Erra mengandung Emran yang mengidam
Monday, January 19, 2009
ERRA @ MINGGUAN WANITA TERKINI
Erra mengandung Emran yang mengidam
Sekian lama Erra menyimpan impian mempunyai cahaya mata, akhirnya doanya dimakbulkan Allah. Bagi Erra dan Emran, tiada anugerah yang lebih berharga melainkan memiliki zuriat. Sejak disahkan hamil, hidup Erra dan Emran semakin bermakna. Hari-hari mendatang dirasakan begitu membahagiakan terutama buat Erra. Artis yang pernah mendapat jolokan ratu fi lem Melayu ini mengakui pengalaman mengandung antara kenangan paling indah dalam hidupnya. Dia tidak sabar menanti saat kelahiran anak sulung yang bakal menyerikan rumah tangganya bersama Emran.
“Selama ini, Erra hanya dengar pengalaman dan cerita dari orang kini Erra alami sendiri. Alhamdulillah, Erra tidak alami sebarang alahan yang teruk sepanjang mengandung. Cuma pada peringkat awal kandungan saja, Erra loya. Masa tu memang Erra pastikan asam sentiasa ada untuk hilangkan rasa loya.“Keluarga mentua menasihati Erra agar banyak membaca ayat Al-Quran sepanjang hamil. Erra amalkan tiga surah iaitu Luqman, Mariam dan Yusof. Selain itu, Erra juga menjaga tingkah laku dan tutur kata agar bayi yang dikandung tidak menerima kesan buruk.“Erra juga berpesan kepada Emran menjaga sikap. Perkara yang paling Erra tekankan ialah tidak menegur benda yang pelik dan tidak sesekali mengumpat atau mengata orang,” katanya.
Ditatang bagai minyak yang penuh?Pelakon fi lem ‘Pasrah’ ini tidak mengidam makanan tertentu sepanjang hamil. Sebaliknya, Erra mengakui seleranya sering bertukar. Ada kalanya, dia menjamah makanan Jepun, di hari lain pula Erra makan makanan India.“Semua makanan pun Erra selera makan. Erra tidak tertumpu kepada makanan tertentu saja. Lain pula dengan Emran, sejak Erra hamil dia suka sangat makan makanan masin. Bayangkan Emran boleh ratah garam begitu saja,” ceritanya. Ada pihak yang mengatakan Erra ditatang bagai minyak yang penuh oleh suami dan keluarganya selepas disahkan hamil. Erra menafi kan perkara ini, katanya dia tidak suka dirinya terlalu dimanjakan.“Layanan suami dan keluarga kepada Erra biasa saja, tiada yang berubah. Erra pun tak mahu manjakan diri sangat, selagi terdaya Erra lakukan semua kerja sendiri. Cuma Emran dan keluarga kedua belah pihak tidak benarkan Erra lakukan kerja berat demi keselamatan Erra dan kandungan, ” jelas Erra.Teruja beli barang bayi.Bercerita tentang kandungannya, Erra bersyukur doctor mengesahkan perkembangan bayinya positif dan tidak menghadapi masalah. Dia telah membuat imbasan untuk mengetahui jantina bayi.“Buat masa ini, saya tidak pasti lagi mengenai jantina bayi kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku. Saya tidak mahu berharap sangat imbasan yang dilakukan 100 peratus betul. Saya dan Emran tidak kisah mengenai jantina bayi, bagi kami yang penting bayi sihat dan cukup sifat.Sepenuhnya dalam MW minggu ini.
Sumber: Majalah Mingguan Wanita http://www.karangkraf.com/E-majalah/MingWanita/newMW/content.asp?categories=MW11
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment