Thursday, September 4, 2008

TRIMESTER PERTAMA KEHAMILAN - PART 1





Pejam celik - pejam celik..dah masuk 5 hari seluruh umat islam berpuasa. Bagaimana agaknya dengan puasa kalian semua??? ok ke ko..hahahaha...Namun rasanya kali tak la terasa letih sangat sebab musim hujan...Oh ye..bercakap tentang puasa...tetiba teringat pula Erra Fazira yang sudah berbadan dua.Wah! puasa penuh tahun ni...hehehe!! pandai planing....Apapun semoga tabah dan kuat menghadapi cabaran berpuasa semasa mengandung ini.Tak sabarnya nak tunggu bulan Mac 2009...Insya - allah kita semua doakan semoga Erra selamat melahirkan bayi sulungnya....mesti comel macam ibu & bapanya kan...Memandangkan sekarang baru 3 bulan Erra Fazira mengandung...mesti semua tak sabar - sabar nak lihat keadaan perkembangan bayi dalam kandungan tu kan...Ok... apa kata jom kita lihat perkembangan proses kehamilan daripada minggu 3 hingga ke minggu ke 7....

p/s : Sesungguhnya..begitu besar pengorbanan seorang isteri dan ibu untuk melahirkan zuriat.
Namun ada kelebihan yang Allah swt berikan kepada wanita...

INFO: Kelebihan hamil

Apabila wanita hamil, semua malaikat akan beristighfar ke atas dirinya. Dengan ke hendak Allah, setiap tempoh kehamilan itu akan diberikan 1000 kebaikan dan dilenyapkan 1000 keburukan daripada ibu berkenaan .

Apabila wanita hamil mula merasai kesakitan daripada kontraksi, perjuangannya itu bagaikan seorang yang melalui jihad.

Apabila hamil menerusi suaminya yang sah, dan suaminya meredainya, wanita berkenaan akan dianugerahkan pahala bagaikan seorang melakukan ibadat pada waktu malam.

Wanita yang melalui tempoh kehamilan hingga melahirkan, bagaikan Mujahid. Mati syahid sekiranya ketika melahirkan, wanita berkenaan menemui ajal.

No comments: