Monday, February 16, 2009

ERRA FAZIRA YANG SANGAT BERTUAH:-)

Keratan artikel dalam Akhbar Pancaindera Mingguan Malaysia ahad


Hari jadi Erra Fazira


Pada 9 Februari lalu, Erra Fazira menyambut ulang tahun yang ke-35. Teman baiknya, Umie Aida menganjurkan satu majlis kejutan dan Wanda serta beberapa rakan media dijemput meraikannya. Biarpun Erra sudah dapat mengagak adanya kejutan pada hari tersebut kerana tahun lepas Umie turut mengadakan majlis yang serupa namun Erra mengakui, kali ini dia lebih teruja untuk melihat siapa tetamunya yang hadir.


Apalagi ia semakin menyeronokkan apabila Umie dan teman-teman lain yang hadir seperti Zahida Rafik, Betty Benafe, Jasmin Hamid, Noniswara, Zarina Zainuddin, juga chef selebriti, Chef Zam dan penerbit Habsah Hassan dan Raja Alawiyah turut menganjurkan majlis baby shower sempena majlis hari lahirnya untuk menyambut bayi yang bakal dilahirkan Erra Mac nanti.
Tengah hari itu, sibuklah Umie dan teman-temannya menghias bilik tidur bakal bayi perempuan Erra dan Engku Emran ketika pasangan suami isteri itu tiada di rumah.


Dan sebaik Erra pulang bersama-sama suaminya yang juga Ketua Pegawai Operasi stesen radio Suria Fm, dia yang dibawa naik ke tingkas atas kediamannya di Damansara, Petaling Jaya, Selangor nyata begitu terharu dengan usaha yang dilakukan oleh teman-temannya itu.
"Seronok untuk tahu siapa kawan-kawan yang datang, meraikan bersama-sama mereka dan lebih mengujakan melihat bilik bayi yang dihias mereka untuk bayi saya," kata Erra sambil ketawa gembira.


Banyak hadiah untuk bayi yang diterima oleh Erra termasuklah katil bayi, kereta sorong bayi serta pakaian bayi dan banyak lagi.
Erra sendiri kelihatan begitu berseri-seri sejak hamil dan menghadapi saat-saat kelahiran bayinya yang dijangkakan antara 15 Mac hingga 25 Mac itu, Erra mengakui sudah mulai merasa debaran.
Debaran itu, kata Erra, dirasai terutama ketika kandungannya memasuki usia lapan bulan. Namun dalam debaran, Erra mengakui keseronokan untuk menimang cahaya mata sulungnya bersama Engku Emran. Malah memberitahu sudah bersedia memikul tanggungjawab menjadi seorang ibu.

"Apalagi dalam usia yang sudah mencapai 35 tahun ini, saya sememangnya amat menantikan seorang bayi untuk menyerikan lagi rumah tangga yang dibina," katanya.
Menurut Erra, pada bulan pertama kehamilan, dia tidak langsung mengalami alahan malah terus aktif berlakon dan melakukan aktiviti yang lain.
"Seronok merasai pengalaman mengandung dan memang tak sabar menanti kelahirannya. Tapi bila usia kandungan mencecah lapan bulan, dalam seronok itu timbul perasaan berdebar terutama apabila mengingatkan proses nak bersalin itu," ujarnya.
Bagaimanapun, tegas Erra, dengan sokongan suami selain menambah ilmu pengetahuan melalui pembacaan buku mengenai proses melahirkan membuatkan dia sudah bersedia untuk menghadapinya.

"Malah melalui pengalaman yang dikongsi bersama mereka yang telah melalui proses kehamilan dan melahirkan membuatkan saya lebih tenang," jelasnya lagi. Engku Emran pula nyata memang teruja menantikan kelahiran bayi perempuan sulungnya dengan Erra.
Namun dia yang seboleh-bolehnya tidak mahu mengetahui jantina anaknya terpaksa menerima hakikat diberitahu doktor yang membuat pemeriksaan ke atas isterinya itu.

"Saya kalau boleh tak mahu tahu (jantinanya) tapi tak kisahlah. Yang penting, anak dalam kandungan serta isteri saya sihat," kata Engku Emran yang memberitahu akan menemani Erra di bilik bersalin kelak.
Sumber : Mingguan Malaysia ARKIB : 15/02/2009


1 comment:

nadia said...

seronok btol la...tgk erra celbrate birthday....bertuah erra dapat kwn2 yg setiap tahun celebrate birthday erra kan..