Erra Fazira hadapi kerenah Datin Farida yang terlalu mengongkong anaknyaKISAH hidup manusia sentiasa menarik, terutama mengenai suka duka hidup berkeluarga. Lebih-lebih lagi kisah antara mentua dengan menantu. Perlukah seorang anak mendapat restu ibu bapa untuk berkahwin? Bolehkah menantu duduk sebumbung dengan mentua? Adakah peperangan di antara mentua dengan menantu tidak dapat dielak? Gelagat menarik mengenai paparan asam garam kehidupan terutama bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga dan mengambil hati mentua dan menantu dapat disaksikan menerusi drama bersiri terbaru Astro Prima (saluran 105) pada setiap Rabu, jam 10.00 malam bermula 22 Oktober ini.Mentua VS Menantu dibintangi oleh wajah eksklusif Astro, Erra Fazira dan Aqasha selaku bintang utamanya. Selain itu, drama bersiri ini diserikan lagi dengan lakonan Rozie Othman, Sheila Mambo, Raja Farah, Jehan Miskin dan Amir Khan.Kisah perang menantu ini mengisahkan mengenai Datin Farida (Rozie Othman), seorang wanita yang berstatus tinggi dan hanya bergaul dengan golongan atasan. Biarpun usianya telah mencecah 50-an tetapi dia masih lagi kekal anggun, bergaya kerana dia begitu menjaga penampilan dan imejnya sebagai balu kepada tokoh korporat terkemuka Malaysia. Selain menjaga imej dan penampilan Datin Farida seorang yang amat cerewet dan pentingkan kesempurnaan dalam setiap perkara. Hasil perkahwinan, Datin Farida dikurniakan dua orang anak iaitu Rosyam (Aqasha) dan Izati. Kedua-dua mereka adalah buah hati pengarang jantung Datin Farida. Tumpuan Datin Farida lebih kepada Rosyam yang ditatang bagaikan menatang minyak yang penuh sehingga Rosyam digelar ’anak mak’ di kalangan rakannya. Datin Farida telah mengatur perjalanan hidup Rosyam bermula dari sekolah mana yang Rosyam patut belajar, universiti mana yang Rosyam patut pergi dan jurusan pengajian apa yang Rosyam patut ambil. Setelah bekerja Datin Farida juga yang akan menentukan warna dan jenama pakaian apa yang mesti dipakai oleh Rosyam. Datin Farida gembira dan bangga dapat mengawal Rosyam. Dia juga berlagak di hadapan rakan kononnya dia pandai menjaga anak dan selalu memuji Rosyam dengan mengatakan dia bertuah mendapat anak seperti Rosyam yang patuh dan mendengar kata.Bagaimanapun segala-gala yang dibanggakan oleh Datin Farida bertukar menjadi ‘malapetaka’ apabila tiba masa Rosyam hendak berkahwin. Rosyam bercinta dan keluar dengan 40 gadis tetapi tak seorang pun dapat memenangi hati Datin Farida sehinggakan Rosyam mula geram dan merasakan ibunya terlalu mengongkong hidupnya.Rosyam bertekad jika dia bertemu dengan gadis yang ke-41 dan dia jatuh cinta dengannya, dia akan berkahwin dengan gadis itu walaupun Datin Farida menghalang. Rosyam ditakdirkan bertemu dengan Nurul Ain (Errra Fazira) dan jatuh cinta dengannya. Datin Farida yang masih belum tahu Rosyam telah jatuh cinta dengan Nurul terus berusaha mencari menantu idamannya. Datin Sofia (Shiela Mambo) yang juga teman rapatnya kemudian giat mengadakan rancangan bagi mencari jodoh anaknya. Pada suatu majlis, Datin Farida telah memperkenalkan Liza (Raja Farah), anak saudara Datin Sofia sendiri kepada Rosyam. Dalam diam Datin Sofia berhajat untuk berbesan dengan Datin Farida. Rosyam terkejut bila mengetahui ibunya masih mengongkong hidupnya termasuklah mencarikan jodoh untuknya. Dalam pada masa yang sama, Rosyam terus gigih meyakinkan ibunya bahawa dia ingin mengahwini Nurul Ain. Pada setiap minggu, penonton akan dihidangkan dengan kisah yang berbeza tetapi berkisarkan kehidupan keluarga Datin Farida dan menantunya Nurul Ain. Dapatkah Rosyam dan Nurul Ain mengambil hati Datin Farida? Apakah halangan yang terpaksa ditempuh oleh Nurul Ain sebelum dapat menambat hati Datin Farida atau mereka akan terus berperang?Saksikan drama bersiri ini yang akan bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 10 malam, bermula 22 Oktober ini, eksklusif di Astro Prima (Saluran 105).
Tuesday, October 14, 2008
DRAMA BERSIRI PERTAMA LAKONAN ERRA FAZIRA
Perang menantu, mentua di 105 bermula 22 Oktober
Oleh Zaidi Mohamadzaidim@bharian.com.my

Sumber : Berita Harian 14/10/08
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment