Thursday, October 9, 2008

BAHAGIA KALI KEDUA!!! SEMOGA KEKALA SELAMANYA...AMIN


BAKAL IBU BAPA TAHUN DEPAN INSYA - ALLAH






Alam baru

Oleh Zul Husni Abdul Hamidzhusni@bharian.com.my


TIDAK seperti kebiasaan sesi fotografi yang sering memperlihatkan Erra Fazira sebagai seorang yang penuh energi dan cukup ceria, suasana fotografi Syawal kali ini agak berbeza.Langkah Erra pada pertemuan beberapa hari sebelum Ramadan berakhir ini agak kurang bermaya, barangkali keletihan kerana masih dalam proses menyesuaikan diri bergelar bakal ibu.Bagaimanapun, apabila kamera sedia untuk membidik, isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin berjaya memberikan reaksi wajah dan gerak tubuh yang diingini.“Mujur juga tidak mengalami alahan yang teruk, jika tidak sukar untuk membayangkan bagaimana mahu menyelesaikan penggambaran serta pelbagai urusan lain,” kata Erra yang sedang hamil lebih tiga bulan tetapi masih aktif di lokasi.Sejak disahkan mengandung, Erra berkata, dia seakan dibawa ke satu alam baru yang sukar untuk digambarkan dengan perkataan namun teruja melalui setiap detik bermakna itu.Disebabkan sudah terbiasa dengan gaya hidup aktif dan lasak, aktres yang dilabel sebagai primadona filem Melayu baru itu tidak betah diam di rumah.Hinggakan kata Erra, suaminya kerap menegur supaya dia menjaga kandungan apabila melihatnya terlalu lasak dan melakukan pelbagai kerja berat.“Emran cukup bimbang kalau melihat Erra lasak sedikit. Mulalah dia menegur. Erra pula jenis tak reti duduk diam. Sekarang ini bolehlah berlakon lagi sebab perut belum nampak.“Tetapi tidak tahulah bagaimana selepas ini, apakah akan ada tawaran baru atau sebaliknya? Erra sendiri sudah mula mencongak apa yang akan dilakukan nanti apabila kandungan semakin besar,” katanya.Akui Erra, dia semakin risau apabila selera makannya mula bertambah. Ada saja hidangan yang membuatnya kecur, membuatkan dia tidak menolak sajian di depan mata.“Mujur juga mengandung bulan puasa, kalau tidak pastinya Erra asyik mengunyah saja. Ini pun sudah naik empat kilogram, bayangkan sebulan dua lagi.“Risau juga jika badan naik tidak terkawal. Berbeza suami, sebulan dua kebelakangan ini dia sudah mula berdiet apabila ramai menegur berat badannya meningkat,” kata Erra.Emran yang terpaksa bergegas pulang ke pejabat kerana perlu menghadiri mesyuarat penting sempat membisikkan kerisauan apabila melihat Erra terlalu aktif.Bukan menghalang langkah si isteri, cuma kata Emran, dia berharap keadaan kesihatan Erra sentiasa berada pada tahap terbaik sehingga tarikh kelahiran bayi sulung mereka, Mac nanti.Apatah lagi, isterinya itu pernah keguguran pada Mac lalu ketika kandungan Erra berusia dua minggu. Disebabkan itu Emran begitu menitikberatkan kesihatan Erra.“Mungkin Erra terlupa dia sedang mengandung. Cara dia naik anak tangga saja sudah membuatkan saya risau. Besar langkahnya. Itu yang buat saya tidak senang duduk.“Dalam hamil pun dia bekerja seperti biasa. Jika tidak terikat dengan penggambaran drama, sebelah malam dia akan meneruskan kerja membungkus hamper. “Menjelang tengah malam baru pulang ke rumah untuk berehat. Semua itu memerlukan tenaga yang banyak dan itu yang membuatkan saya risau,” kata Emran.Erra, Emran raya sakan di Pulau PinangLEKA mengulit bicara mengenai keadaan dirinya yang sedang berbadan dua, Erra yang baru menyelesaikan penggambaran drama bersiri, Mentua vs Menantu siaran Astro memberitahu, 1 Syawal yang lalu juga menghadiahkan pengalaman baru buatnya.Selain kali pertama meraikan Aidilfitri sebagai suami isteri selepas diijabkabulkan dengan Emran pada 25 Oktober tahun lalu, Syawal ini buat pertama kali juga Erra merasai keseronokan pulang berhari raya di kampung.Mereka meraikan hari raya di kediaman keluarga Emran di Pulau Pinang dan memilih untuk pulang dua hari sebelum Aidilfitri.“Inilah kali pertama Erra beraya sakan. Erra dan suami pulang empat hari ke kampung. Kalau dulu tidak payah memandu jauh, sekitar 45 minit sudah sampai ke kampung tetapi kali ini Erra berpeluang merasai keseronokan pengalaman balik beraya.“Cuma yang membingungkan Erra ketika itu, barang apa yang perlu dikemas untuk dibawa pulang. Pastinya kereta penuh dengan buah tangan untuk keluarga di sana. “Pakaian pula Erra tidak kisah sangat, sarung saja apa yang muat. Ada juga Erra menempah baju raya baru tetapi sebaik saja dimaklumkan mengandung, menggelupur Erra membuat panggilan kepada pereka kegemaran supaya dibesarkan sedikit ukuran,” katanya ketawa.Sesi fotografi ini juga diserikan tiga penyampai Suria FM yang turut menemani pendengar dengan pelbagai sajian menarik sepanjang raya iaitu Zaff, Akhtar dan Bob Ringgo.


INFO: Erra-Emran

Erra berkenalan dengan Emran pada Jun tahun lalu. Pasangan itu kemudian memilih 7 September untuk mengikat tali pertunangan.
Pada 25 Oktober pula, pasangan itu disatukan di Restoran Puteri, Sungai Penchala. Erra tidak meminta wang hantaran, sebaliknya meminta senaskah al-Quran sebagai ganti.
Pernah mengandung awal tahun ini, bagaimanapun Erra mengalami keguguran ketika usia kandungannya dua minggu

Sumber : Berita Harian 9/10/08 dan Gua.com.my

No comments: