Friday, January 16, 2009

JOM RAMAI - RAMAI DATANG HARI INI !!


Engku Emran (dua dari kanan), Subi (dua dari kiri) bersama Raja Azizan (kiri) dan Norlina Alawi mengharapkan agar dapat mengutip sumbangan yang besar pada majlis lelongan tersebut.


Lelong Suria FM sambil beramal




Oleh NOR FADZILAH BAHARUDINfadzilah.bahar@utusan.com.my

MENYEDARI akan keperitan dan kepayahan yang dialami oleh golongan yang kurang berkemampuan, stesen radio swasta, Suria FM mengambil pendekatan terbaik bagi membantu mereka.

Memilih Road Tour Lelong Amal Suria FM sebagai aktiviti permulaan yang dirangka oleh stesen tersebut bagi memanaskan kedatangan tahun baru ini.
Bermula hari ini di pusat membeli belah Mydin USJ, Subang Jaya, Selangor dari pukul 8 hingga 10 malam, lapan lagi lokasi lain turut menjadi pilihan stesen radio berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, pendekatan tersebut diambil kerana bersesuaian dengan objektif mereka untuk menolong golongan kurang berkemampuan selain ia juga turut dapat mempromosikan stesen radio tersebut.

"Aktiviti ini dianjurkan sebagai suntikan baru pada road show kita. Sudah dua tahun kita anjurkan dan sambutan yang diberikan sangat baik.
"Jadi apa salahnya daripada road show ini kita buat sekali lelongan amal untuk membantu golongan yang memerlukan terutamanya kanak-kanak," katanya pada sidang media baru-baru ini.

Tambah Emran, dua badan amal yang dipilih ialah Rumah Nur Salam yang memberikan perlindungan kepada anak-anak terbiar Chow Kit dan Persatuan Kebajikan Anak Pesakit Aids/HIV Nurul Iman Malaysia (Pernim) untuk untuk anak-anak terbiar HIV positif.
Pemilihan kedua-dua badan ini dibuat Suria FM berdasarkan beberapa faktor yang menepati kriteria.

Sehubungan itu, bagi memastikan road tour tersebut mendapat sambutan, Suria FM bertuah kerana mendapat kerjasama daripada artis-artis popular antaranya Erra Fazira, Dafi, Dayang Nurfaizah, Imran Ajmain, Farah Asyikin, Nubhan, Diana Danielle dan ramai lagi.
Selain menyanyi, artis-artis popular yang terlibat dalam road show ini juga akan melelong dua barang peribadi mereka.

Erra Fazira misalnya akan melelong beg tangan dan kaca mata hitam, Nubhan (topi/kasut), Farah Asyikin (baju) dan Imran Ajmain (kain songket).
Bersiaran pada frekuensi 105.3 fm di Lembah Klang, Engku Emran memberitahu, pihaknya mengharapkan khalayak akan meluangkan masa dan sudi beramal demi kebajikan anak-anak terbabit.

Sumber: Utusan Malaysia 17/1/09

No comments: