hadir di majlis tersebut dihadiahkan dengan sebuah kitab yang mengandungi ayat tafsir al-Quran dan doa-doa harian. - mr_


No comments: