Tarikh Siaran: 26 Disember 2008 – 28 Januari 2009 Hari / Masa: Isnin hingga Jumaat, 8.30 malam – 9.30 malamPelakon: Eugene, Jo Hyun Jae, Jae Hae, Shin Sung Rok,Kim Bin Woo, Joo Sang Wook
Three Daddies with One Mommy disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 bermula 26 Disember 2008!
“Slot ‘Best Of The East’ sentiasa mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dan mempunyai pengikut tersendiri. Kami di 8TV juga sentiasa berusaha menyajikan hanya yang terbaik untuk semua penonton,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.
Drama Three Daddies with One Mommy mengisahkan tentang kehidupan seorang bayi perempuan yang comel dan yang lebih menyeronokkan bayi bertuah ini mempunyai 3 orang bapa!
Sejak berkahwin, Na Yeong berusaha untuk mendapatkan anak namun Seong Min menghadapi sedikit masalah kesihatan yang menyukarkan mereka untuk mendapatkan zuriat. Seong Min akhirnya mengambil keputusan untuk menyuruh tiga rakan baiknya mendermakan sperma mereka.
Mereka yang pada mulanya kurang bersetuju dengan keputusan Seong Min akhirnya sepakat untuk membantu Seong Min dan bersetuju untuk mendermakan sperma mereka. Tidak lama kemudian, Na Yeong mengandung dan melahirkan seorang bayi perempuan yang comel. Malang tidak berbau, Seong Min maut dalam sebuah kemalangan jalan raya.
Na Yeong mendapat bantuan dari ketiga-tiga rakan baik suaminya. Pada mulanya ketiga-tiga mereka merasa agak terbeban dengan kehadiran Na Yeong dan bayinya namun kerana banyak meluangkan masa bersama-sama, terbit rasa sayang kepada bayi perempuan itu dan mereka turut menaruh hati kepada Na Yeong.
Na Yeong pula jatuh cinta dengan seorang jejaka bernama Jeong Chan Yeong namun jejaka itu tidak mengetahui status sebenar Na Yeong yang mempunyai seorang anak. Pada waktu yang sama Jeong Chan Yeong turut diminati oleh seorang wanita bernama Park Seo Yeon.
Apakah nasib bayi perempuan yang baru lahir itu? Siapakah bapa kandung bayi perempuan comel itu? Bagaimana pula percintaan di antara Song Na Yeong dan Jeong Chan Yeong?
Jangan lupa untuk menyaksikan drama bersiri hebat Three Daddies and One Mommy yang menemui anda setiap jam 8.30 malam, Isnin hingga Jumaat bermula 26 Disember 2008 lalu hanya di 8TV! Siaran 8TV juga boleh ditonton melalui Astro anda di saluran 708!
No comments:
Post a Comment