PELAKON yang sedang popular dengan drama TV Pepaya, Zul Yahya, 38, menimang cahaya mata sulungnya semalam. Bayi perempuan seberat 2.8 kilogram dan diberi nama Arissa Qaisara dilahirkan secara normal oleh isteri Zul, Siti Raihan Mohd Rodzi, 24 di Pusat Perubatan Darul Ehsan, Seksyen 9, Shah Alam, tepat jam 12.30 tengah hari. Menurut Zul, Raihan dinasihatkan oleh doktor supaya bersedia untuk melahirkan ketika mereka datang untuk membuat pemeriksaan Isnin lalu. Justeru, mereka kembali ke hospital bersama persediaan menyambut kelahiran orang baru pada sebelah malamnya. Raihan dan Arissa dijangka akan dibawa pulang ke rumah tengah hari ini memandangkan tahap kesihatan kedua-dua mereka yang baik.
Wednesday, October 8, 2008
TAHNIAH MR PEPAYA !!
Zul Yahya timang anak sulung
PELAKON yang sedang popular dengan drama TV Pepaya, Zul Yahya, 38, menimang cahaya mata sulungnya semalam. Bayi perempuan seberat 2.8 kilogram dan diberi nama Arissa Qaisara dilahirkan secara normal oleh isteri Zul, Siti Raihan Mohd Rodzi, 24 di Pusat Perubatan Darul Ehsan, Seksyen 9, Shah Alam, tepat jam 12.30 tengah hari. Menurut Zul, Raihan dinasihatkan oleh doktor supaya bersedia untuk melahirkan ketika mereka datang untuk membuat pemeriksaan Isnin lalu. Justeru, mereka kembali ke hospital bersama persediaan menyambut kelahiran orang baru pada sebelah malamnya. Raihan dan Arissa dijangka akan dibawa pulang ke rumah tengah hari ini memandangkan tahap kesihatan kedua-dua mereka yang baik.
Sumber : Sinar Harian 8/10/08
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
cik/puan,
terima kasih kerana me'link'kan blog saya dalam blog anda.
ada apa pada nama
www.shaifulbahri.blogspot.com
Post a Comment