Thursday, October 30, 2008

YOGA LAGI !


Yoga pesong akidah: Zakaria


GEORGETOWN: Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islam jika mengamalkan senaman itu.Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman berkenaan supaya menghentikannya."Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan mereka dengan tuhan," katanya selepas menyampaikan syarahan yang Ajaran Sesat di Malaysia di Universiti Sains Malaysia, semalam.Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.Difahamkan, isu yoga sudah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.Zakaria berkata, umat Islam kini mengamalkan yoga bukan saja untuk amalan kesihatan tetapi antara gaya hidup kota yang ingin mencari keseimbangan selepas sehari di pejabat."Yoga adalah manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh yang dilakukan sambil membaca mantera dipercayai ada kekuatan penyembuhan yang berupaya mengatasi tekanan," katanya.Beliau berkata, umat Islam yang tiada pengetahuan agama mengikut saja amalan berkenaan tanpa mengetahui boleh memesongkan akidah mereka.Katanya, umat Islam patut menggunakan ajaran Islam seperti solat untuk mencari ketenangan jiwa yang dilakukan secara teratur lima kali sehari.“Jika umat Islam mahu menyihatkan tubuh badan, solat adalah pilihan terbaik dengan posisi tubuh teratur untuk semua anggota badan sambil berzikir dengan ayat al-Quran.“Mengapa kita perlu mencari alternatif lain untuk bersenam dan ketenangan? Jika silap cara, yoga boleh memesongkan akidah kerana pergerakannya mengikut gaya dan tradisi agama Hindu," katanya.


Sumber : Isu Hangat di petik daripada Berita Harian 30/10/08

YOGA HARAM???


NEGARA


Fatwa yoga dalam masa terdekat



PULAU PINANG - Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengumumkan keputusan berhubung hukum senaman yoga kepada pengamal senaman itu yang beragama Islam dalam tempoh terdekat ini.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, keputusan itu akan diumumkan sendiri oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin.
Osman bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.
Seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.
Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar sejak 3,300 sebelum masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.


Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

SEJARAH MUNGKIN BERULANG???? FIKIRKAN ANAK - ANAK


KUALA LUMPUR, 30 OKT 2008 : Pelakon siri Gerak Khas, Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, telah ditangkap khalwat bersama pelakon baru, Memey atau Suhaiza Suhaimi, 20 di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, Ampang, awal pagi tadi.Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Hidayat B. Abd. Rani, berkata pelakon lelaki dan pasangannya itu ditahan pada jam 3 pagi oleh 5 anggota penguatkuasa JAIS dan 2 anggota polis. "Pihak kami telah mendapat aduan daripada orang ramai sebelum membuat serbuan ke atas premis tersebut. Pada mulanya mereka enggan membuka pintu sehingga berjaya mendapatkan kunci daripada seseorang. "Apabila masuk kedalam ruang pejabat itu, kami telah bertemu dengan wanita itu manakala Norman sedang menyorok di bahagian belakang. Ketika itu kedua-dua mereka berpakaian lengkap.


Berita Selebriti
Tertangkap basah juga akhirnya
2008-10-30 16:28:54

Kisah pelakon popular yang dah berkeluarga dan seorang pelakon baru yang sedang naik telah banyak kali diperkatakan. Malah mereka juga pernah menafikan menjalinkan hubungan kasih.
Kisah mereka yang pernah dilihat berdua-duaan dalam pejabat si pelakon lelaki pernah juga jadi bahan gosip.
Akhirnya tertangkap basah juga mereka. Mereka ditangkap khalwat di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, Kuala Lumpur awal pagi 30 Oktober 2008.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata kepada Utusan Malaysia, pelakon itu bersama pasangannya seorang pelakon baru wanita ditahan pada pukul 3 pagi oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Menurutnya, serbuan tersebut dilakukan setelah JAIS mendapat maklumat bahawa kedua mereka berada dalam keadaan meragukan dalam premis tersebut.
“Ketika diperiksa didapati kedua-duanya yang berpakaian lengkap berada dalam premis itu
“Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Melawati untuk siasatan lanjut, ” katanya.


Sumber: Cari Forum dipetik dari Utusan Online Terkini 30/10/08 dan Mangga Online

Wednesday, October 29, 2008

BESARNYA BAYI!!!

Lahir bayi 5.35kg

Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudinrudy@hmetro.com.my


JOHOR BAHRU: “Sepanjang mengandung anak ketiga ini, saya cukup gemar makan limau Sunkist,” kata Khalilah Idris, 32, ibu kepada bayi perempuan seberat 5.35 kilogram yang dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, Sabtu lalu.Noor Izzah Fikriyah Ayuni Mohd Rasul yang dilahirkan kira-kira jam 6 petang itu sekali gus memadamkan rekod lama bayi paling berat iaitu 4.95 kilogram yang pernah dilahirkan di HSA beberapa tahun lalu.Noor Izzah dilahirkan melalui kaedah pembedahan berikutan saiznya yang lebih besar iaitu 41.63 sentimeter atau bersamaan dengan saiz bayi berusia tiga bulan berbanding ukuran saiz normal bayi yang baru dilahirkan - 35 sentimeter.Khalilah berkata, pengalaman kali pertama melahirkan anak secara pembedahan menjadi kenangan yang sukar dilupakan kerana keperitan dan kesakitan yang ditanggungnya apatah lagi apabila anak dilahirkan itu bersaiz besar.Berkongsi cerita sepanjang sembilan bulan mengandung, Khalilah berkata, tiada perkara pelik yang berlaku melainkan dia mengidam makan telur pindang, nasi dalam dulang dan bubur lambuk. “Tiada amalan khusus yang saya ikut sepanjang mengandung Noor Izzah, tetapi saya akui gemar makan limau Sunkist. Hampir setiap hari saya memakan buah itu dan mungkin sebab itulah anak yang dilahirkan ini menjadi begitu sihat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, semalam.Bagaimanapun, Khalilah berkata, dia terpaksa mengharungi detik memeritkan terutama ketika kandungannya mencecah usia matang kerana selain terpaksa menampung kandungan yang besar, dia juga terpaksa berdepan dengan kesakitan setiap kali anak dalam kandungan bergerak.“Pengalaman melahirkan anak ketiga ini secara pembedahan menyakitkan. Saya menangis kerana menahan kesakitan setiap kali dia bergerak dalam kandungan,” katanya.Khalilah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Rasul Ridzuwan, 36, seorang ahli perniagaan dan dikurniakan dua anak, Noor Izzah Fatiha, 9, dan Noor Izzah Shafiqah, 6.
Sumber :Mymetro 29/10/08

SAYANGILAH DIRI - JAUHI ROKOK

LIOW menunjukkan contoh kotak rokok yang bakal diguna pakai oleh semua syarikat rokok mulai Januari tahun depan pada sidang media di Putrajaya, semalam.

Kaki lima zon baru larangan merokok
Oleh Wan Hazmir Bakarwanhazmir@nstp.com.my

Peraturan di pusat beli-belah, restoran kuat kuasa serta-merta

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa semalam, semua kaki lima kompleks beli-belah termasuk restoran dan kafe terbuka di luar premis berkenaan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok.Mereka yang didapati merokok di kawasan berkenaan boleh dikompaun maksimum RM5,000 atau denda RM10,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, ketika mengumumkannya berkata, peraturan baru itu adalah antara peruntukan dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008 yang diwartakan pada 15 September lalu bagi melindungi rakyat daripada bahaya rokok.“Kawasan larangan merokok di kompleks membeli-belah sudah ditakrif semula dengan merangkumi kawasan premis berkenaan termasuk kaki lima di sekeliling bangunan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.Ketika ini, banyak restoran dan kafe termasuk daripada franchise terkemuka, beroperasi di hampir semua kaki lima kompleks membeli-belah seluruh negara dan menjadi tarikan pelanggan yang merokok.Liow berkata, papan tanda amaran larangan merokok akan dipasang di kawasan berkenaan bagi mengingatkan orang ramai mengenai peraturan baru itu.Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008 itu juga memperuntukkan seluruh kawasan berpagar Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai kawasan larangan merokok. Semua yang didapati bersalah sama ada pelatih, kakitangan dan pelawat, boleh dikenakan hukuman sama, berkuat kuasa semalam.Beliau berkata, peraturan melarang pengeluar rokok menggunakan istilah atau deskriptif mengelirukan pada kotak rokok atau memperdayakan perokok seperti ‘low tar’, ‘light’, ‘ultra-light’ atau ‘mild’, turut berkuat kuasa pada tarikh yang sama.Peraturan mewajibkan pengeluar mencetak amaran kesihatan bergambar, maklumat kesihatan mengenai bahaya kandungan rokok dan Penyataan Larangan Jualan kepada individu di bawah usia 18 tahun pula akan berkuat kuasa mulai 1 Januari depan.Pengilang atau penjual yang melanggar peraturan baru itu boleh dihukum denda RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.Liow juga berkata, peraturan harga minimum rokok RM6 bagi kotak 20 batang berdasarkan formula yang mengambil kira cukai semasa, akan dikuat kuasa menjelang akhir tahun ini dan harga minimum rokok itu akan disemak setiap kali berlaku perubahan cukai tembakau.Beliau berkata, peruncit yang menjual rokok kurang daripada harga minimum itu boleh didenda hingga RM10,000 atau dipenjara hingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan."Sila ambil perhatian bahawa menjual rokok secara sebatang daripada kotak yang dibuka adalah dilarang dan satu kesalahan di bawah Sub-Peraturan 9(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004," katanya. Beliau berkata, Kementerian Kesihatan sedia membantu perokok untuk menghentikan tabiat itu.
Sumber : Berita Harian 30/10/08

ANIMASI KESUKAAN

TULANG belakang dan tenaga kerja yang terbabit dalam pembikinan drama animasi Upin dan Ipin serta Geng Pengembaraan Bermula.

Upin dan Ipin popular di Indonesia
Oleh Farihad Shalla Mahmudfarihad@bharian.com.my

Siri animasi dua beradik akan dipanjangkan tempoh siaran
SEJAK bersiaran di saluran Dekat Di Hati, TV9 sepanjang dua bulan lalu, drama animasi Upin dan Ipin begitu pantas meraih populariti penontonnya. Karakter lucu dan bersahaja dua beradik ini berjaya membuatkan sesiapa saja yang menonton terhibur dengan gelagat mereka. Berlatar belakangkan pemandangan kampung yang indah lagi permai serta dibarisi watak-watak yang begitu dekat di jiwa penonton membuatkan drama animasi ini sentiasa di nanti-nantikan kemunculannya.Namun, selepas dua musim drama ini menamatkan siarannya, ramai ternanti-nanti apakah akan ada sambungannya untuk musim ketiga. Begitupun, jangan risau kerana pihak yang mencipta watak ini berjanji pada musim ketiga Upin & Ipin tetap akan menemui peminatnya. “Kami gembira kerana sejak disiarkan sepanjang bulan puasa lalu, Upin dan Ipin berjaya memperolehi rating sehingga 1.5 juta penonton. Dan kami juga mendapat permintaan daripada TV9 yang meminta kami untuk membuat sambungannya.“Memang kami sedang merancang ke arah itu. Walaupun kami dapat tawaran, namun itu tidak bermakna kami harus membuat drama animasi ini tergesa-gesa. Kualiti harus dijaga dan kami akan pastikan piawaian untuk musim ketiga Upin dan Ipin lebih baik dari yang terdahulu. Sebab itu kami perlukan perancangan yang teliti dari segi pembikinannya selain mencari skrip yang sesuai,” Ketua Render Artis Les' Copaque Production Sdn Bhd, Mohd Zarin Abdul Karim ketika ditemui pada majlis jamuan Aidilfitri rumah produksi terbabit di Shah Alam, Selangor petang Sabtu lalu.Tambah Zarin lagi, untuk siaran akan datang, tempoh siarannya mungkin menjadi lebih panjang. "Kalau ikutkan, setiap siaran memakan masa lima minit. Untuk siaran akan datang, kami menambah menjadi tujuh minit menjadikan tempoh siarannya kira-kira 30 minit. "Penambahan masa ini dilakukan kerana ada pihak dari luar berminat untuk membeli animasi ini. Ada pihak dari Timur Tengah yang menyatakan hasrat untuk membeli animasi ini dengan syarat kami menukar format tempoh siarannya menjadi lebih kurang setengah jam,” kata Zarin sambil dipersetujui Pengarah Produksi Animasi Les' Copaque, Kee Yong Pin.Bukan saja dari negara Timur Tengah, malah populariti Upin dan Ipin turut menular di negara seberang. Drama animasi ini kini menjadi sebutan di stesen TPI (Televisi Publi Indonesia)"Stesen TPI seperti TV9 di Indonesia. Pemiliknya memberitahu sejak musim pertama animasi itu disiarkan, ia mencecah rating yang tinggi. Jadi, mereka melahirkan hasrat untuk menyiarkannya pada musim kedua,” katanya. Labur RM 4 juta untuk Geng Pengembaraan BermulaPADA awalnya, animasi Upin dan Ipin adalah sebuah spin off kepada filem pertama mereka berjudul Geng Pengembaraan Bermula. Namun, atas sebab tertentu animasi itu muncul terlebih dulu sebelum filem itu ditayangkan. Selepas empat tahun menjalani proses pembikinan, filem animasi pertama terbitan Les’ Copaque ini sudah bersedia untuk ditayangkan kepada umum.Apa yang menarik, kos pembikinannya saja mencecah RM4 juta, satu angka yang cukup besar untuk penerbitan filem animasi di Malaysia. Namun ketika ditanya apakah rasionalnya melabur sebanyak itu untuk industri yang tidak menjanjikan apa-apa, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi mempunyai jawapan tersendiri berhubung perkara itu."Apa yang membuat saya berani membuat pelaburan ini adalah kerana saya begitu percayakan bakat muda yang bekerja di syarikat ini. Saya tahu saya bakal berdepan dengan risiko yang tinggi tetapi apa yang saya lakukan ini adalah kerana saya begitu menghargai usaha mereka.“Industri animasi di negara kita sebenarnya sudah wujud sejak 15 tahun dulu tetapi di Malaysia, saya lihat potensi untuk berkembang ada cuma tak banyak yang memberi sokongan. Disebabkan itu saya berasa terpanggil untuk membantu anak-anak muda ini. Mereka amat kreatif dan setanding dengan animator dari luar, dan sayang andai bakat yang mereka ada itu disia-siakan. “Saya juga mahu melihat animasi menjadi satu industri. Bukan sekadar dilihat di sekitar nusantara ini, tidak banyak negara yang mahir dalam bidang ini," jelas Burhanuddin sambil memberitahu kos RM4 juta itu merangkumi keseluruhan pembikinan termasuk untuk perisian dan perkakasan.Mengulas pembikinan filem Geng Pengembaraan Bermula, jelas Burhanuddin, apa yang membanggakannya adalah ia adalah sebuah produk buatan Malaysia sepenuhnya. ."Untuk filem ini, kami menggunakan animator tempatan, kebanyakannya graduan yang baru saja menamatkan pelajarannya. Bukan saja tenaga kerja tetapi juga dari segi perisian," katanya.
Sumber:Berita Harian 30/10/08

TAHNIAH CHEF WAN!! SEPATUTNYA DAH LAYAK DAPAT DATUK

Turut memenangi anugerah Best Televisyen Celebrity Cookbook yang dimenangi olehnya melalui buku masak Chef Wan Simply Sedap! 2. -foto Tiborfoto.com
Bukan sahaja menerima anugerah, Chef Wan turut diberi peluang menggalas tugas pengerusi majlis.

Chef Wan kini sebaris Jamie Olivers

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

SEDANG orang lain sibuk bercerita dan membuat bantahan tentang penganugerahan Datuk Shah Rukh Khan yang menerima pingat Darjah Mulia Seri Melaka, rasanya ramai yang tidak mengetahui tentang anugerah yang diperolehi chef selebriti nombor satu, Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan nama Chef Wan.
Walaupun Chef Wan tidak mendapat anugerah Datuk, tetapi sekurang-kurangnya dia telah diiktiraf antara lima chef selebriti terbaik di dunia di kalangan 200 selebriti chef yang tersenarai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Gourmand International Paris.
Selain Chef Wan, nama chef selebriti lain yang turut tersenarai adalah Jamie Olivers dan Gordon Ramsey dari United Kingdom, Chef Alfons Schuhbeck (Jerman), dan Chef Gabriel Gate (Australia).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif itu, dia menyifatkan Chef Wan bukan sahaja sebagai chef selebriti yang berbakat dalam bidang masakan, malah dia juga mengagumi bakat Chef Wan dalam bidang lakonan, pengacaraan, penulisan buku masakan dan lebih-lebih lagi bergelar duta masakan negara sejak 18 tahun lepas.
Bagaimanapun, chef yang sudah terkenal di benua Eropah dan Asia ini tidak menganggap anugerah tersebut membuatkan beliau boleh mendabik dada dan berbangga dengan apa yang diberikan.
"Alhamdulillah. Saya tak sangka dan terkejut dengan anugerah yang diberikan. Dalam masa yang sama saya ketawa sebab tak percaya terpilih," luah Chef Wan ketika dihubungi.
Pengiktirafan Chef Wan mengambil kira faktor keseluruhan markah yang dikumpul berdasarkan pencapaiannya sejak bergelar selebriti chef sejak 21 tahun lalu termasuk karisma dan personalitinya.
Tarikh 14 Oktober menjadi tarikh bersejarah buat chef ini semasa dia menghadiri majlis Gourmand World Cookbook Awards Best of the Best 12 years Awards from 1995 to 2007 yang diadakan di Mozart Hall Opera House, Frankfurt, Jerman itu.
Menurut bapa kepada aktres dan pengacara Serina Redzuawan dan Chef Riz ini, anugerah tersebut mengiktiraf buku kulinari terbaik yang diterbitkan sejak 12 tahun lepas.
Anugerah tersebut mempertandingkan chef-chef yang pernah memenangi anugerah sejak 12 tahun lepas dan pastinya ia mencari pemenang di kalangan pemenang. Jadi, pemenang tersebut adalah yang terbaik.
Menurut Chef Wan, dia pernah memenangi anugerah di Paris pada tahun 1997, Barcelona (2003), Kuala Lumpur (2005), Beijing (2006) dan London (2007).
Pertandingan ini juga mengiktiraf lebih daripada 200,000 buku masakan telah diterbitkan oleh 5,000 penerbit seluruh dunia dalam 12 tahun ini.
Contoh-contoh buku yang dipertandingkan dalam 55 kategori seperti Best Chefbook, Best Dessertbook, Best Fish and Seafoodbook, Best Health and Nutritionbook, Best Family and Children, Best Foreign Cookerybook, termasuk Best Televisyen Celebrity Cookbook yang dimenangi olehnya melalui buku masak Chef Wan Simply Sedap! 2.
Turut dipertandingkan adalah kategori Best Asian Cuisine Cookbook, Best Entertaining Cookbook dan Best Vegetarian Cookbook.
Selepas menerima anugerah tersebut, beliau telah ditemubual oleh New York Times,San Fransisco Chronocles and beberapa media di Eropah.
Dibandingkan dengan pengiktrafan yang diterima Chef Wan di dalam negara daripada luar negara memang jauh bezanya.
"Saya tak kisah walaupun tidak diiktiraf di dalam negara sendiri. Saya percaya, kalau ada rezeki tak kemana. Insya-Allah," beritahu Chef Wan yang pernah mendapat satu anugerah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang.
Bagaimanapun, beliau tidak terlalu mengharapkan apa-apa anugerah di Malaysia. Nampak seperti beliau merajuk, namun begitulah hakikatnya yang dilihat oleh insan berusia 50 tahun ini.
"Orang kata budaya kita memberi anugerah kepada yang sepatutnya dapat selepas isu anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan. Bagi saya, memang tidak adil untuk memberi komen sebab itu kerajaan yang iktiraf. Bagaimanapun, ada juga orang tempatan yang dapat seperti Nicol Ann David dan Sheila Majid.
"Semua ini rezeki daripada Tuhan. Jika Dia tak izinkan, kita tak dapat juga. Semua ini hanyalah sementara di dunia ini," tutur Chef Wan.
Menyentuh tentang perancangannya selepas ini, dia telah menyusun jadual program masakannya dalam bulan Mac depan di Kazashtan. Selain itu, dia juga mempunyai kontrak dengan kerajaan cina untuk mempunyai program masakan di sana di mana kesemuanya ditaja oleh kerajaan tersebut.
"Saya mempunyai jalan hidup tersendiri. I can survive. Dalam hidup saya, semuanya berserah kepada qada dan qadar. As long as we work hard, don't be afraid...," beritahu Chef Wan yang dalam masa yang sama tidak lupa melakukan amal kebajikan.
Sumber: Mstaronline Rabu Oktober 29, 2008

TAI CHI


Tai chi bantu pesakit lutut


BEIJING: Senaman tradisional China yang dikenali sebagai tai chi boleh membantu mengurangkan kesakitan dan kerosakan fizikal di kalangan penghidap penyakit arthiritis lutut, kata penyelidik.Dalam kajian mereka, sekumpulan warga tua berusia 60-an dengan masalah osteoarthritis lutut teruk, melakukan tai chi selama sejam dua kali seminggu selama 12 minggu manakala satu kumpulan lagi melakukan senaman regangan konvensional dengan jumlah sama pada tempoh ditetapkan.Kumpulan yang melakukan tai chi mendapati penurunan mendadak dalam kesakitan, kurang tertekan dan pembaikan dalam fungsi fizikal dan kesihatan keseluruhannya, kata penyelidik yang diketuai Dr Chenchen Wang dari Pusat Perubatan Tufts di Boston kepada pertemuan Kolej Rheumatologi Amerika di San Francisco.“Senaman tai chi yang menggerakkan minda dan tubuh nampaknya memberikan pendekatan penting untuk penjagaan diri dan pengurusan sendiri bagi masalah osteoarthritis lutut,” katanya dalam satu kenyataan.Kajian turut memberikan bukti terbaru bahawa tai chi mungkin memberikan manfaat kepada pesakit arthritis. Kumpulan sokongan Yayasan Arthritis mencadangkan senaman itu untuk memperbaiki kualiti hidup pesakit itu.Tai chi ialah bentuk senaman yang dibangunkan di China berabad lalu. Dengan tai chi, seseorang melakukan beberapa bentuk pergerakan secara perlahan yang memberi impak rendah dan tidak meletakkan tekanan ke atas otot dan sendi. Ia boleh memperbaiki fungsi, keseimbangan dan fleksibiliti otot. – Agensi Osteoarthritis, bentuk arthritis paling biasa, berlaku apabila rawan dalam sendi semakin berkurangan. Ia tidak boleh disembuhkan malah semakin teruk. Osteoarthritis pada lutut boleh menyebabkan kesakitan kronik apabila seseorang berdiri atau berjalan.Empat puluh orang yang menghidap osteoarthritis lutut kira-kira 10 tahun mengambil bahagian dalam kajian berkenaan, dan Wang berkata hasilnya perlu disahkan dengan penyelidikan lebih lanjut. –Agensi


Sumber: Berita Harian 30/10/08

SYUKUR KEPADA - NYA

ABU Abdullah mencium anaknya Mohd Aidil berusia 31 hari di rumahnya di Kampung Galing, Kuantan, semalam


Bayi dilarikan tujuh jam ditemui semula
Oleh Rosli Abdul Jalilbhnews@bharian.com.my

KUANTAN: Seorang bayi lelaki berusia 31 hari, yang dilarikan dari rumahnya di Jalan Galing di sini, dipercayai untuk dijual, diselamatkan polis selepas tujuh jam kehilangannya disedari.Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam kelmarin, bayi berkenaan, Mohd Aidil Abu, dilaporkan dilarikan oleh dua lelaki dan seorang wanita ketika ibunya, Zaiton Awang Besar, 37, membuang sampah di belakang rumah.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata sebelum itu ibu bayi berkenaan dikunjungi wanita terbabit yang mendakwa mengenali anak saudaranya.“Ketika berbual, Zaiton meninggalkan sebentar bayinya untuk membuang sampah. Sekembalinya ke dalam rumah, Zaiton terkejut apabila mendapati Mohd Aidil dan wanita itu sudah tiada,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, semalam.Ibu bayi itu membuat laporan mengenai kehilangan anaknya di Balai Polis Air Putih, kira-kira jam 11.30 malam kelmarin selepas gagal mencari Mohd Aidil.Berikutan itu, polis menjalankan gerakan mencari serta membuat hebahan mengenai kehilangan bayi itu.Mohd Jasmani berkata, kira-kira jam 2 pagi semalam pasukan peronda menahan dua lelaki dan seorang wanita dalam keadaan mencurigakan di depan sebuah pasar raya dan selepas disoal siasat mereka membawa polis ke sebuah rumah di Kampung Razali, Batu Empat Jalan Gambang."Di rumah berkenaan, polis menahan tiga lelaki dan seorang lagi wanita bersama bayi itu. Mereka ditahan reman sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan," katanya.Beliau berkata, hasil siasatan mendapati bayi berkenaan dilarikan untuk dijual kepada pihak tertentu. Siasatan polis juga mendapati ada antara suspek yang berusia antara 18 dan 30 tahun itu, mempunyai rekod jenayah termasuk melakukan kes ragut dan pecah rumah.Sementara itu, Zaiton yang ditemui berkata, beliau dan suaminya, Abu Abdullah, 33, bersyukur apabila polis menemui semula anak sulungnya itu."Dalam tempoh tujuh jam kehilangan Mohd Aidil, pelbagai persoalan bermain di fikiran saya, terutama apabila teringatkan kes culik bayi yang pernah berlaku sebelum ini," katanya.
Sumber: Berita Harian 30/10/08

TAHNIAH DR FAZLEY!!

Dr Fazley dan Isteri ketika menunggu saat bersalin.


Dengarnya...: Dr Fazley bergelar bapa

KETIKA sedang berdandan membetulkan rambut ikal mayang Cik Normah di depan cermin, telefon bimbit Cik Normah berbunyi menandakan SMS masuk. Mata Cik Normah yang cantik ini terjojol keluar gara-gara terkejut bercampur gembira apabila dimaklumkan yang isteri kepada Fazley iaitu Azrene Soraya selamat melahirkan anak lelaki semalam. Alhamdulillah, Cik Normah tumpang gembira dengan berita itu dan memanjat kesyukuran.Cik Normah hanya dapat berkongsi sedikit saja khabar gembira ini untuk peminat Fazley. Insya-Allah, kalau ada peluang menemu bual Fazley dan mengambil gambar bersama isteri dan anaknya, Cik Normah akan siarkan dalam Hip nanti buat tatapan semua. Cik Normah juga yang tak pernah berhenti berharap dan berusaha untuk mendapatkan cahaya mata sendiri. Tuhan pun tak suka kalau hamba-Nya cepat berputus asa dalam apa aspek kehidupan pun. Buat Fazley dan keluarganya, Cik Normah doakan moga-moga dengan kehadiran putera lelaki ini akan terus menyemarakkan lagi kehidupan mereka.Tak sabar Cik Normah nak mendukung anak Fazley sebab Cik Normah ini pantang nampak bayi atau kanak-kanak, hati dan naluri wanita Cik Normah cepat tersentuh. Tak dapat dukung anak sendiri, anak orang pun jadilah. Okeylah Cik Normah nak sambung balik berdandan dan bersolek sebab nak menghadiri majlis rumah terbuka. Yelah, makin sampai hujung Syawal, makin banyak pula undangan yang Cik Normah terima.


Sumber : Berita Harian 30/10/08

Monday, October 27, 2008

TAHUKAH ANDA??


DUNIA

Layari internet baik untuk otak

LOS ANGELES - Mereka di peringkat umur pertengahan dan warga emas yang melayari internet dikatakan dapat membantu meningkatkan kemampuan serta kekuatan otak individu.Pengkaji Universiti California, Profesor Gary Small dalam kajian dimuatkan American Journal of Geriatric Psychiatry, mendapati internet merangsang pusat otak yang berfungsi mengawal manusia untuk membuat keputusan dan aktiviti pergerakan.Penemuan ini dapat membantu mereka pada peringkat umur tersebut kerana usia lanjut menyebabkan pengurangan aktiviti sel yang memungkinkan pretasi otak merosot.Small memberitahu, aktiviti seperti teka silang kata dapat membantu meminimumkan impak otak selain melayari internet yang mempunyai banyak permainan berkaitan dengan minda. - Agensi

Sumber : Kosmo ARKIB 19/10/08

SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT

Abby bersama anak ketiganya Maria Danisha Hakim yang baru berusia 40 hari.
Kenangan sewaktu menyambut majlis hari lahir anak kedua mereka, Marisa Dania Hakim (kanan).

Hati Abby diuji lagi


Oleh NOR FADZILAH BAHARUDINfadzilah.bahar@utusan.com.my


DALAM dunia ini setiap insan pastinya diuji dengan pelbagai dugaan daripada Yang Maha Esa. Cuma tahap ujian seseorang itu sentiasa berbeza-beza.Demikian juga dengan kehidupan pasangan artis popular, Abby Abadi dan suaminya, Norman Hakim.Mahligai bahagia mereka terus berhadapan dengan ujian.Sebelum ini, media ada melaporkan kisah rumah tangga pasangan itu yang dikatakan sedang bergelora.Namun, penjelasan yang diberikan kedua-dua mereka masih kabur tanpa jawapan yang pasti.Justeru, pada satu pertemuan di kediaman mereka kelmarin, Abby ditemui media sempena majlis cukur jambul anak ketiga pasangan itu, Maria Danisha Hakim.Dan tanpa diduga wartawan, Abby meluahkan segala yang terbuku di hatinya.Selepas sekian lama memendam rasa dan perasaan, Abby mengakui, hatinya benar-benar terluka mengenangkan sikap suaminya.Enggan berbicara lanjut mengenai hubungannya dengan Norman, dalam nada suara bergetar Abby berkata: "Sudah tentu saya bersedih. Saya tak mahu perkara ini (ujian rumah tangga) berlanjutan."Saya takut dengan kehilangan dia (Norman) tapi saya bersyukur kerana masih ada anak-anak dan keluarga yang banyak memberi kekuatan kepada saya," katanya yang masih lagi dalam tempoh berpantang anak ketiganya.Sebelum ini pasangan tersebut pernah bercerai pada 5 Mei 2006 dan merujuk semula dalam tempoh yang singkat.Syukur, perkahwinan mereka dapat diselamatkan dan pasangan itu kembali melayari bahtera rumah tangga dengan damai sekali.Namun, kini sekali lagi hubungan mereka diuji. Sukar ditafsir keadaan sebenar, namun berdasarkan apa yang terpacul keluar dari mulut Abby, dia gelisah dengan apa yang berlaku.Ditanya mengenai desas-desus dia dan Norman tidak lagi tinggal sebumbung, bekas penyanyi kumpulan Elite ini berkata: "Saya sentiasa ada sahaja di rumah ini. Mengenai dia (Norman), saya tidak mahu mengulas."Dan pada majlis cukur jambul petang itu, Norman dilihat tiba di kediaman mereka sebaik majlis berlangsung sekitar pukul 3 petang.Kata Norman, dia tidak dapat berada di rumah lebih awal kerana terikat dengan penggambaran sebuah drama di Linggi, Negeri Sembilan.Pada majlis itu, sesi temuramah dengan media juga diadakan secara berasinganSemakin tabahMerungkai perasaan dan hatinya seorang wanita ketika ini yang sedang melalui liku-liku perit dalam kehidupan, Abby mengakui, dia tidak mahu berada dalam situasi sebegini."Saya tak boleh berada dalam keadaan begini. Saya harap akan ada jalan penyelesaian untuk kami berdua."Kalau saya dibiarkan terlalu lama mungkin saya akan ambil tindakan sendiri," katanya yang tidak pernah lupa memanjat doa kepada Yang Maha Esa memohon diberikan kekuatan menghadapi dugaan hidup ini.Namun ibu kepada tiga cahaya mata comel ini berkata, segala apa yang sarat ditanggung tidak mampu diluahkan dengan kata-kata."Saya yakin dengan kuasa Tuhan dan saya sudah bersedia untuk berdepan dengan segala-galanya," luahnya jika dulu apa yang berlaku melemahkan dirinya namun kini dia sudah lali dengan semua ini.


Tunjuk bukti saya kahwin lain - Norman


SEBAGAI ketua keluarga, Norman Hakim memikul tanggungjawab yang bukan kecil.Dia punya tanggungan yang besar terhadap isteri yang dinikahinya enam tahun lalu serta tiga orang anaknya, Mohd. Danish Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 3, dan Maria Danisha Hakim, 40 hari.Bersama isteri yang dinikahinya atas dasar cinta serta zuriat yang lahir hasil benih kasih sayang, Norman mahu menjadi seperti pasangan lain yang bahagia melayari bahtera rumah tangga mereka.Lalu, apabila ada pihak luar yang cuba mencampuri urusan rumah tangganya, Norman berhak untuk mempertahankannya.Kerana itu, aktor tampan tersebut memohon pertimbangan semua pihak agar henti memfitnah dia dan isterinyaSebagai manusia biasa, Norman berkata, dia tidak punya kudrat untuk menghalang mana-mana pihak daripada bercakap yang bukan-bukan mengenai dirinya.Begitu juga dengan gosip liar kononnya dia memadukan Abby dengan berkahwin secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand.Ketika diajukan soalan itu, Norman begitu terkejut kerana tidak menyangka sehingga ke tahap itu dia difitnah.Memberitahu dia sudah muak dan jelak dengan segala gosip yang singgah dalam dirinya, Norman berharap pihak yang membuat cerita itu tampil dengan bukti."Kalau orang yang nak bercakap biarlah bercakap dengan bukti," jelas Norman mempertahankan dirinya mengenai spekulasi nakal itu.Terang Norman, dia sudah cukup bersabar dengan segala fitnah yang dilemparkan kepadanya.Bagaimanapun, Norman memberi ingatan jangan sampai tahap kesabarannya hilang."Saya sudah lali dengan gosip tapi saya harap jangan sampai urat belikat saya bersimpul dan saya debik individu tersebut," katanya memberi bayangan tahap kemarahannya ketika ini.Pada masa yang sama, sebagai manusia yang bertanggungjawab, pelakon berusia 32 tahun itu berkata, kemelut yang dihadapi oleh dia dan Abby merupakan pasang surut dalam dunia berumahtangga."Ini adat rumah tangga, mesti ada gelora dan badai. Tak akan semua cerita dan masalah rumahtangga saya nak cerita atau hebahkan kepada umum. Ada satu peringkat yang mana kita berdiam diri lebih baik daripada bercakap," lafaznya tenang.Pada pertemuan itu juga, wartawan mengambil kesempatan bertanya kesahihan khabar angin kononnya dia sudah lama lama tidak pulang ke rumah.Kepada soalan itu, ini jawapan Norman: "Lepas raya saya ada penggambaran drama... tak berhenti-henti. Jadi macam mana saya nak pulang ke rumah."Ketika usia rumah tangga masih hijau, Norman mengharapkan, peristiwa pahit yang pernah menimpa dia dan Abby satu ketika dahulu tidak berulang lagi."Saya tak mahu apa yang berlaku dahulu jadi lagi. Cukuplah itu satu pengajaran dan iktibar untuk masa depan dan saya takut dengan peristiwa dulu," katanya lagi.Pada masa yang sama, Norman berharap segala yang menimpanya kini tidak akan membuatkan dia lemah semangat."Saya masih bersabar dengan apa yang berlaku, tapi kalau sampai satu tahap saya dah tak boleh terima mungkin saya berhenti dari kerjaya ini untuk menamatkan segala-galanya," Norman menjelaskan pendiriannya sebelum mengakhiri perbualan.





Sumber: Utusan Malaysia 28/10/08

EKSKLUSIF : CANTIKNYA HEROIN SEJATI (ISTERI) ROSYAM NOR




Selama ini Rosyam Nor cukup berahsia tentang hal berkaitan keluarga. Lebih-lebih lagi apa-apa yang berkaitan dengan si isteri. Rosyam Nor menegaskan yang family & kerjaya harus di’pisahkan.


Beberapa keping gambar yang di’percayai di’ambil ketika Aidilfitri 2008 baru-baru ini mendedahkan isteri Rosyam Nor yang cantik berseri. Patut’lah Rosyam tak pernah tergugat iman dengan heroin-heroin’nya. Lagi gambar selepas ini…



HAPPY DEEPAVALI KEPADA SEMUA KAUM INDIA


EPISOD 1 - MERTUA VS MENANTU


Tajuk : Calon Menantu

Rosyam membawa Nadia, kekasihnya yang ke 40 berjumpa dengan ibunya (Datin Faridah). Nadia seorang yang cantik, pandai bergaya, berpendidikan tinggi, anak orang berada tetapi dia tetap tidak dapat menambat hati Datin Faridah. Puncanya dia dianggap `kurang sopan’ kerana ketawa terkekeh-kekeh ketika Rosyam buat kelakar. Datin Faridah cakap dengan Rosyam dia tidak akan bermenantukan perempuan yang ketawa macam `dubuk’. Rosyam geram kerana masuk kali ini dah 40 orang calun isteri yang dia bawa untuk bertemu Datin Faridah.

Datin Faridah tetap bertegas terhadap Rosyam dengan memberitahu, bakal menantunya mestilah seorang yang serba sempurna seperti cantik, pandai bergaya, sopan, berpendidikan, dari keluarga yang setaraf dengan mereka dan lebih penting, mendengar kata. Rosyam cakap dengan ibunya mana ada orang yang sempurna seperti itu. Datin Faridah cakap, ada, dengan syarat Rosyam serahkan kepadanya untuk mencari bakal isterinya. Rosyam tidak setuju.

Rosyam yang tertekan, telah keluar bersantai sambil tengok perlawanan bola bersama kawan-kawannya termasuk Rizal di kelab tempat mereka selalu lepak. Rosyam telah menjadi bahan kelakar kawan-kawannya kerana sampai sekarang masih belum ada calun isteri. Ada di antara kawan-kawannya yang menasihatkan Rosyam supaya mandi bunga.
Rizal pula berpendapat, eloklah Rosyam serahkan saja usaha mencari bakal isteri kelada Datin Faridah. Tentu Datin Faridah akan mencari wanita yang sempurna dan disukainya. Rosyam tak mahu. Dia cakap dengan Rizal, sudah 28 tahun hidupnya diatur oleh ibunya. Kali ini dia nak pilih calun isteri ikut seleranya sebab dia yang akan hidup dengan isterinya. Isterinya nanti adalah `soul mate’nya, bukan `soul mate’ ibunya.

Datin Faridah begitu bimbang kalau-kalau Rosyam terus mencari gadis-gadis yang tidak memenuhi kriteria pilihannya. Dia meminta pandangan Datin Sofia, kawan baik dan sekutu rapatnya. Datin Sofia mencadangkan supaya Datin Faridah adakan majlis jamuan teh untuk ahli Kelab Datin-Datin dengan menjemput Datin-Datin dan anak-anak gadis mereka. Tentu dalam ramai-ramai itu ada anak Datin yang memenuhi kriteria bakal isteri Rosyam. Datin Faridah setuju.

Rosyam tidak ambil peduli dengan rancangan ibunya. Dia sudah nekad tidak akan setuju dengan pilihan ibunya. Dia makin kerap keluar rumah dan menghabiskan masa di kelab sambil bertemu kawan-kawan, minum dan menonton perlawanan bolasepak. Datin Faridah bimbang dengan perubahan sikap Rosyam. Apabila dia tanya Rosyam kemana Rosyam menghilangkan diri setiap hari, Rosyam cakap dia lepak di kelab.
Datin Faridah kurang yakin dengan cerita Rosyam. Dia cuba mendapatkan kepastian dari Rizal samada betul atau tidak Rosyam lepak di kelab bersama Rizal dan kawan-kawan. Rizal mengakui cerita itu benar. Datin Faridah tetap tidak percaya dan menuduh Rizal bersubahat untuk melindungi Rosyam.

Kecurigaan Datin Faridah terhadap Rosyam telah menyebabkan dia diganggu mimpi ngeri. Dia bermimpi Rosyam berkahwin dengan gadis berwajah buruk dan comot tanpa pengetahuannya. Hasil perkahwinan itu Rosyam dikurniakan tujuh orang anak berderet seperti `susun paku’.

Bagi memastikan mimpinya bukan menjadi kenyataan, Datin Faridah mengupah penyiasat persendirian mengikut Rosyam. Rosyam dapat tahu. Rosyam merajuk dengan Datin Faridah. Dia cakap dengan Datin Faridah, kali ini dia akan kahwin dengan orang yang dicintai tak kira walaupun gadis itu tukang cuci tandas. Datin Faridah terkejut dan tercabar.


HARI:
SETIAP RABU

MASA:
10 MALAM

SALURAN:
ASTRO PRIMA (105)

TERBITAN:
MIG PRODUCTION


Sumber dan episod seterusnya layari http://mighibur.com/drama.htm

SEMOGA KEKAL SELAMANYA

Sumber foto : Mstaronline

Erra & Emran sambut ulang tahun pertama


DIAM tak diam, semalam 25/10/2008 dah setahun pasangan Erra dan Emran bernikah. Khabarnya, memang tak ada majlis sambutan besar-besaran tetapi pasangan ini membuat kenduri doa selamat dan sembahyang berjemaah waktu Zuhur untuk ahli keluarga dan teman terdekat sahaja. Dengar ceritanya, pasangan ini bertambah bahagia tambahan pula mereka bakal dikurniakan seorang cahaya mata tidak lama lagi. Jika tak silap pengiraan teman dah masuk lima bulan kandungan Erra sekarang. Tahniah sekali lagi teman ucapkan.Teman taklah begitu rapat dengan Erra, tetapi daripada apa yang teman baca di akhbar hiburan dan majalah hiburan, sepanjang mengandung memang Erra tidak alah atau mengidam yang bukan-bukan. Tetapi yang teman dengar, dalam diam-diam rupanya si Emran pula yang mengidam dan suka makan benda-benda perasa. Betul ke? Apa pun jangan mengidam yang bukan-bukan sudahlah.Sebagai orang luar, teman doakan Erra dan Emran akan bahagia hingga ke akhir hayat. Setakat kalau ada gaduh sikit-sikit tu, kira pejam mata aje la.. Janganlah besarkan perkara-perkara kecil. Gaduh-gaduh manja kata orang sekarang ni.



Sumber : Sinar harian 26/10/2008

Friday, October 24, 2008

SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA PERKAHWINAN EE & EF



Sumber : www.suriafm.com.my

Sumber : Blog Ujie Sana Sini

Sumber : Blog Mr Manager


KOMEN :PEJAM CELIK - PEJAM CELIK DAH SETAHUN HARI NI 25 OKTOBER ERRA & ENGKU EMRAN MENJADI SUAMI ISTERI..ALHAMDULILLAH, KINI MEREKA BEGITU TERUJA MENANTI 'BUAH HATI' YANG BAKAL LAHIR TAHUN DEPAN...ANDAI KATA ERRA TIDAK KEGUGURAN SEMASA KEHAMILAN PERTAMA DULU PASTI HUJUNG BULAN NOVEMBER INI MEREKA SUDAH ADA ANAK..APAPUN..ALLAH LEBIH MENYAYANGI ANAK ITU....APAPUN SEMOGA TERUS KEKAL SELAMANYA..AMIN

Thursday, October 23, 2008

ANAK SIAPA NI????

Ariff Danial disenarai anak angkat

SEREMBAN: Bayi yang ditemui di bawah sebatang pokok berhampiran rumah guru Felda Palong 4,5 dan 6 Gemas, 7 September kini ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk disenaraikan sebagai anak angkat selepas keluarganya tidak tampil sehingga semalam.Pengarah JKM negeri, Mizan Maulud, berkata orang ramai yang ingin mengambil bayi yang dinamakan Ariff Danial itu sebagai anak angkat boleh membuat permohonan di pejabat JKM berhampiran.“Permohonan itu akan dipertimbangkan satu panel yang dipengerusikan Ketua Pengarah JKM,” katanya ketika dihubungi, semalam.Beliau kesal kerana banyak kejadian kes kanak-kanak tidak terkawal berlaku di kawasan pedalaman sehingga menyebabkan berlakunya kejadian pembuangan bayi dan gadis bawah umur hamil.“Sehingga Jun tahun ini, sudah lima kes kejadian kanak-kanak tidak terkawal dirujuk kepada JKM di Jempol dengan dua kes gadis hamil diselamatkan.“Peningkatan ini amat membimbangkan kerana sepanjang 2007, hanya lima kes kanak-kanak tidak terkawal dilaporkan,” katanya.Menurutnya, kadar itu tinggi jika dibandingkan dengan kes kanak-kanak tidak terkawal yang dilaporkan di daerah Seremban iaitu sebanyak tiga kes hingga Jun tahun ini dan empat kes sepanjang 2007.
Sumber: Mymetro 24/10/08

SUSAH SENANG BERSAMA

Temani suami raih kejayaan cemerlang


SERDANG: Tidak mahu bersendirian ketika menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, Pengurus Besar Lembaga Zakat Selangor, Ahmad Shahir Makhtar, 38, mengajak isterinya untuk bersama-sama mengikuti kursus peringkat sarjana di fakulti sama.Ahmad Shahir berkata, isterinya, Nor’aini Sayati, 38, yang juga seorang guru bukan saja tidak keberatan memohon di fakulti sama supaya dapat menemaninya, malah menjadi pendorong kuat kepadanya untuk lebih maju dalam hidup.Katanya yang menerima Ijazah Sarjana Pembangunan Sumber Manusia dari Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), dia dan isteri sering bergilir-gilir menjaga empat anak mereka yang berusia antara satu hingga 11 tahun, bagi membolehkan mereka mengulang kaji pelajaran.“Kami saling bertolak-ansur dan bekerjasama bagi memastikan berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang,” katanya selepas menerima skrol pada Istiadat Konvokesyen UPM ke-32, di sini, semalam.Nor’aini berkata, pada mulanya tujuan asal dia menyambung pengajian hanya untuk menemani suami dan tidak pernah terlintas untuk mencapai keputusan cemerlang, namun tugasan yang diberikan pensyarah menjadi motivasi untuknya belajar bersungguh-sungguh.Katanya, dia bersyukur memperoleh keputusan dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.80 dan ia menjadi kejayaan manis dalam hidupnya.Sepasang lagi suami isteri yang turut meraih kejayaan, Refaznol Ahmad Tasman, 27, dan Nurul Aini Zainal Abidin, 25, melahirkan rasa gembira kerana berjaya menamatkan pengajian bersama orang tersayang.Nurul Aini berkata, mereka mendirikan rumah tangga Mac lalu selepas berkenalan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM pada 2004.
Sumber: Mymetro 24/10/08

APABILA IMAN MUDAH GOYAH

`Terlebih pandai’
Oleh Siti Fatimah Hassan dan Sarah Zulkifliam@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Semuanya karut. Ini akibatnya apabila mereka terlebih ‘pandai’,” kata tokoh agama, Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz.Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai sekumpulan kira-kira 30 lelaki yang mempelajari ilmu perubatan Islam tergamam apabila seorang daripada mereka membawa berita menggemparkan dengan mendakwa Nabi Muhammad s.a.w dan wali Allah lain akan muncul di padang sebuah taman permainan di Petaling Jaya.Abu Hasan yang juga bekas Pegawai Agama Istana Negara berkata, kepercayaan karut itu timbul apabila pemikiran individu tertentu hanya dikuasai syaitan selain mempunyai kepentingan diri sendiri.“Mereka ini terlampau pandai. Hanya pandai membuat pelbagai dakwaan yang mengarut. Selagi tidak ada dalil dan nas al-Quran mengatakan begitu, jangan mempercayai dengan sewenang-wenangnya.“Mereka yang menimbulkan kepercayaan ini hanya disifatkan sebagai pemesong akidah semata-mata dan ada kepentingan tertentu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Dalam laporan itu, lelaki berusia 20 tahun yang dikenali sebagai Ramli mendakwa, dia mendapat ‘wahyu’ daripada Allah kononnya Rasulullah muncul di lokasi berkenaan menyebabkan 10 rakannya terpengaruh untuk menatap wajah Nabi Muhammad, lalu mengikutnya ke padang itu, pada jam 1 pagi, baru-baru ini.Bagi meyakinkan mereka, Ramli meletakkan sebuah kerusi di tengah padang berkenaan, kononnya untuk diduduki Nabi Muhammad.Beberapa minit selepas kerusi diletakkan, Ramli membisikkan sesuatu kepada rakan mendakwa Nabi Muhammad sudah datang dan duduk di kerusi berkenaan sebelum mereka menangis beramai-ramai.Abu Hasan berkata beliau kesal dan kecewa apabila ada golongan berpendidikan yang turut terpedaya dengan kepercayaan karut berkenaan.“Perkara ini semakin menjadi-jadi apabila ada antara mereka yang berpelajaran turut terpesong akidah,” katanya.Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memantau kegiatan kumpulan yang memesongkan akidah, termasuk pergerakan Ramli yang membuat dakwaan karut sehingga mengelirukan pelajar lain.Sumber Jakim berkata, pihaknya akan menghantar pegawai ke kawasan perumahan di Petaling Jaya yang dikatakan menjadi tempat perhimpunan anggota kumpulan terbabit bagi menyiasat perkara berkenaan secara terperinci.Katanya, apabila mendapat maklumat mengenai wujudnya sebarang kegiatan membabitkan pemesongan akidah atau ajaran sesat, pemantauan perlu dibuat sebelum tindakan sewajarnya diambil
Sumber : Mymetro 24/10/08

HARGAI SEJARAH KITA

Minda: Sejarah mampu membina generasi kelas dunia

Oleh Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabrizaharsani@uum.edu.my


BARU-baru ini ketika berucap merasmikan Wisma Sejarah iaitu bangunan Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) di Jalan Tun Razak, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyarankan mata pelajaran sejarah diwajibkan di semua sekolah rendah di seluruh negara.Menurut beliau, sejarah adalah elemen penting dalam peradaban bangsa dan justeru, penting bagi generasi muda untuk mendalami pengetahuan mengenai sejarah bangsa dan pembangunan negara.Hakikatnya, ketika ini mata pelajaran sejarah bagaikan melukut di tepi gantang. Ia dianggap seperti subjek tempelan yang dipandang enteng pelbagai pihak, sedangkan negarawan dunia mengakui sejarah adalah ‘event of the past that create our future’.Mana mungkin sesebuah peradaban itu dapat dibentuk tanpa melihat apa yang sudah berlaku untuk mencorakkan pergerakan ketamadunan di masa depan.Kata orang, kita perlu belajar daripada sejarah kalau tidak mungkin mengulangi kesalahan atau kesilapan terdahulu.Perkataan sejarah yang kita gunakan pada masa kini berpunca daripada perkataan Arab iaitu Syajaratun yang bermaksud pohon atau pokok. Dari sudut lain, istilah ‘history’ terjemahan daripada perkataan Yunani iaitu ‘histories’ yang membawa makna satu penyelidikan atau pengkajian.Di Malaysia, seperti di negara lain, cerita dan pengalaman zaman lampau akan lenyap dengan cepat. Lebih-lebih lagi pada masa sekarang dengan manusia boleh berhubung dengan cepat melalui telefon, faks, e-mail atau bertemu muka.Tradisi menulis surat panjang, menyimpan catatan harian dan persediaan memo yang lengkap sudah menjadi kurang mustahak.Dalam keadaan seperti ini, kebanyakan perkembangan dilupai atau hilang sebagai bukti sejarah. Sesungguhnya perkara itu penting tetapi kita tidak boleh melupakan sejarah itu merangkumi juga cerita dan peristiwa rakyat biasa.Oleh itu, tajuk yang bercorak sejarah tempatan dan sejarah negeri perlu diberi tempat sewajarnya.Dalam ucapannya, Pak Lah menyarankan pengajaran sejarah di sekolah rendah ditampilkan secara lebih menarik, termasuk kaedah mengajar bagi menarik minat pelajar mempelajari mata pelajaran itu.Kurikulum mata pelajaran sejarah sedia ada juga harus diperbaiki serta diperkasakan lagi.Penulis menyarankan kaedah pengajaran sejarah berdasarkan penggunaan sejarah lisan. Penggunaan sejarah lisan sebagai satu alat pengajaran belum digunakan dengan sepatutnya.Sejarah lisan berdasarkan kenangan seseorang yang terbabit dalam peristiwa penting.Maklumat itu sungguh bernilai dalam memahami peristiwa yang saling berkait dari sudut yang luas. Sejarah lisan adalah unik kerana dapat menghubungkan zaman lalu dan sekarang melalui rakaman pengalaman bersejarah.Pita rakaman dan transkrip sejarah lisan boleh menghidupkan kaedah stimulasi pengajaran di sekolah dan institusi lain.Ketika ini, sejarah diajar berdasarkan sistem pameran. Cara itu tidak dinafikan sebagai satu cara pengajaran berguna dalam kelas. Bagaimanapun, nilainya terhad kepada keadaan pameran statik. Sebaliknya, pita rakaman wawancara dengan tokoh tertentu yang pernah memainkan peranan penting dalam masyarakat boleh memberi gambaran berkesan untuk memahami peristiwa lampau.Rakaman itu boleh menggambarkan perkara bersejarah yang berlaku di samping dapat menggambarkan aspek masyarakat yang sukar untuk dipamerkan.Rata-rata rakyat belajar sejarah sebagai satu mata pelajaran sahaja tetapi tidak ada kesan sejarah kepada diri mereka kecuali sekumpulan kecil. Ini berbeza sekali dengan masyarakat di Amerika Syarikat. Mata pelajaran sejarah dilatih tubi dan ditekankan begitu kuat dan dijadikan satu kemestian untuk setiap peringkat pelajaran dan persekolahan, juga untuk memasuki universiti dan menjadi prasyarat utama menjadi warga negara.Kesusasteraan mereka juga penuh bayangan, eksploitasi atau pendedahan tokoh dan ikon sejarah, memberi perasaan gagah dan bangga kepada pembaca. Malah, filem mereka dan video memberi kebesaran kepada bangsanya. Semua ini memperteguhkan sendi kekuatan bangsa.Ini tidak ada di Malaysia. Jarang sekali sejarah dijadikan tema penggambaran yang besar. Jadi orang tidak tahu perjuangan, misalnya Tok Janggut di Kelantan, Datuk Onn (pengasas Umno) atau Mat Salleh di Sabah secara mendalam. Mereka hanya tahu nama tokoh yang berada dalam catatan sejarah negara.Sistem pendidikan Malaysia semakin maju. Ia sekali gus menjadikan masyarakat majmuk bertambah kompleks untuk disatukan yang memerlukan kepakaran sejarawan menyuntik semangat cintakan sejarah di kalangan bangsa Malaysia.Agak sukar menjadikan sejarah sesuatu yang menarik jika perspektif masyarakat mengenai kepentingan sejarah adalah teks yang tidak mudah difahami.Di peringkat pengajian tinggi pula, sejarah sepatutnya dikupas dengan analitikal dan harus tepat faktanya dan sumbernya tanpa menimbulkan sebarang keraguan berhubung kesahihan peristiwa.Subjek sejarah disarankan menjadi subjek teras universiti dan bukan lagi subjek elektif. Aliran peristiwa pula digarap dengan ratusan, malah ribuan sumber agar peristiwa yang ditonjolkan benar-benar satu realiti dan menggambarkan hakikatnya sebenar. Peristiwa sejarah sewajarnya merangsang akal fikiran melihat bagaimana masyarakat dahulu membuat keputusan berdasarkan ilmu dan persekitaran.Sejarah penting untuk dipelajari kerana mampu membina generasi muda yang patriotik dan mempunyai minda kelas pertama serta menambah nilai kepada ilmu lain.Justeru, di tengah-tengah kepesatan pembangunan, kita diingatkan agar kembali kepada sejarah. - Penulis adalah Pensyarah Kanan Pengajian Kenegaraan Universiti Utara Malaysia
Sumber: Mymetro 24/10/08

GENERASI HARAPAN

Pupuk pelajar IPTA amal pembangunan lestari

JOHOR BAHRU: Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bakal menjalankan pelbagai usaha memupuk pelajar universiti mengamalkan pembangunan lestari sama ada menerusi pendidikan, penyelidikan, pembangunan dan amalan kehidupan komuniti kampus.Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, berkata bagi tujuan itu, kementerian mengorak akan menyediakan asas pembangunan fizikal yang lestari di kampus universiti secara berperingkat pada masa depan.Menurutnya, biarpun hasil program itu mengambil masa lama, namun diyakini berkesan membawa pembaharuan di kalangan pelajar universiti sekali gus melahirkan graduan bermutu dan mempunyai modal insan sesuai dengan keperluan industri serta pasaran kerja.“Semua IPTA perlu memastikan pelajar yang tinggal dalam kampus menghayati dan mengaplikasikan budaya hidup lestari itu dalam kehidupan harian.“Modal insan unggul tidak hanya dimanifestasi dengan kelayakan akademik yang cemerlang semata-mata. Ia juga dapat dijana melalui pendedahan kemahiran lain seperti digaris kementerian dalam program Penerapan Kemahiran Insaniah di IPT Malaysia.“Kehidupan manusia mempunyai cara tersendiri. Pelbagai perkara membabitkan proses pengendalian kediaman dan sahsiah diri perlu diterap dalam diri pelajar dengan sebaik mungkin. Ia mampu membina disiplin diri serta mengelak pelajar terjebak dalam gejala negatif,” katanya.
Sumber: Mymetro 24/10/08

DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN

Jaga genggam sarjana
Oleh Faizatul Farlin Farush Khanffarlin@hmetro.com.my


SERDANG: Tugasnya sebagai pengawal keselamatan di Universiti Putra Malaysia (UPM) menerbitkan rasa ‘cemburu’ setiap kali melihat seorang demi seorang graduan menggenggam ijazah sehingga akhirnya dia membuat keputusan mengikut jejak mereka menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.Ahmad Razei Abu Bakar, 49, berkata melihat kejayaan pelajar di universiti itu, dia berazam mendapatkan sekurang-kurangnya segulung ijazah sebelum pencen daripada tugasnya.Dia yang bertugas di UPM sejak 1979 dengan gaji permulaan sekitar RM200 ketika itu, kini mampu berbangga apabila berjaya menggenggam Sarjana Linguistik pada Istiadat Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-32 di sini, semalam.Pada 2003, Ahmad Razei menerima ijazah sarjana muda dalam bidang sama sebelum meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya.“Apabila melihat graduan keluar masuk universiti ini bersilih ganti, hati saya terdetik ‘kalau mereka boleh kenapa aku tak boleh’ dan saya gembira akhirnya hajat saya tercapai,” katanya.Lebih manis kejayaannya turut dikongsi bersama anak kedua, Nur Nadjah, 21, yang menerima Diploma Pengurusan Perladangan Makanan pada istiadat konvokesyen sama.Bapa kepada 11 anak itu berkata, keputusannya menyambung pengajian biarpun usia sudah lanjut juga sebagai pendorong kepada semua anaknya untuk berjaya dalam pelajaran dan tidak menjadikan faktor usia sebagai halangan.Ahmad Razei yang bercita-cita menjadi tenaga pengajar berkata, dia berhasrat menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) kerana baginya pendidikan adalah untuk sepanjang hayat.Nur Nadjah pula berkata, sebagai anak, dia berbangga dengan kejayaan ayahnya dan berhasrat menyambung pengajian bagi menyaingi semangat ayahnya.
Sumber : Mymetro 24/10/08

TUNAIKAN AMANAH YANG DIBERI SEBAIK - BAIKNYA

Enam calon menang mudah

Oleh Ihsan Noorzaliam@hmetro.com.my


TANJUNG MALIM: Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2008/2009 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berlangsung kelmarin menyaksikan enam calon kerusi fakulti mengukir kejayaan mudah apabila menang tanpa bertanding.Laluan mudah itu diperoleh Siti Nor Hazliza Rosli dan Mohd Nor Faiz Mat Ali bagi calon Fakulti Sains Sukan; Siti Khairiah Jajuli dan Mohd Hairie Abdullah (Fakulti Bahasa) serta Mohd Firdaus Mohd Fauzi dan Norhisham Che Hamid bagi Fakulti Seni dan Muzik.Pemilihan MPP tahun ini diadakan di tujuh pusat pengundian iaitu Kompleks Bitarasiswa, Dewan SITC, Dewan Serbaguna Kolej Za’ba, Dewan Serbaguna Kolej Ungku Omar, Foyer Kolej Harun Aminurrashid, Perpustakaan Tuanku Bainun serta Foyer Bangunan KDP. Peratusan keluar mengundi sebanyak 61.15 peratus atau 12,001 pengundi direkodkan bermula jam 8.30 pagi hingga 7 malam yang dilakukan secara elektronik (e-voting).Bagaimanapun persaingan sengit berlaku di kerusi umum membabitkan 11 calon yang berusaha menawan kerusi barisan kepemimpinan tertinggi MPP. Lima kerusi umum teratas dimenangi oleh Akmal Madzir (4,124 undi), Nor’ain A Razak (4,011), Arif Mohamad (3,757), Nur Aqilah Hanis Mohd Yusof (3,532) dan Muhammad Nazarul Hazwan Abd Razak sebanyak 3,792 undi. Akmal Madzir, 21, mahasiswa semester lima jurusan biologi yang memperoleh sokongan terbanyak akan melepaskan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Sains UPSI. Beliau ketika ditemui berazam akan bekerja keras dalam satu barisan kepemimpinan bagi memperjuangkan kebajikan lebih 14,000 mahasiswa UPSI. Sementara itu, Nur Aqilah Hanis pula melahirkan kesyukuran atas kemenangannya itu dan akan berusaha melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin dalam tempoh kepimpinan baru itu.Manakala Nor’ain, mahasiswa semester lima jurusan sains kimia yang tampil melalui manifestonya ‘Keperibadian Unggul Menjana Kualiti’ berazam memberikan perkhidmatan terbaik untuk mahasiswa dan komited membantu serta mendokong segala usaha pengurusan universiti demi kebaikan mahasiswa UPSI
Sumber: Mymetro 24/10/08

Sunday, October 19, 2008

PERANG POSTER & MANIFESTO CALON MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR








ESOK...TUNAIKAN KEWAJIPAN....PILIH CALON FAKULTI DAN CALON UMUM YANG BETUL - BETUL LAYAK....KUASA DITANGAN KU UNTUK MENGUNDI....


Apakah Kepentingan PRK kepada Mahasiswa????


Saban tahun, pilihanraya kampus (PRK) pasti mewarnai suasana di institusi pengajian tinggi. Pada tahun ini bermula dengan UUM yang telah pun kita ketahui keputusannya memberikan kejutan yang besar di mana mahasiswi mendapat undi yang besar. Adakah ini juga bakal berlaku kepada Universitiku esok? Persoalan besar yang selalu bermain di minda ramai pihak ialah mengapa para mahasiswa mengambil berat akan pilihanraya ini? Adakah ingin menunjukkan jaguh atau sekadar suka-suka untuk menempah nama. Atau juga sebagai alat pro kepada kumpulan tertentu yang berkepentingan?Sebenarnya, Pilihanraya Kampus (PRK) disertai oleh para mahasiswa disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah untuk menjadi pemimpin kepada pelajar itu sendiri. Sekiranya dahulu, pemilihan pengawas di sekolah hanyalah lantikan dan bukan pemilihan, tetapi ia senario berbeza di Universiti.Mahasiswa mempunyai kebebasan untuk memilih mana-mana calon yang dirasakan layak untuk memimpun mereka. Yang boleh menjadi pemimpin dalam menyuarakan isu kebajikan mereka, yang boleh mengendalikan pesta konvokesyen, forum dan juga pelbagai program intelektual lain.Para mahasiswa yang keluar mengundi inginkan satu kepimpinan yang boleh memacu perubahan ke arah menegakkan haknya di universiti. Pemimpin pelajar yang terpilih itu pula perlulah menjadi pemimpin yang mampu merubah persepsi rakan sebayanya mengenai potensi generasi muda dari seorang pelajar biasa kepada pelajar yang miliki idealisme tentang cita-cita hidup merentasi pembinaan moral dan akhlak seseorang individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.Selain itu, pemimpin pelajar yang dipilih juga wajar dilihat sebagai pemimpin pembina budaya (culture builder).Selanjutnya, PRK merupakan medan demokrasi unggul yang mengajar para mahasiswa erti pilihanraya. Bermula dari pemilihan calon, hari penamaan calon, kempen, risalah-risalah, manifesto, kain rentang dan pengiraan undi,ia merupakan situasi sebenar seperti dalam pilihanraya umum. Mahasiswa yang didedahkan dengan PRK, akan mengetahui cara-cara perjalanan pilihanraya dan juga peraturan semasa piliharaya yang seterusnya dapat diadaptasikan oleh mereka setelah keluar dari menara gading.Demokrasi ini dilihat boleh menyedarkan para mahasiswa bahawa pangkahan mereka amat bernilai dalam mencorakkan kepimpinan pelajar. Jadi, faktor pemakaian demokrasi dalam diri mahasiswa adalah penting sebelum mahasiswa menemui dunia realiti yang lebih mencabar dan penuh dengan pancaroba dalam ilmu politik.Selain itu, PRK juga diperkenalkan adalah kerana ingin mencari pemimpin pelajar yang boleh menjadi contoh teladan kepada masyarakat luar terutamanya muda-mudi yang mengalami krisis identiti sekarang.Perkara ini mampu merungkai dan membawa keluar kerumitan dan kegelisahan masyarakat yang dilingkari dengan masalah sosial dan jenayah dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah. Secara analisisnya, suara mahasiswa sebenarnya amat mahal dan apabila ia bersuara, pasti ada perkara yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat.Di samping itu, kepimpinan negara memerlukan pelapis yang boleh menjadi pengganti kepada pemimpin sedia ada sekarang. Negara memerlukan tenaga dan daya pemikiran pemimpin yang baru bagi melangkah gagah menghadapi arena globalisasi dan juga hal ehwal dalaman negara kita.Sekiranya kita selongkar sejarah lama, pemimpin pelajar seperti Shabery Cheek, Mahathir Mohamad, Zahid Hamidi, Saifuddin Abdullah, Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Husam Musa, Abu Bakar Chik dan ramai lagi pemimpin yang pernah memegang tampuk pemerintahan negara, pernah diasuh sebagai pemimpin pelajar.Oleh yang demikian,jelas PRK bukan sekadar berseronok ketika kempen, tetapi juga mempunyai matlamat jangka panjang yang amat penting dalam pembangunan negara.PRK turut mengajar erti kebebasan memilih kepada para mahasiswa dalam pemilihan pemimpin pelajar.Para calon pula boleh menggunakan peruntukan dalam Perkara 10 klausa 1 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan idea. Walau bagaimanapun, kebebasan tersebut tidak mutlak tetapi mempunyai beberapa sekatan tertentu yang antara lainnya melarang mahasiswa menyebarkan fitnah, ugutan, menghina calon lain dan juga menyebarkan provokasi.Bagi setiap calon pula, sifat pemimpin pelajar yang neutral, tidak mempunyai agenda politik serta bukan jurucakap kepada parti politik perlu ada pada setiap mahasiswa yang ingin bertanding dalam PRK. Hal ini sejajar dengan konsep politik nilai mahasiswa dan juga Seksyen 15 kurungan 3 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang menyatakan bahawa para pelajar dilarang menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja.Setelah diperhalusi tujuan PRK,maka saya merasakan bahawa PRK amat penting dalam mencorakkan pemikiran mahasiswa dan ia wajar dijadikan suatu nilai yang penting dalam diri mahasiswa. Dihujahkan bahawa pilihanraya peringkat mahasiswa bukan medan merebut kuasa seperti mendapatkan kerusi dewan undangan negeri atau Parlimen.Pemilihan peringkat kampus juga bukannya medan membalas dendam atau menunjuk siapa yang lebih gagah dan lebih kuat. Tetapi medan pilihanraya kampus wajar dijadikan medan atau sekolah pembelajaran bagi mendidik mahasiswa untuk terlibat aktif dalam demokrasi sama ada di kampus dan di luar kampus setelah tamat pengajian mereka.Suasana PRK pula perlulah adil dan berdemokrasi yang secara automatik akan melahirkan para mahasiwa menjadi lebih bermoral dan pro-demokrasi dalam menjana satu suasana politik sihat di Malaysia pada hari mendatang.Oleh yang demikian, jelas bahawa matlamat pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar wajar diterima oleh pelbagai pihak bahawa ia diadakan untuk mendidik erti demokrasi kepada mahasiswa. Sekiranya ia menyimpang jauh daripada matlamat asal, dibimbangi bahawa pemimpin yang dipilih bukan atas faktor kredibiliti atau kemampuan untuk memimpin,tetapi dipilih atas dasar ketakutan dan dipaksa.Ini akan memberikan ancaman kepada kepimpinan negara boleh meruntuhkan keutuhan negara kita pada masa hadapan. Merujuk kepada kata-kata falsafah barat yang menyatakan bahawa ‘masa depan dibeli oleh masa sekarang’, maka mahasiswa seluruh negara wajar merenung kata-kata ini dan wajar persiapkan diri untuk memandu negara selepas ini.Janganlah pilihanraya kampus yang bernilai tinggi ini hanya melahirkan pemimpin yang hanya ‘angguk-angguk,tetapi tidak berani ‘geleng-geleng’ dan ini akan merencatkan pertumbuhan penghasilan pemimpin masyarakat yang berkaliber di negara bertuah ini.

Sumber: Blog Calon - calon MPP

HANYA ALLAH SWT YANG LEBIH TAHU

SYUKUR bukti kita sentiasa mengingati dan menyayangi Allah pada waktu susah dan senang.

PELBAGAI cara menzahirkan rasa syukur kepada Allah antaranya melafazkan zikir.

FAMILI

Tulus menyayangi Allah

Mengingati Allah bukan hanya ketika berdepan dengan kesusahan, tetapi juga memanjatkan kesyukuran ketika diberikan kejayaan.

SYUKUR merupakan sifat mulia yang dikaitkan dengan amalan hati dan akhlak terpuji yang sepatutnya sentiasa menghiasi kehidupan. Syukur sebagai satu sifat yang dilahirkan daripada respons terhadap nikmat yang dikurniakan Allah. 'Ingatlah kepada ku (Allah) nescaya aku ingat kepada mu. Dan hendaklah kamu bersyukur kepada ku dan janganlah kamu lupakan budi ku'- surah al-Baqarah: 152. Orang yang sentiasa bersyukur adalah orang yang sentiasa menyemai sifat manusiawi dalam erti kata sentiasa bertimbang rasa, tahu menerima kasih sayang Allah.
Syukur terhadap nikmat Allah datang daripada pelbagai bentuk. Syukur terhadap kurniaan Allah atas anugerah kesempurnaan fizikal atau jasmaniah (anggota tubuh badan). Firman Allah: 'Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu mu tanpa mengetahui sesuatu. Kemudian diberikannya kamu pendengaran, penglihatan dan hati semoga kamu bersyukur' - surah al-Nahl: 78.
Syukur juga merangkumi kurniaan terhadap rezeki kurniaan Allah. Firman Allah: 'Dan sebagai bukti untuk mereka ialah bumi yang mati (kering), kami hidupkan dan kami keluarkan dari dalamnya biji-bijian, lalu mereka makan daripadanya.
'Dan kami jadikan daripadanya beberapa kebun dari kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya mata air agar mereka makan dari buah-buahan dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan-tangan mereka. Tidakkah mereka bersyukur'. Tegas Allah lagi dalam surah al-Nahl ayat 18 yang bermaksud: 'Dan kalau mahu menghitung nikmat Allah, nescaya tidaklah kamu menghitung (seluruhnya) dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang'.
Rasulullah sentiasa menjadikan amalan bersyukur dalam kehidupan Baginda. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud menjelaskan bahawa 'Adalah Nabi apabila mendapat khabar yang menyenangkan hati, lantas beliau sujud kepada Allah'. Sementara dalam hadis yang lain menyatakan 'Dari Abu Bakrah, bahawa Nabi Muhammad apabila mendapat sesuatu yang menggembirakan atau khabar gembira, segera beliau tunduk bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah'- Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi. Al-Baihaqi meriwayatkan: Rasulullah lakukan sujud syukur bila menerima surat daripada Ali ketika menceritakan tentang ramai penduduk Yaman memeluk agama Islam.
Syukur boleh dicernakan dalam pelbagai bentuk sama ada melalui perbuatan, melalui hati dan melalui lisan. Syukur melalui perbuatan merangkumi membelanjakan harta ke jalan kebajikan seperti sedekah dan amalan jariah. Melalui ilmu yang diperoleh dan disebar serta diajar kepada orang lain.
Sumber:Kosmo

SOLAT LAH SEBELUM KITA DISOLATKAN

Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

Dr Fatimah meneliti kertas bacaan ujian yang keluar dari alat analisis penyepadanan bio

Sembahyang juga boleh rawat penyakitkritikal

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti OtotBeliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.Ng Siew Chok - Isyarat OtakBeliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi TubuhBeliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minitSelain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
Sumber:Berita Minggu 19/10/08

SENAMAN TERBAIK UMAT ISLAM


Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.



SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.


Terapi solat

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot. Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.
Sumber: Berita Minggu 19/10/08