Mertua vs Menantu catat rating tinggi
Thursday, November 13, 2008
MEMANG BEST !!
Khairul Anwar (dua dari kiri) bersama para pelakon dan krew produksi Mertua vs Menantu pada majlis bertemu media di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mertua vs Menantu catat rating tinggi
Oleh NOR FADZILAH BAHARUDINfadzilah.bahar@utusan.com.my
KONFLIK antara mertua dan menantu bukanlah satu senario yang asing bagi masyarakat kita.Dan kerana itu, subjek tersebut diangkat sebagai permasalahan utama drama bersiri Mertua vs Menantu terbitan MIG Productions yang disiarkan di saluran Prima (saluran 105, Astro), setiap Rabu pukul 10 malam.Mula bersiaran sejak 22 Oktober lalu, episod pertamanya berjaya menarik minat penonton dan sekali gus membuatkan drama bersiri tersebut mencatat rating tertinggi di saluran itu.Persoalannya, apakah faktor yang mendorong kepada situasi itu?Barangkali juga, faktor kemunculan pertama aktres jelita, Erra Fazira mengundang kejayaan tersebut selain jalan cerita drama itu mempunyai kekuatan yang bukan sedikit.Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Khairul Anwar Salleh, pihaknya juga tidak menduga dengan situasi itu.Namun beliau tidak menafikan antara faktor utama penyumbang kepada kejayaan itu ialah plot cerita sedemikian antara yang amat diminati oleh masyarakat tempatan mahu pun luar.“Sebenarnya genre cerita sebegini memang diminati ramai. Ia juga berlaku di India, tiga drama yang mencatat rating tertinggi merupakan drama yang menampilkan permasalahan ini.“Drama sebegini juga mendapat rating tertinggi di Asia. Itu yang memberi idea kepada kami untuk menghasilkan drama bersiri seperti ini,” jelasnya. Mengakui resipi tersebut antara yang terbaik bagi memikat hati khalayak tempatan, jelas Khairul Anuar, hanya cara penyampaian dan persembahan sahaja berbeza.“Genre drama sebegini banyak disiarkan di negara luar. Kita ambil idea tersebut tapi kita sampaikan mengikut selera dan kehendak tempatan agar lebih dekat dengan masyarakat kita,” ujarnya lagi.Mertua vs Menantu diarahkan oleh Mohamed Feroz Abd Kader Sahib, dan dibintangi oleh Erra Fazira, Aqasha, Rozie Othman, Raja Farah, dan ramai lagi.Tambah Khairul lagi, drama bersiri 26 episod itu dijangka mampu menarik lebih ramai penonton kelak.Sementara itu, Erra Fazira bersetuju bahawa faktor utama kejayaan drama bersiri itu disebabkan oleh jalan ceritanya yang menarik.“Saya terima untuk berlakon drama ini pun kerana skrip dan cerita yang menarik.“Jadi apabila diberitahu ratingnya tinggi saya yakin antara faktor penyumbang ialah jalan cerita yang baik dan dekat dengan hati peminat jadi agak mudah untuk diterima,” jelasnya.Mengenai kehadirannya sebagai faktor drama itu mendapat perhatian ramai, Erra berkata: “Semua pihak memainkan peranan yang penting. Jika ada yang cakap macam itu saya berterima kasih. Tapi bagi saya jalan cerita yang menarik antara sebab utama ia disukai ramai selain kekuatan para pelakonnya.”Membawakan watak Nurul Ain, jelitawan yang kini sarat hamil anak sulungnya berkata, dia amat bersyukur kerana perkembangan plot cerita dan dirinya seiringan.Menurut Erra, tiada sebarang kepayahan dirasainya sepanjang di lokasi meskipun kini kandungannya berusia lima bulan.“Saya bersyukur tiada masalah atau alahan yang saya hadapi. Jadi saya dapat melunaskan tugas-tugas saya dengan baik.“Saya sendiri tak mahu keadaan diri saya membuatkan penggambaran tergendala atau sebagainya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,” kata wanita berusia 34 tahun ini.Sementara itu, bagi Aqasha yang membawakan watak Rosyam pula memberitahu, tiada sebarang masalah yang dihadapi sepanjang bergandingan dengan aktres jelita itu meskipun dia kini berbadan dua.“Saya senang bekerja dengan Erra dan dia seorang yang profesional. Dia tahu apa yang patut dilakukan semuanya berjalan dengan baik,” katanya.Bercerita lanjut mengenai watak Rosyam seorang pemuda yang sentiasa dikawal oleh ibunya dalam ketawa besar Aqasha berkata: “Dalam dunia realiti saya bukan sebegitu. Saya masih bebas untuk membuat keputusan oleh orang tua saya.”
Sumber: Utusan Malaysia 13/11/08 Foto: Utusan, Mstaronline, Mangga Online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment