Thursday, November 6, 2008
' BEBAS' BIARKAN SEKADAR KAWAN
Hari ni selain selesai exam...rasa lega dan bebas teramat sangat( walaupun ada lagi dua paper tahap kronik juga minggu depan).Takpelah rehat otak jap:-).Selama ini rasa bersalah sangat kepada seseorang yang saya gelarkan sebagai Mr H...(ala - ala misteri gitu.hahaha).
Ok...selama hampir setahun saya mengenali mamat ni...( ni pun sebab kawan dia punya kawan bagi no phone saya kat dia) memang tak pernah langsung bercakap di telefon apatah lagi nak berjumpa.
Walaupun dia sering meminta kebenaran untuk menelefon dan berjumpa dengan saya, tetapi hati ini masih belum terbuka untuk masuk ke 'fasa' seterusnya selain berborak - borak hanya menggunakan 'SMS'.
Minggu exam ini memang kami sudah lama tidak berSMS, sebab saya sendiri yang memberitahunya akan kesibukan saya untuk menghadapi exam selama beberapa hari ni.
Semalam tak semena - mena dia hantar SMS dan ingin memberitahu sesuatu.Walaupun dia tidak mahu menyatakan sekarang takut menganggu saya masa exam tetapi saya nak tahu juga.So malam tadi terungkailah segala persoalan.
Rupanya dia nak jadikan saya sebagai 'adik angkat'.Huh!! lega rasanya dengar jawapan itu dan memang itu saya harapkan.Bukan tidak mahu melibatkan hati dan perasaan, tetapi rasanya itu yang terbaik..Teman tapi mesra.Sekadar hubungan seperti 'Abang dan adik'.
Walaupun selama ini dia sering 'mengungkapkan' perkataan 'SAYANG' kepada saya, tetapi saya tak pernah membalasnya dan sekadar tersenyum sahaja.Entahlah...mungkin bukan ditakdirkan saya dengannya.Namun saya optimis dan positif.....
Malah saya pun tak pernah meletakkan apa - apa harapan dan sering memberitahunya jangan terlalu mengharap.Semuanya berbalik kepada -Nya.
Andai kata dia sudah bertemu wanita yang terbaik untuknya..sayalah orang paling gembira untuk abang angkat saya tu.hehehehe!! ...
Lagipun dia sudah berkerja dan mungkin berbeza pendirian orang yang masih belajar...Masih banyak yang ingin dicapai....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment