Saturday, August 30, 2008

GANDINGAN WANITA TERNAMA MALAYSIA

Bukan mudah untuk menggandingkan tiga selebriti popular yang mempunyai peminat tersendiri. Pun begitu, berkat kesabaran hasrat MW untuk menyatukan Puan Sri Ziela, Datin Norjuma dan Erra Fazira sebagai penghias depan Edisi Khas Aidilfitri ini, akhirnya menjadi kenyataan.
Bertempat di kediaman Puan Sri Ziela, fotografi berlangsung dalam suasana meriah tidak ubah seperti hari raya. Apa tidaknya, sedari awal lagi Puan Sri Ziela sudah menempah pelbagai juadah raya untuk kami nikmati.

Walaupun pertama kali berkumpul bersama, Ziela, Juma dan Erra cepat mesra dan serasi. Erra yang paling suka menyakat pada petang itu. Gelagat Erra yang seakan-akan merajuk kerana dia seorang sahaja tidak dipanggil 'datin' membuatkan semua yang berada di situ ketawa besar.
Banyak lagi yang ingin dikongsi bersama di dalam edisi ini. Turut dimuatkan, Yang Berbahagia Datin Paduka Marina binti Tun Dr. Mahathir berkongsi kisah raya beliau sekeluarga, kisah jutawan-jutawan muda dan selebriti popular seperti Linda Onn dan Chef Wan berhari raya, 100++ fesyen terbaru untuk lebaran, 130 resipi pilihan dan banyak lagi. Jangan ketinggalan dapatkan edisi ini di pasaran sekarang!

Edisi Khas Aidilfitri Mingguan Wanita Terbaru di pasaran - Sumber : Karangkraf

No comments: