Friday, October 17, 2008

INDAHNYA ...


Percutian privasi di pulau peribadi


Oleh Syah Rul Aswari Abdullahsrul@hmetro.com.my



REBAK bukanlah nama asing dalam dunia pelayar. Pulau kecil di Tenggara Langkawi ini menempatkan pusat peranginan terbaru di bawah jenama Taj, Rebak Island Resort (RIR) dan marina bertaraf antarabangsa yang menjadi persinggahan utama pelayar di rantau ini.Mendapat namanya dari sejenis pokok tempatan, pulau yang menjadi salah satu daripada 99 pulau yang membentuk Langkawi ini terletak hanya 15 minit perjalanan menaiki bot dari Pantai Chenang.Tanpa deretan pub dan hotel bajet, tidak ramai yang menyedari kewujudan pusat peranginan eksklusif di pulau milik persendirian ini.Lokasinya agak tersorok juga memberikan keistimewaan kepada tetamunya untuk menikmati percutian dalam suasana penuh privasi."Pusat peranginan ini dibina atas tapak seluas 390 ekar ini menyebabkan tetamu seakan bercuti di pulau sendiri. Jika tidak mahu ke pantai, mereka boleh bersantai di kolam renang, atau mengikuti "nature walk" di sekitar penginapan."Jika dipenuhi pengunjung pun, anda masih boleh menikmati privasi kerana keluasan pulau ini," kata Pengurus Tempahannya, Chandra Ganthan Krishnan.Hanya 82 unit penginapan dengan sentuhan seni bina tradisional Melayu-menterjemah suasana percutian mewah dalam suasana tenang tanpa gangguan di pusat peranginan ini.Penginapan dikelilingi taman landskap berkonsepkan flora tropika dengan rimbunan pohon asam , kelapa dan herba tempatan sekali gus bertindak sebagai kanopi semula jadi di pusat peranginan ini. Dari balkoni, tetamu dapat menyaksikan pemandangan indah Selat Senari.Menurutnya, keindahan pulau ini pernah beberapa kali diabadikan dalam produksi televisyen tempatan dan saluran berita dan hiburan antarabangsa menerusi segmen khas di Cable News Network (CNN) dan Channel V.Suasana damai ini banyak disumbangkan oleh keadaan marina yang agak tersorok sekali gus selamat sebagai lokasi persinggahan kapal layar. Pokok hiasan berasal dari Australia dan palma Amerika Latin juga seakan bersatu dengan landskap semula jadi pulau ini.Mandy Lee, "nature guide" yang menemani kami meneroka flora dan fauna pada pagi pertama berada di sini, berkata amat mudah untuk melihat kelibat burung pemangsa terutama jenis "Brahminy Kite" dan "Oriental-pied hornbill".Pencinta alam yang berpindah ke Langkawi selepas jatuh cinta kali pertama dengan pulau peranginan ini berkata, suasana permai di Rebak ini turut menarik kunjungan enggang dan anjing laut yang mengunjungi pantai menjelang waktu petang."Lazimnya, anjing laut ini akan kelihatan di sekitar pantai berhampiran kolam renang antara jam 5 dan 5.30 petang. Ada juga spesies burung pemangsa yang hinggap di pokok rimbun sepanjang pantai pada waktu sama," katanya.Keindahan persisiran pantainya yang putih menambat pengasas Hotmail, Sabeer Bhatia untuk melafazkan ikrar perkahwinan di pulau kecil ini. Barangkali suasana romantis kala petang di sini, menyebabkan ramai memilih menikmati makan malam di tepi pantai.Eksklusif Rebak bukan sekadar pada jenama Taj, malah merangkumi percutian privasi di pulau peribadi, yang tidak ditawarkan di mana-mana pusat peranginan lima bintang lain di Langkawi.TEMPAT MAKAN> Ada dua restoran yang boleh dikunjungi iaitu Senari dan Boardwalk. Anda boleh menikmati hidangan Cina, India dan Barat. Nikmati barbeku di Boardwalk sambil menjamu mata dengan pemandangan laut yang terbentang. Sebelah petang atau malam, kunjungi Minum-Minum atauSY69 yang menyediakan pelbagai minuman dan koktel antarabangsa.MESTI BUAT> Spa Safa Wangi menyediakan pelbagai pilihan perawatan wajah dan badan menggunakan ramuan semula jadi dan kepakaran terapi urutan Nusantara. Pakej menyeluruh empat jam ditawarkan termasuk perawatan rias kuku dan skrab herba.> Jika sudah jemu dengan aktiviti seperti renang, bola tampar pantai dan kayak, pengunjung boleh mencuba berbasikal, "nature walk" sambil mengenal burung, atau "jungle trekking" untuk ke pantai yang tidak berpenghuni > Pengurusan juga boleh mengaturkan lawatan ke Geopark Sungai Kilim, snorkling atau selam skuba di Pulau Payar atau lebih istimewa, pelayaran romantis, makan malam sambil menyaksikan matahari terbenam dari dek kapal layar.>Info> Jenama Taj seakan sudah senada dengan rangkaian hotel terkemuka di Asia dengan lebih 559 hotel di 41 lokasi di serata India, dan 17 lagi di Maldives, Mauritius, Malaysia, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Bhutan, Sri Lanka, Afrika dan Timur Tengah.> Marina kelas pertama ini mampu mengendalikan kapal sehingga 30 m dengan kapasiti 189 di wet berth (kawasan air) dan 70 dry berth (kawasan kering). Limbungan kapalnya menyediakan bekalan air dan elektrik bermeter dan kawalan keselamatan 24 jam. Kedalaman marina adalah 2.5 m pada paras air surut.> Firefly kini menawarkan promosi istimewa dengan tawaran tambang serendah RM9.95 ke semua destinasi. Tawaran terbuka untuk tempoh tempahan dalam talian (online) dari 24 September hingga 8 Oktober. maklumat lanjut layari www.fireflyz.com.my.


HOTEL


Rebak Island ResortPeti Berkunci 12507007 Kuah, LangkawiKedahTel: 04-966 5566Faks: 04-966 9973 Emel: mailto:rmresv.malaysia@tajhotels.com





Sumber : Santai Mymetro

No comments: