Tuesday, January 6, 2009

KEK ERRA DAN ENGKU EMRAN PALING LARIS !!

Banyaknya gerai dan orang ramai nak beli kek selebriti jual

Sumber foto : Pancaindera Mingguan Malaysia
Gerai Kek Coklat Erra & Emran - Sumber foto

Kek coklat yang menarik di pamerkan

Hmmm!! sedapnya kek coklatMelayan pembeli cilik yang sempat lagi minta 'autograf penjual kek paling laris dan popular'


Memang 'ada gaya' la..lepas ni boleh buka kedai kek la ye -Sumber foto History by Amber Khoo Su Ting on Saturday, November 22, 2008

Hiburan »
Isnin November 24, 2008

Bila selebriti popular jadi penjual kek...

Oleh WAHIDA ASRANI

CUKUP kecoh dan hingar-bingar suasana di ruang legar Great Eastern Mall, Ampang pada Sabtu lalu apabila lebih 30 selebriti popular tanahair turun padang dengan menjadi penjual kek coklat bersempena dengan Kejohanan Kek Coklat ke-2 yang melibatkan sebanyak 14 buah hotel bertaraf lima bintangdi negara ini.
Artis-artis popular seperti Erra Fazira dan suami, Engku Emran, Ning Baizura, Fauziah Latiff, Noryn Aziz, Fazura, Eja, Fahrin Ahmad, Sharifah Amani, Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Nora Danish, Diana Danielle, Natasha Hudson, Liyana Jasmay, Jehan Miskin, Tony Eusoff, Marsha, Khai, Rosma, Juliana Evans dan Pushpa Narayan yang mewakili hotel-hotel tertentu 'diserbu' pengunjung-pengunjung yang ingin beramah-mesra dengan selebriti-selebriti tersebut di samping membuat amal dengan membeli kek coklat untuk disumbangkan kepada tabung 'ChildrenCare', sebuah projek amal anjuran Great Eastern.
Jualan kek amal itu adalah acara sampingan sempena kejohanan tersebut yang mana harga sepotong kek bermula dengan RM15.
Pelbagai karenah dan telatah selebriti-selebriti ini dapat disaksikan pada acara tersebut. Masing-masing mempunyai 'strategi' tersendiri untuk menarik pengunjung membeli kek coklat yang mereka wakili.
Ada juga yang tidak memerlukan strategi tertentu kerana populariti masing-masing yang tidak boleh disangkalkan lagi. Erra Fazira dan suaminya, Engku Emran yang mewakili Hotel Equatorial adalah antara meja yang menjadi tumpuang pengunjung.
Penyanyi dan pelakon jelita itu bukan saja dilihat bijak melayan pengunjung yang tidak putus-putus ingin bergambar dengannya, malah dapat 'menarik' mereka untuk turut membeli kek coklat bertemakan 'Choconosa' itu.
"Saya tidak ada strategi tertentu, tetapi bila mereka datang nak bergambar tu, saya ajaklah sekali mereka beli kek coklat ini. Alhamdulillah, kek kami nampaknya laris juga.
"Memang seronok dapat sertai program seperti ini. Ia memang sebuah program amal yang berbeza. Sambil beramal, dapat juga bertemu dengan peminat-peminat," kata Erra.

Sumber : lesslittlehamster.blogsport.com dan mstaronline





No comments: