Wednesday, August 27, 2008

KALAU LA TAHU.....

Hari ni memang kelam kabut sangat.Dari pagi sampai le ke pagi balik ni tak habis - habis lagi semuanya.Kalau la cakap awal - awal hantar asigmen tu, takdelah ' tak boleh' tido ni..( gara - gara minum nescafe 3 in 1 la ni konon nak stay - up siapkan).....dah langsung terus berjaga.Dah la esok hari yang paling meletihkan sebab kelas padat dari 8 pagi sampai 7 petang.....
Tetapi takpelah.....demi mencapai cita - cita & harapan no hal lah.....

Teringat hari tu masa baca tentang Israk & Mikraj iaitu

Peristiwa Israk Mikraj Ujian Keimanan Manusia

KEWAFATAN bapa saudaranya, Abu Talib Abdul Mutalib dan isterinya, Khadijah Khuwailid, membuat Nabi Muhammad SAW bersedih serta berduka kerana mereka adalah pembela Baginda dalam menyampaikan seruan Ilahi kepada golongan jahiliah penyembah berhala.Abu Talib memeliharanya dengan sokongan moral, manakala Siti Khadijah pula membelanya dengan sokongan material, semangat dan kasih sayang serta penuh pengertian terhadap tugas berat yang disandang oleh suaminya.Bukan itu saja, kedua-dua mereka juga disegani dan dihormati masyarakat Quraisy, sehingga tahun kepergian mereka itu dikenal sebagai `Aam al Huzni atau tahun berduka cita.Pemergian insan yang dikasihi adalah ujian Allah kepada hamba dan Rasul-Nya, Muhammad SAW serta kaum Muslim yang masih baru memeluk Islam. Keadaan ini juga membuat masyarakat musyrik Quraisy melakukan serangan dan tindakan terhadap agama yang baru muncul itu, sehingga Rasulullah SAW sendiri perlu mendapatkan teman seperjuangan dan umat yang lebih ramai lagi bagi memperkukuhkan pertahanan ummah.Sementara itu, Rasulullah SAW tidak pernah patah semangat atau berputus asa dalam menyampaikan Islam kepada manusia dan dunia. Ujian demi ujian itu Baginda lalui dengan sikap tabah yakin dan tawakal.

Hakikatnya hidup dan kehidupan manusia, ada hal yang tidak dapat dijangkakan pancaindera manusia, tetapi ia hanya dapat ditilik oleh mata hati, iaitu kalbu yang disirami keyakinan dan kepercayaan.Bukan semua yang tidak terjangkau pancaindera itu bererti tidak ada, sebaliknya bukan semua yang ada itu mesti dapat dijangkau dengan pancaindera. Atas dasar inilah, Allah memperjalankan Nabi Muhammad SAW pada waktu malam sepi dan mengangkatnya ke sisi-Nya.Diperlihatkan Nabi Muhammad SAW pelbagai bentuk dan kiasan bagi menambah keyakinan serta ketabahannya dalam menempuh jihad suci selepas dia kembali nanti. Inilah yang dimaksudkan Allah dalam firman yang bermaksud: “Kerana kami hendak memperlihatkan kepadanya (Muhammad) akan tanda-tanda (Kebesaran) Kami...”Semua kejadian dan peristiwa itu tidak akan bererti apa-apa jika tidak didasari oleh iman yang kuat, dan keyakinan mantap Nabi Muhammad SAW.Selepas Rasulullah SAW menamatkan perjalanan peringkat pertama, Baginda diberi masa untuk beristirahat melepas lelah dan merenungkan kebesaran Ilahi di suatu tempat suci yang mempunyai nilai sejarah iaitu masjid al-Aqsa.

Peringkat kedua iaitu Mikraj, Rasulullah SAW diangkat Allah ke tempat yang tinggi, melalui tujuh lapis langit hinggalah ke sidrah al Muntaha. Pada setiap lapis langit itu Rasulullah SAW bertemu dengan rasul terdahulu daripadanya, mulai daripada Nabi Adam, Isa, Yahya, Yusuf, Idris, Harun, Musa dan Ibrahim Khalil Allah.Semua pemberitaan itu tidak akan dapat diterima oleh manusia, kecuali dengan iman yang kukuh. Ini adalah ujian keimanan bagi manusia.Firman Allah yang bermaksud: “... dan tidaklah kami jadikan penglihatan yang Kami tunjukkan kepadamu itu, melainkan untuk ujian bagi manusia.....” (Surah al-Israk, ayat 60)Memang benar, peristiwa Israk Mikraj menguji keimanan manusia. Selepas peristiwa itu diceritakan Rasulullah SAW kepada orang ramai, ada antara orang Islam kembali kepada kepercayaan asalnya, kerana dia meninjau peristiwa itu dari sudut kemampuan akalnya.Sebaliknya ada pula orang Musyrikin Quraisy yang dengan rela hati memeluk agama Islam kerana mereka berjaya menilai peristiwa itu daripada aspek tinjauan metafisikalnya.

Sebenarnya ujian keimanan manusia bukan saja hanya berlaku di masa itu, tetapi dapat disaksikan pada masa sekarang ini.Abu Talib adalah pembela Islam, sekali gus pembela Nabi Muhammad SAW tetapi tidak mengikuti ajaran yang disampaikan anak saudaranya itu kerana mempertahankan maruah dan harga dirinya. Akhirnya beliau meninggal dalam kekufuran.Terhadap bapa saudaranya ini, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Seringan-ringan azab di dalam neraka kelak ialah seperti seksa yang diderita oleh Abu Talib. Sahabat bertanya: Bagaimana ringannya Rasulullah? Rasul SAW menjawab: Seolah-olah orang yang memakai selipar yang diperbuat daripada timah paras sehingga menggelegak otaknya kerana panasnya.”Daripada riwayat ini jelaslah bagi kita, bahawa membela Islam saja belum cukup selagi seseorang itu belum mengikuti syariat atau hukum yang ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya.Titik terakhir wasiat suci Rasulullah SAW pada malam itu ialah Baginda diterima menghadap Allah dan diberikan amanah untuk semua makhluk-Nya iaitu mengerjakan solat lima waktu dalam sehari semalam.

No comments: