Wednesday, January 14, 2009

KESIHATAN : BACA DULU BARU TAHU !!

Wah!! banyaknya pasangan !!


Sentuhan bermula semasa hari pertama dinikahkan
Berkekalan hingga ke usia emas


Ekstra! : 14 Januari 2009


FAEDAH BANYAK SENTUH PASANGAN


BANYAKKAN bersentuh-sentuhan atau menunjukkan kasih sayang secara fizikal dengan pasangan anda kerana ini boleh meningkatkan kesihatan anda berdua.
Pasangan suami isteri yang melakukan demikian akan meningkatkan hormon oksitosin yang juga disebut sebagai 'hormon cinta' dalam tubuh mereka.

Di samping itu, paras alfa amiles - sejenis petanda stres dalam tubuh manusia - juga berkurang, menurut Dr Julianne Holt-Lunstad dan rakan-rakannya dari Universiti Brigham Young di Salt Lake City di Utah, Amerika Syarikat, yang menjalankan satu kajian baru-baru ini.
Beliau berkata sokongan emosi dan moral penting untuk kesihatan mental dan fizikal. Antara pasangan suami isteri, sokongan begini lebih penting.

Salah satu cara menunjukkan sokongan ini ialah melalui sentuhan tanpa seks, tetapi sekadar sentuhan fizikal sebagai tanda pasangan mengambil berat dan sayang seperti berpimpin tangan, memeluk atau duduk dan berbaring rapat, katanya. Satu lagi dapatan kajian Dr Holt-Lunstad dengan rakan-rakannya dalam jurnal Psychosomatic Medicine menunjukkan bahawa bagi kaum lelaki, sentuhan hangat pasangannya boleh meningkatkan kesihatan jantungnya.





Sumber :CyBerita Singapura

1 comment:

Sakura said...

Thanks view my blog...but i am sorry what about your wrote...very small