Friday, August 29, 2008

'EMRRA' BRANGELINA MALAYSIA???

29-Aug-2008 Oleh: Murai Batu

Emrra (Emran & Erra) Bakal Dapat Baby!

KL, 29 OGOS 2008: Tiupan angin Pulau Tioman akhirnya membawa khabar gembira kepada pelakon dan panyanyi Erra Fazira dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, apabila disahkan mengandung 2 bulan. Murai Batu ingin mengucapkan tahniah kepada Erra dan suaminya itu kerana tanda-tanda menjadi sepasang ibu ayah akan terlaksana, insya-Allah. Maklumlah sebelum ini ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian, pada hujung Mac lalu, Erra pernah keguguran selepas dua minggu hamil.Kita orang difahamkan, berita kehamilan Erra itu dikesan ketika Erra pergi bercuti ke Pulau Tioman dengan kakitangan syarikatnya, Erra Fazira Entertainment, Julai lalu. Selepas balik dari Tioman, Erra terus membuat pemeriksaan doktor dan disahkan mengandung.

Patutlah dalam satu majlis baru-baru ini, seri wajah Erra makin menyerlah, rupanya dah berisi! Tahniahlah Murai Batu ucapkan kepada Erra dan Emran. Mana tahu tup-tup dapat pula anak kembar, haa.. barulah nanti jadi macam Brad Pitt dan Angelina Jolie!Kalau di Hollywood, Brad dan Angelina digelar sebagai 'Brangelina' Murai Batu juga nak cipta satu nama baru untuk mereka berdua iaitu 'Emrra'. Macam mana, OK tak?

No comments: