Monday, January 5, 2009
SELAMAT TAHUN BARU 2009
"Saya tumpang bangga dengan kebahagiaan yang dikecapi pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira apabila bertemu jodoh dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin. Selepas menempuh pelbagai dugaan daripada perhubungannya sebelum ini, saya lihat Erra menemui cinta sejatinya. Pasangan ini tambah bahagia apabila bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama kira-kira dua bulan lagi. Sememangnya manusia itu sentiasa diuji Yang Maha Esa untuk melihat ketabahan hamba-Nya dalam menerima ujian itu. Perjalanan hidup Erra dan Emran juga saya lihat seperti manusia biasa dan Emran bukanlah melayan Erra bagaikan diva sebagaimana kehidupan glamor dunia artis. Erra sering menyertai majlis tahlil yang dianjurkan Habsah Hassan atau Kak Chah dan Rubiah Suparman di restoran mereka di Taman Tun Dr Ismail. Malah saya pernah lihat Erra sanggup bersengkang mata membantu rakan membuat hamper menjelang Syawal lalu."
Sumber : Depan Mata: Mymetro 5/1/09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment