Tuesday, October 7, 2008

ARTIS CONTOH SERBA BOLEH







Bisnes eratkan 3 beradik










Ketika umat Islam sibuk dengan rumah terbuka, Normah dan Yusry ke Busan, Korea sempena festival filem antarabangsaTRIO adik beradik, Norman, Yusry dan Edry yang menggelarkan diri mereka sebagai KRU terus gigih melebarkan empayar perniagaan dan legasi seni mereka sejak mengambil keputusan untuk menyertai dunia seni 16 tahun lalu.Ternyata keputusan dan tindakan itu tidak sia-sia kerana kumpulan tiga beradik itu yang bermula sebagai sebuah kumpulan muzik yang memperjuangkan muzik moden seperti hip hop, pop dance dan R&B, masih popular biarpun dunia seni tidak pernah sepi dengan kemunculan pendatang baru.Misi dan evolusi mereka terus bercambah hari demi hari dan mencetus revolusi dalam trek industri muzik di Malaysia. Sejak akhir-akhir ini pula KRU sibuk mengukuhkan kedudukan mereka untuk menjadi satu jenama di medan antarabangsa. Kesemua syarikat milik mereka disatukan di bawah satu entiti di beri nama KRU Studios, malah sudah mempunyai cawangan bertapak di negara seperti Los Angeles, Hong Kong, Singapura, Jakarta, Stockholm dan London.Perkembangan yang sihat dalam dunia perniagaan mereka bukan saja membanggakan tiga adik beradik itu malah kalangan yang mengikuti dunia seni mereka.Seminggu sebelum menyambut lebaran, Hip berpeluang merakamkan gambar tiga lelaki maskulin hebat dengan persalinan baju Melayu tajaan Dzulldeclassique ini di rumah Yusry di Keramat. Rumah tersergam indah itu pasti meninggalkan kenangan buat Yusry kerana rumah yang didiami sejak dua tahun itu sudah ada pembeli.Kata Yusry, ia dilakukan kerana pejabat KRU yang beroperasi di Setiawangsa akan berpindah ke Cyberjaya tidak lama lagi.“Besar kemungkinan saya nak beli tanah di Cyberjaya untuk membina rumah. Semuanya masih dalam perancangan,” kata Yusry yang buat sementara waktu tinggal di rumah keluarganya di Bukit Keramat.Seronok sebenarnya melihat gelagat mereka bersiap dan sesekali terpancar betapa eratnya ukhwah mereka. Hanya kerana songkok, mereka bertekak manja dan itulah kemesraan yang terjalin. Lucu melihat reaksi Norman yang berkeras mengatakan songkok itu miliknya biarpun dua adiknya, Yusry dan Edry bagaikan tidak bersetuju. “Nama saja adik beradik, tapi bertembung dan berjumpa hanya kerana kerja. Kami satu pejabat tapi tak dinafikan kerana syarikat inilah kami mampu terus mengukuhkan silaturahim sesama keluarga. Itu satu rahmat buat kami semua. Hari raya pertama juga kami dapat berkumpul dengan keluarga,” celah Norman.Tahun ini, kebiasaannya, Norman dan Yusry beraya secara sederhana maklumlah tiada isteri dan anak. Mereka beraya di Bukit Keramat dan Gopeng, Perak. Ia sama sekali berbeza bagi Edry yang perlu memberi tumpuan kepada isteri, Milia Mohamad dan tiga anak comelnya, Emil, Edelia dan Emery. Ibu bapa Milia turut tinggal sekali dengan mereka.Melalui anak kecillah, nostalgia raya itu terus dipanjangkan. Duit raya pasti menjadi perhatian golongan muda dan KRU tidak lupa memperuntukkan wang untuk diberi kepada anak saudara dan sepupu.“Saya ini kira lainlah dengan abang saya sebab sudah berkahwin. Kami semua ini semakin meningkat umur dan nak meraikan raya itu pastinya tidak sama dengan zaman waktu muda. Cara saya kembalikan nostalgia dan momen raya itu melalui anak-anak. Anak-anak yang lebih seronok apabila raya.“Ingat lagi waktu kecil, saya pernah jadi bingung dan tak faham dengan konsep duit raya yang diberi. Sebagai contoh, kalau saya dan Yusry dapat RM10, Norman pula dapat RM50. Apabila semakin meningkat dewasa, baru saya mula sedar dengan konsep itu. Iyalah yang sulung selalunya akan dapat lebih,” kata Edry yang sejak seminggu sebelum raya hingga ke malam raya berada di Sydney untuk urusan pembikinan album artis naungan KRU, Ladylike. Menurut Norman, perincian mengenai tarikh perpindahan itu akan diumumkan pada November ini. Tahun ini menjadi tahun terakhir KRU mengadakan rumah terbuka untuk peminat mereka di pejabat urusan di Setiawangsa. Hari raya pertama dimanfaatkan Norman dan Yusry kerana pada hari kedua mereka terbang ke Busan, Korea untuk Festival Filem Antarabangsa Busan.Rumah terbuka untuk peminat 19 Oktober“INSYA-ALLAH majlis rumah terbuka untuk meraikan rakan media dan rakan artis akan diadakan pada 17 Oktober ini. Saat ini, besar kemungkinan tempatnya akan dibuat di rumah Edry di Country Heights, Kajang. Sebagaimana tradisi tahun sebelumnya, kami akan membuat rumah terbuka untuk peminat buat kali terakhir di Setiawangsa pada 19 Oktober. “Jadi buat peminat kami dan artis naungan KRU, datanglah pada hari itu kerana ia pasti meninggalkan kenangan buat kami dan anda sendiri kerana tahun depan kita akan beraya di Cyberjaya pula. Insya-Allah.“Saya dan Yusry termasuk beberapa orang delegasi Finas ke Busan kerana menyertai tayangan perdana filem Cicak-Man 2. Ia satu pengiktirafan buat kami untuk sama-sama memeriahkan festival yang bukan calang-calang ini,” ungkap Norman penuh bersemangat. Bagi Yusry yang semakin meledak dengan lagu runut bunyi album Cicak-Man 2 berjudul Dibius Cinta, duet dengan Melly Goeslow berkata dia akan kembali mengarahkan sebuah filem bergenre epik yang masih lagi dirahsiakan perancangannya.“Sekurang-kurangnya dunia mula memberi perhatian kepada Malaysia melalui pembikinan filem itu. Ia juga sebagai langkah terbaik memacu label KRU ke peringkat antarabangsa. Filem epik yang bakal diarahkan saya nanti akan diumumkan lanjut selepas raya nanti.“Kita juga sebenarnya boleh mencapai tahap yang dicapai di Hollywood dan yang penting kita jangan putus asa dan positif merealisasikannya,” ungkap Yusry yang masih belum menemui pengganti.Melihat kepada kepakaran yang ada dalam trio adik beradik ini, mereka mungkin boleh terus berhijrah ke luar negara untuk terus memanjangkan kejayaan yang diperoleh. Kata Edry, setiap kali mereka berpindah ia juga sebagai mercu tanda dan penanda aras mereka juga semakin meningkat.“Kami boleh saja berpindah ke luar negara dan membuktikan kepakaran kami di luar tapi kerana dasar cinta kami dan bangga sebagai rakyat Malaysia, kami masih tegar berjuang di tanah air sendiri,” kata Edry.“Walaupun kami sudah pergi ke merata dunia, rumah kami tetap di Malaysia,” celah Norman mengakhiri perbualan.


INFO: KRU


Filem Cicak-Man 2 akan ditayangkan pada 11 Disember ini di Malaysia, Brunei dan Singapura serentak.
Selepas raya, album sulung Dafi akan diedarkan di Malaysia sekitar Oktober manakala di Indonesia, November.
Album kumpulan The Lima menerusi muat turun lagu cukup mendapat sambutan hangat dan kata Norman, Insya-Allah album itu akan diedarkan di Indonesia juga.
Album runut bunyi Cicak-Man 2 juga akan muncul selepas raya nanti.
Album Ladylike besar kemungkinan besar akan dipasarkan pada suku pertama tahun depan dan mungkin dipasarkan secara global.
Tajaan pakaian baju Melayu: Dzulldeclassique, Kajang (019-3164663)Kejayaan KRU
Syarikat ini berjaya menghasilkan beberapa buah filem yang menggunakan kepakaran dalam penggunaan teknologi canggih iaitu teknik CGI dan meletakkan mereka ke satu tahap yang membanggakan.
Ini terbukti apabila filem keluaran pertama, Cicakman meraih kutipan berjumlah RM6.7 juta (kutipan filem tempatan tertinggi pada 2006) disusuli Duyung yang mencatat kutipan keseluruhan RM6.4 juta (kutipan filem tempatan tertinggi pada 2008 setakat ini).
Melahirkan ramai artis yang berbakat pelbagai negara seperti Anita Sarawak, Aznil Nawawi, Adam dan Dafi mewakili Malaysia. Kumpulan Syuga, The Lima, Mendua dan Pianka ialah barisan artis Indonesia yang menaungi KRU, manakala Sleeq dari Singapura dan juga empat gadis dari Sweden, Ladylike turut memperkemaskan langkah KRU di peringkat global.
Selepas muncul dengan lima siri komik Cicak-Man, watak adi wira itu juga sedang dirancang untuk dihasilkan dalam bentuk animasi bagi siaran TV.
Bagi yang gemar membaca, KRU juga memasarkan pelbagai keluaran novel seperti Sumpahan Fasha, Badang, Cicak-Man, Kian dan banyak lagi.


Sumber : Berita Harian 8/10/08

No comments: