KUALA LUMPUR: “Saya mengharapkan Awi dipulangkan Ramadan ini. Semoga Aidilfitri nanti lebih bermakna buat kami sekeluarga,” rayu ibu Muhamad Asmawi Jalaludin, 11, kanak-kanak yang hilang di Pantai Dalam di sini, sejak 9 Mac lalu.Rozita Mat Hassan, 50, berkata dia sekeluarga amat merindui Awi, apatah lagi ketika umat Islam sedang berpuasa apabila mengenangkan celotehnya menunaikan ibadat itu. “Kalau bulan puasa, dialah yang paling gembira kerana sering diberikan wang oleh penduduk setempat yang sukakannya.“Di bulan yang mulia ini, diharapkan terbukalah hati orang yang menyembunyikan anak bongsu saya itu supaya mengembalikannya ke pangkuan keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya Jalan Pantai Permai 4, Pantai Dalam di sini, malam tadi.Menurutnya, dia tetap berikhtiar menjejaki Awi walaupun operasi pihak berkuasa selama ini gagal menemuinya.Dia tidak menyalahkan pihak polis kerana menyedari mereka sudah melakukan pelbagai usaha.“Saya mengambil inisiatif sendiri, termasuk berjumpa pengamal perubatan tradisional. Walaupun terpaksa berhabis wang, saya tetap melakukannya kerana percaya Awi masih hidup,” katanya. Kebanyakan pengamal perubatan tradisional memberitahu keluarga Rozita bahawa Awi disimpan atau dikurung orang tidak dikenali.Malah, katanya, seorang bomoh turut memberitahu anaknya dipelihara seseorang dan tidak ingin melepaskan Awi kerana terlalu sayangkannya.“Itu usaha saya dan ia akan tetap diteruskan selagi saya terdaya walaupun terpaksa bergolok bergadai.“Naluri saya sebagai ibu kandungnya kuat mengatakan Awi masih hidup dan akan pulang satu hari nanti,” katanya.Rozita yang sering menatap gambar dan pakaian anaknya bagi mengubati kerinduan, berkata Awi seorang yang ceria dan selalu melawak membuatkan dia sekeluarga terasa kehilangannya.Dia turut bercadang pulang ke kampungnya di Rembau, Negeri Sembilan, bagi menenangkan fikiran selain melakukan ikhtiar lain bagi mengesan anaknya.Ditanya mengenai perpindahan keluarga Sharlinie Mohd Nashar ke Dungun, Terengganu, dia terkejut apabila mengetahui perkembangan itu, namun faham dengan perasaan mereka dan alasan berbuat demikian.“Saya dan keluarga Sharlinie saling mengenali antara satu sama lain dan kami saling kunjung-mengunjungi.“Dulu, ketika Mohd Nashar pergi mencari Sharlinie di Indonesia dan Thailand, dia turut bawa bersama gambar Awi untuk dicari di sana. “Malangnya usaha dan niatnya tidak kesampaian. Tidak langsung nampak kelibat kedua-dua kanak-kanak itu,” katanya.Rozita berkata, dia juga pernah melahirkan hasrat kepada keluarga Mohd Nashar untuk berpindah ke kampung halamannya di Negeri Sembilan. Tapi mak cik tidak sangka pula mereka yang berpindah dulu,” kata Rozita sambil mengesat air mata.Awi hilang selepas bermain bersama rakannya di taman permainan berhampiran rumahnya di Jalan Pantai Permai 4, Pantai Dalam di sini, 9 Mac lalu.Dia hilang selepas berpisah dengan rakannya di satu persimpangan kira-kira 50 meter dari rumahnya jam 6.30 petang.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abd Bari Wan Abd Khalid, berkata polis tidak pernah menutup siasatan kes kehilangan kanak-kanak berkenaan.Menurutnya, pihak polis masih meneruskan usaha mengesan Awi.“Kes diklasifikasi sebagai orang hilang dan tidak akan ditutup hingga proses mencari selesai sama ada Awi ditemui masih hidup atau sebaliknya.“Buat masa ini, polis tidak mendapat maklumat baru,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, malam tadi
Thursday, September 4, 2008
HARAPAN SEORANG IBU
Pulangkan anakku’
Oleh Mohd Nur Asnawi Daudasnawi@hmetro.com.my

Sumber : Harian Metro 4/9/08
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment