Tuesday, November 4, 2008

TAHUKAH ANDA??

Sumber foto :epg Berita Harian.Shayna seronok bermandi peluh.Peluh main ok kot


Berpeluh tanda tidak serasi


WASHINGTON: Satu kajian terbaru mendapati jika seseorang berpeluh ketika berbicara dalam suasana romantik dengan pasangannya, ia adalah petanda si dia bukan pilihan yang tepat.Ketua kajian itu, Glenn Roisman dari Universiti Ilinois berkata, peluh adalah satu-satunya 'fenomena' yang perlu dikenal pasti seseorang untuk menentukan masa depan perhububungannya dengan si dia.Kajian beliau dan kumpulannya disiarkan dalam edisi terbaru Journal of Social and Personal Relationships.Roisman berkata seseorang yang berpeluh ketika bercakap dengan kekasihnya memberi isyarat dia sedang berusaha mengawal dan menyembunyikan sikap dirinya yang sebenar, menyebabkan perasaannya bercelaru.“Kadar denyutan jantung kencang akibat perasaan gugup dan bercelaru ditunjukkan oleh peluh yang mengalir dari liang roma kulit dan keadaan ini sekali gus membuktikan bahawa seseorang itu tidak mempunyai keyakinan diri.“Ia juga menjadi salah satu petanda bahawa masalah akan wujud jika perhubungan diteruskan, termasuk kemungkinan berlaku perpisahan dan perceraian,” katanya. – Agensi


Sumber : Berita Harian 3/11/08

No comments: