Wednesday, January 7, 2009

TUAH BAKAL ANAK ERRA & EMRAN !!



Anak Erra: Belum lahir dah dapat offer berlakon


Written by Rosli Manah Wednesday, 07 January 2009 18:32


Apabila seseorang pelakon kahwin, ada yang mula fikir pasal populariti mereka yang akan menurun. Apatah lagi apabila mereka berstatus ibu. Erra Fazira pula bagaimana?
Lain halnya dengan Erra Fazira apabila kelahiran anak sulungnya dinanti-nantikan oleh semua orang. Ada yang tak sabar nak tengok bagaimana rupa anak Erra dan suaminya Engku Emran.
Erra kini hangat dengan drama Mentua VS Menantu di Astro. Erra ialah residen artis untuk berlakon drama di saluran-saluran di bawah Astro.
Dengarnya anak Erra akan dibawa berlakon drama itu selepas Erra bersalin nanti. Dalam episod-episod sekarang, Erra berlakon sebagai seorang isteri yang sedang hamil.
"Secara lisan Erra sudah bersetuju dengan cadangan membawa anaknya bersama-
sama ke set penggambaran drama itu nanti dan akan berlakon sebagai anaknya," kata penerbit drama tersebut David Teo dari MIG.
Menurut David, idea itu disampaikan kepada Erra kerana ia membolehkan dia menjaga bayinya semasa di lokasi.
Dari segi promosi ia juga sangat baik untuk menghangatkan lagi episod baru Mentua VS Menantu apabila ditayangkan nanti.
Bertuah sungguh anak Erra nampaknya, belum lahir lagi dah ada lubuk membawa pendapatan tambahan kepadanya.
Pastilah tawaran memabwa anaknya ke set akan dibuat bersama-sama sejumlah bayaran tertentu. Kecil-kecil lagi dah bawa rezeki nampaknya.
Jangan ingat anak artis luar sahaja yang boleh membawa wang apabila pihak penerbit berlumba-lumba mendapatkan hak penyiaran gambar mereka secara eksklusif.
Bila sebut eksklusif pastilah bayarannya berganda kerana budak itu tak boleh muncul di dalam media lain.
Tunggulah perkembangan terbaru pasal anak Erra apabila anak itu lahir nanti. Erra pastinya akan menyambung penggambaran dram bersiri itu semula selepas bersalin. Perkembangan pasal anaknya pasti akan diuar-uarkan kemudian. Jadi tunggu...

2 comments:

nadia said...

u ni da ader balik baru best lama tunggu sakura...senang dapat update psl erra...thanx

Sakura said...

Thanks nadia sudi view blog saya yang tak seberapa ni:-)...time free rajin le up date...bila buzy...memang x online le..Lagipun Mr EE dah lama x up date blod dia...so saya ni sekadar up date sikit2 je perkembangan terkini Erra.