Friday, February 20, 2009

MENGHITUNG HARI BERGELAR IBU & AYAH

MEDIA HIBURAN 21 FEB - 27 FEB 2008 TERKINI

ROMANTIK












Sumber foto : Media Hiburan Bil 1241

Rai Ulang Tahun ke 35 :Rumah Erra Fazira diceroboh!


Tanggal 1 Februari2009 lalu, Engku Emran, suami kepada penyanyi dan pelakon popular Erra Fazira menyambut ulang tahun kelahirannya. Biarpun tidak ada majlis `suprise’ yang dapat di kongsikan bersama pembaca tetapi Erra dan keluarga terdekatnya sempat juga membuat kejutan untuk Emran pada malam ulang tahun Emran di rumah mereka.

Pada tanggal 9 Februari lalu, Erra pula menyambut ulang tahun kelahirannya. Tahun ini, bukan sahaja sambutan ulang tahunnya dibuat dalam kejutan, malah turut berdebar menanti kelahiran anak sulung mereka. Umie Aida dan Zahida sejak awal telah merancang ulang tahun teman baiknya kali ini dengan mengadakan majlis `baby shower.’ Tetamu yang datang bukan membawa hadiah untuk Erra tetapi hadiah untuk anaknya yang bakal lahir itu. Bahkan, digalakkan juga tetamu mengenakan baju mengandung.

Lebih menarik lagi, persiapan untuk majlis dan bilik bakal cahayamata telah dihias lebih kurang dua jam sebelum majlis bermula. Semua hadiah yang dibawa oleh tetamu diletakkan di bilik itu. Biarpun tetamu terpaksa masuk dengan cara `menceroboh’ ke rumah Erra tetapi yang pasti sudah berpakat terlebih dahulu dengan suaminya untuk meminta kebenaran. Erra dan Emran sampai ke rumah mereka lebih kurang jam 1.30 tengahari dari bercuti selama dua hari. Dan menurut Erra, dia syak sesuatu berlaku di rumahnya bila banyak kereta yang dikenali tersadai diperkarangan rumahnya.

Bagaimanapun dia agak terkejut kerana bukan sahaja Umie, Zahida, Habsah Hassan dan Raja Alawiyah yang ada tetapi ramai kenalan lainnya. Antaranya ialah Chef Zam, Noniswara, Jasmin Hamid, Zarina Zainuddin, Betty, Nasha, Kay, dan Izzat(jurumekap). Tambah terkejut lagi apabila kenalan rapat menyambutnya dengan perut yang `memboyot’ seperti orang mengandung, dan kemudian Erra bersama suaminya terus di bawa ke tingkat atas untuk melihat bilik `baby girl’ yang sudah disiapkan oleh Umie dan gengnya. Terkumpul juga segala hadiahhadiah dari tetamu dan peminat yang menghantar terus kepada Erra.Kemudian barulah acara memotong pulut kuning diadakan. Emran sendiri membaca doa untuk isterinya. Jelas terpancar keceriaan dan kebahagiaan pasangan ini tambahan lagi bakal bergelar ibu dan ayah.






Sumber: Media Hiburan Karangkraf



No comments: