Kita akan terlepas rasa seronok tu bila kita tak tahu apa yang kita nak capai. Jika kita tak ada matlamat atau sangsi apa yang kita nak capai sebenarnya, hati terasa kosong, bagai hidup kita tak ada ‘purpose’ atau tujuan tertentu. Untuk menghilangkan kekosongan akibat boring, kita lebih cenderung untuk berhibur sepanjang masa.
Hiburan yang terbaik adalah hiburan selepas Anda berusaha sekuat daya. Hiburan akan jadi kurang bermakna hanya sekadar untuk menghilangkan boring. Ia akan jadi hambar. Bila Anda dah bekerja tanpa henti kemudian berhibur seketika, Anda akan rasa sangat gembira. Kemudian, bersemangat untuk berusaha dengan lebih rajin lagi.
Mulai hari ni, ubah sikap. Pastikan Anda tahu apa yang Anda nak capai dalam minggu ni, bulan ni dan tahun ni.
Biar Anda bangun pagi dengan keinginan membara nak mencapai kejayaan dalam hidup Anda. Biar Anda buka mata dengan mengetahui Anda ada potensi besar untuk berjaya dalam bidang kerja Anda. Biar orang lain tahu Anda punya potensi untuk berjaya!
No comments:
Post a Comment