Sunday, February 22, 2009

TAK KISAH TAK POPULAR DI TV, TETAPI POPULAR DI HATI PEMINAT SETIA:-)


NAMA Erra Fazira memang besar di dalam industri seni kita. Baik sebagai pelakon filem mahupun penyanyi, namanya tidak pernah ketinggalan dalam senarai orang paling popular.



CAK: Erra belum popular di TV




Popularitinya itu turut membuatkan Astro ‘mengikatnya’ sebagai antara wajah ekslusif pusat penyiaran itu. Kini tempias populariti itu singgah ke Astro Prima melalui siri Mertua vs Menantu yang turut dijayakan oleh Aqasha Rosli.Daripada sumber di Metrowealth Movies Production (MMP) yang menerbitkan siri Mertua vs Menantu, arahan Feroz Kader itu berjaya memecahkan rekod ‘rating’ tertinggi saluran Prima. Difahamkan paling tinggi ‘rating’ yang dicatat stesen berbayar itu sekitar 400,000, tetapi Mertua vs Menantu melebihi 800,000 penonton.Lalu satu majlis kesyukuran bakal diadakan di sebuah premis milik tauke MMP, David Teo, esok. Namun CAK tertanya, populariti begitu besar rupa-rupanya belum kuat untuk Erra Fazira disenaraikan di dalam Top 5 Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 yang baru diumumkan Rabu lalu.Dengar juga yang Mertua vs Menantu bakal ke lokasi untuk blok ketiga Mei depan selepas Erra habis pantang. Sekarang Prima menayangkan blok kedua (episod 14 hingga 26).



Zon Abie: Sanggupkah kita tipu diri sendiri?

Oleh Abie Abdullah


Bagaimanapun minggu ini saya terpanggil untuk menulis mengenai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang baru mengeluarkan senarai Top 5 mereka yang popular sepanjang 2008, Rabu lalu. Tiada kejutan yang boleh dilaporkan kerana tiada banyak perubahan yang ketara. Muka-muka lama masih mendominasi senarai teratas dalam kategori masing-masing. Kalau nak tengok muka baru sekalipun, cuba belek senarai kategori Artis Baru Popular, barulah baru!Kejutan sebenarnya adalah pengekalan muka-muka lama dalam senarai Top 5. Bukan saya tidak bersetuju kerana itu pilihan ramai pengundi daripada kalangan pembaca Berita Harian sejak borang dikeluarkan penghujung tahun lalu.Saya menerima senarai ini dengan terbuka biarpun dahi sedikit berkerut. Tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak kerana masing-masing dengan pilihan dan tanggungjawab sendiri.Cuma ketika bercakap dengan beberapa rakan wartawan senior dalam dunia hiburan Melayu ini, keputusan yang dibentangkan oleh jawatankuasa ABPBH 2008 itu seolah-olah menggambarkan yang pengundi bukan memilih pilihan mereka sebenar.Ini keputusan yang terdetik di hati saya sahaja. Maksud saya, contohnya Madonna yang begitu meminati Erra Fazira sebagai pelakon drama TV. Namun minatnya itu diketepikan, sebaliknya dia mengundi Umie Aida kerana ketika ini Umie seorang pelakon terkenal yang ada auranya tersendiri.Contoh kedua, Britney Spears juga sudah lama meminati Ellie Suriati kerana baginya Ellie seorang yang berkarakter. Namun dia terpaksa memilih Umie Aida kerana percaya ramai pengundi lain akan memilih Umie yang kini tampil dengan pelbagai kontroversi (ingat, ini contoh sahaja).Baik Madonna mahupun Britney Spears, mereka terpaksa berkata tidak kepada minat masing-masing semata-mata untuk 'turut serta' di dalam perlumbaan yang dianggap mereka akan ramai orang yang memilih artis yang sama yakni Umie Aida. Lagipun Umie sejak bertahun ini asyik menang dalam kategorinya.Mengapa mereka memilih Umie Aida biarpun hati mereka berkata tidak? Sebabnya mereka tidak mahu tercicir dalam senarai pengundi dalam perlumbaan merebut hadiah lumayan yang disediakan oleh penganjur. 'Sebijik' kereta tu, wow! Itu belum dicampur dengan pelbagai habuan lain yang diusahakan penganjur melalui kerjasama penaja. Sebenarnya niat penganjur berbuat begitu sebagai penghargaan kepada peminat yang menyokong usaha ABPBH ini di samping menggalakkan lebih ramai yang mengundi artis kegemaran masing-masing.Bagaimanapun sejak bertahun ini, cara pengundian itu sudah 'tergelincir' daripada landasan pemilihan artis atau selebriti. Seharusnya memilih mengikut kegemaran masing-masing, bukan mengejar hadiah yang ditawarkan.Sepatutnya hadiah untuk pengundi itu dianggap sampingan kerana tujuan utama penganjuran ini untuk memilih mereka yang benar-benar popular sepanjang tahun tertentu. Kalau menang, menanglah kerana sekiranya rezeki sudah tertulis Yang Maha Mengetahui, ia takkan ke mana.Maaf saya katakan, kalangan pengundi ini terpaksa menipu diri sendiri demi 'kepuasan yang lain'. Seharusnya mereka lebih bijak, ini kata-kata yang selalu saya sebut tatkala tibanya musim ABPBH. Namun yang membuat keputusannya adalah anda semua. Tepuk dada tanya selera, sampai bila kita mahu membiarkan pola pemilihan ini begini dan sanggupkah kita menipu diri sendiri? Saya percaya bukan semua pengundi ABPBH selama ini berbuat begitu. Wassalam!
Sumber CAK : Metro Ahad 22/2/09, Zon Abie 21/2/09


1 comment:

nadia said...

mertua vs menantu hanya yg ader astro jew yg tgk...tp x per yg penting erra ttp di hati i sampai bila2...