Saturday, October 18, 2008

APA DOSANYA???

Mayat bayi cukup sifat

KUALA TERENGGANU: Kesucian Masjid Tengku Tengah Zaharah atau dikenali sebagai Masjid Terapung, Kuala Ibai, dekat sini, tercemar apabila mayat seorang bayi lelaki ditemui di ruang solat wanita di tingkat atas oleh seorang jemaah wanita yang baru selesai menunaikan solat Subuh, semalam.Ketika ditemui kira-kira jam 6.45 pagi, mayat bayi berkenaan yang dipercayai baru dilahirkan hanya dibungkus dengan sejadah dan ditinggalkan berhampiran tabung derma masjid.Jemaah wanita itu segera memaklumkan kejadian kepada imam yang dikenali sebagai Muslim dan beliau kemudian menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.Pekerja pembersihan masjid itu, Khatijah Mohd Zain, 55, berkata sejak dia bertugas di masjid itu empat tahun lalu, ini kali pertama mayat bayi ditinggalkan dalam kawasan masjid.“Saya sedih apabila bayi lelaki cukup sifat itu, termasuk mempunyai rambut, menjadi mangsa perbuatan tidak bertanggungjawab individu tertentu,” katanya.Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, ketika mengesahkan kejadian berkata, polis yang tiba di tempat kejadian kemudian membawa mayat bayi itu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, untuk dibedah siasat.Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi.Beliau meminta orang ramai yang ada maklumat, termasuk kilinik kerajaan dan swasta, supaya menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Kuala Terengganu di talian 09-6246 222 bagi membantu siasatan.
Sumber: Mymetro 19/10/08

No comments: