COMEL
Cover Story
Engku Emran dedah perangai Erra Fazira
Kehadiran cahayamata dalam sesebuah perkahwinan memberikan makna besar kepada insan bergelar suami isteri permata hati disambut riang gembira. Saban hari bertukar ganti, daripada telapak kaki sebesar dua jari hingga mulai belajar berdiri sendiri.Begitu juga dengan berita gembira yang dimaklumkan Engku Emran dan Erra Fazira di dada media tentang usia kandungan Erra yang ketika itu sudah mencecah tiga bulan. Perkhabaran gembira tersebut sudah tentunya dinanti-nantikan oleh ahli keluarga serta peminat yang tidak henti-henti mendoakan pasangan bahagia, Emran dan Erra dikurniakan cahayamata. Terkini, pertemuan penulis dengan Engku Emran dan Erra Fazira di ‘Malam Puisi Demimu Palestin’ merungkai pelbagai kisah pasangan bahagia ini yang sedang membilang hari menanti kelahiran bayi sulung yang dijangka akan dilahirkan pada bulan Mac ini.MH : Perkembangan terkini...ERRA : Sekarang ini saya sudah mula berehat memandangkan keadaan saya sekarang ini yang sedang sarat mengandung. Sekalipun sedang berehat, saya masih aktif menghadiri beberapa kursus yang tidak dapat dilakukan sebelum ini seperti menjahit baju dan manik, belajar buat kek dan menulis skrip.EMRAN : Baru-baru ini kami sibuk dengan lelong barangan artis yang hasilnya akan didermakan pada rumah kebajikan. Bulan Februari ini pula, Suria.FM membuat peraduan menawarkan hadiah wang tunai kepada pendengar.
No comments:
Post a Comment