Tuesday, November 4, 2008
CINTA VS CERAI !!!
Adakah Harapan Bagi SebuahPerkahwinan Yang Berkekalan?
Nasihat bagi perhubungan berikut akan membantu anda mengurangkan masalah perkahwinan dan mengekalkan daripada menjadi statistik perceraian.
Oleh Dennis Rainey
Seorang wanita mengongsikan dengan saya mengenai pandangannya tentang sebuah perkahwinan:"Saya seolah-olah sedang meninjau sebuah padang gurun dengan sebuah teropong. Setiap tempat yang saya lihat saya nampak tubuh-tubuh yang kaku dalam pelbagai peringkat kematian dan sedang mati - perceraian, perpisahan, penderaan dan perhubungan yang musnah, pelbagai jenis kemusnahan. Selepas memandang semua ini saya menanya diri saya sendiri, Kenapa saya mahu memulakan perjalanan itu?"Ramai pelajar hari ini bertanyakan soalan yang sama. Walaupun jauh di dalam hati, mereka menginginkan satu hubungan yang selamat dan bahagia, mereka takut akan perkahwinan. Seorang pengantin lelaki yang baru berkahwin berkata dalam rencana Newsweek: "Saya telah melihat kehancuran dalam perkahwinan orang tua saya, dan saya tidak pasti sama ada saya dapat mengekalkan sebuah perkahwinan itu."1Keputusan Kadar Statistik Perceraian yang TinggiBelum ada generasi yang menjangkau usia perkahwinan yang pernah menanggung beban berkaitan dengan perpecahan keluarga. Di Amerika lebih dari satu juta kanak-kanak mengalami perpecahan dalam keluarga mereka setiap tahun.2Sejumlah besar para pelajar ingat pengalaman-pengalaman seperti ini:Mary: Suatu petang dia pulang ke rumah dari sekolah dan berjumpa dengan bapanya yang keluar dari pintu rumah dengan membawa sebuah beg. Dia meninggalkan keluarga, "Saya akan pulang untuk melihat kamu, Sayang," katanya. Bapa Mary mencium dahinya dan pergi. Sejak hari itu dia tidak melihat bapanya lagi.Robert: Orang tuanya bercerai apabila dia berumur lima tahun. Dia tinggal dengan ibunya yang berkahwin dengan tiga orang lelaki lagi dan dia seorang pemabuk. Bapa tirinya yang pertama memukul dia suatu ketika apabila dia tertumpah minuman di dalam kereta.Carrie: Orang tuanya masih berkahwin tetapi mereka sangat menumpukan perhatian terhadap pekerjaan mereka. Bapa dan ibunya jarang menghadiri konsert orkestranya semasa di sekolah menengah, dan sekarang dia sudah menuntut di sebuah kolej, dia jarang sekali bercakap dengan mereka. Mereka hanya berkomunikasi melalui email atau mesin menjawab pesanan.Philip: Waktu masih di sekolah menengah rendah Philip terjaga pada suatu malam oleh satu bunyi pertengkaran orang tuanya. Dia terdengar satu bunyi hentakan dan teriakan. Philip terjumpa ibunya di ruang dapur berlumuran darah kerana terluka oleh pisau. Philip menelefon polis dan mereka menahan bapanya. Philip, ibunya dan dua orang adiknya tinggal di sebuah pondok. Dia tidak tahu di mana bapanya berada.Anda mungkin mengenali orang seperti Mary, Robert, Carrie dan Philip. Anda sendiri mungkin ada pengalaman yang serupa dengan mereka atau yang lebih teruk. Mungkin di rumah anda sedang hangat dengan konflik, tidak harmoni, dan kacau-belau. Oleh itu, anda telah mulai berfikir sama ada anda harus kahwin atau tidak .. anda tidak mahu hubungan anda berakhir dengan kesakitan dan kekecewaan, dan menyebabkan bencana emosi pada anak-anak anda sendiri. Anda sukakan idea di mana anda berkongsi hidup dengan seseorang yang mengasihi anda, tetapi and jujur, perkahwinan itu sangat menakutkan. Anda mungkin bertanya kepada diri sendiri, "Apakah saya akan mempunyai keluarga yang lebih baik daripada keluarga saya? Apakah saya boleh mengalami sebuah perkahwinan dan keluarga yang sihat dan bahagia?"Jawapan yang tepat ialah 'ya'.Semenjak tahun 1976 saya pernah bekerja dengan sebuah organisasi yang membantu keluarga-keluarga dan telah melihat beribu-ribu perkahwinan yang nampak seperti tidak ada harapan. Tuhan ada cara untuk orang yang berpecah-belah supaya mengalami satu hubungan yang sempurna. Lebih banyak mengenai ini selepas ini.Masalah--Bernilai bagi PerkahwinanDengan segala masalah dan kesakitan, mengapa orang masih mahu berkahwin? Walaupun perkahwinan menerima banyak khabar yang tidak baik kebelakangan ini, pernikahan masih lagi satu amalan yang popular. Tinjauan Louis Harris baru-baru ini menemukan ada 96% pelajar-pelajar kolej mahu kahwin atau telah berkahwin. Sembilan puluh tujuh peratus setuju dengan pernyataan ini - "Memiliki hubungan yang erat dalam sesebuah keluarga adalah kunci kepada kebahagiaan."3Walaupun kira-kira satu daripada empat orang Amerika dewasa berumur lapan belas tahun dan yang lebih tua telah bercerai4, kemungkinan untuk memiliki satu perkahwinan yang baik dan berkekalan membuatkan hampir semua orang ingin mencubanya. Namun kenapa perkahwinan sangat menarik?Kebenarannya ialah orang tidak suka bersendirian. Walaupun kita mendapat keuntungan dengan "melakukan hal kita sendiri" dan tetap mempertahankan hak-hak individu, kita semua ingin merasa selamat dan kehangatan sesuatu hubungan yang intim dengan seseorang yang tergila-gilakan diri kita. Kita mungkin kata, "mahu bersendirian" dan inginkan "sesuatu ruang" tetapi keinginan kita yang kuat ialah untuk berkongsi sesuatu ruang itu dengan seseorang yang mengasihi kita.Walaupun tarikan seksual adalah satu bahagian yang penting bagi keinginan keintiman kita, keinginan untuk berhubung secara mendalam dengan peribadi yang lain bukan hanya mengenai seks. Keinginan yang membara untuk dikenali dan dihargai oleh seseorang yang lain adalah bagaimana kita direkabentuk pada asalnya.Sebab-sebab Kadar Statistik PerceraianMengapakan sangat ramai orang, yang mahu dan perlu menjadi rapat kepada seseorang, berakhir dengan perceraian, adakah ia selalunya dikuasai oleh kemarahan dan kekecewaan? Ramai yang perkahwinannya berusaha untuk mencapai ikatan yang kuat dan berpanjangan berdasarkan kepada emosi semata-mata. Dalam kebanyakan perhubungan kasih dan penerimaan berterusan selagi pihak yang lain mencapai tahap pengharapan tertentu. Jika perasaannya hangat, sepasang suami-isteri itu boleh menikmati keberadaan satu sama lain disisinya, tidak mempedulikan hal-hal yang merunsingkan atau memalukan pasangannya, berkomunikasi secukupnya, dan masih meluahkan perasaan sayang.Tetapi apabila perasaan menjadi sejuk, satu atau kedua-duanya merasa tidak ada ruang atau kemampuan untuk mengasihi sebagai orang yang tidak sempurna. Sekarang keperluan tidak dipenuhi, yang menyebabkan hati terluka, membawa kepada mempertahankan diri, yang mengurangkan komunikasi positif, yang meningkatkan salah faham, yang menimbulkan konflik, yang mengapi-apikan kemarahan dan kepahitan. Jika perdamaian dan pengampunan tidak memecahkan lingkaran yang semakin meruncing, kemampuan untuk mengasihi satu sama lain akan menjadi lumpuh.Corak seperti ini dalam hampir kesemua perhubungan boleh dielakkan sementara waktu selagi isu-isu mencabar yang membangkitkan sikap pentingkan diri tidak wujud atau samar-samar. Tetapi lambat-laun kebenaran akan timbul. Disebalik niat baik pasangan itu, mereka akhirnya menyedari yang dua peribadi yang saling tidak bergantung kepada satu sama lain tidak boleh dipenuhi keperluan mereka dalam masa yang sama.Nasihat Perhubungan--Bagaimana Mengelakkan Masalah-masalah Dalam PerkahwinanBagi menjayakan sebuah perhubungan, kerjasama berpasukan diperlukan dan kedua-dua peribadi perlu mengetepikan banyak keinginan peribadi mereka. Pengorbanan diri harus menggantikan kepentingan diri. Selalunya salah seorang peribadi dalam perkahwinan itu dapat melakukannya dengan baik sekali, tetapi kesabarannya boleh hilang akhirnya. Pengorbanan diri bukanlah sesuatu yang semulajadi, mementingkan diri adalah semulajadi. Mengapa jadi begini?Jika kita tinggal di dunia di mana orangnya sempurna, lalu kehidupan perkahwinan mereka akan mendengung dengan begitu harmoni, sepertimana perkahwinan yang dikehendaki oleh Tuhan pada awalnya. Tetapi kita tidak tinggal di dalam dunia yang sempurna. Secara jujur kita semua penuh dengan kepura-puraan oleh kecenderungan kita kepada kepentingan diri dan "dosa." Apa itu dosa? Kita selalu memilih untuk melakukan perkara yang salah, bukan perkara yang betul. Kita boleh bersikap pentingkan diri, sombong, menyakitkan, kemarahan, tidak mengampuni, dan sebagainya. Tidak hairanlah suami-suami dan isteri-isteri bergumul untuk hidup bersama.Satu sikap "saya mahu keperluan saya dipenuhi" dalam satu perhubungan boleh memusnahkan semangat kesatuan. Putaran negatif bermula dan berterusan sehingga keintiman itu hilang dan perkahwinan mulai runtuh.Mari berhadapan dengannya, kita semua memerlukan pertolongan - ada kekuatan dalam yang membolehkan kita mengasihi satu sama lain dengan cara yang sepatutnya jika satu perkahwinan itu mendapat peluang tersebut.Sikap pentingkan diri, tabiat berdosa bukan hanya memisahkan suami dan isteri, tetapi juga memisahkan kita dari Tuhan - yang menjadi sumber pertolongan utama kita. Sebagai Pengasas dan Pereka Cipta perkahwinan, Dia tahu bagaimana perhubungan itu berjalan. Dia mahu kita terlebih dahulu memiliki satu perhubungan dengan Dia, kemudian minta Dia memimpin kita.Bukan saja Tuhan menolong kita dalam masalah-masalah dan cabaran-cabaran yang kita hadapi setiap hari, tetapi Dia juga menawarkan kesembuhan bagi luka-luka yang terkumpul pada masa lampau. Sebagai contoh, Dia menyediakan pengampunan sepenuhnya dan penyucian dari segala perbuatan salah yang pernah kita buat waktu remaja dalam hubungan kita dengan jantina yang berlawanan jenis. Tuhan mengasihi kita dan Dia mahu kita menikmati keuntungan sebagai anak-anak-Nya, termasuk juga Dia menolong kita dalam hal perkahwinan.Saya mahu mengilustrasikanya dengan dua senario melibatkan sepasang suami-isteri tipikal. Dalam contoh yang pertama, pasangan ini (Saya namakan mereka Jon dan Lisa) tidak menyedari penglibatan dinamik Tuhan dalam kehidupan mereka. Dalam Senario B, Jon dan Lisa memiliki perhubungan yang lain dengan satu sama lain, mereka juga memiliki hubungan dengan Yesus Kristus.Masalah-masalah Perkahwinan yang Mungkin-Senario A:Pada suatu pagi hari Sabtu Jon hendak pergi bermain golf dengan rakan-rakannya. Dia bangun dari katil dan memberitahu Lisa dia mahu pergi dan tidak balik sehingga kira-kira pukul 4 petang. Lisa merungut, "Kamu berjanji yang kamu mahu pergi berkelah hari ini!""Saya tiak pernah cakap begitu," kata Jon, dengan suara yang tegang. "Lagipun, saya tidak bermain golf sepanjang dua minggu ini. Hari ini cuaca baik. Saya mahu pergi sekarang." Sambil keluar Jon menutup pintu dengan kuat.Lisa merasa penolakan dan selepas menitiskan air mata, dia melenting marah di dalam apartment dan membalingkan bantal ke sofa dari dalam bilik."Saya akan tunjukkan padamu," dia berteriak. Dia memanggil rakannya untuk keluar makan tengahari dan pergi membeli-belah. Di pusat membeli-belah, Lisa membeli pakaian yang berharga $300 - dia memerlukan pakaian yang baru, tetapi dengan membeli berlebihan dia tahu Jon akan marah. Kad kredit mereka sekarang hampir ke penggunaan maksima.Pada masa yang sama, Jon sudah menyelesaikan pusingan terakhir permainan golfnya. Dia rehat minum bersama rakan-rakannya dalam bar kelab golf. Setelah minum satu mereka minum satu lagi. Jon melihat seorang pelayan bar yang sangat menarik sekali. Ketika wanita muda itu sedang memberi Jon minuman ketiganya, dia membisikkan kata-kata pujian ke telinganya. Wanita itu berpura-pura malu, tetapi senyumannya menandakan Jon telah memenangi hatinya. Apabila dia kembali lagi, dia menyedari ada nombor telefon tertulis pada napkin di bawah minumannya. Jon menyimpan kertas ke dalam poketnya.Jon sampai di rumah pada pukul 5 petang, berjalan sedikit terhuyung-hayang. Lisa sedang menonton TV dengan bunyi yang agak kuat. Dia melihat beberapa bungkusan di atas sofa. Dengan marah dia menutup TV dan menunjukkan ke arah bungkusan-bungkusan itu. Lisa menyerahkan kepadanya dan terus berjalan ke bilik tidur, serta menutup pintu dengan kuat. Mereka bertengkar hingga ke larut malam. Jon akhirnya tidur di ruang tamu.Masalah-masalah Perkahwinan yang Mungkin--Senario B:Pada suatu pagi hari Sabtu Jon hendak pergi bermain golf dengan rakan-rakannya. Dia bangun dari katil dan memberitahu Lisa dia mahu pergi dan tidak balik sehingga kira-kira pukul 4 petang. Lisa merungut, "Kamu berjanji yang kamu mahu pergi berkelah hari ini!""Oh, tidak bolehkah kita pergi esok?" kata Jon dengan suara yang tegang. "Lagipun, saya tidak bermain golf sepanjang dua minggu ini. Hari ini cuaca baik. Saya mahu pergi sekarang." Sambil keluar Jon menutup pintu dengan kuat.Lisa merasa penolakan dan selepas menitiskan air mata, dia melenting marah di dalam apartment dan membalingkan bantal ke sofa dari dalam bilik."Kamu ni, ha!" dia berteriak, mengharapkan dia dapat menunjukkan perasaan marahnya di hadapan Jon.Lisa mengambil keputusan untuk pergi jalan-jalan, dan apabila dia melalui sebuah taman, kesakitan dan kemarahannya berkurangan. Dalam perjalanannya pulang ke rumah dia berdoa, "Tuhan Yesus, saya sangat marah terhadap Jon dan merasa dia telah mementingkan diri. Tolong saya supaya tidak mementingkan diri, juga, sehingga membiarkan kemarahan saya di luar kawalan."Lisa mahu memanggil kawannya dan membawa mereka keluar awal untuk makan tengahari dan seterusnya pergi membeli-belah. Di pusat membeli-belah, Lisa membeli pakaian yang baru.Pada masa sama, Jon sudah berada dalam pusingan ke sembilan dalam permainan golf nya. Dia dan rakan-rakannya berhenti makan sandwic dan minum dalam bar kelab golf. Jon melihat seorang wanita sangat di belakang kaunter, tetapi dia hanya memberikan senyuman tanda persahabatan dan terus berjalan mengikuti kawan-kawannya. Awal pagi tadi Jon sempat memikirkan bertapa cantiknya Lisa yang sedang bersandar pada dia - seolah-olah menghalang dia untuk meluangkan masa bersama rakan-rakannya. Tetapi pada masa itu Jon rasa bersalah dengan caranya melayani Lisa. Dia rasa tidak seronok."Hei kawan-kawan," Jon memberitahu, "Saya berhenti di sini dahulu hari ini dan mahu pulang. Saya mahu meluangkan masa bersama Lisa." Dua orang kawannya mengejek dia, tetapi Jon tetap dengan keputusannya.Apabila Lisa pulang ke rumah pada pukul 1 petang, dia terkejut keran melihat Jon sedang duduk dekat meja makan. Dia melihat Jon sudah siap dengan bakul yang setengah penuh dengan makanan dan minuman untuk pergi berkelah."Mengapa kau berada di rumah awal sangat?" dia bertanya, masih ada tanda-tanda kemarahan dari suaranya."Saya minta maaf atas kelakuan saya pagi ini," kata Jon. Saya sangat mahu main golf sehingga saya tidak mempedulikan keperluan awak. Saya rasa saya seperti mementingkan diri. Bolehkah awak maafkan saya?"Lisa menggigit bibirnya. Hatinya masih terluka, tetapi Jon seperti betul-betul rasa bersalah. Dan sukar untuk dipercayai dia meninggalkan golfnya pada pusingan awal. Ya, saya maafkan awak," kata Lisa dengan senyap.Sedang mereka berpelukan, Jon berkata, "Bolehkah kita mulakan hari ini semula? Saya pulang awal terfikir yang kita masih ada masa untuk pergi berkelah? Mahukah awak pergi?"Lisa melawan pencubaan supaya Jon menanggung akan perbuatannya" Disebaliknya dia senyum sambil menganggukkan kepalanya.Segalanya berubah bagi Jon dan Lisa pada hari itu. Kemarahan telah disingkirkan dari mereka berdua. Perhubungan mereka menjadi segar semula. Dalam kehidupan kedua-dua mereka Yesus telah bekerja, pertama menunjukkan kepada mereka bagaimana mereka menjalani kehidupan dan memberikan mereka kekuatan untuk menyangkal diri mereka dan memaafkan - dua tindakan yang perlu untuk mengasihi tetapi bahagian yang sangat sukar dilakukan ialah melakukannya secara konsisten dan betul tanpa pertolongan.Memanglah dua senario ini hanya memberikan pandangan luaran satu situasi antara perorangan yang rumit, tetapi mereka ada mengilustrasi mengapa penglibatan Tuhan secara individu membuat perubahan begitu jelas sekali dalam kehidupan suami, isteri, dan perkahwinan mereka. Iman Kristian bukan sekadar himpunan prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan - ianya satu kehidupan, interaksi dari masa ke semasa dengan Tuhan di mana kita mendapat pimpinan dan kuasa untuk hidup menurut cara yang telah ditentukan-Nya.Untuk Menghindari Daripada Menjadi salah Satu Statistik Perceraian--Dengar Firman TuhanTuhan sangat jelas di dalam Alkitab tentang kemusnahan perceraian, tentang keperluan untuk merendahkan diri mempertimbangkan keperluan orang lain melebihi diri kita sendiri, tentang menjadi benar dengan satu sama lain, tentang menghindari dari seks tidak bermoral, dan banyak lagi. Tetapi hanya diberitahu apa yang perlu dibuat tidak semestinya bererti kita akan mahu melakukannya. Pimpinan-Nya seringkali berbeza daripada apa yang kita rasa mahu lakukan (sebagai contoh, beritahu pasangan anda kebenaran pada waktu kebohongan seperti sangat berguna). Tetapi berkali-kali pasangan mendapati betapa bijaksananya Tuhan, dan betapa bijak satu keputusan untuk mempercayai dan mengikuti jejak-Nya bagi membina perhubungan.Sebagai contoh, Tuhan masih katakan yang perkahwinan harus mendahului keintiman seks. Namun dalam budaya kita 64% pelajar-pelajar kolej bersetuju dengan pernyataan ini - "Tinggal bersama sebagai pasangan sebelum berkahwin adalah idea yang bagus."5 Ramai daripada pelajar-pelajar ini pernah melihat perkahwinan orang tua mereka runtuh dan sebab yang "untuk mencuba" hubungan itu seperti satu idea yang bagus.Jadi mengapa Tuhan meletakkan perkahwinan sebelum penglibatan seks? Kerana, Dia mahu kita mengalami perhubungan yang berpanjangan dan memuaskan. Bagaimana dua orang boleh merasa cukup selamat untuk menjadi tidak dilukai sepenuhnya -- satu tuntutan bagi keintiman yang mendalam - di dalam satu suasana di mana salah seorang boleh terlepas bila-bila masa? Kajian menunjukkan yang kadar perceraian sebenarnya tinggi dalam kalangan mereka yang tinggal bersama sebelum perkahwinan.6 Hikmat Tuhan tidak salah , ianya selalu betul. Dan selalunya arahan dari Tuhan datang dari keprihatinan-Nya, perlindungan kasih bagi kita.Tetapi Tuhan bukan hanya mahu menjadi penasihat perkahwinan, memberikan nasihat ke dalam hidup kita. Dia mahu kita mengenali-Nya, supaya ada hubungan dengan-Nya, dan mempercayai-Nya. Untuk menjadi setia mengasihi orang lain, Dia mengatakan kita harus terlebih dahulu mengalami kasih-Nya yang tak bersyarat dan kasih setia-Nya pada kita.Oleh kerana kasih-Nya kepada kita, Tuhan melakukan sesuatu yang istimewa bagi pihak kita. Kita telah bercakap tentang bagaimana sikap pentingkan diri kita memisahkan kita dari satu sama lain, dan ia juga terutamanya memisahkan kita dari Tuhan yang kudus dan sempurna. Alkitab mengatakan, "dosa adalah menjadi pemisah antara anda dan Tuhan."7 Tidak kira bertapa banyak perbuatan baik dan usaha kita ianya tidak dapat memadamkan dosa kita di mata Tuhan. Lebih dahsyat lagi ada hukuman bagi dosa kita--kematian. Maksudnya perpisahan selama-lamanya dari Tuhan, walaupun selepas kehidupan kita di dunia ini. Dan tidak ada apa-apa yang kita boleh lakukan untuk memperbaikinya. Piawaian Tuhan memerlukan kesempurnaan, dan kita tidak mampu mengukurnya. Walau bagaimanapun, penghakiman Tuhan diikuti dengan kasih-Nya yang besar bagi kita - ditunjukkan oleh penyelesaian yang disediakan-Nya.Yesus Kristus, yang juga Tuhan dalam bentuk manusia, telah datang untuk membayar hukum kematian bagi dosa-dosa kita. Yesus juga datang untuk mengajar kita cara-cara Tuhan dan juga untuk memberikan kita hidup yang bererti. Tetapi tujuan utama-Nya datang sebagai manusia ialah untuk mati menggantikan tempat kita. Dia telah membayar sepenuhnya semua dosa-dosa kita - dosa-dosa saya, anda, seluruh dunia - apabila Dia disalibkan di atas kayu salib (bentuk hukuman orang Roma), supaya kita diampunkan. Setelah dikuburkan selama tiga hari, Yesus secara fizikal kembali hidup. Ramai saksi-saksi pergi memberitahu kepada dunia tentang Dia dan hidup yang Tuhan berikan kepada kita.Untuk Menghadapi Masalah Perkahwinan--Pertama, Mulakan hubungan dengan TuhanIanya bukan bergantung kepada perbuatan kita supaya kita diterima oleh Tuhan. Dia menawarkan kita satu perhubungan dengan Dia sebagai satu pemberian yang percuma. Kita boleh memilih sama ada kita mahu menerima pengampunan-Nya dan masuk ke dalam satu perhubungan dengan Dia. Yesus berkata, "Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku."8 Dia mahu datang ke dalam hidup kita, tetapi lagi, ianya adalah keputusan individu yang harus kita buat. Jika perkahwinan adalah satu keputusan yang penting, ini lebih penting. Mahukah anda memiliki hubungan yang kekal dengan Tuhan dan membiarkan Dia berpengaruhi dalam hidup anda? Mahukah anda dipimpin oleh hikmat-Nya dan dikuatkan oleh kekuatan-Nya?Jika demikian, anda boleh meminta Dia masuk ke dalam hidup anda sekarang ini juga. Hanya sebagai satu pasang dan belum berkahwin sehingga mereka sudah membuat komitmen secara umum dengan mengatakan "Ya, saya mahu,' memulakan perhubungan dengan Tuhan juga memerlukan satu pengetahuan tindakan kemahuan. Yesus berkata, "Dengarlah! Aku berdiri di depan pintu dan mengetuk. Jika seseorang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, aku akan masuk ke dalam rumahnya,"9 Alkitab mengatakan, "Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak untuk menjadi anak Allah."10Mahukah anda mengetahui kasih Tuhan bagi anda dan minta Dia masuk ke dalam hati anda? Anda boleh menggunakan cara ini untuk menyatakan isi hati anda kepada-Nya:"Tuhan Yesus, saya mahu Engkau masuk ke dalam hidup saya. Saya mahu Tuhan memimpin saya, dan mengampunkan semua dosa-dosa saya. Terima kasih kerana membayar dosa -dosa saya di kayu salib. Sekarang saya mengundang Engkau masuk ke dalam hidup saya. Terima kasih untuk janji-Mu yang Engkau akan masuk ke dalam hidup saya, jika saya membuka pintu, sepertimana yang saya lakukan sekarang. Terima kasi kerana sekarang saya sungguh-sungguh mula mengenali Engkau. Amin."Jika anda dengan jujur berdoa, anda telah memulakan satu perhubungan dengan Tuhan. Apakah kesannya kepada masalah perkahwinan anda? Anda boleh memiliki perkahwinan yang dipenuhi kasih. Seperti semua suami-suami dan isteri-isteri, anda juga melakukan banyak kesilapan dan ada masanya anda perlu berusaha lebih supaya memiliki perkahwinan yang luarbiasa. Tetapi, semakin anda bersandar kepada-Nya, Tuhan akan memberikan anda kekuatan dan visi yang diperlukan untuk mengasihi pasangan anda tanpa mementingkan diri, sikap memaafkan dan mengalami perkahwinan yang kekal.
Dennis Rainey adalah seorang director BinaKeluarga, Campus Crusade for Christ. Dia juga seorang penulis dan penyampai radio dalam program "FamilyLife Today" (Keluarga Hari Ini). Dia dan isteri, Barbara, mempunyai enam orang anak.(1) Kendall Hamilton and Pat Wingert, "Down the Aisle," Newsweek, 20 July 1998, m/s. 54. (2) John J. DiIulio, Jr., "Deadly Divorce," National Review, 7 April 97. (3) "Generation 2001: A Survey of the First College Graduating Class of the New Millennium," conducted in 1997-1998 by Louis Harris and Associates for Northwestern Mutual Life Insurance Company, 720 E. Wisconsin Ave., Milwaukee, WI 53202, pp. 8, 11. (4) DiIulio, Jr., "Deadly Divorce." (5) Generation 2001: A Survey, p. 11. (6) Shervert H. Frazier, Psychotrends (New York: Simon & Schuster, 1994), p. 106 (7) Yesaya 59:2 (8) Yohanes 14:6 (9) Wahyu 3:20 (10) Yohanes 1:12© Campus Crusade for Christ
Sumber: http://rakansiswa.com/index.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment