Monday, September 1, 2008
PENANTIAN.....PENUH KESABARAN
Ramadan, Syawal semakin bererti
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Erra Fazira gembira doktor sahkah dia hamil tiga bulanTIADA yang menggembirakan mana-mana pasangan suami isteri saat diberitakan mengenai kehadiran cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama. Tidak lama lagi, rumah tangga yang dulunya sunyi bakal berseri dengan suara ketawa dan tangisan bayi.Setelah 10 bulan melayari hidup sebagai pasangan suami isteri, penantian aktres jelita Erra Fazira, 34, dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 33, untuk menimang zuriat kini berakhir.Berita gembira itu diketahui bulan lalu apabila doktor mengesahkan Erra bakal bergelar ibu. Kandungan pelakon dan penyanyi itu kini sudah pun memasuki usia tiga bulan.Pastinya kehadiran Ramadan dan Syawal ini menjadi cukup bererti buat pasangan ini dengan perkhabaran gembira itu. Hip cuba mendapatkan komen Erra, tetapi bukan mudah untuk mendapatkan maklum balas aktres popular itu apatah lagi dia kini sedang sibuk di lokasi drama bersiri Mentua vs Menantu.Telefon bimbitnya gagal untuk dihubungi, malah kami cuba mendapatkan pertolongan pengurusnya Syed. Namun, Syed juga gagal menghubungi Erra. Bagaimanapun, Erra sempat mencoret rahsia hatinya di blog suaminya.
Dalam blog berkenaan, terpancar jelas kegembiraan bakal ibu ini. Barangkali Erra lega, kini dia tidak perlu lagi pening kepala diasak soalan bila dia bakal menimang cahaya mata.Kata Erra dalam blog berkenaan, dia dan suami merancang untuk mengumumkan berita gembira itu kepada peminat sebaik kandungannya mencecah tiga bulan. Tetapi, suaminya Emran sudah terlebih dulu memecahkan rahsia mereka berdua.
"Ini Erra, saja nak kongsi. Sebenarnya bengang juga dengan suami kerana dia langgar janji. Janji nak buat pengumuman sama-sama apabila kandungan sudah cukup tiga bulan, rupanya dia yang pecahkan dulu. Mungkin kerana dia terlalu gembira agaknya.“Apapun terima kasih atas doa dan harapan peminat. Tolang doakan semua baik dan selamat untuk Erra dan bayi. Selepas ini suami akan beritahu perkembangan terbaru Erra dalam blognya,” kata pelakon dan penyanyi itu dalam blog Emran.
Sementara itu pula, Emran ketika dihubungi hanya mampu ketawa panjang sebaik ucapan tahniah menjadi pembuka bicara kami.Jelas kedengaran suara gembira Emran menerusi corong telefon. Siapa yang tidak gembira apabila bakal bergelar ibu dan bapa.“Saya sangat gembira dan belum pernah merasa gembira seperti ini. Tentulah saya gembira kerana akan bergelar bapa tidak lama lagi.“Kalau boleh kami tidak mahu heboh-hebohkan cerita ini. Tapi nampaknya media sudah berjaya menghidunya. Cuma saya berharap peminat dapat mendoakan kesihatan Erra dan juga bayi kami,” katanya.Tambah Emran, memandangkan Erra kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Mentua vs Menantu, dia sering menasihatkan isterinya supaya lebih berhati-hati dan tidak terlalu agresif. Apatah lagi isterinya itu memegang peranan sebagai mekanik, justeru dia selalu mengingatkan Erra supaya tidak mengangkat barang berat.Soal jantina anak ketika diajukan pada Emran, Ketua Pegawai Operasi Suria FM itu tidak kisah jantina anaknya. Jika bayi yang bakal lahir itu perempuan, Emran hanya berharap dia akan lahir secantik ibunya.Setakat ini, mereka masih belum membuat sebarang perancangan mahupun persiapan memandangkan kandungan Erra masih lagi di peringkat awal. Namun, yang paling gembira tentulah orang tua pasangan itu.“Setakat ini Erra belum mengalami sebarang alahan lagi. Kami juga belum membuat sebarang persiapan lagi kerana usia kandungan Erra baru nak masuk tiga bulan. Orang yang paling gembira tentulah bakal neneknya terutama emak Erra kerana ini adalah cucu sulungnya.“Ibu dan ibu mentua saya cukup gembira dan mereka sibuk merancang pelbagai benda untuk bakal cucu mereka. Sudah tentu juga kehadiran Ramadan menjadi cukup bermakna untuk kami berdua,” katanya.Erra yang bernikah dengan Emran pada 25 Oktober lalu, pernah keguguran pada Mac lalu. Kandungannya pada ketika itu baru berusia dua minggu
INFO :Erra-Emran
Erra berkenalan dengan Emran pada Jun tahun lalu. Pasangan itu kemudian memilih 7 September untuk mengikat tali pertunangan.
Pada 25 Oktober pula, pasangan itu disatukan di Restoran Puteri, Sungai Penchala. Erra tidak meminta wang hantaran sebaliknya meminta senaskah al-Quran sebagai ganti.
Pernah mengandung awal tahun ini, bagaimanapun Erra mengalami keguguran ketika usia kandungannya dua minggu
Hip - Berita Harian 1/9/08

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment